ดาวน์โหลดแอป
98.03% Perceraian Ke-99 / Chapter 898: Saya Ingat Dia Tidak Suka Tunangnya

บท 898: Saya Ingat Dia Tidak Suka Tunangnya

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Wanita itu kelihatan cantik dengan rambut paras bahu yang bergaya dan solekannya yang cantik. Dia memakai kot panjang berwarna pink bersama skirt putih. Wanita itu kelihatan anggun dan suci.

Namun dia bercakap dengan nada angkuh dan wajah yang tiada sebarang perasaan.

Ini adalah kali pertama Yu Lili melihat wanita itu, tetapi sekali pandang Yu Lili merasakan dia kelihatan tidak mesra dan angkuh. Wanita itu tiba-tiba menoleh ke arahnya. Apabila mata mereka bertentangan dari jauh, Yu Lili seakan melihat kejutan pada mata wanita itu.

Yu Lili tidak mengenali wanita itu, malah tidak tahu jika wanita itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang berkuasa. Yu Lili melemparkan senyuman tenang dengan yakin dan menganggukkan kepalanya tanda menyapa.

Wanita itu bercakap dengan penyunting di hadapannya, tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Yu Lili. Penyunting itu turut menoleh ke arah Yu Lili. Yu Lili berasa malu dengan renungan mereka dan menyentuh wajahnya. Dia cuba tidak menghiraukan perkara itu dan menyambung kerjanya.

Yu Lili langsung tidak tahu pertembungan itu akan terus mengubah seluruh kariernya.

...

Apabila dia datang ke pejabat keesokan harinya, ketua penyunting memberitahu dia akan ditempatkan sebagai penyambut tetamu untuk syarikat itu. Yu Lili berasa keliru dengan perubahan yang tiba-tiba itu. Dia tidak faham mengapa dia yang bekerja sebagai pembantu penyunting tiba-tiba menjadi penyambut tetamu.

Walaupun hatinya terluka, namun Yu Lili tahu sebagai pekerja baru, lebih baik baginya untuk patuh kepada arahan itu.

Pada hari Selasa dan Jumaat, Yu Lili bekerja sebagai penyambut tetamu di kaunter hadapan dan menyemak kontrak sebagai penyunting pada masa lapangnya. Dia sudah lama tidak bekerja keras tanpa henti. Disebabkan itu, pada hari ketiga dia memulakan kerjanya, Yu Lili berasa amat letih.

Pada hari Sabtu, Yu Lili terjaga pada jam 10 pagi. Dia menghulurkan tangan dan mendapati sebelahnya kosong. Ou Ming sudah keluar dari bilik tidur.

Yu Lili bangun lalu membasuh muka dan menyalin pakaiannya. Apabila keluar dari bilik, dia melihat Ou Ming sedang menyediakan sarapan. Sandwich yang baru dibuat dan secawan susu panas telah dihidangkan di atas meja makan. 

Ou Ming melihat Yu Lili datang dan meletakkan cawan kopinya di atas meja. "Mari bersarapan bersama-sama."

Yu Lili berasa amat gembira. Dia duduk lalu menggigit sandwich itu. "Sedapnya! Macam mana kamu buat ini?"

"Kan saya dah cakap, kecuali mengandung, tak ada apa-apa yang saya tak boleh lakukan," kata Ou Ming dengan bangga. Dia tidak dapat menyembunyikan senyuman yang kelihatan jelas pada matanya. Dia turut mengambil sepotong sandwich dan mula makan. "Minumlah susu ini dulu, nanti ubat akan siap direbus. Kamu boleh minumnya setengah jam selepas sarapan."

Yu Lili mengangguk sambil makan sandwichnya. Ubat itu ialah campuran herba tradisional Cina akan membantu memulihkan kekuatannya. Ia juga akan melegakan kesejukan yang dirasakan di dalam tubuhnya.

Ketika mereka sedang bersarapan, tiba-tiba telefon bimbit Ou Ming berdering. Yu Lili menjeling sekilas dan melihat nama Shen Manting terpapar pada skrin. Dia terkaku dan hatinya runtun. Dia menoleh ke arah lain dan berpura-pura tidak melihatnya.

Ou Ming tidak menyedari reaksi Yu Lili dan menjawab panggilan itu dengan tenang sambil mengunyah sandwichnya.

Dia agak terkejut apabila suara yang didengarinya ialah suara ibunya, bukan Shen Manting.

"Xiao Ou, kamu di mana? Hari ini hari Sabtu. Kenapa kamu tak pulang ke rumah? Dah lama Mama tak jumpa kamu, Mama sangat rindukan kamu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya, Ou Ming berhenti makan. Dia menoleh ke arah jam dan berkata, "Okey, tunggu sekejap. Saya akan pulang ke rumah nanti."

Pulang ke rumah!

Yu Lili memandang Ou Ming dengan terkejut.

Dia kata, 'pulang ke rumah'. Saya ingatkan dia tidak suka tunangnya, Shen Manting. Jadi kenapa dia ada rumah bersama perempuan itu?


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C898
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ