ดาวน์โหลดแอป
41.15% Perceraian Ke-99 / Chapter 377: Hei, Seluar Kamu Basah

บท 377: Hei, Seluar Kamu Basah

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Luo Zhan agak menyukai saiz zakarnya dan memutuskan untuk sekurang-kurangnya menjadi lelaki yang gagah walaupun jika dia menjadi gay. Lelaki yang memakai sut itu dapat merasakan jelingan seseorang di sebelahnya dan berasa agak gerun. Dia segera menyelesaikan hajatnya dan terus menutup zip tanpa mengeringkan zakarnya dahulu. Kemudian dia cepat-cepat pergi ke arah sink dan membasuh tangannya, diikuti oleh Luo Zhan yang juga telah selesai. Ketika membasuh tangan, Luo Zhan menyedari kesan basah pada seluar lelaki itu lalu menegur dengan baik hati, "Hei, seluar kamu basah."

Mendengar kata-kata itu, lelaki tadi terus menggeletar lalu menutup paip sinki dan bergegas pergi.

Malangnya nasib! Berjumpa dengan lelaki terpesong di tandas!

Melihat reaksi lelaki itu, Luo Zhan menjadi berang, "Hei, kau kenapa?"

Lelaki itu berpura-pura tidak mendengar apa-apa. Dia terus berjalan pantas untuk keluar sehingga hampir tergelincir di atas lantai tandas yang licin itu. Nasibnya baik kerana sempat memegang pintu. Jika tidak, dia akan terjatuh dengan sangat teruk. Melihat keadaan itu, kemarahan Luo Zhan hilang dan dia meletakkan tangannya di atas bahu lelaki itu untuk membantu. Lelaki itu berpaling ke arahnya dan terus mengalihkan tangan Luo Zhan. "Aku bukan gay lah!"

Luo Zhan terkaku seketika. Dia merasakan seperti berjuta anak panah menusuk hatinya. Dia mengetap gigi dan membentak, "Siapa cakap aku gay?!" Lelaki tadi terus berlari pergi dengan riak wajah jengkel.

"Tak guna," marah Luo Zhan ketika dia melihat lelaki itu berjalan melalui bilik peribadi yang disewa Ou Ming.

Yu Lili sedang menelefon seseorang di muka pintu. Wajahnya terus bertukar ceria sebaik melihat lelaki itu. "Lu Yihan!"

Lu Yihan kelihatan terkejut melihatnya tetapi terus tersenyum. "Kebetulan pula. Kamu pun ada di sini."

"Oh, jadi kamu kenal satu sama lain?" Luo Zhan menghampiri mereka. "Kenalkan kami, kakak ipar."

Kakak ipar…

Senyuman Yu Lili terus hilang. "Siapa kakak ipar kamu?" Luo Zhan terkejut mendengarnya. Dia telah memanggil Yu Lili dengan panggilan itu disebabkan Ou Ming adalah kawan baiknya. Yu Lili kelihatan gembira mendengarnya sejak dari tadi, jadi kenapa dia tiba-tiba memberi reaksi sebegitu sekarang? "Ini rakan sekelas sekolah menengah saya, Lu Yihan. Ini Luo Zhan, penggodam Z."

"Saya banyak dengar cerita hebat tentang kamu," kata Lu Yihan.

Luo Zhan tersenyum dan menghulurkan tangan, tetapi Lu Yihan mengerutkan dahi dan tidak menyambut tangannya. Lu Yihan menoleh ke arah Yu Lili dan berkata, "Saya ada klien, jadi saya kena pergi dulu."

"Pergilah."

Sebaik Yu Lili mengatakannya, Lu Yihan terus pergi tanpa berkata apa-apa kepada Luo Zhan. Luo Zhan berasa malu dan marah.

Jadi Lu Yihan benar-benar fikir dia seorang gay? Memang silap besar.

Luo Zhan merasakan sangat penting baginya sekarang untuk mendapatkan teman wanita. Jika tidak, mungkin lebih baik dia ke kelab malam dan hilangkan terunanya! Dia berasa seperti mahu menangis kerana dicurigai oleh ramai orang. Selepas makan malam, Luo Zhan bertambah kecewa. Dua "kakak ipar"nya asyik melemparkan pandangan curiga dan dua kawan baiknya asyik mengetawakannya. Dia juga tidak boleh naik darah kerana dua lelaki yang mencintai wanita mereka itu akan membunuhnya. Dia hanya dianggap seperti tunggul di situ.

Apabila Ou Ming mencadangkan untuk menyambung parti mereka di kelab malamnya, Luo Zhan segera menjumpai alasan dan terus pergi. Ketika memandu, dia ternampak satu susuk tubuh yang dikenalinya di tepi jalan. Cheng You sedang memegang beberapa dokumen dan sedang menunggu bas. Mata Luo Zhan bersinar. Dia menghentikan keretanya di tepi Cheng You dan bertanya, "Cheng You, kamu nak ke mana? Boleh saya tumpangkan kamu?" Cheng You sangat gembira dan segera masuk ke dalam kereta itu.

Ketika memandu, Luo Zhan bertanya, "Mana kereta yang Li Sicheng beri pada kamu?"

"Kereta itu dah rosak dan sedang dibaiki."

"Oh…"

Selepas diam seketika, Luo Zhan berpaling ke arah Cheng You dan cuba memikatnya, "Cheng You, kamu tak ada teman lelaki, kan? Apa pendapat kamu tentang saya?"

Cheng You tidak menjawab.

Luo Zhan tersenyum lebar dan bersandar sedikit pada stereng sambil menunjukkan sisi paling kacaknya kepada Cheng You. Dia membuatkan suaranya menjadi dalam ketika bertanya, "Boleh saya ajak kamu makan malam?"

"Kamu.Boleh.Berambus."


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C377
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ