ดาวน์โหลดแอป
95.41% Perceraian Ke-99 / Chapter 874: Berani Kamu Lukis Dia!

บท 874: Berani Kamu Lukis Dia!

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Kartunis… Perkataan itu tiada kena-mengena dengan saya sekarang.

Yu Lili berasa agak segan dan menjawab, "Saya cuma minat untuk melukis, bukan menjadi kartunis."

[Sissi]: Oh okey, kami dah ada penulis skrip di sini dan sekarang kekurangan kartunis. Boleh kamu tunjukkan gaya lukisan kamu?

[Yu Lili]: Okey!

Yu Lili menjumpai buku yang menjadi tempatnya melukis. Dia mengambil gambar lukisannya dan menghantarnya kepada editor itu.

[Sissi]: Hebat! Kamu belajar bidang apa?

[Yu Lili]: IT

[Sissi]: Kamu ada belajar melukis?

[Yu Lili]: Tak pernah. Saya cuma berminat

[Sissi]: Bagus. Saya akan hantar skrip kepada kamu, kamu lukis dahulu kemudian saya akan lihat. Boleh?

[Yu Lili]: Saya perlu ditemu duga kah?

[Sissi]: Haha, tidak, saya cuma mahu lihat lagi gaya lukisan kamu. Sekarang kami merancang untuk melatih kartunis. Saya rasa lukisan kamu sangat cantik dan bersih daripada kelucahan. Kamu boleh cuba dahulu. Pelukis yang bekerja dengan kami akan dapat gaji pokok. Ini maklumat lanjut tentang pekerjaan ini, kamu boleh klik pautan yang diberi.

[Yu Lili]: Baik

Pautan itu membawanya kepada perancangan untuk laman web yang baru itu. Kartunis sepenuh masa akan mendapat gaji pokok sebanyak 3000 sebulan tidak termasuk komisyen jualan. Tambahan pula, pembahagian keuntungan antara syarikat dan kartunis ialah 5:5. Jika komik yang dibuat menjadi popular, kartunis kepada komik itu mungkin akan menerima sebanyak ratusan ribu yuan sebulan.

Yu Lili terkejut. Selepas selesai membaca kesemuanya, dia menelan air liur dan bertanya, "Bagaimana jika komik saya tidak dapat mencapai tahap popular?"

[Sissi]: Kalau begitu kamu hanya akan dapat gaji sebanyak 3000 sebulan.

3000 yuan. Jika dia mencari kerja di tempat lain, mungkin dia akan mendapat gaji yang lebih tinggi daripada 3000 yuan.Tetapi Ou Ming tidak akan membenarkannya mencari kerja di tempat lain. Ini bermakna dia hanya boleh bekerja di Syarikat Ou dengan gaji yang lebih tinggi daripada pekerja biasa.

[Yu Lili]: Faham. Boleh saya lihat skrip itu?

[Sissi]: [Dokumen]

Sebaik menerima dokumen itu, Yu Lili terus membuka dan membacanya. Dia terkejut sebaik membaca plot skrip itu. Seorang gadis kacukan China-Amerika kembali ke China sebagai pelajar pertukaran, tetapi pada hari pertama persekolahan, kepalanya terkena sebuah bola keranjang. Pelajar lelaki yang melempar bola itu meminta maaf kepadanya. Disebabkan gadis itu baik hati dan lemah lembut, dia memaafkan pelajar lelaki itu. Selepas menerima permohonan maaf pelajar lelaki itu, gadis itu menjadi popular di sekolah tersebut.

Rupa-rupanya pelajar lelaki itu ialah pelajar paling popular! Oleh kerana itu ramai pelajar perempuan mula membuli gadis itu. Tetapi pelajar lelaki itu berusaha sehabis baik demi melindungi gadis itu. Akhirnya dia jatuh cinta kepada gadis itu dan meluahkan perasaannya. Selepas itu, pelajar perempuan paling cantik di sekolah itu yang menyukai pelajar lelaki itu melakukan pelbagai cara demi menyakiti gadis itu. Mereka berlawan habis-habisan di sekolah. 

.....

Apa ini? Beginikah gaya komik zaman sekarang?

Yu Lili menyengetkan bibirnya dan menaip, "Plot begini akan popular?"

[Sissi]: Ia cerita yang biasa dibuat, tetapi semua orang sukakan cerita seperti ini. Kamu boleh cuba dahulu.

[Yu Lili]: Okey!

Yu Lili tahu penentangannya tidak akan berkesan. Apapun, dia hanya mencuba.

Dia mengambil sebatang pen dan mula melukis dengan teliti. Selepas satu jam, dia selesai melukis satu karakter. Disebabkan tiada prototaip, dia menjadikan Su Qianci sebagai model untuk karakter itu.

Selepas mengambil gambar dan menghantarnya kepada Sissi, dia terus menerima mesej balas. "Bukankah itu Su Qianci? Berani kamu lukis dia!"


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C874
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ