Hati Pentas Penabalan Santo merupakan tafsiran Kong shi di permukaan gunung tersebut.
Memandangkan ini merupakan barangan tinggalan Kong shi, tiada seorang guru sarjana pun yang tidak melihatnya sebagai barang suci. Malah, mereka tidak akan berani untuk cakap terlalu kuat di depannya kerana takut menyinggungnya.
Namun, kamu telah menghancurkannya sebaik sahaja kamu datang. Keadaannya sekarang sudah mustahil untuk diperbaiki lagi…
Ia sudah cukup teruk untuk kamu membuat kecoh di akademi. Lagipun, kerana ingin menjaga air muka mereka, sudah pasti akademi akan cuba menghalang berita itu daripada disebarkan.
Tetapi ini…
Kamu simpan dendam terhadap bangunan ke? Ataupun kamu memang dilahirkan dengan potensi untuk menjadi Dewa Kemusnahan?
Adakah perkataan berhati-hati itu tidak wujud dalam kamus kamu?