Bandar Selatan terletak di wilayah Hang Yang, iaitu di bahagian selatan Empayar Bayu. Bahagian selatan Empayar Bayu ini memuatkan tujuh buah wilayah yang besar dan setiap wilayah pula mempunyai bandar-bandar yang besar.
"Tujuh buah wilayah, tiga buah bandar, sebuah pulau yang besar." Pepatah ini merumuskan bagaimana rupa bentuk geografi Empayar Bayu di atas peta. Wilayah Hang Yang merupakan salah satu daripada tujuh buah wilayah itu. Tiga buah bandar merujuk kepada tiga buah bandar purba yang hebat di Empayar Bayu dan salah satu bandar purba ini ialah Bandar Diraja.
Bandar Diraja, Bandar Misteri Barat dan Bandar Sempadan mempunyai sejarah masing-masing yang mendalam. Bandar Misteri Barat wujud sebelum Empayar Bayu ditubuhkan dan sejarahnya bermula sejak dinasti-dinasti yang terdahulu lagi.