ดาวน์โหลดแอป
43.44% Perceraian Ke-99 / Chapter 398: Menyangka Dia Orang Lain

บท 398: Menyangka Dia Orang Lain

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Setelah gagal menemui wanita itu, Su Qianci kembali berjalan ke bilik Rong Haiyue. Dia mengetuk pintu bilik itu apabila tiba dan mendengar suara Rong Haiyue, "Masuk." 

Ketika Su Qianci memasuki bilik itu, wajah Rong Haiyue menjadi ceria. Walau bagaimanapun, apabila menyedari orang itu adalah Su Qianci, dia kelihatan agak kecewa. Dia tersenyum dan berkata, "Kamu rupanya." Gadis ini… Dia hampir tersilap menyangka gadis itu adalah seseorang yang lain.

Su Qianci mengangguk dan berkata dengan penuh ikhlas, "Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kamu lakukan semalam."

"Tak ada apa-apa. Kalau orang lain pun saya akan selamatkan juga."

Jadi, ia bukan kerana Su Qianci mirip isterinya. Rong Haiyue berkata kepada dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, hatinya masih terasa remuk apabila melihat wajah Su Qianci. Su Qianci berjalan menghampiri Rong Haiyue dan melihat lengan lelaki itu yang berbalut. Dia tunduk 90 darjah dan berkata, "Maafkan saya. Kamu cedera disebabkan saya."

Rong Haiyue memegang tangan Su Qianci dan berkata, "Kan saya dah cakap, saya akan selamatkan sesiapa saja. Dalam situasi seperti itu, saya tak rasa ada orang akan sanggup biarkan saja. Tambahan pula, saya anggota tentera."

"Saya tahu."

"Jadi, seorang tentera perlu sentiasa bersedia membantu. Kalau saya tak lakukan apa-apa waktu itu, saya tak layak menjadi tentera," kata Rong Haiyue dangan bangga. Walau bagaimanapun, dia baru tersedar dia bercakap menggunakan nada yang sama seperti bercakap dengan anak perempuannya.

Su Qianci cuba tersenyum, tetapi air matanya mula berlinangan. "Terima kasih… terima kasih sangat-sangat."

"Budak ini…" kata Rong Haiyue sambil ketawa kecil, tetapi tangannya digenggam kuat di bawah selimut.

Gadis ini langsung tidak ubah seperti Rong Xuan ketika muda. Bersahaja, baik dan jujur.

Dia gadis yang hebat. Tetapi kenapa gadis ini anak Song Yifan? 

Rong Haiyue yang kecewa memandang Su Qianci dan cuba berbual mesra. "Ayah kamu ada datang melawat?"

"Dia ada di London. Saya rasa suami saya belum beritahu dia lagi."

"Trip perniagaan?"

"Dia pergi untuk konsert."

"Oh… hebat. Encik Song pemuzik yang handal. Anak jiran saya sangat meminati dia."

Su Qianci senyum dan matanya kelihatan bersinar. "Saya juga peminat besar dia. Ayah saya memang terbaik."

"Betul." Rong Haiyue tunduk dan cuba menyembunyikan kekecewaannya.

"Encik Rong, boleh saya dapatkan nombor telefon kamu?"

Rong Haiyue agak terkejut tetapi segera bersetuju. Dia mencari kertas tetapi tidak menjumpainya. Dengan perasaan yang agak janggal, dia berkata, "Beri nombor kamu, nanti saya telefon."

Su Qianci memberikan nombor telefon Li Sicheng dan segera berkata, "Ini nombor suami saya. Telefon saya hilang, nanti saya akan segera dapatkan kad SIM yang baru."

"Okey. Boleh kamu beri nombor telefon kamu juga?"

Su Qianci memberikan nombor telefonnya sebelum menoleh ke arah jam. Sudah pukul 10 malam. "Dah lewat. Saya balik ke bilik saya dulu ya. Selamat malam, Encik Rong."

"Selamat malam. Tidur nyenyak."

Su Qianci mengangguk sambil tersenyum. Dia berjalan keluar dan menutup pintu bilik itu. Apabila dia kembali ke biliknya, Li Sicheng sedang duduk di atas katilnya sambil memegang telefon bimbit. Matanya kelihatan sembab. Sebaik melihat Su Qianci masuk, dia bertanya, "Kamu pergi jumpa Rong Haiyue?"


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C398
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ