ดาวน์โหลดแอป
21.28% Perceraian Ke-99 / Chapter 195: Saya akan Bersama di Setiap Hari Jadi Kamu Nanti

บท 195: Saya akan Bersama di Setiap Hari Jadi Kamu Nanti

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng berpakaian formal, iaitu tuksedo hitam yang dipadankan dengan jam fesyen lama. Dia tinggi dan kacak seperti biasa. Dia kelihatan seperti putera yang keluar dari komik ketika berdiri di hadapan Su Qianci.

"Hari jadi?" Su Qianci terkejut. Dia langsung tidak ingat hari ini hari jadinya.

"Bukan? Kad pengenalan kamu tunjukkan tarikh hari ini." Kening Li Sicheng sedikit berkerut. Tuhan sahaja yang tahu berapa lama dia telah membuat perancangan untuk kejutan ini.

Su Qianci menggelengkan kepalanya, dan kemudian mengangguk. Matanya menjadi basah. "Saya tak tahu. Saya tak pernah sambut hari jadi sebelum ini. Tarikh di kad pengenalan itu tarikh pengarah rumah anak yatim jumpa saya."

Li Sicheng berkata dengan suara perlahan, "Hari ini hari jadi kamu. Dan saya akan bersama kamu di setiap hari jadi kamu pada masa hadapan."

Su Qianci memandang lelaki di hadapannya itu, dan jantungnya berdegup laju. Li Sicheng langsung tidak nampak beremosi. Bahkan dia kelihatan amat tenang sehingga sukar untuk percaya dia baru sahaja mengungkapkan kata-kata itu. Li Sicheng masih Li Sicheng. Lelaki yang angkuh dan dingin, tetapi… sangat menarik.

Dan saya akan bersama kamu di setiap hari jadi kamu pada masa hadapan.

Suaranya seolah tiada perasaan dan kedengaran seperti menyebut fakta. Walau bagaimanapun, kata-kata itu ibarat panahan cahaya yang meninggalkan kesan di lubuk hati Su Qianci yang paling dalam. Mata Su Qianci terus menjadi kabur. Dia memandang wajah lelaki itu, dan cuba memastikan apa yang didengarinya, "Kamu cakap setiap…"

"Ya, setiap kali." Tiada keraguan dalam suaranya.

Jantung Su Qianci berdegup kencang dan air matanya tumpah. Dia memeluk Li Sicheng dan membenamkan mukanya pada dada suaminya itu.

Li Sicheng berasa bingung, tetapi segera memeluknya kembali. Riak wajahnya terus bertukar lembut.

"Kamu kata setiap hari jadi."

"Ya, saya kata setiap hari jadi."

Walau dalam mimpi sekalipun Su Qianci tidak dapat membayangkan Li Sicheng akan berjanji seperti ini. Lelaki ini sangat jarang berjanji. Walau bagaimanapun, apabila dia berjanji, dia akan melakukan apa sahaja untuk menunaikannya. Su Qianci tahu itu. Dia tersangat tahu. Air mata Su Qianci terus membasahi tuksedo Li Sicheng. Dia teresak-esak dan merenung ke dalam mata lelaki itu, lalu bertanya dengan berhati-hati, "Hari ini hari jadi saya, kan?"

"Ya."

"Jadi, kamu akan tunaikan permintaan saya, bukan?"

"Saya akan tunaikan."

Mendengar jawapan itu, Su Qianci melepaskan pelukannya lalu memandang Li Sicheng dengan takut-takut seakan anak kecil meminta gula-gula, dan berbisik, "Jadi, boleh kamu janji kamu akan sambut hari jadi saya saja?"

Bukan hari jadi perempuan lain.

Ketinggian Li Sicheng ialah 162cm manakala Su Qianci hanya 154cm. Su Qianci sentiasa perlu mendongak ke arahnya. Li Sicheng tunduk memandang Su Qianci dan membuatkan jantung isterinya itu kembali berdegup kencang. Su Qianci tahu mungkin permintaannya terlalu berat. Walaupun Su Qianci hanya ada Li Sicheng, tetapi suaminya itu juga ada Tang Mengying di sisinya, bukan? Su Qianci menyangka dia tidak akan bersetuju. Mungkin dia akan menukar topik, atau terus menolak sahaja permintaannya.

Walau bagaimanapun, Li Sicheng merenungnya dan hanya menyebut satu perkataan, "Ya."


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C195
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ