Minta maaf? Minta maaf kepada perempuan jalang ini? Xu Jing kelihatan keliru dan kemudian berkata dengan sinis, "Kamu ingat saya tak tahu? Kamu banyak hutang dan tiada wang tapi mahu kekal hidup mewah. Agaknya siapa yang mampu bertahan dengan kamu? Berapa kamu nak, beritahu saja."
Yu Lily ketawa sinis lalu berkata, "Saya mahu suami kamu, berikan dia kepada saya! Kenapa kamu berpura-pura kaya? Minta maaf cepat!
Mendengar kata-kata itu, Xu Jing bertambah berang lalu cuba menerkam Yu Lili. Mereka yang berada di situ terkejut lalu segera menghalangnya.
Yu Lili tidak berganjak dari tempatnya. Dia memandang telefon bimbitnya yang tergeletak di karpet tidak jauh di belakang Xu Jing. Dia mengambil telefon itu lalu menekan butang pembesar suara.
Riak wajah Xu Jing berubah pucat apabila melihat dua digit yang didail Yu Lili. "Berani kau!"
"Kamu nak cabar saya?" Yu Lili menekan digit terakhir dan mengangkat keningnya dengan penuh provokasi. "Minta maaf!"
"Jangan!" Tuan Li berasa takut. Dia segera merampas telefon itu dari tangan Yu Lili lalu memutuskan panggilan. Kemudian dia menoleh ke arah Xu Jing lalu berteriak dengan marah, "Minta maaf!"
Xu Jing terkejut dan tidak percaya apa yang didengarinya. "Abang ipar…"
"Kamu yang salah dan patut minta maaf. Kamu tak nampakkah Yu cedera disebabkan laptop kamu? Bagaimana kalau dia dapat parut? Tambahan lagi kamu dah dapat wang pampasan. Kamu patut minta maaf dengan dia!"
Xu Jing jelas tidak terpujuk dengan kata-kata itu. Dia memandang Tuan Li dan berkata, "Saya tak mahu!"
Tuan Li memberi amaran, "Kamu benar-benar mahu ke penjara?"
Penjara? Mana ada orang yang mahu dimasukkan ke penjara? Tetapi Xu Jing tidak sanggup melakukan perkara itu! Mengapa pula dia perlu meminta maaf kepada perempuan jalang yang sering menggoda lelaki ini? Sejak perempuan ini datang, hampir semua pekerja di pejabat itu menyukainya! Tidak kira lelaki atau perempuan! Perempuan itu menarik mereka dengan helah dan lakonannya! Xu Jing tidak sanggup melihat perempuan jalang itu bergembira.
"Jika kamu tak minta maaf, saya akan telefon polis." Yu Lili mengambil telefonnya kembali. "Ia cuma penjara. Puan Xu tak takut, bukan?"
Riak wajah Tuan Li turut berubah. "Xu Jing, kamu ingat saya tak tahu apa yang kamu lakukan dalam diam? Kamu mahu saya sebut semuanya sekarang?"
Xu Jing sudah tidak tahu mahu meletakkan mukanya di mana. Dia tidak kisah jika rakan-rakan kerjanya tidak memihak kepadanya, tetapi sekarang abang iparnya sendiri tidak menyebelahinya. Kenapa? Apa yang bagus sangat dengan si Yu Lili ini? Xu Jing berasa amat marah sehingga matanya kemerahan dan basah. Walau bagaimanapun, di bawah renungan amaran bosnya itu, dia tunduk dengan terpaksa lalu berbisik, "Maaf."
"Apa dia? Saya tak dengar." Yu Lili yang masih memegang telefonnya meletakkan tangannya di telinga. "Cuba cakap sekali lagi?"
Kemarahan Xu Jing membuak-buak dan menyesakkan dadanya. Dia cuba bertenang dan berkata dengan berat hati, "Maafkan saya!"
Yu Lili meletakkan tangannya ke bawah dan berpura-pura mengorek telinganya. "Zodiak kamu nyamukkah? Bukankah suara kamu biasanya kuat? Terutama ketika kamu memarahi seseorang. Ramai pekerja muda letak jawatan disebabkan kamu. Suara kamu biasanya lantang dan mengujakan! Tetapi mana suara kamu itu pergi sekarang? Kamu berguraukah?"