Orang di depan mereka ini berpotensi dan merupakan seorang guru sarjana berpangkat lebih daripada 6 bintang. Pada masa yang sama, pelajarnya, Zhang Xuan, merupakan seorang yang berkemampuan untuk memecahkan semua rekod dalam Pavilion Guru Sarjana ini sekali gus. Jika dia betul-betul ingin membuat nama untuk dirinya, dia tidak perlu menyertai apa-apa pertandingan pun. Malah, cuma bercakap yang dia ini pelajar Yang shi sudah cukup membuatkan ramai genius cemburu terhadapnya.
"Yang shi, saya telah tersalah cakap! Maafkan saya." Su shi dengan segera meminta maaf.
"Cukup."
Zhang Xuan melambaikan tangannya dengan santai. "Jika itu sahaja sebab kamu semua berada di sini, kamu boleh pergi sekarang juga. Keputusan ini di tangan Zhang Xuan dan bukannya saya! Saya hanya gurunya, bukan neneknya. Saya tak akan mencelah dalam urusannya."
"Kamu terlalu terburu-buru…"