Iklan! Itu merupakan satu lagi iklan!
Penonton di bawah arena itu benar-benar tergamam. Setiap kali cef ini selesai memasak, dia akan mula mengiklankan Restoran Kabus Langit.
Mereka mula sangsi akan Bu Fang. Adakah tujuan sebenar dia menyertai Persidangan Tangan Ajaib ini untuk mengiklankan kedainya?
Cik Neraka kelihatan sangat gembira dan mulutnya comot dengan minyak. Apabila melihat seseorang secantik Cik Neraka yang tidak kisah akan imejnya, penonton di bawah menjadi sangat terkejut.
Kecantikan Cik Neraka merupakan santapan mata mereka. Cara makannya sahaja sudah cukup mengagumkan pada pandangan mereka.
Ketua pengadil itu kembali sedar dan matanya terbuka hampir seluas piring. Dia menjeling ke arah Cik Neraka dengan penuh tidak puas hati.
"Sejak bila perempuan ini naik ke atas pentas? Pertandingan sedang berlangsung sekarang! Bagaimana orang awam boleh sesuka hati naik ke atas pentas ketika pertandingan sedang berlangsung?"