ดาวน์โหลดแอป
28.57% Royal Angels / Chapter 2: 2

บท 2: 2

"Kami bertiga setuju." Pendapat mereka bertiga telah mengejutkan semua orang yang berada di pejabat itu. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa mereka akan setuju akan tawaran Ungku Nadrah, termasuk Pengetua Rasyid. Ungku Nadrah mengukirkan sebuah senyuman tipis.

"Di sini, saya ada borang-borang tentang mengambil Laila Sofea, Dinah Maisara dan Adlina Yasmin sebagai cucu angkat. Semua informasi-informasi yang ingin diketahui ada di dalam borang itu," tutur Ungku Nadrah sambil memberi borang itu kepada mak long Yasmin, mak tiri Laila dan abang Dinah.

"Bagus juga dia tidak ada di rumah nanti. Bukannya memanfaatkan kehidupan aku, malah lebih menyusahkan aku adalah. Sudahlah perangai sama sahaja seperti ibunya, pengikis wang," kutuk mak long Yasmin.

Dinah dan Laila saling berpandangan sebelum memandang Yasmin. Kelihatan seperti Yasmin tidak terasa dengan kutukan-kutukan mak longnya. Ungku Nadrah menggelengkan kepalanya sambil mengambil borang-borang itu balik.

"Yasmin, kau okey tak?" soal Laila dengan risau.

"Aku okey sahaja. Jangan risau, aku tak kecik hati pun," balas Yasmin dengan yakin.

Ibu tiri Laila dan mak long Yasmin meminta diri untuk pulang dengan segera manakala abang Dinah masih duduk di kerusi yang ada itu. Dinah melangkah ke arah abangnya dengan perasaan sebak walaupun sememangnya pilihannya sendiri untuk menjadi anak angkat Ungku Nadrah.

"Abang Rizal, Dinah tidak tahu kenapa abang begitu bencikan Dinah. Dinah nak abang tahu yang Dinah sayangkan abang walaupun abang pukul dan dera Dinah di rumah. Mak dan ayah tidak pernah ambil peduli tentang Dinah. Mak dan ayah selalu hiraukan Dinah dan Dinah tahu mereka turut menghiraukan abang Rizal. Cuma abang Rizal sahaja yang ada di rumah, sentiasa memerhati gerak-geri Dinah dan ambil peduli tentang Dinah di sebalik kekasaran dan keganasan abang. Dinah tidak sesekali pun benci dengan mak dan ayah tetapi itu tidak bermakna Dinah sayangkan mereka. Terima kasih atas apa yang abang lakukan untuk Dinah. Halalkan segala makan dan minum Dinah selama di bawah jagaan abang. Jika Dinah ada masa, Dinah akan datang jenguk abang. Bilang mak dan ayah yang Dinah sayang mereka," tutur Dinah dengan penuh sebak.

Dinah menghulurkan tangannya untuk menyalam abangnya itu. Namun, hulurannya itu tidak dibalas abangnya kerana abangnya, Rizal, sudah berdiri dan ingin melangkah ke pintu. Dinah segera mencapai tangan abangnya dan sempat menyalam Rizal sebelum Rizal melangkah pergi. Tanpa disedari, air matanya menitis. Laila dan Yasmin turut menitiskan air mata mereka sebaik sahaja mendengar kata-kata Dinah itu, termasuk Pengetua Rizal.

"Sudahlah, Dinah. Mari kita pulang," tutur Ungku Nadrah sambil memeluk tubuh Dinah yang tidak dapat menahan sebaknya.

Laila dan Yasmin saling berpandangan sebelum memandang Ungku Nadrah dengan keliru.

"Mana lagi kalau bukan pulang ke istana. Mulai hari ini, kamu bertiga sudah menjadi cucu-cucu angkat Nenda. Kalau boleh, nak juga dengar perkataan 'nenda' itu," tutur Ungku Nadrah walaupun dia cuba berlawak.

Laila, Yasmin dan Dinah mengukirkan senyuman tawar sebelum mengangguk setuju. Mereka berempat menaiki kereta mewah Ungku Nadrah yang dipandu oleh pemandu peribadi Ungku Nadrah, Amsyar. Yasmin masih dipapar oleh Laila dan Dinah akibat kakinya yang terseliuh itu. Selama empat puluh lima minit berada di dalam kereta, tiada sesiapa memulakan bicara.

"Laila, Yasmin dan Dinah. Kamu bertiga mahu pindah sekolah?" soal Ungku Nadrah untuk memecah kesunyian yang ada.

"Pindah sekolah? Sekolah mana, Nenda?"

"Pindah sekolah yang lebih dekat dengan istana, SMK Shah Alam. Tidak perlulah kamu bertiga pergi ke sekolah yang penuh dengan memori yang membawa kembali kenangan pahit," balas Ungku Nadrah.

Apabila melihat wajah-wajah anak-anak angkatnya yang saling berpandangan itu, ianya mengadakan rasa serba salah dalam dirinya kerana tidak prihatin dengan keadaan di sekelilingnya.

Dia segera menutur kepada mereka dengan nada prihatin, "Nenda bukan nak halang kamu bertiga dari berjumpa dengan saudara-mara kamu. Cuma kasihankan kamu bertiga yang sering dibuli, diseksa dan didera."

Mereka bertiga saling berpandangan sebelum memandang Ungku Nadrah. Wajah Ungku Nadrah yang serba salah itu menyentuh hati mereka kerana buat pertama kalinya mereka berasa amat disayangi dan dikasihi walaupun tiada kata-kata kasar yang terkeluar dari mulut ibu angkat mereka itu. Mereka mengukirkan sebuah senyuman manis untuk menyedapkan hati Ungku Nadrah yang sudah serba salah itu.

"Nenda, jangan risau. Kami faham mengapa bonda melakukan semua ini. Apa-apa keputusan Nenda, kami ikutkan sahaja. Apa yang Nenda rasa terbaik untuk kami, kami okey," kata Yasmin dengan yakin untuk menghilangkan serba salah Ungku Nadrah itu.

Senyuman yang terukir di bibir gadis-gadis itu telah serba sedikit menyedapkan hati Ungku Nadrah.

"Ungku, nak singgah mana-mana?" soal Amsyar sebelum kereta yang dipandunya masuk kawasan istana.

Ungku Nadrah menggelengkan kepalanya. Mereka melangkah masuk ke istana sebaik sahaja Amsyar meletakkan kereta di garaj yang ada.

"Damia! Oh, Damia!"

Kelibat seorang gadis yang sedang berlari menuju ke arah Ungku Nadrah. Laila, Yasmin dan Dinah memandang gadis itu dengan terpegun. Mana tidak, gadis itu kelihatan muda dan cantik. Lebih kurang berumur dua puluh tahun.

"Tidur ke, makcik? Sampai tak dengar Ungku panggil?" sindir Amsyar.

Sindiran Amsyar dibalas dengan jelingan tajam gadis itu sebelum memandang Ungku Nadrah dan tiga gadis yang ada bersamanya. Ungku Nadrah sekadar menggelengkan kepalanya, melihat pergaduhan dua orang kepercayaannya di dalam istana itu.

"Laila, Yasmin dan Dinah. Ini Damia, salah satu pembantu yang ada dan paling rapat dengan nenda di istana ini, selain Amsyar. Damia, awak hantar mereka ke bilik masing-masing ya. Amsyar, kamu pula tolong hantarkan beg-beg mereka bertiga di bilik masing-masing ya," tutur Ungku Nadrah.

"Baik bonda." Ungku Nadrah melangkah masuk ke dalam istana bersama Amsyar.

Damia memandang tiga gadis itu bersilih-ganti.

"Cantiknya awak bertiga. Saya Damia dan awak bertiga boleh panggil Kak Mia. Nama siapa?" soal Damia dengan mesra.

"Saya Laila. Ini kawan-kawan baik saya, Yasmin dan Dinah," balas Laila dengan sopan.

Dari situ, Damia dan tiga gadis itu berbual sambil menuju ke arah bilik-bilik. Tidak sampai lima minit, mereka dapat bermesra dan selesa bergaul dengan Damia.

"Kak Mia umur berapa eh? Nampak muda untuk menjadi pembantu Nenda," soal Dinah dengan curiga. Yasmin dan Laila turut curiga sebelum memandang Damia.

"Tahun ni, akak baru masuk dua puluh tahun. Memang muda untuk jadi pembantu nenda kalian. Disebabkan akak dari keluarga susah dan perlu mencari duit untuk keluarga, nenda tawarkan kerja dengan dia sebagai pembantu rumahnya. Nak anggap akak sebagai kakak angkat awak bertiga pun, tidak kisah," terang Damia.

Laila, Yasmin dan Dinah mengangguk tanda faham. Mereka tiba di bilik pertama berdekatan dengan tangga di tingkat dua.

"Ini bilik Dinah, berdekatan dengan tangga. Sebelah bilik ni adalah bilik Laila dan di hujung sana, bilik Yasmin. Lif pula berdekatan dengan bilik Yasmin. Jangan risau kalau sesat kerana nama awak bertiga tertulis di pintu bilik. Bilik bonda ada di bawah, bilik akak pula bersebelahan dengan bilik Yasmin. Lepas makan tengah hari nanti, akak tunjuk kawasan istana dan bilik-bilik yang ada supaya adik-adik akak tak sesat," terang Damia lagi.

Selepas mendengar penerangan Damia, tiga gadis itu melangkah masuk ke dalam bilik masing-masing dengan mulut yang ternganga.

TBC


ความคิดของผู้สร้าง
_zilazri_ _zilazri_

Mengapa reaksi Laila, Dinah dan Yasmin sebegitu?

Jangan lupa vote dan komen pendapat korang!

next chapter
Load failed, please RETRY

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C2
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ