Empayar Bayu, Bandar Sempadan.
Beberapa ribu batu dari persisir Empayar Bayu, berdirinya sebuah bandar yang megah dan besar. Bandar ini luas dan melitupi sebahagian besar daripada tanah di Empayar Bayu. Tembok bandar ini pula tinggi sehingga mampu menutup matahari di langit.
Bandar Sempadan merupakan bandar yang terbesar dan barisan pertahanan pertama bagi Empayar Bayu. Selain daripada sejarah yang mendalam, bandar ini juga terkenal sebagai salah satu daripada Tiga Bandar Kuno Besar di Empayar Bayu selain Bandar Diraja dan Bandar Misteri Barat.
Apabila dilihat dari jauh, Bandar Sempadan nampak seperti sebuah patung Tuhan Pertempuran yang besar dan membuatkan bandar ini kelihatan kuno. Bandar ini terletak di sempadan Empayar Bayu.