Prak!
Bunyi kain dan sutera terkoyak jelas kedengaran dan bergema di seluruh kedai.
Jubah hitam An Gu dikoyakkan oleh Si Putih sehingga menjadi cebisan dan carikan pakaian tersebut terapung turun daripada langit. Tubuh An Gu yang terlindung di balik jubah hitamnya mula terdedah.
Semua yang berada di situ melihat ke badan An Gu dan menarik nafas dingin. Anak mata mereka juga mengecil. Apabila pelanggan di sekitar melihat tubuh badan An Gu dengan jelasnya, mereka tidak dapat menahan diri daripada menjerit penuh terkejut. Selepas perasaan terkejut menguasai diri mereka, riak ketakutan pula tergambar di mata mereka.
Di balik jubah hitam itu, An Gu mempunyai rambut merah yang pendek. Kulitnya begitu cerah seolah-olah tiada aliran darah dalam badannya. Terlihat segaris kekeliruan dan panik pada sepasang mata merah tersebut. Namun, tidak dapat dinafikan lagi wajahnya benar-benar cantik. Wajahnya menunjukkan kecantikan wiraan.