ดาวน์โหลดแอป
21.94% Perceraian Ke-99 / Chapter 201: Siapa Kamu Tanpa Encik Li

บท 201: Siapa Kamu Tanpa Encik Li

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Mendengar kata-kata rakan sekelas perempuannya itu, Su Qianci melihat baju yang dipakainya dan berkata, "Suami saya yang belikan. Saya tak tahu apa jenamanya." Apabila pulang dari percutian tempoh hari, dia mendapati almarinya dipenuhi dengan baju baru, dan kesemuanya sangat cantik. Walau bagaimanapun, Su Qianci tidak menjumpai sebarang tanda tentang jenama baju-baju tersebut. Dia diberitahu kesemuanya merupakan reka bentuk terkini seorang pereka baju Itali untuk dua musim akan datang. Li Sicheng telah membeli kesemuanya.

Perasaan cemburu jelas kelihatan pada wajah rakan-rakan sekelasnya itu.

"Baik betul suami kamu layan kamu."

"Saya tak tahu Encik Li boleh jadi romantik sebegitu jika dilihat daripada wajahnya yang dingin. Sebelum dia berkahwin, ramai orang sangka dia sukakan lelaki. Sekarang jelas khabar angin itu mengarut."

"Betul itu. Dan dia akan adakan parti besar-besaran untuk kamu. Pasti ia akan menelan belanja yang banyak."

Su Qianci ketawa sinis dalam hatinya, kagum dengan banyaknya kiasan mereka untuk sampai ke tujuan sebenar. Walaupun Li Sicheng hanya mengadakan parti itu untuk memperkenalkannya kepada orang ramai, parti itu sangat penting sehingga semua orang mahu dijemput.

Melihat Su Qianci masih diam, beberapa orang yang tidak sabar berkata lagi, "Su Qianci, saya dengar ramai orang hebat akan dijemput ke parti kamu. Saya nak sertainya juga, boleh?"

"Saya juga. Saya dengar ramai orang bisnes yang kaya dan berpengaruh akan dijemput. Kita rakan sekelas, kamu tak akan tolak permintaan saya, kan?"

"Saya juga!"

Di dalam kelas itu, Su Qianci dikelilingi ramai rakan-rakan sekelas perempuannya. Dia terus mendiamkan diri sehingga loceng berbunyi. Kemudian dia berkata, "Profesor dah sampai."

Semua rakan-rakan sekelasnya itu kelihatan malu. Penolakan yang terang-terangan itu membuatkan mereka berasa janggal. Disebabkan profesor telah masuk ke kelas, mereka terpaksa kembali ke tempat duduk masing-masing. Setelah duduk, mereka menggumam, "Siapa dia tanpa Encik Li? Berlagak betul!"

Su Qianci mendengar kata-kata itu dan ketawa dalam hati. Mereka inilah orang yang telah turut serta menyebarkan khabar angin yang mengatakan dia ialah pelacur. Sekarang apabila dia sudah menjadi orang penting, mereka mahu mempergunakannya pula… Su Qianci berpura-pura tidak mendengar apa-apa dan menumpukan perhatian kepada kelas. Apabila kelas itu berakhir, Su Qianci mengekalkan wajah dingin dan membuatkan beberapa orang yang mahu datang membodek terus berlalu pergi.

Su Qianci tidak meminta Yang mengambilnya hari ini, jadi dia berjalan keluar dari kampus dengan perlahan. Apabila melihat sebuah teksi baru sahaja mahu menurunkan penumpang, Su Qianci tersenyum dan berfikir, 'Nasib yang baik."

Su Qianci berdiri menunggu penumpang itu keluar. Walau bagaimanapun, seorang wanita pertengahan usia yang memakai pakaian berjenama melompat keluar dari kereta itu lalu terus menarik rambut Su Qianci. Serangan itu terlalu tiba-tiba hingga Su Qianci tidak sempat berbuat apa-apa. Dia cuba mengelak tetapi rambutnya sudah berada dalam genggaman wanita itu.

"Tak guna, kau perempuan celaka, tidur dengan suami aku!" Suara wanita itu sangat kuat lalu menarik perhatian semua orang di pagar kampus yang sedang sesak itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C201
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ