Tải xuống ứng dụng
2.18% Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 27: Keghairahan Suku Wang

Chương 27: Keghairahan Suku Wang

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Baiklah, kita akan menamatkan pembelajaran hari ini. Kalian, ingat untuk memahamkan isi kandungan kelas ini apabila kamu balik nanti. Kalau ada sesuatu yang kamu tidak faham, kamu boleh datang ke sini dan saya akan menjelaskannya kepada kamu!"

Zhang Xuan melambaikan tangannya.

"Ya!" kelima-lima anak muridnya menjawab dengan serentak sebelum keluar dari kelas.

Mereka tidak dapat menghabiskan banyak masa untuk menghayati kelas tersebut lebih-lebih lagi, beberapa orang meluru masuk ke kelas untuk membuat kacau. Namun, mereka tetap dapat mengambil manfaat daripadanya. Boleh diperkatakan kalau mereka memahami apa yang diajar, pertapaan mereka semestinya akan meningkat dengan mendadak.

Mereka pun meninggalkan kelas dengan gembira. Sesaat sahaja Wang Ying keluar dari kelas, abangnya Wang Tao menggengam lengannya.

"Jom, mari kita pulang ke suku kita!"

"Balik ke suku kita? Abang, kenapa kita perlu pulang…" Wang Ying terkejut.

"Hmph, kamu degil tidak mahu dengar nasihat abang kamu dan pilih untuk berguru dibawah guru yang paling teruk di akademi ini. Saya telah pun melaporkan kejadian ini kepada ayah dan dia ingin bercakap dengan kamu!" Wang Tao bercakap.

Kali pertama dia masuk ke kelas, dia dilemparkan keluar. Kali kedua dia masuk, dia keluar tanpa mencapai apa-apa pun. Daripada air muka adiknya, dia tahu dia tidak mampu menukar fikiran adiknya. Oleh hal demikian, dia telah menghantar Tetua Liu balik untuk memberitahu suku mereka tentang hal demikian.

Dia berniat untuk menggunakan ayahnya bagi menukarkan fikirannya.

Adiknya mungkin baik hati dan mentah, oleh hal demikian dia akan mendengar dengan taat nasihat ayahnya.

"Ayah…" Perasaan takut mula timbul di muka Wang Ying.

Ayah mereka merupakan ketua suku Wang, Wang Hong!

Dia seorang yang sangat tegas dan jarang senyum, malah anaknya pun akan menggeletar dihadapannya.

"Guru Zhang Xuan sebenarnya tidak seperti apa yang kamu semua perkatakan. Kelasnya amat bagus…" Wang Ying cuba membalas.

"Hmph, beritahu sahaja kepada ayah tengok dia percaya ke tidak!" Wang Tao melambaikan tangannya tanpa meneruskan perbualan tersebut lagi. Dia kemudian mengheret adiknya keluar dari akademi.

Akademi Hongtian dan suku Wang berada di Bandar Tianxuan dan tidak berjauhan antara satu sama lain. Dengan sekejap sahaja, kedua-dua adik beradik sampai ke tempatnya dan Wang Tao mengheret Wang Ying ke dalam bilik bacaan ayah mereka.

"Masuk!"

Suara yang tajam dan tegas Ketua Suku Wang Hong boleh didengari.

"Ya!" Wang Ying menggeletar ketakutan apabila mendengar suara tersebut. Sambil mengetapkan giginya, dia mengikuti abangnya dari belakang dan masuk ke dalam bilik.

Di dalam bilik tersebut, Ketua Suku Wang Hong duduk di tengah-tengah bilik. Mereka yang duduk di belakangnya merupakan tetua yang berpengaruh di dalam suku. Terdapat juga seorang muda yang sedang duduk di sebelahnya..

Wang Ying mengenali budak tersebut sebagai cucu tetua kedua, Wang Yan.

Dia pergi ke Akademi Hongtian pada masa yang sama dengan Wang Yan. Akhirnya, Wang Yan berjaya diperakui oleh Guru Lu Xun yang terkenal manakala dia pula memperakui guru yang terburuk dalam akademi Zhang Xuan….

"Ayah!" Wang Ying susah untuk bernafas dalam persekitaran yang tegang tersebut.

"Berlutut!"

Muka ketua suku mula suram.

Seorang guru memainkan peranan yang penting dalam pertapaan seseorang. Sebelum memasuki akademi, dia telah pun mengingatinya banyak kali untuk memperakui Lu Xun sebagai gurunya. Namun, budak ini….

Kenapa kamu tidak memperakui orang lain?

Kenapa kamu mesti memilih guru yang paling teruk dalam akademi?

Apabila dia mendengar berita tersebut, dia hampir mati dari rasa marah.

Putong!

Wang Ying menggeletar sambil dia melutut.

"Adakah kamu memperakui kesalahan kamu?" Wang Hong tanya.

"Saya…"

"Hmph, memperakui memilih seseorang guru sepatutnya atas kerelaan seseorang individu. Oleh hal demikian, saya tidak mahu berkata banyak tentangnya, tetapi adakah kamu tidak tahu taraf Guru Zhang Xuan ini? Dia yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dan juga menjadikan anak muridnya hilang kawalan terhadap pertapaanya. Adakah orang begini cukup layak untuk menjadi guru kamu?" Ketua Suku Wang Hong bercakap dengan muka yang marah, "Kalau kamu tidak tahu situasi tersebut dan ditipunya, saya masih tidak peduli, tetapi kenapa kamu tidak dengar nasihat abang kamu? Saya dengar abang kamu telah meminta kamu untuk menarik diri dari kelasnya tetapi kamu menolak? Apa yang sedang kamu lakukan?"

Suara Ketua Suku Wang Hong menjadi semakin kuat sehingga bilik tersebut mula bergema.

"Saya…" Selepas dimarahi ayahnya, muka Wang Ying bertukar menjadi merah sebelum dia mengetap giginya lalu berkata, "Ayah, Guru Zhang Xuan tidak seburuk khabar angin. Dia sebenarnya seorang yang amat berbakat, cuma dia ingin merendahkan diri. Saya tetap mahu belajar dengannya, saya tidak akan menarik diri dari kelasnya!"

Dia telah mendapat banyak ilmu walaupun pada kelas yang pertama. Wang Ying tahu berguru di bawah Zhang Xuan memberi banyak manfaat kepadanya. Kalau dia melepaskan peluang ini, dia pasti akan menyesal sepanjang hayatnya,

"Seorang guru yang berbakat? Haha, orang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?"

"Wang Ying, kamu patut dengar nasihat ketua suku, jangan ditipu oleh Zhang Xuan!"

"Kamu sepatutnya belajar dari Wang Yan. Dia hanya menghadiri satu kelas, tetapi kekuatannya telah meningkat sebanyak 40%. Pengajaran Guru Lu Xun sememangnya antara yang terbaik dalam akademi!"

….

Mendengar kata-kata puan muda, tetua yang lain gelak sambil menggelengkan kepala mereka.

Tidak ada seorang pun yang tidak tahu reputasi Zhang Xuan di Bandar Tianxuan. Namun, kamu cakap dia seorang guru yang berbakat…..Apakah kamu sedang berjenaka?

"Kamu…" mendengar ayat anak perempuannya, Ketua Suku Wang menjadi lebih marah. "Saya tidak kisah apa yang kamu cakap, kamu akan menarik diri dari kelasnya hari ini juga! Kalau tidak, jangan harap dapat melangkah masuk ke rumah ini lagi!"

"Saya tidak setuju dengan keputusan kamu!" Wang Ying mungkin nampak seakan-akan lemah, tetapi dia sebenarnya berpendirian tegas. Sambil berdiri dengan megah. "Kamu semua tidak pernah dengar apa yang diajarkan oleh Guru Zhang Xuan, apakah hak kamu untuk mengatakan kelasnya kurang baik? Apakah hak kamu untuk memaksa saya menarik diri?"

"Kami mungkin tidak pernah menyertai kelasnya, namun adakah kamu fikir kemungkinan untuk reputasinya dan markahnya dalam Peperiksaan Kelayakan Guru itu ditipu?" seorang tetua menjawab.

"Puan muda Wang Ying, janganlah degil sangat. Terdapat banyak pelajar yang boleh menjadi saksi samada kelasnya baik atau tidak. Adakah kamu fikir hanya kamu sahaja yang pandai antara mereka semua?" seorang lagi tetua bercakap.

"Saya tidak tahu samada Peperiksaan Kelayakan Guru telah pun dipalsukan atau pun tidak, tetapi saya tahu dia telah mengubati kaki saya dan memberi saya beberapa pedoman untuk pertapaan saya. Saya sekarang 100% lebih kuat berbanding sebelum menghadiri kelasnya!" Wang Ying mengisytiharkan.

"Mengubati kaki kamu? Adakah kamu sedang berjenaka!"

"Sarjana Yuanyu pun tidak mampu berbuat apa-apa untuk kaki kamu. Namun, kamu cakap orang tersebut yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru berjaya mengubatinya?"

"Puan muda Wang Ying, kalau kamu ingin tipu kami sekali pun, kamu sepatutnya menggunakan sesuatu yang boleh dipercayai…"

Semua orang di suku tersebut tahu kecederaan di kaki Wang Ying. Apabila mendengar kata-katanya itu, beberapa orang tetua mengejek.

"Kalau kamu tidak percaya, saya akan buktikan kepada kamu!"

Melihat muka mereka yang jelas tidak percaya, Wang Ying tidak sambung bertengkar dengan mereka sebaliknya, dia berjalan ke arah Tiang Pengukur Kuasa Batu dan menendangnya dengan kuat.

Peng!

Tiang batu tersebut bergema dan beberapa nombor muncul diatasnya.

205!

"Apa?!"

Melihat apa yang dilihatinya, Ketua Suku Wang Hong menyepetkan matanya.

Beberapa orang tetua yang sebelumnya mengejek Wang Ying mula terkejut dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Beberapa orang Tetua telah melihat kecederaan Wang Ying dengan sangat teliti sebelum ini dan membuat keputusan mustahil untuk mengubatinya. Mereka memutuskan mustahil untuk menggunakan kekuatan kakinya dan sekadar boleh berjalan pun satu kesyukuran.

Namun, untuk menjana tendangan yang berkuasa 205kg?

Bagaimana….bagaimana mungkin?

Selepas menendang tiang tersebut, Wang Ying tidak berhenti. Dia berpaling ke belakang dan sekali lagi menyerang tiang tersebut dengan penumbuknya.

Weng!

Nombor mula terpapar di tiang batu.

120!

Penumbuknya mempunyai kekuatan sebanyak 120kg!

"Kamu… Kamu masih di alam Juxi tahap asas. Saya ingat kamu hanya boleh tumbuk dengan kekuatan sebanyak 53kg semasa kamu meninggalkan rumah semalam? Bagaimanakah kamu mampu memukul dengan kekuatan…120kg?" Ketua Suku Wang Hong berdiri dan bercakap dengan suara yang penuh curiga.

Peninju 1-Dan alam Juxi, petapa akan belajar cara mengawal pernafasan mereka dan cara merasai roh yang ada di udara. Mereka juga akan dapat kebolehan untuk melihat ke dalam diri mereka dan mengawal aliran tenaga yang berada di badan dan di minda mereka.

Mereka akan mempunyai kekuatan sebanyak 50kg pada peringkat asas, 70kg pada peringkat sederhana, 90kg pada peringkat maju dan 110kg pada peringkat puncak.

Ini kekuatan yang mungkin seorang petapa perolehi apabila mencapai tahap tersebut. Oleh hal demikian, kebiasaannya kekuatan daripada penumbuk mereka yang terpapar akan lebih kurang sama dengan apa yang ada pada tahap pertapaan mereka.

Biasanya, sudah menjadi satu keajaiban untuk mencapai peningkatan sebanyak 20% ataupun 30% pada tahap begitu. Untuk guru yang terkenal seperti Lu Xun, dia hanya dapat memberi peningkatan sebanyak 40%!

Namun, walaupun tidak melepasi tahap pertapaannya dan masih berada dalam alam Juxi tahap asas, dia telah berjaya menyerang dengan kekuatan 120kg, lebih kuat daripada seseorang yang berada di alam Juxi Puncak! Ini bermaksud kekuatannya telah meningkat lebih 100%. Ini terlalu hebat!

"Saya hanya bertambah baik dengan kadar yang begini kerana pengajaran Guru Zhang Xuan!" Selepas menghentam tiang tersebut, Wang Ying berhenti dan mengisytiharkan dengan tenang.

"Hanya dengan satu kelas, dia dapat meningkatkan kekuatan kamu dengan begitu menakjubkan sekali? Lebih-lebih lagi…..mengubati kaki kamu juga?"

Ketua Suku Wang Hong seperti tidak percaya. Dengan beberapa langkah, dia berjalan ke arah anak perempuannya. Dengan sekilas pandang, dia dengan segera tahu kakinya telah sembuh sepenuhnya!

Selaku guru yang paling teruk di seluruh akademi, bukan sahaja dia dapat mengubati kecederaan yang Sarjana Yuanyu sendiri tidak dapat ubati, malah dapat meningkatkan kekuatan Wang Ying dengan mendadak dalam jangka masa yang pendek. Adakah ini benar?

"Bolehkah kamu beritahu kami serba sedikit isi kelas yang kamu hadiri hari ini? Apakah yang dia ajarkan?" Selepas terpegun untuk seketika, Ketua Suku Wang Hong tidak dapat menahan pertanyaannya.

"Baiklah. Hari ini, Guru Zhang bercakap tentang teknik pertapaan. Namun, apa yang disampaikan olehnya terlalu mendalam, saya hanya mampu ingat satu persepuluh daripadanya. Inilah yang diperkatakannya…"

Selepas beragu-ragu untuk seketika, dia menyatakan segala yang diingatinya.

"Menahan pernafasan seseorang dan memperkayakannya… ingin mengetahui terdapat teori yang begitu mendalam di sebalik alam Juxi yang senang ini!"

"Ini…ini terlalu hebat. Kalaulah saya telah melalui kelas yang sebegini dahulu, mungkin saya tidak akan terperangkap dalam alam ini, tanpa boleh maju!"

"Ini semestinya teori yang difikirkan oleh seorang sarjana yang sebenar. Saya telah tersedar…."

…..

Cuma dengan melafazkan beberapa ayat, ketua suku dan tetua yang berada di dalam bilik seperti telah hilang dalam keghairahan mereka, mereka seperti mabuk apabila mendengar ayat- ayat tersebut dan hampir hilang kawalan.

Untuk menjadi ketua suku dan tetua sesebuah suku yang terunggul, mereka semua mempunyai tahap pertapaan yang tinggi, yang paling lemah antara mereka pun merupakan Peninju 6-Dan alam Pixue tahap pakar.

Selepas bertapa untuk jangka masa yang lama, mereka mempunyai pencerahan yang bertaraf tinggi terhadap pertapaan mereka dan mereka lebih memahaminya.

Walaupun Wang Ying hanya melafazkan kata-katanya tanpa memahami teori disebaliknya, bagi mereka, perkataannya tidak jauh beza daripada suara dewa. Ia dengan segera menyelesaikan banyak persoalan yang dahulunya tidak dapat ditafsirkan.

"Dia….dia betul-betul seorang sarjana…Tidak, seorang sarjana pun tidak akan dapat menjelaskan teori yang begitu mendalam!"

Mata Ketua Suku Wang Hong bercahaya dan pernafasannya dicepatkan dengan penuh rasa teruja.

"Ayah,ayah?"

Melihat ayahnya seakan-akan hilang kawalan, Wang Ying cuba menariknya pulang.

"Ah? Ying, kamu tidak boleh menarik diri daripada perguruan Zhang ini tidak kira apa sekali pun! Kamu mesti belajar dengan lebih tekun…" Selepas ketua suku Wang Hong ditarik balik dari alam mistik, dia melihat Wang Ying dengan muka yang tenang sambil berkata.

"Tetapi ayah, kamu baru sahaja cakap…" Dia tidak menjangkakan ayahnya, seorang yang biasanya lebih konservatif, akan menukar fikirannya dengan begitu cepat, sehingga dia sendiri tidak dapat mempercayai perubahan dirinya itu.

"Ayah tidak tahu Guru Zhang seorang guru yang begitu hebat! Oh, betul…"

Pada saat ini, muka Ketua Suku Wang Hong dipenuhi kegembiraan sambil bertanya, "Ying-er, bolehkah kamu bertanya Guru Zhang… kalau dia masih boleh menerima pelajar? Biar Wang Yan dan Tao-er belajar dari dia juga… sebenarnya, boleh tak saya menjadi anak muridnya …"

"Ketua suku, selaku Ketua Suku Wang, kenapa kamu ingin menjadi anak murid kepada guru yang bertaraf rendah dalam akademi? Kalau perkara ini diuar-uarkan, bagaimanakah suku Wang ini dapat menjaga harga diri kita di Bandar Tianxuan?"

Sebelum Ketua Suku Wang Hong boleh menghabiskan perkataannya, dia dicelah oleh seorang lagi tetua. Selepas memarahi ketua suku, tetua tersebut berpaling kepada anak muda sambil senyum dan berkata, "Saya ini seorang tetua yang biasa sahaja dan saya tidak mewakili suku Wang. Kalau masih tidak cukup, saya sanggup meletak jawatan sebagai seorang tetua. Bolehkah kamu tolong tanyakan kalau dia sanggup mengambil saya sebagai anak murid?"

"…." Wang Tao, Wang Ying, dan Wang Yan terpegun.

"…." Ketua Suku Wang Hong juga terpegun sekali.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C27
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập