Tải xuống ứng dụng
6.8% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 65: Anak Muda, Kerja Bawah Beta!

Chương 65: Anak Muda, Kerja Bawah Beta!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Di pintu masuk lorong, pasukan pengawal diraja yang memakai perisai sedang gagah berdiri teguh untuk menyekat pintu masuk itu. Di hadapan mereka, Lian Fu yang memakai jubah kain broked sedang berjalan mundar-mandir dengan cemas sambil melibaskan cemeti ekor kudanya. Sekali-sekala, dia akan berhenti berjalan dan melihat ke arah restoran dengan penuh kerisauan.

"Dia tu melampau betul. Bukan aku nak curi makanan dia pun, kenapa dia tak benarkan aku teman dia makan?" Lian Fu mengeluh tak puas hati. Dia menumpukan perhatian dengan menggunakan kesemua pancainderanya dan meneliti persekitarannya. Bukan perkara kecil bila maharaja keluar daripada istana diraja. Kalau ahli-ahli dari sekta tahu, mereka akan bergegas ke lokasi itu untuk membunuhnya.

Tiba-tiba, kekecohan berlaku di kalangan pengawal. Apabila pasukan pengawal membuka sekatan jalan, ada seseorang yang sedang berjalan dengan perlahan.

"Kebetulan Tuan Putera ada di sini." Kata Lian Fu sambil ketawa lalu memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama.

Ji Chengxue tak menunjukkan sebarang emosi. Dia hanya mengangguk sebelum dia sambung berjalan. Jubahnya berkibas-kibas ditiup bayu.

Lian Fu rasa tak berdaya apabila dia melihat bahagian belakang Ji Chengxue. Dia berkata di dalam hatinya, 'Nampaknya Tuan Putera dah bertemu dengan Maharaja di dalam restoran dan mereka berdua tak berapa nak ngam.'

'Kerabat diraja tak ada saudara-mara. Sebagai seorang yang berasal daripada keluarga diraja, dia perlu menghadapi perkara-perkara imperialisme. Memandangkan Maharaja tak suka putera ketiganya, tak ada beza pun kalau dia tu seorang yang rajin atau cemerlang.'

"Beri perhatian! Maharaja sekarang berada di dalam lorong itu. Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Baginda, kamu semua akan terima padahnya!" Bisik Lian Fu kepada para pengawal sebagai amaran.

"Ya Tuhan, kamu ni Ketua Sida-sida kan? Lama tak jumpa!" Suara yang bernada girang kedengaran dan mengganggu Lian Fu yang mahu berleter kepada para pengawalnya.

Lian Fu melirik ke arah lelaki yang baru saja tiba dengan bingung. Lelaki di hadapannya kurus kering dan penampilannya buruk dan menjolok mata. Dia memakai jubah kain broked yang mewah dan memakai seutas tali pinggang bertatahkan jed hijau. Jari-jemarinya pula dihiasi dengan cincin yang berkilauan. Rupanya seperti orang kaya baru.

"Kamu ni siapa?" Lian Fu tanya dengan bingung. Dia berkata di dalam hatinya, 'Aku rasa aku tak pernah jumpa dengan lelaki yang hodoh macam ni.'

"Ketua Sida-sida Lian, kamu dah lupakan saya ke? Sayalah pemilik Restoran Phoenix Abadi. Bukankah Maharaja ada datang ke restoran saya untuk makan Itik Bunga Panggang dulu? Pada masa tu, saya sendiri yang hidangkan sajian itu kepada Baginda!" Kata lelaki itu dengan senyuman sambil mengecilkan matanya. Dia nampaknya tak peduli walaupun Lian Fu tak ingat dia siapa.

"Oh oh oh! Nama kau... Qian... Qian apa ya?" Kata Lian Fu ketika dia mengecilkan matanya dan menunjuk ke arah lelaki itu dengan memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama.

"Gong gong, nama orang yang berpangkat rendah ni ialah Qian Bao." Lelaki itu mengingatkannya.

Lian Fu tiba-tiba teringat dan dia mengangguk kepalanya sambil berkata, "Betul, nama kamu Qian Bao... Ya Tuhan, kenapa pemilik Restoran Phoenix Abadi berada di sini?"

"Orang bawahan ini datang ke sini untuk berjumpa dengan gong gong. Dah lama gong gong tak datang ke Restoran Phoenix Abadi. Bila gong gong boleh datang ke restoran saya? Kehadiran gong gong pasti akan bawa kehormatan yang tinggi kepada restoran kami yang tak seberapa tu." Qian Bao tersenyum girang.

Hidangan-hidangan di Restoran Phoenix Abadi memang sedap. Ia dianggap sebagai restoran kelas pertama dalam Empayar Bayu. Tetapi selepas Lian Fu memakan hidangan yang dimasak oleh Bu Fang, makanan yang dimasak di dapur diraja rasa hambar baginya. Memang dia tak akan pergi ke Restoran Phoenix Abadi itu.

Selain daripada sajian istimewa di Restoran Phoenix Abadi, iaitu Itik Bunga Panggang, sajian-sajian lain tak hebat mana pun.

"Oh, saya akan pergi bila saya ada masa lapang." Jawab Lian Fu dengan acuh tak acuh sambil mengangguk kepalanya dengan fikiran separa sedar.

"Baiklah, orang bawahan ini akan tunggu ketibaan gong gong." Qian Bao tak berhenti senyum sepanjang perbualan mereka itu. Dia masih tersenyum girang tanpa mengira sikap Lian Fu.

Beberapa ketika kemudian, Qian Bao bertanya dengan berhati-hati, "Tu... Gong gong, maharaja sedang berada di dalam lorong ke?"

Anak mata Lian Fu mengembang apabila dia melihat Qian Bao dengan cemas. Raut wajahnya menjadi masam dan dia bertanya dengan nada yang tinggi, "Apa niat kamu disebalik soalan tu?"

"Orang bawahan ni cuma mahu Mahajara untuk bawa kehormatan kepada restoran kami dengan kehadirannya sekali lagi. Bukan ke Maharaja memuji Itik Bunga Panggang kami sebagai sajian itik nombor satu dalam Empayar Bayu? Orang bawahan ni cuma tertanya-tanya bila dia mahu mencuba sajian-sajian Restoran Phoenix Abadi lagi." Kata Qian Bao dengan tergesa-gesa sambil melambai-lambaikan tangannya.

"Kalau Maharaja nak makan sajian kamu, dia akan hantar seseorang untuk membungkus sajian itu. Kenapa kamu risau sangat? Dah, pergi dari sini." Kata Lian Fu sambil mendengus selepas dia merenung ke arah Qian Bao.

Qian Bao masih tersenyum. Dia mengangguk dan meminta izin untuk pulang. Kemudian dia berpaling ke belakang lalu pergi dari tempat itu. Setelah mengambil beberapa langkah, senyuman di wajahnya hilang dan digantikan dengan perasaan derita.

"Restoran yang berhati kejam di lorong tu... Biar betul Maharaja sendiri datang ke situ? Patutlah makin kurang pelanggan sejak akhir-akhir ni. Mereka semua tertarik dengan restoran kecil ni." Qian Bao menundukkan kepalanya sambil menggumam dengan ekspresi yang sedih.

'Berani kau curi perniagaan aku... Aku akan buat kau derita. Restoran kau yang terletak di lorong tu kecil saja dan hanya bergantung pada satu sajian istimewa. Hmph... Bila sajian istimewa kau ditewaskan, tengoklah macam mana kau akan curi perniagaan aku nanti!'

...

"Nenda Maharaja, ini Ikan Perap Bijian Wain Beras. Sila nikmati hidangan ni." Kata Ouyang Xiaoyi dengan lemah-lembut sambil meletakkan hidangan Ikan Perap Bijian Wain Beras itu di hadapan maharaja. Apabila aroma wain tersebar ke udara, maharaja tak boleh lepaskan dirinya untuk menghidu bau yang lazat itu.

"Bau Ikan Perap Bijian Wain Beras aromatik ni sangat harum!" Maharaja memuji sajian itu dan terus mengambil secubit isi ikan itu dengan penyepitnya. Apabila dia menyuap ikan itu ke dalam mulutnya, rasa perapan dan ikan bercampur-campur dan menyelubungi tunas rasanya. Dia jatuh cinta dengan rasa itu.

"Nenda Maharaja, ini Shumai Keemasan. Selamat menjamu selera."

Setelah hidangan seterusnya disajikan, bahagian dalam restoran itu telah diselubungi dengan aroma hidangan-hidangan itu.

Senyuman maharaja melebar hingga ke telinga semasa dia memakan sajian-sajian itu. Dia tak dapat berhenti langsung daripada mengunyah. Dah lama dia tak makan sajian yang boleh memegunkannya.

Selepas mengelap kesan minyak pada janggutnya, ekspresi gembira muncul di wajah maharaja apabila dia melihat hidangan-hidangan kelas pertama itu di hadapannya. Bagi pelahap seperti dia, memakan sajian yang lazat ialah pengalaman yang paling gembira.

"Xiaoyi, bukan ke ada wain yang lebih baik daripada Wain Nektar Berhias Permata? Kenapa Beta belum dapat rasa wain tu?" Kata mahajara dengan bingung selepas menelan seketul daging daripada sajian Tulang Rusuk Masakan Masam Manis.

"Ada. Tunggu sebentar, Nenda Maharaja." Ouyang Xiaoyi tersenyum dan berlari ke arah tingkap dapur dengan gembira.

"Tauke busuk, cepat bawa Wain Jed Penyejuk Hati keluar. Nenda Maharaja nak rasa." Kata Ouyang Xiaoyi kepada Bu Fang.

Bu Fang telah selesai memasak hidangan terakhir dan dia sedang mengelap titisan air di tangannya. Dia mengangguk dan membiarkan Ouyang Xiaoyi menghidangkan sajian terakhir itu dulu sementara dia mengeluarkan balang Wain Jed Penyejuk Hati daripada kabinet.

Bu Fang berjalan keluar dari dapur sambil membawa balang wain itu.

Dia meletakkan balang itu di hadapan maharaja dan duduk di atas kerusi. Dia memandang ke arah maharaja dan bertanya, "Macam mana? Tuanku masih nak tutup restoran Patik?"

Maharaja mengangkat sayur-sayuran hijau dan segar yang nampak seperti tak dimasak langsung. Apabila dia mendengar soalan Bu Fang itu, perasaan malu jelas kelihatan di mukanya, tapi rasa malu itu hilang dengan sekelip mata.

Apabila dia menggigit sayur-sayuran itu, jusnya yang panas segera terpancut ke dalam mulutnya. Rasa sayur-sayuran itu kekal dalam mulutnya.

"Adakah ini Sayur Goreng?!" Maharaja amat terkejut selepas dia menggigit sayur-sayuran itu.

"Ya, ni memang sepinggan Sayur Goreng. Cuma Patik menggunakan teknik memasak khas semasa proses menggorengnya." Kata Bu Fang dengan selamba.

Semasa Bu Fang bercakap, dia menarik kain penutup daripada balang wain itu dan menuangkan secawan wain untuk maharaja. Dia menunjuk ke arah cawan itu dan menyuruh maharaja untuk merasainya.

Mata maharaja terus bersinar. Keharuman Wain Jed Penyejuk Hati itu telah membangkitkan sifat keghairahannya terhadap wain dan dia tak boleh menahan keinginannya lagi.

Dia mengambil cawan porselin biru dan putih itu dan menghirup wain di dalam. Rasa pedas merebak dari bibirnya ke lidahnya. Seluruh badan maharaja menggigil dan kedut-kedut di wajahnya juga kelihatan berdenyut-denyut.

Selepas menghabiskan wain dalam cawan itu, maharaja mengecap-ngecap bibirnya dan mengeluh lega. Dia mempunyai ekspresi yang terpesona di wajahnya.

"Desas-desus tu benar belaka. Wain Jed Penyejuk Hati memang lebih baik daripada Wain Nektar Berhias Permata Beta... Beta dah hidup bertahun-tahun dan hanya merasai wain sesedap ini bila Beta dah di penghujung nyawa. Adakah ini azab atau ganjaran dari Tuhan?" Maharaja tak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis ketika dia bercakap sambil mengecilkan matanya.

"Dengan wain dan makanan yang lazat ni, memang bodohlah Beta kalau Beta masih nak tutup restoran Tauke Bu." Maharaja mengusap janggutnya perlahan-lahan sambil menyuruh Bu Fang menuang wain ke dalam cawannya lagi. Dia minum secawan wain lagi dan mula tertawa.

Bu Fang tanpa ekspresi memandang ke arah maharaja yang sedang ketawa itu, seolah-olah semuanya berada dalam jangkaannya.

Seperti yang dia jangkakan, tak ada sesiapa yang tak suka makan sajian-sajiannya!

Maharaja meminum tiga cawan wain berturut-turut dan dia mula rasa mabuk, tetapi matanya masih bersinar.

Maharaja merenung ke arah Bu Fang dan menghempaskan cawannya dengan kuat. Matanya bersinar sambil dia berkata, "Tauke Bu, kerja bawah Beta. Datang ke dapur diraja Beta. Gaji bulanan tuan hamba sebanyak... sepuluh ribu biji kristal!"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C65
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập