Sup pekat halus itu ditarik menjadi lebih panjang, jernih dan mengeluarkan aroma panas mendidih sambil haruman masam manis yang mengecurkan air liur itu menusuk-nusuk hidung Raja Alam Kubur. Dia menjilat bibirnya dan menutup matanya dengan gembira selepas memasukkan ikan tersebut ke dalam mulutnya.
Rasa masam manis meletup serta merta dalam mulutnya, membuatkan mata Raja Alam Kubur terbeliak.
Jika Ikan Kod Goreng Wen Renchou seakan-akan sama seperti ikan kod yang berenang-renang di lautan, jadi Ikan Masam Manis Tasik Barat Bu Fang adalah seperti ikan yang berehat dengan selesa di atas bot bergerak di tasik kecil. Kedua-dua hidangan yang berbeza ini menunjukkan dua jenis gaya yang berbeza.
Sup yang enak itu membangkitkan selera Raja Alam Kubur. Perasaan gembira tidak terkata itu begitu unik.