"Korang, Hyun Woo hilang!" Jae Hoo bersuara sebaik sahaja dia berdiri di hadapan kelas. Boleh dikatakan kesemua pekajar di dalam kelas mula bercakap sesame sendiri mereka dan melemparkan soalan akan kehilangan rakan sekelas.
InJong yang baru sahaja melangkah dengan wajah murung memandang sekilas kearah Jae Hoo sebelum melepaskan keluhan kecil. Langkah berat di atur menuju ke meja.
"InJong, kau dengar Hyun Woo hilang?" Yura menyoal sebaik sahaja InJong melabuhkan punggungnya ke kerusi.
"Biar mamat tu hilang, kalau boleh biar dia lupus dari dunia ni pun aku tak kisah" InJong membalas tanpa riak. Wajah Yura di pandang tidak berkelip.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Pelik melihat reaksi InJong yang berubah drastatik.
"Sebab dia pukul Sehun. Kau tahu Sehun semalam masuk hospital sebab cedera teruk" InJong bersuara tidak puas hati. Perasaan geram semakin melonjak takala mengingati kembali wajah Sehun yang lebam dan tubuh Sehun habis berbalut.
Nasib sahaja guard sekolah menjumpainya, kalau tidak mesti Sehun mati kesejukkan di belakang sekolah. Hasil soal selidik bersama beberapa kawan Hyun Woo dan Sehun sendiri memang tekaannya adalah benar, Hyun Woo yang melakukan kesemua perkara tersebut.
"Sekarang Sehun macam mana?" Yura menyoal perihatin.
"Dia ma…"
Kata-kata InJong terhenti sebaik sahaja pintu kelas di buka, wajah Sehun yang masih lebam memenuhi pandangannya.
"Sehun!!!" InJong bangun dari duduk dan berlari kearah Sehun dan memeluknya erat.
"Kau dah sihat? Kenapa kau keluar dari hospital?" Soal InJong tanpa henti. Di lihat wajah Sehun berulang kali dan tidak ketinggalan tubuh Sehun juga dijadikan sasarannya.
"Aku dah sihat. Tengok kau saja aku dah sihat. Mana boleh aku tinggalkan kau seorang diri dalam kelas bukan" Aku menjawab perlahan. Masih rasa sakit takala pergerakkan dilakukan.
Wajah risau InJong memenuhi pandangan aku, dan tanpa aku sendiri sedari, bibir aku menguntum senyuman nipis hanya dengan melihat kelakuan InJong terhadap aku.
Rasa sayang kian hadir takala melihat keperhatinan InJong terhadap aku.
"Sehun, kau tahu tak Hyun Woo hilang" Sekali lagi Yura bersuara sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di tempat duduk aku.
Kepala aku gelengkan beberapa kali, menandakan aku sendiri tidak tahu dia hilang. Yang aku tahu dia aku campak dalam gaung saja dan mayat dia sekarang mungkin sudah jadi bahan makanan haiwan liar.
"Kesian dekat kau Sehun...Aku minta Hyun Woo dapat hukuman setimpal bila dia dijumpai. Sanggup dia pukul kau" Yura menayangkan wajah sedih di hadapan aku.
Aku hanya menunduk dan mampu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dia. Dan permintaan Yura tu sudah diperkenankan. Sememangnya Hyun Woo dapat hukuman yang setimpal. Orang semacam dia memang tidak layak bernyawa di muka bumi ni. Menyusahkan sahaja.
"KELAS kita ada pelajar baru" Suara guru wanita memenuhi ruangan kelas. Masing-masing sudah mula menyuarakan hasrat hati mereka yang inginkan pelajar perempuan.
Aku hanya menayangkan wajah tanpa reaksi takala mendengar berita yang disampaikan. Tumpan aku di alihkan ke sebelah, melihat InJong yang sedang tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan. Senyuman nipis aku berikan sekilas sebelum mengejutkannya dari lena panjang.
Kedua mata digosok perlahan memandang kearah aku. Comel.
"Dah rehat?" Soal InJong perlahan, pandangan layu diberikan kepada aku.
"Cikgu dah masuk. Nanti rehat kau sambung tidur lain" Aku membalas sambil mengeluarkan buku dari bawah meja.
"Aku mengantuk la Hun…" Rengekkan InJong membuatkan aku menarik senyuman nipis.
"Nanti kena denda macam mana? Bangun cepat" Aku menarik perlahan pipi milik InJong.
"Kau ni langsung tak membantu tahu. Ingatkan kau nak cakap 'Tidurlah wahai puteri InJong… nanti pembantu peribadi yang setia ini akan cover line' . Ini tidak, kau paksa aku bangun"
"Sebelum aku cium kau, baik kau diam dan buat kerja kau" Ugut aku sambil tersengih.
"Kau ni menakutkan lah Oh Sehun" Luah InJong yang sudah mengeluarkan buku dari bawah meja.
"Sehun" Suara InJong separa membisik memanggil aku.
Melihat kedua keningnya yang sudah bercantum rapat itu, membuatkan aku sendiri dapat meneka apa yang bakal di soalkan gadis tersebut.
"Itu pelajar baru. Dia baru pindah" Aku bersuara, mata aku tidak lekang dari memandang buku yang berada di atas meja aku.
"Kamu boleh duduk di hadapan Sehun. Sehun"
"Saya" Aku menangkat tangan takala nama aku di panggil. Aku hanya memandang sahaja gerak geri dari budak baru tersebut. Tanpa senyuman mahupun sapaan seperti rakan kelas yang lain. Aku kembali berikan tumpuan pada buku yang setia di tangan.
"Kelas, kamu semua sendiri tahu bukan rakan sekelas kita Lee HyunWoo didapati hilang malam semalam. Jadi saya minta kamu semua jaga diri dan jangan keluar malam. Faham"
Pandangan aku alih kearah InJong. Melihat gadis tersebut seakan tidak memperdulikan akan arahan yang diberikan oleh guru, malah dia sempat mengajak Yura untuk keluar makan ayam berdekatan rumah mereka.
"Cikgu, saya dengar ada pelajar mati dekat jalan hujung sekolah. Mayat tu Hyun Woo kan?" Soal Tae Joon.
"Mana kamu dengar cerita ni?" Soal guru kelas tersebut dalam keadaan takut-takut. Wajah gelisah yang terpancar dari raut wajah itu aku dapat kenal.
"Betul lah cikgu?" Kali ini Yura bersuara.
"Saya tak pasti. Sudah kita teruskan kerja semalam. Sehun, kalau kamu rasa tak boleh go on, sila pergi bilik rehat. Saya tak mahu kamu pengsan dekat sini" Dipandang wajah aku seketika sebelum meneruskan sesi pembelajarannya.
"Psstt.. InJong, kau rasa mayat tu Hyun Woo kan?" Soal Yura yang masih lagi tidak puas dengan jawapan yang diberikan guru sebentar tadi.
"Sehun kau rasa?" Kali ini InJong menoleh memandang kearah aku. Kedua bahu aku angkat tanda aku sendiri tidak tahu.
"Sehun kalau tak tahu, means aku pun tak tahu" Balas InJong sebelum memandang ke hadapan semula.
Bahu aku dicuit perlahan dari tepi, mengejut aku dari lena. Entah bila masa aku terlelap semasa sesi pembelajara. Wajah aku angkat dari meja, benda pertama yang aku pandang adalah wajah InJong yang sedang tersenyum kearah aku.
"Jom. Makan" Lengan aku dipegang InJong sebelum dia menarik aku keluar dari kelas.
"H…Hi"
InJong yang berjalan berhenti takala mendengar suara menyapa. Aku yang berada di belakang InJong hanya memerhati tanpa membunyikan sebarang suara.
"Boleh kita jadi kawan? Nama aku Chanyeol" Tangan di hulur tanda salam perkenalan.
"InJong" Pengangan tangan aku dilepas InJong dan disambut kemas salam perkenalan dari Chanyeol.
"HABIS kau bunuh Chanyeol?"
Mendengar soalan daripada insan tersebut, membuatkan aku melepaskan tawa kecil.
"Tak. Aku bodoh biarkan dia hidup. Kalau aku tahu dia akan rampas InJong. Aku bunuh dia. Tapi…" Aku berjeda. Tubuh aku sandarkan kebelakang, wajah insan tersebut aku pandang dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.
"Tapia pa?"
"Walau aku tak bunuh dia. Aku seksa darah daging dia. Aku seksa adik perempuan dia" Aku menjawab dengan senyuman yang masih tersisa dan diikuti dengan tawa besar.
"Adik?" Berkerut dahi insan tersebut mendengar apa yang aku katakan.
"Iya. Adik perempuan Chanyeol. Park. Seul. Rin"