"Ah!!!"
Kepala budak perempuan itu dipegang oleh Bu Fang dan kulitnya yang menjadi hitam legam kerana cacah-cacah itu mula menggerenyet. Cacah hitam itu seolah-olah bernyawa, kemudian menggeliang-geliut seperti cacing.
Budak perempuan itu meraung kesakitan apabila tangan dan kakinya diayun-ayun dengan ganas.
Gas hitam keluar berkepul-kepul dari liang pori di seluruh tubuhnya, memeluwap menjadi seekor ular kecil dan menyelinap menuju ke arah Bu Fang.
Kulit Xiao Ya mula sembuh, kemudian perlahan-lahan menjadi putih dan lembut seperti sedia kala…
Bu Fang mengerutkan dahinya apabila jubah bulunya memancarkan cahaya yang berkilau dan berkibar-kibar tanpa henti. Cahaya merah berapi itu mula merebak ke seluruh tubuhnya untuk memusnahkan gas hitam itu.
Wush!!
Kepulan gas hangat mula naik ke udara dan Bu Fang terasa ada sesuatu yang panas merebak ke seluruh lengannya.