ดาวน์โหลดแอป
86.24% Perceraian Ke-99 / Chapter 790: Adakah Dia akan Memandang Hina Saya?

บท 790: Adakah Dia akan Memandang Hina Saya?

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Berkemungkinan pesakit sedang mengalami tekanan. Adakah pesakit melalui apa-apa kejadian yang berat baru-baru ini? Jika dilihat pada keadaannya, dia mendapati tekanan darah tinggi disebabkan tekanan emosi yang serius. Kamu semua sebagai ahli keluarga perlu buatkan dia lebih tenang. Kenapa biarkan orang tua begini alami tekanan yang tinggi? Mulai sekarang, pesakit sudah tak boleh menerima rangsangan, mahupun membuat ramalan yang membuta-tuli. Kamu semua perlu ambil perhatian tentang perkara ini."

Kata-kata doktor itu membuatkan semua orang agak keliru.

Kapten Li mempunyai pencapaian yang hebat dan reputasi yang tinggi, malah dia juga hidup senang dan mewah. Sepatutnya lelaki tua itu sedang menikmati kehidupannya sekarang. Tetapi mengapa dia mengalami tekanan yang berat?

Su Qianci tidak faham apa yang menyebabkan Kapten Li tertekan, jadi dia bertanya kepada Li Sicheng. Ternyata Li Sicheng faham serba sedikit perkara yang difikirkan oleh atuknya. Li Sicheng menjawab, "Saya rasa ia disebabkan oleh keluarga Tang."

"Apa? Keluarga Tang?" Su Qianci terkejut, tetapi selepas itu mula faham. Keluarga Tang dan keluarga Li telah berjiran selama beberapa generasi dan sudah lama berhubungan baik. Sebenarnya Kapten Li dan Tuan Lama Tang juga masih mengekalkan hubungan yang baik. Tetapi apabila tiba di generasi Tang Zhenghao dan Li Xiao, hubungan keluarga Li dan Tang sudah tidak sebegitu baik.

Sebelum kematian Tuan Lama Tang, mereka telah berjanji akan menjaga hubungan baik kedua-dua keluarga. Tetapi keadaan keluarga Tang sekarang… Tuan Lama Tang hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Tang Zhenghao. Manakala Tang Zhenghao pula sudah kematian anak lelakinya lebih sedekad lalu. Selepas itu bukan sahaja tiada waris lelaki dalam keluarga Tang, malah waris perempuan juga sudah meninggal dunia. Situasi sekarang sudah melanggar perjanjian antara Kapten Li dan Tuan Lama Tang.

Mungkin disebabkan itulah… Atuk menjadi sangat tertekan.

Su Qianci merasakan anggapannya benar, tetapi apabila dia bertanya kepada Li Sicheng, Li Sicheng hanya terdiam.

Menjelang petang, barulah Kapten Li membuka mata.

Su Qianci juga menyelidik dan kemudian mendapat tahu bahawa tekaannya hampir sama dengan apa yang difikirkan oleh Kapten Li.

Kapten Li kelihatan pucat dan keletihan, seakan lebih tua dari semalam. Dia melepaskan keluhan berat lalu berkata, "Atuk tahu hanya beberapa orang sahaja ahli keluarga Tang yang tinggal, tapi Atuk masih bunuh Tang Mengying dengan tangan Atuk sendiri. Atuk tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan kawan lama Atuk bila Atuk jumpa dia selepas mati nanti. Pasti dia sangat bencikan Atuk."

Nada suaranya dipenuhi perasaan bersalah dan kesal. Su Qianci turut berasa sedih lalu segera memintas, "Atuk, rehat dulu, okey…"

"Qianqian," Kapten Li mengangkat mukanya dan memandang Su Qianci. "Boleh kamu panggil Yihan datang ke sini?"

"Yihan?" Su Qianci sedikit terkejut. Dia langsung tidak menyangka Kapten Li akan menyebut nama Lu Yiahn secara tiba-tiba.

Kapten Li mengangguk lalu tunduk kembali dan berkata, "Atuk rasa bersalah kepada budak itu. Qianqian, suruh dia datang ke sini, Atuk perlu minta maaf kepada dia secara berhadapan…" Dia yang memberi harapan kepada budak lelaki itu. Jika Lu Yihan tidak disokong kuat olehnya, pasti budak itu tidak akan terfikir untuk memiliki Su Qianci. Kapten Li menyangka Li Sicheng sudah tiada, jadi dia melakukan perkara itu… Dia sudah terlalu banyak melakukan perkara jahat.

"Okey sekejap Atuk. Saya telefon dia sekarang." Su Qianci menepuk lembut tangan Kapten Li bagi menenangkan lelaki tua itu. Kemudian dia mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Lu Yihan.

Di dalam dunia ini terdapat sejenis orang yang tidak akan menghubungi seseorang kecuali untuk berniaga atau meminta bantuan. Ketika itu jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan Lu Yihan sedang menikmati makanan tengah hari. Tiba-tiba dia menerima satu mesej daripada Yu Lili, nama yang sudah lama tidak dilihatnya.

[Yu Lili]: Helo, Lu Yihan?

[Yu Lili]: [Mesej suara] ( Boleh kamu pinjamkan saya sedikit wang? )

[Lu Yihan]: Saya tahu kamu siapa. Berapa kamu nak pinjam?

200 000 yuan, nilai yang tidak terlalu besar ataupun terlalu kecil.

Selepas menaip nilai itu, perasaan Yu Lili bercampur-baur. Dia berasa takut jika Lu Yihan menolak atau bertanya apa-apa. Lagipun, imejnya sudah buruk di mata Lu Yihan.

Adakah Lu Yihan akan berfikir saya cuba tipu wang dia? Adakah dia akan memandang hina kepada saya?


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C790
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ