Tải xuống ứng dụng
8.48% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 81: Anjing Hitam Ni Berlagak Sungguh!

Chương 81: Anjing Hitam Ni Berlagak Sungguh!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Siapa?! Siapa di situ?!"

Bila Hun Qianyun terdengar bunyi suara yang angkuh itu, api semangat dalam lesung matanya menjadi marak dan auranya bertambah menakutkan. Dia memerhati kawasan sekelilingnya untuk mencari pemilik suara itu.

Namun, dia langsung tak jumpa sesiapa di situ yang berani bercakap begitu. Pelanggan-pelanggan restoran semuanya tunduk takut melihat jelingannya. Orang misteri itu bukanlah bersembunyi di kalangan mereka.

Bu Fang mengerutkan keningnya dan wajahnya suram. Tempat tumpahnya sup ayam itu panas berwap. Kepanasan itu semakin hilang bila angin sejuk bertiup dan menyebarkan aroma sup ayam itu.

"Niat untuk membunuh Tuan, telah dikesan. Mod perlindungan diaktifkan."

Satu suara mekanikal kedengaran sambil satu kelibat gergasi putih bergegas keluar dari restoran dan muncul di sebelah Bu Fang dengan bunyi yang kuat. Si Putih berdiri tegak sambil mata mekanikalnya memancarkan cahaya merah.

"Ada boneka?!" Hun Qianyun sudah berputus asa mencari pemilik suara tadi. Dia agak terperanjat bila terpandang Si Putih yang muncul di sebelah Bu Fang.

Walaupun Hun Qianyun ada mendengar perilaku-perilaku restoran ini, dia tak pernah cuba untuk ambil tahu lebih lagi. Dia hanya tahu yang restoran itu sangat berkuasa dan boleh mengusir Santo Pertempuran kelas ketujuh, Xiao Meng. Namun, dia tak tahu sumber kekuatannya. Nampak gayanya… mungkinkah boneka ini penyebabnya?

Si Hitam menghampiri perlahan sambil berjalan seperti kucing. Bila ia nampak Si Putih berdiri di sebelah Bu Fang, ia menjelingkan mata dan berhenti.

"Kau dah bunuh pelanggan aku dan rosakkan sajian aku… Tak boleh dimaafkan!" Bu Fang menarik nafas dalam. Matanya tertumpu kepada Hun Qianyun dan pandangannya menjadi dingin.

"Hmph! Berlagak betul nada kau… Orang tua ni akan uji kebolehan kedai kau hari ni!" Hun Qianyun mengejek sambil dia melangkah ke belakang. Bila dia melambaikan tangannya yang lemah, simulakrum gergasi Raja Neraka itu serta merta bergerak.

Kabus hitam pun menjelma dan simulakrum itu mengangkat tangannya. Lalu muncullah lembing hitam itu sekali lagi. Kabus hitam menyelubungi lembing itu sementara dayanya beralun dengan ganas.

Dengan bunyi merobek yang kuat, simulakrum Raja Neraka itu membaling lembing dengan sekuat-kuatnya. Ia menuju ke arah Bu Fang dengan laju dan menghasilkan bunyi siulan di udara. Kedengaran seolah-olah udara itu sudah terkoyak.

Mata mekanikal Si Putih memancar sambil tubuhnya bergerak di hadapan Bu Fang. Ia mengangkat tangan mekanikalnya dan menumbuk ke arah lembing yang terbang menuju mereka itu.

Bunyi letupan kuat kedengaran dan menghasilkan letusan. Seluruh lorong itu diselubungi kabus hitam dengan serta merta.

Pelanggan yang duduk di dalam restoran Bu Fang semuanya terkejut dengan bunyi menakutkan itu. Namun, yang peliknya, asap hitam di luar langsung tak meresap masuk ke dalam restoran. Asap itu seolah-olah dipisahkan oleh satu lapisan selaput yang melindungi.

Hun Qianyun menyeringai sambil dia melihat dari jauh. Kalau Santo Pertempuran kelas ketujuh pun boleh menderita kerana cuba membalas serangan Lembing Void Raja Neraka, apa yang boneka ni boleh buat?

Boom!

Dalam asap hitam itu, hanya dua pancaran cahaya mereka kelihatan. Tiba-tiba, cahaya itu bertukar menjadi ungu. Angin tiba-tiba berhembus dan menghilangkan asap hitam itu.

Bila asap hitam itu hilang, barulah kelihatan apa yang sebenarnya terjadi. Bila Hun Qianyun nampak apa yang berlaku, dia sangat terkejut dan api semangat dalam matanya meluap-luap.

Keseluruhan badan Si Putih menghasilkan kilauan logam dan mata mekanikalnya berubah menjadi warna ungu. Kedua-dua lengannya bersilang di depannya dan nampak seperti menghalang Lembing Void Raja Neraka tadi. Tak ada langsung kerosakan di badan Si Putih.

Bu Fang berdiri dengan selamba di belakang Si Putih. Wajahnya tak berperasaan sambil dia memandang Hun Qianyun tanpa sebarang rasa risau atau takut.

"Mod bertempur diaktifkan!" Suara mekanikal Si Putih semakin dingin. Mata ungunya memberikan pandangan maut.

Dengan bunyi bergetar, badan Si Putih bergerak dengan pantas. Kelajuannya hampir tak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu yang menyesakkan nafas menuju ke arah Hun Qianyun.

Hun Qianyun mendengus marah sambil dia mengangkat tangannya yang lemah. Meminjam kuasa simulakrum Raja Neraka, dia mengawal daya hitam untuk menyelubungi badannya dan membuat serangan tapak tangan ke arah Si Putih.

Bila kedua-dua mereka bertembung, satu gelombang kejutan sengit terhasil dan dinding di lorong itu mula merekah. Ia seakan-akan hampir roboh disebabkan pertembungan tenaga itu.

Ekspresi Hun Qianyun tiba-tiba berubah. Kalau mereka terus bertempur dengan tahap kuasa ini, askar-askar yang meronda dalam bandar diraja serta pakar-pakar akan menyedarinya. Dia perlu selesaikannya dengan cepat!

"Cepat hapuskan pemilik kedai ni! Biar aku lengah-lengahkan boneka ni!" Sebagai orang lama, Hun Qianyun tahu yang cara terbaik ialah dengan menangkap ketuanya dulu sebelum menawan konco-konconya. Jelas yang boneka itu mahu melindungi Bu Fang. Bila Bu Fang mati, boneka itu akan hilang sasaran perlindungan dan berhenti bergerak.

Enam Raja Pertempuran berdiri di belakang Hun Qianyun juga faham niatnya.

Simulakrum Raja Neraka menuju ke arah Bu Fang langkah demi langkah. Bila simulakrum gergasi itu bergerak, lorong itu seakan hampir pecah.

Bu Fang memandang simulakrum yang semakin menghampiri itu dengan acuh tak acuh. Dia mengusap kepala Ouyang Xiaoyi dan menyuruhnya menyorok dalam kedai. Dengan perlindungan kedai, dia pasti selamat.

"Budak tak guna ni memang cari maut ke? Kenapa dia tak lari walaupun dia berdepan simulakrum Raja Neraka?" Salah satu Raja Pertempuran yang mengawal susunan magik berkata dengan rasa terperanjat.

"Mungkin dia terlampau takut sampai kakinya lemah dan tak mampu bergerak! Bila Susunan Meruntun Jiwa Raja Neraka diaktifkan, ia setanding Santo Pertempuran kelas ketujuh!" Seorang lagi Raja Pertempuran berkata sambil tergelak.

"Budak tu tak terkucil ke? Macam mana sampah kelas ketiga ni boleh tahan aura menakutkan Santo Pertempuran?"

...

Bu Fang langsung tak hiraukan ejekan Raja-raja Pertempuran itu. Aura Santo Pertempuran yang konon-kononnya menakutkan itu langsung tak memberi kesan kepadanya. Disebabkan adanya sistem, dia terlindung daripada aura itu dan dia langsung tak risaukan keselamatannya.

Si Hitam berjalan menghampiri seperti seekor kucing, dan ia berhenti dengan elegan dan lemah lembut di antara Bu Fang dan simulakrum Raja Neraka .

Bilal Si Hitam mengangkat kepalanya dan memandang simulakrum Raja Neraka itu, matanya memandang dengan penuh rasa menyampah.

"Shuh shuh shuh… Dari mana pula datangnya anjing hitam ni?! Berambus dari sini!" Seorang Raja Pertempuran memandang anjing itu dan tak tahu nak kata apa. Dia berasa bingung sambil dia cuba menghalau Si Hitam.

Mereka langsung tak dapat rasa kesan tenaga semangat pada anjing ini dan rupanya pun biasa-biasa saja. Ia nampak macam anjing biasa. Padan pun Raja Pertempuran ini tak mengecamnya.

"Bodoh… Kau bercakap dengan tuan segala anjing ni ke?" Si Hitam mengangkat kepalanya dengan angkuh sambil suara mengejek yang lemah lembut dan maskulin kedengaran.

Enam Raja Pertempuran itu terperanjat… Fikiran mereka agak bercelaru.

"Apakah ini! Betul ke anjing ni… bercakap?!"

"Bodoh… Kau suruh tuan segala anjing ni berambus? Kau dah lama hidup ke? Kau ingat kau boleh main-main dengan tuan segala anjing ni hanya sebab kau ada Raja Neraka tiruan ni?" Si Hitam terus berkata.

"Anjing hitam besar yang tiba-tiba pandai ni berlagak sungguh!" Enam Raja Pertempuran itu terus naik angin. Anjing ni berani berlagak depan mereka. Memang tak boleh dimaafkan.

"Anjing tak guna! Kalau aku tak dapat bunuh kau hari ni, aku akan tukar nama!" Salah seorang Raja Pertempuran yang berang itu sudah tak mampu menahan diri. Dia menjerit marah dan serta-merta membuat lembing hitam dengan simulakrum Raja Neraka.

Lembing itu dibaling ke arah Si Hitam dengan bunyi bersiul.

"Berani kau panggil benda tiruan ni Lembing Void Raja Neraka? Kekuatannya macam jarum sulaman… Tuan segala anjing ni tak ingin pun nak guna benda ni untuk garu rasa gatal." Si Hitam berkata sambil menjelingkan matanya.

Bila lembing hitam itu berlanggar dengan kepala Si Hitam, dia mengepakkan sedikit telinganya dan lembing itu pun hancur berkecai. Ia bertukar menjadi daya hitam dan hilang di udara.

Tubuh keenam-enam Raja Pertempuran itu kaku. Apa yang berlaku? Adakah mereka berkhayal…?

"Walaupun itu bukan lelaki tua jahanam dari neraka, tuan segala anjing ni tetap rasa menyampah dengan benda ni. Disebabkan kau dah ganggu tidur tuan segala anjing ni, kamu semua… akan mati." Si Hitam berkata dengan selamba sambil dia meregangkan tapak kakinya yang comel dan indah. Tapak kaki itu perlahan-lahan terbang ke arah simulakrum Raja Neraka.

Bu Fang mengangkat keningnya sedikit. Dari apa yang dia lihat, saat Si Hitam meregangkan tapak kakinya, ia membesar menjadi tapak kaki gergasi yang menutupi langit.

Si Hitam memandang sekilas simulakrum Raja Neraka di bawah tapak kakinya dan mendengus dengan rasa menyampah. Tapak kaki itu pun perlahan-lahan turun.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C81
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập