ดาวน์โหลดแอป
41.04% Perceraian Ke-99 / Chapter 376: Aku Bukan Gay

บท 376: Aku Bukan Gay

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Ou Ming berkata dengan puas hati, "Bijak!"

"Itu cara yang bagus," kata Li Sicheng. "Atau kau boleh tukar pil dia."

"Kau lagi teruk."

Luo Zhan ketawa sinis. "Jangan hipokrit sangat. Kita sama saja!"

"Aku tak sama macam kau." Li Sicheng menolaknya.

Ou Ming turut berkata, "Aku pun."

Luo Zhan terdiam.

Selepas Su Qianci dan Yu Lili selesai menyanyi, mereka melihat tiga lelaki itu sedang berbincang.

Yu Lili berbisik kepada Su Qianci, "Apa yang mereka bualkan?"

"Entahlah."

"Hei, kamu rasa Luo Zhan gay? Dia tak pernah ada teman wanita dan dia sangat rapat dengan Li Sicheng dan Ou Ming."

Su Qianci ketawa melalui mikrofonnya. Ketiga-tiga lelaki itu menoleh ke arah mereka dan dia cepat-cepat meletakkan mikrofon itu ke bawah. Kemudian dia berbisik kepada Yu Lili, "Saya tak rasa begitu."

"Tengoklah. Dia agak kacak dan dah berumur 26 tahun. Kenapa dia tak pernah ada teman wanita? Jadi masalah dia sama ada fizikal atau psikologi."

Su Qianci ketawa lagi. Ketiga-tiga lelaki itu bangun dan mengajak mereka pergi makan. Selepas mendengar kata-kata Yu Lili, Su Qianci mula melihatLuo Zhan dengan pandangan berbeza. Dia sengaja berjalan di belakang Luo Zhan untuk melihat cara lelaki itu berjalan dan jenis seluar yang dipakainya…

Li Sicheng segera menyedari kelakuan pelik isterinya. Dia memaut pinggang Su Qianci dan bertanya, "Kenapa?"

Su Qianci menggeleng-gelengkan kepalanya dan berdehem. Adakah dia melakukannya secara terlalu terang-terangan?

Selepas mereka tiba di bilik persendirian yang ditempah Ou Ming, mereka mula memesan makanan. Yu Lili tiba-tiba bertanya, "Luo Zhan suka makanan manis?"

"Apa?" Luo Zhan sedikit teruja mendengar namanya.

"Kamu suka pudding karamel?"

"Oh… Ya, terima kasih."

Su Qianci mengangguk faham. Jadi Luo Zhan suka makanan manis. Sebaik menyedari pandangan Yu Lili, dia bertanya kepada Luo Zhan, "Kamu suka sukan?"

"Ya…"

"Sukan yang bagaimana?"

"Em… Renang, bola tampar, tenis…"

"Betullah!" Su Qianci berkata dengan kuat sambil memandang Luo Zhan. Yu Lili hampir ketawa mendengarnya lalu segera menutup mukanya dengan buku menu. Li Sicheng dan Ou Ming yang mula faham terus ketawa.

Melihat semua orang ketawa, Luo Zhang berasa malu dan marah, "Aku bukan gay lah!"

Pelayan yang baru sahaja tiba di situ juga tidak dapat menahan ketawa. Luo Zhan berasa kecewa.

Tidak cukup dengan dia seorang sahaja yang tiada pasangan, sekarang mereka turut mempersoalkan kelelakiannya. Ini hari yang sangat, sangat teruk. Luo Zhan terus bangun dan berjalan keluar dari bilik itu.

Ou Ming yang masih ketawa bertanya, "Hei, kau nak pergi mana?"

"Tandas!"

"Di sini pun ada."

"Aku nak pergi yang di luar!" Luo Zhan masuk ke tandas awam lalu membuka zipnya. Ketika itu, seorang lelaki muda yang kelihatan baik dan lemah masuk ke tandas itu. Lelaki muda itu memakai baju biru muda dan sepasang kaca mata tanpa bingkai. Dia kelihatan agak kacak dan tinggi. Luo Zhan menjeling sekilas zakar lelaki itu dan kemudian melihat zakarnya sendiri. Dia mencebikkan bibirnya dan berasa puas hati dengan saiznya. Dia memutuskan untuk sekurang-kurangnya menjadi "satu" jika dia benar-benar menjadi gay.


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C376
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ