Aira kebingungan sambil matanya tertangkap satu kepingan 'sticky note' berwarna biru yang dilekatkan pada penutup tupperware kuning itu.
Dia mengambil 'sticky note' itu dengan tangan kanannya. Dahinya berkerut-kerut apabila membaca tulisan yang ada di atas kertas kecil itu.
{ Hai dan maafkan saya sebab memakan bekal makanan awak wahai cik..eh puan..eh miss..eh..kejap, nama awak apa ek? }
"Hah? Ni saja yang kau tulis?" Aira berkata sambil menarik muka masam. Tak puas hati aku! Lepas kau makan Nasi Goreng Pattaya aku tu sedap-sedap, boleh pulak kau mintak maaf dengan tulisan sopan macam ni! Kau ingat hati aku cair bila baca tulisan kau ni?
Kemudian, dia tersedar ada satu tulisan yang lebih kecil di bawahnya. Dahlah sticky note ni kecik dah, kau tulis pulak tulisan kecik-kecik! Sakit mata aku tengok!
{ sambung dekat belakang }
*Sret*
Dia mengalihkan kertas tersebut ke belakang dan ternampak tulisan yang agak panjang.
{ Vergeef me, Aira. Please?? I want to help you, but I feel so hungry that I eat your food...By the way, your food is very delicious! Thanks! *smiley emoji* }
Aduh, duh, duh! Jantung aku! Mamat ni guna bahasa Belanda campur omputih pulak dah! Comel sangatlah bila dia buat macam ni! Macam mana aku tak cair?? Dah meleleh hati aku cair macam aiskrim Paddle Pop tu! Aiyayayayai! Cute plus cair lah dia ni! Sweet sangatlah!
Aira sudah tersengih-sengih sendiri macam kerang busuk tatkala membaca nota tersebut. Dia memegang jantungnya yang berdebar-debar tak keruan itu. Takdi marah-marah bukan main! Sekarang ni muka dah macam orang dilamun cinta! Aiseyman! Gatal pulak kau ni!
Tiba-tiba lagu 'Cute' yang sering dia dengar di radio telefon, terngiang-ngiang di mindanya.
' You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut '
Aira tersengih-sengih sendirian. Dia mengambil 'sticky note' itu dan menutup kembali penutup 'tupperware' tersebut dan meletakkannya ke dalam beg sekolahnya semula. Selepas itu, dia merebahkannya dirinya dia atas katil sambil mengiringkan badannya ke arah kiri. Dia tersenyum-senyum memandang nota kecil berwarna biru di tangannya.
'Takpe, aku maafkan kau! Memandangkan kau rasa lapar sangat takdi, aku korbankan nasi goreng aku! Sebab kau dah susah-susah nak tolong aku! Ai...Mamat Belanda, kau nampak je selamba dengan nakal tapi dalam hati? Baik dan comel jugak kau ni kan? Hehehe.' Bisik Aira sambil menarik selimut menutupi badannya.
Aira membulatkan matanya dan membuka mulut apabila teringatkan sesuatu. "Patutlah, dia ucap 'thanks' kat aku tadi. Sebab dia makan bekal makanan aku. Hahaha... Tapi..apa maksud 'we'll meet again' dia tu? Kau akan jumpa aku lagi ke?"
Kemudian, dia menutup matanya rapat-rapat. Fikirannya ligat berfikir.
Penat, memang penat. Banyak yang terjadi hari ini, dari kau jatuh atas aku. Kaki aku terluka. Kau tolong aku daripada jatuh atas longkang. Kau buat aku syok sendiri bila kau tenung aku dengan mata coklat cair kau tu. Memang dub dab dub dab hati aku bila tengok mata kau yang cantik dan muka kau yang tampan tak terkata tu.
Sebelum ni kan, mana pernah ada orang seberani kau yang bercakap dengan aku macam tu. Kau siap mengusik aku banyak kali lagi dengan perangai kau yang nakal tu. Siap gelakkan aku lagi bila aku tercakap merapu! Argh! Aku masih lagi ingat dia gelakkan aku terbahak-bahak sampai keluar air mata!
Tapi...best jugak kan? Bila ada kawan masa kita bercakap. Rasa macam happy je. Tak rasa sunyi lagi. Sebab...biasa kan, kalau aku bercakap dengan orang lain, mereka terus lari selepas aku cakap sepatah. Ada hari tu, aku tak habis lagi cakap, kawan sekelas aku dah lari tinggalkan aku sendirian kat situ. Memang betul, aku tak reti bergaul dan bercakap, tapi bila jumpa kau ni, mulut aku automatik terbuka sendiri! Mungkin sebab perangai kau yang Happy-Go-Lucky tu buat aku terikut-ikut! Aura happy kau memang semacam! Boleh buat orang macam aku ni jadi terbukak hati! Aku betul-betul berharap aku boleh berkawan dengan kau bila aku boleh pergi sekolah nanti!
Kemudian Aira mengiringkan badannya ke kanan. Dia mula berfikir kembali apabila teringatkan mimpi budak kecil itu.
Tapi...apa maksud mimpi yang aku mimpi dalam kereta mama takdi? Aku pernah jumpa ke dengan budak kecik yang aku tak boleh nampak muka dia tu? Kenapa perasaan aku merasakan sesuatu yang tidak boleh digambarkan? Rasa..rasa macam ada sesuatu yang 'familiar' dan 'similar' jee...
Tanpa sedar, matanya terkatup rapat perlahan-lahan. Dia terlena dalam keadaan hujan yang masih lebat di luar rumah.
*****
Keesokannya...
*Chip*Chip*Chip*
Aira tersedar pada awal pagi apabila mendengar burung-burung berkicauan di luar rumah. Hujan masih lebat, tidak berhenti sejak semalam lagi. Langit kelihatan masih mendung dan matahari hanya terpancar sedikit sahaja cahayanya.
"Dah pagi rupanya...mesti aku tertidur ni..." Getusnya perlahan.
Aira mengikat rambutnya menggunakan getah rambut. Dia bangun daripada katil lalu berjalan terincut-incut ke arah tingkap di sebelah meja belajarnya. Kemudian, dia membuka tingkap perlahan-lahan dan memandang langit. Kelihatan beberapa ekor burung sedang berterbangan dan bermain air hujan. Dia hanya memerhatikan burung-burung tersebut dengan gembiranya terbang ke sana ke sini.
Tidak lama selepas itu, dia menoleh ke arah sebelah rumahnya.
"Eh, pemiliknya dah balik ke? Banyak pulak tu kereta dia?"
Aira tertanya-tanya sambil memandang ke bawah dan melihat beberapa buah kereta yang mewah di rumah itu. Wahh...mahal gila nak mampus harga kereta tu!
Seingatnya, rumah besar itu memang kosong dari dulu sejak dia tinggal dengan mamanya. Tiada siapa-siapa pun duduk di situ. Cuma adalah pak cik tukang sapu mari ke rumah itu untuk bersihkan rumah itu beberapa kali. Ada satu hari tu, dia bertanya kepada mamanya. Mamanya hanya tersenyum sambil berkata rumah itu sudah berpunya dan tidak boleh disewakan. Tapi sampai sekarang pemilik rumah itu masih tidak kelihatan.
Sedang Aira menongkat dagu sambil termenung sendirian, tiba-tiba dia ternampak satu kelibat keluar daripada rumah itu. Kelibat itu kelihatan berpakaian sukan sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas dan mengeliat. Kemudian dia menguap dan menutup mulutnya.
"Eh, eh...macam kenal je...." Aira berkata perlahan sambil matanya tidak berkelip memandang ke arahnya.
Selepas itu, kelibat itu memandang ke atas dan melihat Aira. Dia melambai-lambaikan kedua-dua belah tangannya sambil tersengih-sengih menampakkan gigi putihnya.
Hah?!! Ma..ma...Mamat Belanda??!!!
Kenapa si Rafie tu ada dekat sini?!
Hi~ Selepas bab ini, akan ada bab baru yang akan muncul. Tapi, akan mengambil masa yang agak lama kerana idea tentang novel ini telah hilang..TwT
Berharap anda semua bersabar, dan saya akan update secepatnya setelah siap, terima kasih! ^^
Hi~ After this chapter, there will be a new chapter that will appear. But, it will take a long time to wait because the idea about this novel has been lost..TwT
Hope you all be patient, and I will update as soon as it is finished, thank you! ^^
— ตอนใหม่กำลังมาในเร็วๆ นี้ — เขียนรีวิว