Setelah berbutir-butir menerangkan dan berkali-kali menekankan yang Mosoleum Pengetua langsung tidak dimusnahkan, kedua-dua lelaki di hadapannya masih memandangnya dengan penuh curiga. Akhirnya, Zhang Xuan hanya mampu menggeleng kepalanya geram dan berputus asa.
Sudah mencukupi sekiranya dia sendiri tahu dirinya tidak bersalah. Dunia ini pasti akan menegakkan keadilan buatnya kerana dia sememangnya seorang yang telus dan sempurna.
"Pengetua Zhang, sepanjang pemergian pengetua selama lima hari ini, pegawai dari Dewan Pakar Kombat telah datang melawat dan Zheng Yang serta Wei Ruyan telah lulus dalam ujian mereka…" Sebaik sahaja melupakan perihal Mosoleum Pengetua sebentar, Guru Besar Mo segera menjelaskan kepada Zhang Xuan mengenai perihal-perihal yang telah berlaku semenjak beberapa hari yang lalu.
Setelah itu, Zhang Xuan membalas dengan satu anggukan kepala.