Ayah banyak menghabiskan masa di dalam biliknya. Mungkin banyak kenangan yg dia mahu imbas kembali. Kadang-kadang terdengar juga sayup suara nya menangis meratapi arwah mak dan kadang-kala aku terdengar dia bercakap seolah-olah arwah masih ada si depan mata. Kadang-kadang terdengar barang pecah dan berselerak. Ada kala senyap sunyi. Aku tidak tahu apa yg berlaku tapi aku tidak mahu menganggunya. Sejak akhir-akhir ini, aku cuba mencari kerja supaya boleh hilangkan rasa bosanku daripada duduk menganggur di rumah. Kerap juga beberapa kali aku menerima panggilan dari Lutfi. Tapi aku tidak langsung menjawab panggilannya atau membalas mesejnya. Aku memilih utk berdiam diri dan mencari kebahagian aku sendiri dan sekali lagi bersama Haziq. Ini adalah peluang terakhir utknya. Kalau dia masih akan tinggalkan aku lagi, memang aku akan terus tinggalkan Haziq. Tiada kompromi. Aku juga ada hati dan perasaan.Malam itu, Haziq balik dalam keadaan yg teruk sekali. Mukanya bengkak dan berdarah di tepi mulutnya. Aku terkejut apabila melihat dirinya. Tanganku cepat mencari kotak kecemasan,aku mengambil beberapa helai tisu yg berdettol dan mengelap wajahnya yg berdarah itu. Dia menahan sakit ketika aku mengelapnya.
" abang, kenapa ni? Apa dah jadi sebenarnya? Hazim pukul abang ke?" dia menggeleng. Dia bangun dari baringnya dan duduk bersandar di kepala katil.
" Abang kenal budak-budak Hazim, diorang lagilah kenal abang. Mana diorang berani nak usik abang. Hazim pun tak suruh pun budak-budak dia ganggu abang. Abang tak kenal budak mana. Dia datang serang je macam kenal je siapa musuh yg diorang cari. Tak teragak-agak diorang pukul abang tadi. Nasib baik Syah dengan Zakwan nampak. Kalau lambat sikit, dah arwah dah.." kata akhinya buat aku sedikit marah. Aku memukul manja bahunya. Dia mengerang sakit yg amat. Sengaja menyakitkan hati aku.
" Cuba cakap yg elok sikit. Nak sangat ke jadi arwah tu.." muka dia merapati muka aku. Pandangan matanya bertentang dengan mataku. Degupan jantungku laju sekali. Dia tersenyum apabila buat aku resah.
"Sayang juga Liya kat abang. Abang janji kali ni abang takkan tinggalkan Liya ok? Liya akan sentiasa dalam hati abang." aku pula tersenyum dia memegang wajahku. Aku memandangnya gembira. Harap dia pegang janji dan kata-katanya kali ini sebab aku tidak mahu lagi menunggunya.
Keadaan agak panas hari itu, buatkan aku rasa dahaga. Semasa aku menuju ke dapur, aku nampak ayah sedang mencari sesuatu di dapur. Kakiku terus melangkah menuju ke arah ayah dan merapatinya.
"Ayah nak apa-apa ke? Boleh Liya ambilkan..." aku bersuara ceria. Dia menoleh ke arahku dan terus melangkah keluar dari dapur tanpa menjawab soalan dariku. Sangka baik sahaja. Mungkin dia masih belum sedia utk menerimaku. Aku pun meneruskan hajat aku tadi yg terbantut. Aku mengambil beberapa biji buah-buahan dan memotong buah itu menjadi buah campur. Aku susun di dalam pinggan dan membawa segelas air oren menuju ke depan tv. Ayah juga turut di situ. Kali ini dia tidak akan dapat menolak pelawaan aku. Aku menghulurkan buah dan air kepada ayah. Dia tidak memarahi aku tapi tiada ucapan apa-apa dari mulutnya. Dia mengambil buah itu dan terus menyuap ke mulutnya tanpa banyak soal. Aku termenung disitu dan ketika itu juga Haziq pulang kemudian dia menyapa aku di situ. Aku menyambut tangannya dan memperkenalkan ayah pada Haziq. Haziq menghulurkan tangan pada ayah utk berjabat salam. Matanya terbeliak memandang ke arah Haziq dan tanpa berkata apa-apa, dia bangun meninggalkan kami yg masih di situ terpinga-pinga melihatnya pergi. Aku meminta maaf pada Haziq atas sikap ayah yg dingin dan pelik pada Haziq. Haziq cakap dia tidak mengambil hati pun. Mungkin dia terkejut baru nampak Haziq yg baru juga muncul. Haziq menyambung makan buah yg tersisa di dalam pinggan itu dan aku mengambil 2 gelas air lagi utk kami lepak dan minum di depan tv itu. Sedang seronok kami bersembang di depan, Abang Zizul pun balik dan terus menuju arah kami yg sedang ber'dating'. Apabila abang bertanya kan tentang ayah, aku terus menceritakan tentang kejadian tadi. Dia kaget. Mungkin ayah masih belum kenal Haziq jadi dia rasa macam lain bila ada org lain dalam rumahnya. Tak pasti dia dapat terima atau tak. Selepas kami menceritakan segalanya, abang terus menuju ke bilik ayah. "Sebaiknya kita tak payahlah masuk campur." pesan Haziq padaku. Aku hanya mengangguk sahaja.
Pagi-pagi lagi ayah sudah pun keluar bersama abang Zizul. Seperti yg Haziq pesan, tidak perlu masuk campur. Jadi aku bersiap seperti biasa dan mengikut Haziq. Katanya dia mahu bawa aku ke suatu tempat. Waktu lunchbreak, mestilah penuh orang di setiap kedai makan. Haziq seperti menunggu seseorang datang makan bersama kami. Lama juga kami menunggu, akhirnya dia datang. Hazim! Hampir terangkat kakiku nak lari dari situ. Nasib baik, aku di tahan oleh Haziq. Kali ini dia datang dalam keadaan dengan berpakaian agak kemas berbanding dulu. Dia menghadiahkan sedikit senyuman sinis padaku. Walaupun tidak ikhlas, aku cuba membalasnya. Namun kejadian tempoh hari masih terngiang-ngiang di ingatan. yang paling nyata dia tidak akan datanh berseorangan. Dia pasti akan datang bersama beberapa orang utk menjaganya. Tapi mereka hanya tunggu di luar. Walaupun tidak berapa ketara, tapi aku masih mengenali merbiasa Kelihatan raut wajah mereka agak takut utk bersemuka dengan aku dan Haziq kali ni. Haziq dan Hazim banyak bercakap tapi bukan aku. Aku hanya mengeluarkan beberapa perkatan sahaja apabila di beri arahan dari Haziq. Aku lebih banyak berdiam dan menumpu ke arah makanan dari melihat wajah mereka berdua seakan mahu bermesra. Dia juga mahu Hazim cuba utk menerima dan merestui hubungan kami. Aku dapat rasakan yg kali ini Haziq sudah pun bersedia menerima pelbagai tentangan dan risiko daripada keluarga kami berdua. Namun sudah jodog, kami juga tidak dapat menolak ketentuan Ilahi. Segala perancangan yg terbaik datang dariNya. Hazim juga ada juga beberapa kali bertanya soalan padaku. Setiap soalan aku menjawab dengan ringkas dan pendek. Aku susah mahu memandang wajahnya yg cuba senyum. Mungkin demj adik kesayangannya, dia cuba berbaik denganku. Aku memang tidak tahu. Haziq juga ada menyoal Hazim tentang kerja kosong utk aku. Hazim tidak kata ya dan tidak kata tidak, katanya dia akan mencari kerja utk aku. Kerja yg terbaik. Bukan kerja yg biasa. Tidak banyak kami berbual ketika waktu makan itu. Mungkin kekok bagi kami bermula dalam keadaan begini. Makanan aku jadi tidak berselera dan sejuk begitu sahaja dan akhirnya kami bersurai kerana Hazim menerima panggilan kerja dan harus beredar cepat. Haziq berharap Hazim dapat menerima kami kali ini. Mulutku bagaikan di kunci semasa kedatangan Hazim. Mood selera aku juga turut mati apabila melihat wajahnya. Sejurus Hazim pergi, aku bingkas bangun dan keluar dari kedai itu tanpa berkata apa-apa. Haziq nampak perubahan aku dan terus mengejar aku. Kakiku terus melangkah laju tanpa memperdulikan panggilan Haziq sehingga Haziq berlari di hadapanku dan menghentikan perjalananku.
"Sorry Liya.. abang tak sepatutnya ajak Liya makan sekali. Tapi abang rasa Hazim kena tahu pasal hal kita supaya dia boleh terima Liya. Liya janganlah buat macam ni kat abang. Sekali lagi abang minta maaf.." Dia menarik wajahku utk memandang wajahnya. Aku menjeling dan mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Tanganku dilepaskan dan aku menyilang tanganku. Dia merayu-rayu beberapa kali meminta maaf dariku dan akhirnya aku mengalah. Dia membawa aku masuk semula ke dalam kedai makan itu dan sambung semula makanan itu.