ดาวน์โหลดแอป
35.58% Perceraian Ke-99 / Chapter 326: Membunuh Diri

บท 326: Membunuh Diri

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Ini rumah yang saya sediakan untuk kamu. Kamu suka?" Li Sicheng tiba-tiba bertanya. Tang Mengying yang sedang termenung mendengar kata-katanya dan menoleh. Mata Li Sicheng kelihatan sedalam lautan. Lelaki itu menyambung, "Anggaplah rumah ini hadiah untuk anak itu. Kamu boleh tinggal di sini bermula sekarang."

Anak… Hadiah untuk anak? Dia dah mengakui anak ini? Tang Mengying memandang Li Sicheng dengan kebingungan.

"Kamu boleh miliki semua pengawal-pengawal peribadi itu juga. Mereka akan bertanggungjawab untuk keselamatan anak itu." Li Sicheng merenungnya dengan sebelah tangan diletakkan di dalam poket seluarnya. Di bawah cahaya ruang tamu itu, Li Sicheng kelihatan seolah-olah bersinar, seperti lelaki yang sering dilukisnya secara diam-diam.

Jantung Tang Mengying berdegup kencang dan dia tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu. Li Sicheng sedang memandangnya. Memang betul! Dia telah menunggu sejak sekian lama… Mata Tang Mengying mula basah ketika dia memanggil, "Abang Sicheng…" Sejak bertahun-tahun, dia telah percaya bahawa apa yang diimpikannya hanyalah ilusi. Dia menyangka Li Sicheng tidak akan menjadi lebih daripada sekadar impiannya. Tetapi… rumah ini adalah untuk anaknya. Li Sicheng percayakannya. Lelaki itu percaya kandungannya adalah anak mereka…

Pemburu yang berdiri di sebelah Li Sicheng terkejut. Adakah bos benar-benar maksudkannya? Walaupun rumah itu tidak terletak di pusat bandar, ia agak besar dan pasti bernilai sekurang-kurangnya puluhan juta. Adakah Li Sicheng mahu memberi rumah ini sebagai hadiah? Pemburu itu berasa keliru, tetapi sebaik sahaja melihat reaksi Tang Mengying, dia segera terfikirkan satu perkataan: godaan. Tetapi, apa yang bosnya itu cuba capai?

"Pergilah berehat. Dah hampir pagi," kata Li Sicheng. "Sekejap lagi orang-orang gaji akan datang untuk uruskan kamu."

Ini adalah kali pertama dia mendengar Li Sicheng bercakap dengannya selembut itu. Tambahan pula… Li Sicheng telah mengaturkan pengawal peribadi dan orang gaji untuknya. Li Sicheng juga menguruskan semua itu sendiri? Ia adalah sesuatu yang Tang Mengying langsung tidak terbayang akan terjadi. Hati Tang Mengying terasa hangat dan dia bertanya, "Abang Sicheng, kenapa kamu tiba-tiba baik kepada saya?"

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng memandang ke arah perut Tang Mengying dengan pandangan yang dalam. Tang Mengying merasakan dia sudah faham, mungkin Li Sicheng sudah menganggap anak yang dikandungnya ini sebagai anaknya? Tang Mengying semakin gembira. Jadi, apabila dia membuatkan seolah-olah Su Qianci yang menyebabkan kegugurannya nanti, reaksi Li Sicheng pasti hebat.

Sambil menyelam minum air.

Tang Mengying akan dapat membersihkan namanya dan nama keluarganya. Manakala Su Qianci pasti tidak dapat bersama Li Sicheng lagi. Dengan bantuan Qin Shuhua, Tang Mengying pasti dia akan dapat menggantikan Su Qianci dan menjadi Puan Li yang baru… Tang Mengying berasa sangat teruja kerana impiannya sudah semakin hampir tercapai.

Bang!

Bunyi yang kuat kedengaran dari bilik di mana Rong Rui berada dan mengejutkan Tang Mengying. Dia kembali ke realiti.

Pintu itu kemudiannya dibuka. Seorang pengawal peribadi keluar dengan wajah yang kelihatan panik. Dia tidak mampu bercakap dan hanya membuat isyarat dengan tangannya.

Li Sicheng memandang pengawal itu dengan tajam. "Kamu cakap Rong Rui bunuh diri?"


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C326
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ