ดาวน์โหลดแอป
22.22% SAHABAT : Antidot / Chapter 2: EPs 2 : Virus Z

บท 2: EPs 2 : Virus Z

kelihatan suasana yang sibuk di dalam makmal kajian saintis . "Dr Fadhil , saya rasa ubat untuk memadamkan daya ingatan ini tidak berhasil kerana bahan tambahan yang Doktor tambahkan ini " kata seorang saintis kepada Dr. Fadhil , Dr Fadhil merupakan ketua saintis yang berjaya mencipta pelbagai penawar dan ubat baharu untuk penyakit-penyakit manusia . Rahsianya ialah dia sering mencuba kelainan dalam setiap eksperimennya untuk mencipta ubat-ubatan baharu dengan berani menambahkan bahan baru . dia sanggup menerima risiko jika eksperimennya gagal .

"Dengar saja cakap saya sudah beribu ubat-ubatan di negara kita ini saya cipta ,setakat ini tiada kesilapan yang pernah saya lakukan sepanjang saya melakukan ubat-ubatan yang baharu." jelas Dr Fadhil dengan riak dan bongkaknya .

"Tapi Dr Fadhil untuk apa kita cipta ubat ini? apa motif utama kita untuk padamkan ingatan dia?" soal saintis yang sama dengan memaksudkan seseorang dalam pertanyaannya.

"Saya kasihan, dia sepanjang masa sakit kepala dan meronta-ronta apabila ingatannya semakin pulih jadi saya rasa dengan memadam ingatannya yang sedang memulih itu akan bebaskan dia daripada kesengsaraan 3 tahun ini ." jelas Dr Fadhil.

"Hmm begitu , tapi bagaimana kalau eksperimen ini gagal pasti akan ada benda yang jadi pada Raziq". risau Ikram saintis dan doktor termuda diantara saintis lain . Ikram adalah saintis yang daripada tadi berbual dengan Dr Fadhil . Ikram risau akan keselamatan abangnya Raziq yang menjadi tikus makmal eksperimen Dr Fadhil .

"Jangan risau , tiada apa-apa akan berlaku , selagi kita belum cuba kita belum tahu." kata Dr Fadhil yang cuba menenangkan hati Ikram . Ikram masih lagi takut sesuatu akan berlaku pada abangnya . Ikram yang memegang ubat yang baru siap itu masuk kedalam bilik uji kaji untuk diberikan kepada Raziq . Di dalam bilik uji kaji kelihatan Raziq yang telah diikat diatas kerusi . "Aku tak faham kenapa aku kena ikat ?". soal Raziq kepada Ikram yang baru masuk ke ruangan itu . "Entahlah bang , semua tikus makmal doktor kurang waras ni akan diikat disini , apa² pun aku akan memerhati kau dari luar ." jelas Ikram dengan perasaan redha dan tak puas hati yang sedang menuju ke abangnya . Ruangan itu besar dan terdapat satu katil dan satu kerusi yang dilengkapi dengan tali dan disebelah pintu masuk terdapat satu cermin lut sinar besar yang membolehkan orang di luar lihat kedalam dan orang dalam dapat melihat keluar .

Ikram dengan rasa berat hati memberikan ubat itu kepada Raziq dengan menuangkannya kedalam mulut Raziq . Sebelum Ikram keluar Ikram menoleh dan berkata "Aku harap kau tak menyesal offer diri kau jadi tikus makmal ni" kata Ikram kepada Raziq "Alright" balas Raziq singkat sebelum badannya menerima tindak balas ubat itu dan diam . "Aku keluar dulu tau" kata Ikram dan terus menutup pintu . Dari luar bilik semua saintis yang berada di dalam makmal itu memerhati Raziq didalam bilik itu melalui cermin lut sinar . Semua termasuklah Dr Fadhil . Raziq kelihatan diam dan rasa mengantuk lalu dia pun menutup matanya .

"Biarkan dia tidur sekejap , otak dia tengah menerima tindak balas." kata Dr Fadhil sambil memerhati. kelihatan Ikram penuh risau dan memerhati Raziq di bahagian paling depan . Dalam kesunyian makmal itu kerana memerhati . Tiba-tiba telefon Dr Fadhil bergetar kerana di silent . Dr Fadhil melihat telefonnya , dia menerima panggilan daripada Isterinya dan tanpa sengaja Dr Fadhil memicit butang volume pada telefonnya yang disangkakan butang off yang membuatkan telefonnya unsilent , bunyi telefon yang berdering itu sangat kuat kerana Dr Fadhil menekannya lama berniat untuk power off telefonnya . Deringan itu hanya sebentar kerana tangan Doktor Fadhil laju menekan declined dan tutup telefonnya . Semua saintis terkejut dengan bunyi bising yang sekejap itu dan memandang Dr Fadhil . "Maaf , bini call." jelas ringkas Dr Fadhil . Semua saintis mengalihkan pandangannya semula dan kembali memerhati Raziq . "Dia dah bangun " kata seorang saintis yang berada dibelakang Ikram . Raziq telah membuka mata kerana terjaga daripada bunyi telefon Dr Fadhil sebentar tadi . semua terkejut kelihatan kulit Raziq mula memucat , urat² dikepala dan ditangannya menghitam . Setelah itu Raziq memandang mereka yang memerhati dia daripada luar bilik itu dan meronta . "Apa dah jadi ni Doktor?!!!!" tengking Ikram kepada Dr Fadhil yang sedang panik . "Kunci bilik tu!" arahan Dr Fadhil kepada saintis yang berdekatan dengan pintu bilik itu , saintis itu pun bergegas kunci . Raziq meronta dengan wajahnya yang mengerikan , mukanya pucat dan urat di tangan dan kepala nya menghitam . Raziq meronta dengan sangat keras seperti ingin memakan mereka semua diluar bilik itu . Bola mata Raziq mula memudar bahagian hitamnya , air liur yang sangat banyak keluar daripada mulutnya yang meronta .

"Alihkan almari besar dan letakkan di pintu itu supaya tertutup!" arah Dr Fadhil yang cemas kepada saintis² yang juga panik didalam makmal itu , malahan ada yang sudah lari meninggalkan makmal itu . "Aku dah kata kau bongkak!!! sekarang kau tengok apa yang sudah terjadi!!" tengking Ikram yang sedang baran sambil membuka kot makmalnya . Dr Fadhil sangat terkejut dan tidak sangka yang semuanya akan jadi diluar kawalan . Semua saintis yang tinggal ,panik dan bersandar di dinding , ada yang sedang mengemas barang² mereka dan ada yang masih menyaksikan dan merakam Raziq yang sedang meronta . Raziq kelihatan seperti orang yang tidak waras , Raziq menggigit tali pada dadanya . Tali² pada tangan dan kakinya sudah mulai longgar kerana Raziq meronta terlalu lasak .

"Aku tak sangka bahan tambahan kau ialah dadah!" kata Ikram yang memegang botol bahan itu . Dr Fadhil sangat panik dan berkata "Sabar selagi dia dalam itu dan terikat kita semua selamat". Ikram dengan rasa sangat tidak berpuas hati mengambil barangnya dan memegang penunu bunsen ditanganya. "Sekarang dia ada dua halangan untuk keluar , aku akan jadikannya satu halangan sahaja" kata Ikram dengan menghentakkan penunu bunsen itu ke cermin lut sinar tersebut berkali-kali dengan laju . Empat orang saintis berlari kearah Ikram untuk menghentikannya . " Kau dah gila ke ikram?" tengking Dr Fadhil . Cermin itu retak dan pecah sebelum empat orang saintis itu memegang Ikram yang sedang baran . "Kau tu yang gila guna dadah yang bahaya sebagai bahan tambahan!" tengking Ikram kepada Dr Fadhil . Ikram melepaskan dirinya daripada empat orang saintis yang memegangnya dan berlari ke pintu keluar makmal itu dan menutup lalu menguncinya dari luar . Semua saintis didalam panik dan mengetuk-ngetuk pintu keluar . Dr Fadhil mengambil tali kulit yang panjang dan beranikan diri memasuki bilik itu melalui ruang cermin yang sudah pecah itu dan mengikat Raziq yang hampir terlepas kerana tali ditangan dan kakinya sudah longgar dan tali didadanya sudah mahu terputus .Sebelum sempat Dr Fadhil mengikat Raziq tali di dada Raziq sudah terputus. Terdengar bunyi jeritan yang sangat kuat sehingga kedengaran daripada luar makmal itu . Ikram yang berada diluar sedang menahan pintu keluar pun terdengar bunyi jeritan-jeritan yang seperti ditikam .

"Dia tak angkat call lah telefonnya pun dimatikan" kata Puan Maria kepada Aiman , Dani dan Arif yang berada di ruang tamu rumahnya. Puan Maria terus ke dapur membuat air .

"Hm tak mengapalah makcik " jawab Arif . Puan Maria dan Arif telah menceritakan perkara yang sebenar kepada Aiman dan sekarang Aiman sedang bersedih dan keliru . "Haikal... kau takkan tak ingat aku." kata Arif yang sedang memujuk Aiman daripada menangis . "Aku perlukan masa untuk bertenang , aku tak mahu kepala aku sakit lagi " jawab Aiman yang masih tidak boleh menerima kenyataan yang ibu bapanya telah meninggal dunia dan dia baru sahaja bangun daripada pengsan . Aiman terus bangun dan terus menuju daripada sofa lalu ke tangga untuk naik ke biliknya . Arif sedih melihat reaksi Aiman yang dapat tahu perkara sebenar , Aiman kelihatan keliru dan selepas itu meronta dan pengsan . "Kamu berdua bermalamlah dulu disini hari pun sudah lewat ,besok baru balik , ye?" pelawa Puan Maria . "Hmm baiklah makcik." jawab Arif . "Ish kau tak nak balik ke?" bisik Dani kepada Arif. "Dah pakcik dia belum balik lagi , kang kalau jadi pape susah makcik ni sorang ,anak² dia outstation" jelas Arif dalam berbisik . Dani pun ikutkan aje apa yang Arif hendak .

6 tahun sebelum-

"Hmm asal kau tak balas whatsapp aku ha?, kau dah tak nak kawan aku ke?" WhatsApp yang diterima oleh Arif daripada Haikal . "Pahal lah dia ni , awatlah cari aku selalu" kata Arif yang tersengih membaca mesej tersebut . Arif dengan rasa geli hati pun membalas "Kau ni kenapa dah kalau hari² mesej aku , kau nak ape? hahah" . "Haa balas pun , ingat dah tak nak kawan aku , xde la whatsapp aku ni pun kau macam nak tak nak layan je" balas Haikal setelah beberapa saat . "Haih mamat ni asal lah😅" kata Arif didalam hatinya. Arif pun membalas "aku busy ni nanti aku Whatsapp balik". "Hm ok" balasan ringkas daripada Haikal

"Arif.." perkataan yang disebut oleh Aiman berkali-kali semasa tidur . Aiman pun tersedar dia melihat Arif sedang duduk menghadap tingkap di satu ruangan di dalam biliknya . "Macam mane kau boleh masuk dalam bilik aku? , pintu aku dah kunci" soal Aiman yang keliru sambil duduk diatas katilnya . Arif perlahan-lahan pusing kebelakang . Aiman terkejut melihat Arif dengan bermata putih , berlumuran darah , pucat dan berurat hitam dikepalanya . "Raghhhh" Jeritan Arif dan menyerang Aiman yang berada diatas katil. "Arif ape jadi dekat kau ni weh" soal Aiman dengan keadaan panik sambil menahan Arif yang ingin menggigitnya dengan bantal . Aiman menolak Arif jatuh daripada katil , belakang badan Arif terkena bucu kabinet yang berada ditepi katil Aiman . Arif pun terdiam ditepi katil Aiman . Aiman perlahan-lahan beranikan diri untuk dekat dengan Arif , Aiman perasan ada bekas gigitan dibahagian bahu Arif . Aiman cuba untuk lagi dekat dan melihatnya . Cubaan Aiman terhenti apabila melihat Arif yang memusingkan kepala memandangnya . "Ape jadi dekat kau?" soal Aiman perlahan . Arif menjerit dan dan melompat ke Aiman dan ingin menggigitnya .

Itu hanyalah mimpi,

Aiman terjatuh daripada katil , dia melihat keadaan biliknya yang sedikit terang kerana sudah pagi . Pintu bilik Aiman diketuk banyak kali . "Aiman... Aiman" kedengaran suara makciknya memanggil . Aiman bergegas membuka pintu . "Kawan-kawan kamu nak jumpa kamu tu dekat bawah , marilah turun" jelas Puan Maria . "Baiklah mak...cik.." kata Aiman yang tersangkut-sangkut dan memandang makciknya dengan muka yang penuh kesedihan . "Terima Kasih Makcik jaga saya selama 3 tahun ni" Jelas Aiman sambil menangis . "Haih tak mau nangis , makcik nak mintak maaf terpaksa menipu kamu Haikal" Jelas Puan Maria dengan menyebut nama sebenar Aiman . Kini Aiman bergelar Haikal semula . Haikal pun mengesat airmatanya dan turun ke ruang tamu . Kelihatan seperti Arif dan Dani mununggu di sofa . Haikal pun turun dan menyapa mereka . Mereka pun berbual . Arif cuba untuk memulihkan ingatan Haikal tentang dirinya dan keluarganya yang masih belum betul-betul pulih pada ingatan Haikal . Sedang² mereka berbual , tiba² sesuatu memberhentikan mereka daripada berbual iaitu berita di televisyen yang berbunyi

"Pada warga yang masih tidak dijangkiti Virus Z ini , sila ke pulau selamat dengan segera , Jika kawasan anda penuh dengan zombi sila pastikan pintu tingkap anda ditutup dan dikunci serta tingkap ditutup dengan langsir , jangan biar zombi² itu menjakiti kamu kerana tiada penawar untuk virus itu lagi , sila bergerak ke..." siaran TV itu terganggu bukan siaran itu sahaja siaran² lain juga terganggu. "Alamak apa dah jadi ni , baru semalam aku mimpi dah jadi" jelas Haikal . "Bahayalah kalau macam ni , kita kene ke pulau selamat dengan segera" jelas Dani dengan panik . "Tak kita tak boleh ke sana , buat masa sekarang tak boleh" jawab Arif yang sedang melihat keadaan luar melalui tingkap yang huru-hara . Manusia dikejar oleh zombi , jeritan dan pelbagai lagi . Arif menutup langsir dan berdiri seperti kebingungan memikirkan cara untuk ke pulau selamat . "Semua pintu dan tingkap rumah ni dah ditutup dan dilindung oleh langsir , buat masa sekarang kita tak boleh keluar lagi ramai dekat luar tu ". jelas Puan Maria . "Kita lalu pintu belakang?" cadang Dani . "Sabar buat masa sekarang ni kita tunggu dulu sehingga luar rede." jawab Haikal . "Ini semua gile macam mane zombi² ni boleh wujud" kata Dani yang ketakutan dan cuba ditenangkan oleh Arif "ape² pon kite kene tunggu semua yang dekat luar tu kurang sikit then kite keluar dan menuju ke pulau selamat." kata Arif . "Arif , kau betul ke nak tolong aku." bisik Haikal yang berdiri disebelah Arif . "Aku dah pernah dukung kau sebelum ni , sebelum kau hilang ingatan ni , so jangan risau." Jelas Arif . Haikal hanya khawatir yang dirinya akan pengsan semasa dalam perjalanan pergi ke pulau selamat tetapi Arif terus meyakinkan dia .


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C2
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ