ดาวน์โหลดแอป
28.57% SAHABAT SEHINGGA JANNAH / Chapter 2: 2 ♡ .

บท 2: 2 ♡ .

Malam keenam .

Suka bakal jadi duka .

Akhirnya beban yang dipikul kini bebas . Exam sudah pun habis aku dan dia pula masih sama sebelum exam . Tapi kali ni aku terasa aku terlalu abaikan dia . Kadang tu sehari tak reply chat dia . Buat dia tertunggu tunggu .

Aku terasa makin hari aku buat dia tak wujud dalam diri aku . Layanan aku pada dia pun makin berkurang . Tak banyak yang dibualkan tak ada cerita yang perlu dicerita kan . Aku busy dengan kehidupan aku sendiri sehingga terlupakan dia .

Malam ketujuh .

Tidak selamanya aku akan bersama dia . Sudah tiba masa untuk buat haluan sendiri .

Keinginan aku untuk menaluki hati perempuan sudah pun tercapai namun aku perlu melupakan segalanya demi menjaga hati perempuan yang aku sayangi . Hubungan aku dah tak baik macam dulu aku terlalu abaikan dia . Jujur aku tak terkesan sedikit pun .

Aku anggap dia tu sahabat aku , bersyukur sebenarnya sebab ditemukan dengan sahabat yang baik yang support aku untuk buat apa sahaja .

Malam kelapan .

Kini berakhirlah segala-galanya . Satu sisi yang kecewa manakala satu sisi lagi sangat gembira .

Aku rasa dah tiba masa aku tamat kan hubungan persahabatan kami . Aku perasan yang dia bukan layan aku sebagai seorang sahabat tapi lebih dari tu . Aku taknak dia terlalu berharap pada aku sedangkan aku takde hati dengan dia .

Malam ini aku perlu luahkan segalanya apa pun yang terjadi aku perlu jauh daripada dia sebelum dia lebih tersakiti . Aku juga berhak bahagia dengan pilihan aku sendiri . Aku mula membuka aplikasi whatsapp . Kalau dulu nama dia penuh dengan love kini nama dia hanya tinggal huruh " S A E R A H " .

S A E R A H .

Wey aku rasa aku ada benda nak

bagi tahu kau ✓✓

Apa dia ? ✓✓

First aku nak minta

maaf kalau aku banyak susahkan

kau,

aku memang tak layak untuk kau

dengan sesiapapun aku

tak layak ✓✓

Hm tak pelah kalau itu yang kau maksudkan ✓✓

Itulah perbualan terakhir kami . Aku harap dia bahagia dengan kehidupan tanpa aku . Aku harap dia tak terlalu emo lagi dan takkan lupa kan aku .

Malam ke sembilan .

Adakah dia bahagia tanpa aku ? .

Sudah sebulan lebih aku tak mendengar khabar berita tentang diri dia . Dari apa yang Aiddil cerita dia okay . Aku harap dia betul betul okay . Aku pula makin bahagia bersama orang yang tersayang .

Hari demi hari aku mula rasa kesunyian tiada lagi lawak hambar yang diberikan walaupun aku bahagia tapi bahagia ni tak sama dengan apa yang aku lalui dengan dia .

Tahun baru dimana buka buku baru lupa kan yang lalu dan teruskan kehidupan sebagai hamba Allah . Aku semakin rindu dengan dia . Mana dia pergi kenapa aku tak dengar lagi tentang dia . Segala kenangan aku dan dia mula bermain di kepala . Aku rindu nak dengar orang tanya aku siapa dia .

Malam ke sepuluh .

Adakah ini yang dinamakan dugaan ? . Tapi mengapa ? .

Masih mimpi kan dia cuma kali ni mimpi aku merupakan nasihat . Apa yang sebenarnya cuba disampaikan . Kenapa , kenapa aku tak faham lah .

" Jaga diri kau baik baik , jangan terlalu push diri kau untuk puaskan hati orang lain "

" Ingat kita ni hidup bukan untuk puaskan hati orang lain , tapi untuk mencari keredaan Allah "

" Jangan sia sia kan orang yang betul betul sayangkan kau "

" Aku akan selalu ada dengan kau , itu janji aku . "

Dan macam macam lagi nasihat yang ada . Apa semua ni .

Setelah sepuluh malam aku menghadapi mimpi tentang persahabatan aku 11 tahun dahulu kini sudah dua hari aku tidak dapat mimpi itu lagi . Aku ada bercerita tentang ini kepada Aiddil katanya aku mungkin terlalu penat dan sebab aku boleh mimpi benda yang bukan bukan katanya lagi Saerah tiada di Malaysia sudah 9 tahun . Mungkin orang yang aku jumpa itu bukan dia .

Aku ambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Jeju South Korea untuk release tension tapi kenapa Korea ? Aku mula teringat yang Saerah ada beritahu aku yang dia nak sangat pergi sana katanya pula disana sangat cantik .

Again ? Teringat kan dia huh .

Notes ; Hi sebenarnya ni adalah potongan daripada bab 1 saya terpaksa potong bahagian tersebut supaya tidak kelihatan terlalu panjang ツ .


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C2
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ