ดาวน์โหลดแอป
80.45% Perceraian Ke-99 / Chapter 737: Anak-Anak Kami Masih Kecil. Saya Tak Mahu Berpisah dengan Dia

บท 737: Anak-Anak Kami Masih Kecil. Saya Tak Mahu Berpisah dengan Dia

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Su Qianci terus menangis teresak-esak.

Li Sicheng terdiam seketika, kemudian berkata, "Jangan fikir bukan-bukan. Saya sibuk dengan kerja dan tak dapat tinggalkan Dublin. Saya akan balik dalam beberapa hari lagi. Jangan fikir banyak, jaga diri baik-baik."

"Betul?"

"Ya, betul."

"Apa yang kamu buat di Ireland?" Su Qianci menangis semakin kuat. Dia sudah tidak dapat menahan dirinya. "Kalau ada sesuatu yang berlaku, terus-terang saja kepada saya. Saya berteka-teki sendiri dan hampir jadi gila. Saya dah tak tahan, Li Sicheng…"

Dahi Li Sicheng berkerut. Hatinya berasa tidak senang dan dia bertanya dengan risau, "Apa yang berlaku kepada kamu? Apa yang terjadi?"

"Saya…" Tiba-tiba lidah Su Qianci kelu. Jika dia memberitahu perkara yang diberitahu Lu Yihan, ia pasti membawa akibat buruk kepada Lu Yihan. Namun dia masih berasa amat tidak gembira. Dia tidak pernah menyangka Li Sicheng ialah orang sebegini. Li Sicheng amat pandai berlakon di hadapan orang lain dan juga dirinya. Seorang wanita yang amat cantik duduk di sebelahnya di dalam kereta dan dia memandangnya dengan pandangan lembut, tetapi sekarang dia memberitahu isterinya yang dia sibuk dengan kerja… Penipu!

"Su Qianci," suara Li Sicheng kedengaran sedikit keberatan. "Jangan fikir terlalu banyak. Saya memang betul-betul sibuk."

"Jadi kenapa kamu tak telefon saya?"

"Saya lupa."

Su Qianci berasa seakan mahu ketawa, tetapi dia tidak mampu. Dulu, tidak kira betapa sibuknya Li Sicheng, dia tidak pernah terlupa menelefonnya. Dulu, tidak kita betapa sibuknya, Li Sicheng tidak akan menamatkan topik dahulu atau memutuskan panggilan dahulu. Kini suaminya ini telah berubah. Su Qianci tidak mahu berkata apa-apa lagi dan terus memutuskan talian.

Li Sicheng menelefon kembali. Su Qianci tidak menjawab panggilan itu. Dia menyangka Li Sicheng akan menelefon lagi. Namun sangkaannya salah. Hati Su Qianci terasa dingin dan mati. Situasi ini lebih teruk daripada ketika mereka bergaduh.

Telefonnya bergetar. Satu mesej WeChat masuk.

[Lu Yihan]: Datanglah ke Dublin. Saya tak boleh uruskan perkara ini untuk kamu. Kalau kamu ada apa-apa untuk beritahu dia, kamu perlu beritahu secara berhadapan.

[Lu Yihan]: [emoji senyum] Saya akan ambil kamu di lapangan terbang. Sekarang saya sedang siasat hotel yang dia tinggal dan saya akan tempah bilik untuk kamu di sebelahnya.

Su Qianci membaca mesej itu dan merasakan semuanya agak mengarut.

Maksud Lu Yihan dia boleh pergi untuk menangkap suaminya yang curang? Mungkin jika dia duduk di bilik bersebelahan Li Sicheng, dia akan dapat menangkap suaminya?

[Su Qianci]: Yihan, saya tak mahu pergi

[Lu Yihan]: ?

[Su Qianci]: Anak-anak kami masih kecil. Saya tak mahu berpisah dengan dia

[Lu Yihan]: …

Selepas membetulkan pakaiannya, Su Qianci keluar dari biliknya lalu menekan loceng pintu bilik anak-anaknya. Shuang Yu membuka pintu dan membiarkan Su Qianci masuk. Kanak-kanak beritga itu masih tidur. Li Jianqian kelihatan tidak tumpah seperti Li Sicheng dalam tidurnya. Kesemua mereka masih kecil. Hari lahir keempat pasangan kembar itu akan tiba tiga hari lagi, manakala hari lahirnya akan tiba esok… 

[Saya akan raikan setiap hari lahir kamu bersama kamu.]

[Hari ini hari lahir saya, bukan?]

[Ya.]

[Kalau saya ada permintaan hari lahir, kamu akan tunaikannya, bukan?]

[Ya.]

[Kalau begitu, boleh kamu janji untuk sambut hari lahir saya seorang saja?]

Ketika itu, Li Sicheng merenungnya dan menjawab dengan hanya satu perkataan: [Ya.]

Selepas empat tahun, Su Qianci menyangka suaminya itu akan berada bersamanya pada hari lahir kali ini. Namun… realiti selalu lebih kejam daripada angan-angan. Kali ini juga, Li Sicheng tidak ada di sisinya.

Su Qianci merenung anak-anaknya yang sedang tidur buat beberapa lama. Kemudian dia menarik nafas dalam, mengambil telefonnya dan menempah tujuh tiket ke Dublin.


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C737
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ