Dr.Eyya, seorang pelajar dekan dalam bidang perubatan dan kedoktoran, dia mendapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah hospital swasta. Namun dia menolaknya dengan membina sebuah empayar syarikat perdagangannya sendiri. Dia berdagang emas dan perak menjadikannya dia cepat kaya berbanding menjadi seorang doktor di sebuah hospital. Dr.Eyya seorang yang baik hati, suka bersedekah dan membantu orang. Segala-galanya baik sahaja sehinggalah dia secara tiba-tiba mahu menaja kawan-kawan lamanya untuk bercuti di sebuah banglo mewah. Mereka mula membongkar identiti sebenar doktor yang baik hati
5
Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.satu mitos terbuka.. mengenai ratu yang hancur kerana cinta dan putih yang hidup kerana benci. kerana durja...seluruh merah dibiar mati..seluruh putih disumpah berabad lamanya. dan mitos dilerai dengan al kisah seorang duke sedingin salju dan merah selembut bayu. adapun sakti melindungi mereka walaupun akhirnya al kisah itu berakhir dengan satu dentingan magis jarum jam sakti... dan tika jarum jam berdenting sakti... hikayat mereka bermula...
kisah ini tetap terjadi walaupun tanpa "bibbidi bobbidi boo" oleh sang fairy god mother. takkan habis walaupun pena diletak jauh dari coretan al kisah cinta. kerana ini kisah si cinder yang kejam jatuh cinta kepada sang putera raja. barangkali dongenan yang dicerita hanyalah indah yang menutup durja cinta mereka....
ISTERI PARALLEL sinopsis Penulis novel terkenal Elin gadis muda saat usia 29 sudah menjadi jutawan dan di gelar penulis hot . Kali ini Elin menerbitkan novel terbaru berkesahkan tentang homeseks.Tanpa di duga Elin terjebak di dunia parallel di mana dunia itu sama seperti jalan cerita novel ciptaanya . Elin memainkan watak pembantu sebagai isteri yang suaminya adalah laki laki homo di saat yang sama Elin juga harus menghidupkan jalan cerita di dunia parallel seperti dalam novel agar dapat kembali ke dunianya . Elin berhadapan dengan tentangan diantara bertahan hidup sebagai isteri dan cerita novel nya.
Kahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya. Cinta?. Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak menguntungkan. Perempuan? petik jari sahaja berebut-rebut mereka untuk menerima barisan hadapan gara-gara mahu. Menjadi wanita terpilih dan sememangnya seorang yang punya ramai kawan perempuan. Dalam hidup seorang lelaki hebat seperti itu. Dia sebenarnya beristeri tapi kehidupan mereka seolah-olah terasa asing dan mereka sangat tidak sebulu. Seorang sangat angkuh,seorang pulak sangat keras hati.bHaih !! wujudkah cinta untuk orang yang tidak mahu bercinta, lagi-lagi mencintai seseorang yang telah menganggap kita sebagai raja buaya darat ??
4.8
Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Tiada gambar novel kerana gambarnya tidak mahu dimuat turun oleh WebNovel. Enjoy!
Ayve sendiri pun tidak pasti macam mana semua ini berlaku. Bangun² sahaja sudah berada di dunia yang selama ini diidamkan oleh nya. Bukan itu sahaja malah di dunia itu dia telah beralih masuk ke dalam tubuh seorang wanita yang mempuyai nama dan fisik yang sama persis dengan dirinya. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi dia sudah punya suami. Bukan cuma seorang tetapi dua orang. Akan kah hidup Ayve kali ini di dunia itu lebih berwarna atau pun sebaliknya. Akan kah dia dapat mencari jalan pulang ke dunia nya atau apa kah sebaliknya.
[V MELAYU] Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin membebaskan sahabatnya yang telah difitnah, namun mati akibat runtuhan rumahnya yang menimpa dirinya. Tiba-tiba beberapa kenangan yang terasa biasa baginya muncul di fikirannya. Kemudian, figura yang kelihatan biasa dan muda seawal usia lapan tahun, berdiri di hadapannya. Kanak-kanak itu melihat gadis itu. Dia membuka mulutnya dan bertanya soalan yang tidak dijangka. "Awak dah bersedia ke belum?" Dia keliru "Awak dah bersedia ke belum?" tanya kanak-kanak itu sekali lagi. Dia tidak faham dengan soalan itu dan berkerut dahi. "Bersedia untuk apa sebenarnya?" Kanak-kanak itu menunjukkan kekecewaan di wajahnya. "Awak tidak ingat ke? Adakah awak tidak menerima kenangan kami? Kenangan akan kehidupan masa lalu awak?" "Kehidupan masa lalu? Saya?" Kanak-kanak itu mengangguk. "Ya, sebagai Esther Altham. Anak perempuan Crusoe Altham"
Novel ini menceritakan tentang cerita fiksi kehidupan seorang perempuan yang terus berjuang untuk melawan takdir serta mendapatkan keadilan keatas kematian ayahnya. Novel ini ditulis dengan memasukkan genre romance,fiksyen serta slice of life dalam penceritaanya agar menjadikan novel ini lebih hidup. Diharap,dengan pembikinan novel yang bersesuaian kepada semua khalayak umur ini dapat memupuk sifat sukak membaca dalam kalangan generasi muda masa kini.