ดาวน์โหลดแอป
27.77% Milik siapakah hati ini / Chapter 5: Bab 5

บท 5: Bab 5

Ah...nyamannya udara di Pulau Pangkur. Atirah memeluk tubuhnya sambil berjalan menyusuri pantai. Udara pagi yang sejuk menyegarkan Atirah. Sebelum keluar dari hotel tempat penginapan mereka, Atirah mengajak abangnya untuk berjalan-jalan di tepi pantai, ambil angin pagi yang segar. Namaun, abangnya menolak dengan alasan masih mahu menyambung tidurnya setelah menunaikan tuntutan Ilahi. Mereka sekeluarga bersolat subuh berjemaah. Atirah tidak ambil kisah apabila ajakkannya untuk bersiar-siar di pantai ditolak oleh Nizan. Atirah tahu yang abangnya bersengkang mata menyiapkan kerja syarikat sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Pulau Pangkur semalam.

Pada mulanya Dato' Kassim menawarkan diri untuk menemani anak kesayangannya bersiar-siar di pantai. Namun, Atirah menolaknaya dengan alasan Atirah takut ada orang mengusik Mama yang ditinggalkan keseorangan sekiranya Abahnya menemaninya. Dato' Kassim tersenyum mendengar alasan anaknya itu. Sebenarnya Atirah tidak mahu mengganggu kemesraan Abah dan Mamanya. Dato' Kassim sebenarnya memahami niat anaknya itu. Atirah rasa beruntung kerana mempunyai keluarga yang dipenuhi kasih sayang. Walaupun Abah dan Mama sudah lama berkahwin, tetapi hubungan mereka amat mesra dan tidak jemu menabur benih-benih kasih sayang. Atirah bahagia melihat kemesraan Abah dan Mamanya.

Atirah leka bermain ombak. Setiap kali ombak memukul pantai, Atirah akan lari mengelak dari terkena air laut. Atirah sempat mengutip beberapa cengkerang yang dirasakan cantik. Tiba-tiba Atirah rasa dirinya seperti ditolak dari arah belakang. Atirah tidak dapat mengimbangi dirinya. Sepasang tangan yang gagah memegang Atirah, namun sudah terlambat. Atirah terjatuh. Atirah menutup matanya kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Keadaan berlaku bergitu pantas.

"Cik tak apa-apa?" Soal pemuda yang melanggar Atirah. Hariz cemas apabila gadis yang dilanggarnya masih tidak memberi apa-apa tindak balas terhadap pertanyaannya. Mata gadis itu masih tertutup rapat. Hariz mengulangi soalannya tadi. Atirah merasakan suara lelaki itu terlalu dekat dengan telinganya. Perlahan-lahan Atirah membuka matanya. Terkejut Atirah apabila menyedari dirinya berada dalam pelukan seorang lelaki. Atirah dengan pantas cuba untuk berdiri. Hariz terkejut dengan tidakan Atirah. Hariz turut bangun setelah melihat gadis di hadapannya berdiri dengan stabil. "Cik tak apa-apa?" Hariz mengulangi soalannya untuk kali ketiga sambil merenung gadis di hadapannya. Atirah gugup apabila dirinya diperhatikan bergitu. Merah muka Atirah menahan malu kerana teringatkan dirinya sebentar tadi berada dalam pelukan lelaki yang tidak dikenalinya. Laju Atirah mengangguk. "Saya okey."

Pemuda di hadapan Atirah tersenyum mendengar jawapan Atirah. Atirah terpana....hansomenya, siapa yang punya. Soal atirah dalam hatinya.

"Sorry....saya tak sengaja terlanggar Cik tadi." Hariz memohon maaf. "Nasib baik saya sempat tarik Cik. Kalau tidak, mesti Cik dah mandi laut pagi ni. Saya minta maaf banyak-banyak." Mendengar ucapan pemuda itu, Atirah cuba berlagak biasa. Dirinya masih berasa malu, semakin merah muka Atirah apabila dia teringatkan apa yang terjadi sebentar tadi. "Buat apa minta maaf banyak-banyak, sekali dah la. Kata-kata Atirah membuatkan Hariz tercengang. Atriah menyambung bicaranya apabila melihat Hariz seperti tidak memahami kata-katanya sebentar tadi. "Awak langgar saya sekali je, buat apa minta maaf banyak-banyak, atau awak ada niat nak langgar saya lagi?" Atirah tersenyum. Barulah Hariz mengerti maksud Atirah. Dia turut tersenyum memandang Atirah. "Saya Hariz." Hariz menghulurkan tangan kepada Atirah. Tangan yang dihulur tidak bersambut. "Saya Ati." Hariz memahami maksud Atirah. Tangannya diturunkan semula sambil mengangkat keningnya. "Ati, just Ati?" Soal Hariz seperti tidak percaya nama gadis ini seringkas itu. "Kenapa, tak puas hati? Nak nama panjang ke?" Hariz hanya membalas dengan mengangkat bahunya. Atirah tersenyum. "Intan Nur Atirah Binti Ridzuan, puas hati?" Hariz mengangguk sambil tersenyum kepada Atirah. "Awak?" Soal Atirah membuatkan Hariz tercengang sekali lagi. Saat ini Atirah rasa ingin ketawa melihat riak wajah jejaka di hadapannya, namun ditahan kerana bimbang Hariz terasa hati. Atirah menyedari yang Hariz tidak memahami maksudnya. "Nama panjang awak. Tak kan saya je yang kena bagi nama panjang, siap binti sekali. Tak adil la macam tu." Hariz menyedari kesilapannya itu. Hariz ketawa menutup rasa malunya. Suasana sunyi yang hanya ditemani deruan ombak hilang digantikan dengan suara ketawa Hariz. "Hariz Iskandar Bin Nazmi."Luah Hariz. "Selamat berkenalan."Hariz dan Atirah berkata serentak. Suasana sunyi pagi ini sekali lagi diganggu dengan suara ketawa. Kali ini Atirah turut sama ketawa. Atirah dan Hariz berjalan menyusuri pantai bersama.

"Ati datang sini bercuti?" Hariz memulakan bicara. "Tak lah....Ati datang sini nak menuntut ilmu. " Jawab Atirah dengan wajah yang serius. Agak terkejut Hariz mendengar jawapan Atirah. "Menuntut ilmu, ilmu apa?"

"Ilmu macam mana nak langgar orang dari belakang." Kata-kata Atirah membuatkan Hariz ketawa lagi. Dia sedar yang dirinya terkena. "Nakal ye Ati ni, terkena Hariz." Atirah hanya tersenyum. "Sebenarnya Ati datang bercuti dengan family. Hariz buat apa di sini?" "Hariz baru tamat belajar." Jawab Hariz. Dia inigin mengenakan Atirah, akan tetapi Atirah dapat meneka maksud Hariz. "Oh baru tamat belajar ilmu langgar orang ye." Atirah memandang Hariz. Ketawa mereka berdua pecah. Hariz merasakan gadis yang baru dia kenali ini mencuit hatinya. "Ingatkan nak kenakan Ati, rupanya Hariz yang terkena lagi."

"Itu la, nak lawan dengan lowyer." Tambah Atirah. Hariz memandang Atirah dengan wajah seakan tidak percaya yang Atirah adalah seorang peguam. "Ati lowyer?" Soal Hariz. "Ye, lowyer buruk." Hariz ketawa lagi. Dirinya terkena lagi. Gadis dihadapannya ini benar-benar melucukan. Atirah tersenyum senang.

Atirah melihat seorang lelaki berjalan dengan pantas ke arah mereka. Mungkin kawan Hariz. Atirah mengagaknya. Tepat tekaan Atirah. Lelaki itu menghampiri mereka dan bicara sesuatu kepada Hariz. Setelah selesai berbicara dengan Hariz, lelaki itu pun berlalu. Atiah hanya memandang tanpa kata.

"Maaf Ati, Hariz terpaksa pergi sekarang. Boleh kita jumpa lagi?" hariz menunjukkan wajah mengharap. "Apa salahnya, Kita kan kawan." Jawapan yang diterima melegakan hati Hariz. Hariz melangkah meninggalkan Atirah.

Atirah sendirian berjalan dipersisiran pantai. Kenangan bersama neneknya di pantai mengetuk pintu hatinya. Atirah membiarkan dirinya terus dibuai kenangan bersama neneknya.

"Ati mari sini sayang, dekat nenek."Tangan yang tua itu melambai-lambai memanggil cucu kesayangannya. "Nenek ada sesuatu untuk Ati." Nek Jah meletakkan sesuatu di tapak tangan cucunya. Seutas rantai emas yang berloket bunga orkid liar. " Rantai ini milik arwah ibu Ati. Satu-satunya harta peninggalan yang ibu Ati tinggalkan. Ayah Ati berikan rantai ini kepada ibu Ati sebagai hadiah perkahwinan mereka."

Atirah menahan tangis. Dia tidak mahu neneknya melihat dia menangis. Nek Jah meneruskan kata-katanya. "Setelah ibumu meninggal dunia, ayah Ati membawa diri. Dia tidak dapat menerima pemergian ibumu. Dia pergi mencari ketenangan. Dia akan kembali, percayalah cu." Itulah kata-kata terakhir neneknya sebelum neneknya pergi menemui Ilahi. Air mata Atirah menitis setiap kali terkenangkan arwah neneknya. Atirah menyapu air matanya di pipi. Tiba-tiba Atirah rasa bahunya disentuh dari belakang. Terbang semangatnya. Wajahnya pucat ketakutan. Perlahan-lahan Atirah memalingkan wajahnya untuk melihat siapa dibelakannya. Dia menarik nafas lega apabila mengetahui insan yang memegang bahunya itu adalah abangnya.

"Kenapa ni? Macam nampak hantu saja." Nizan terkejut melihat wajah adiknya pucat dan matanya merah. "Ye, Ati nampak hantu tadi." Balas Atirah geram. "Hantu pakai baju putih seluar biru."Tambah Atirah sambil menjeling abanagnya. Nizan hanya buat bodoh. Dia tidak menghiraukan kata-kata adiknya. Dia tahu Atirah maksudkan dialah hantu itu. Atirah melangkah meninggalkan Nizan yang termangu di situ. Hai, merajuk pula adik aku ni. Nizan mengejar adiknya.

"Kenapa nak marah ni. Senyum la sikit." Nizan cuba memujuk. Dia cuba menyaingi langkah Atirah yang semakin laju. Atirah berhenti dengan tiba-tiba menyebabkan Nizan hampir melanggar adiknya itu. Terkejut Nizan dengan tindakan Atirah. "Abang la. Kan dah tahu Ati tak suka kalau dikejutkan bergitu. Bagi tau Mama." Atirah mengugut manja. "Okey la, abang minta maaf. Lain kali tak buat lagi." "Promise?" Atirah mengangkat jari kelingkingnya. Nizan tersenyum. Masih macam budak-budak, tetapi dia senang melayan kerenah adiknya itu. Jari kelingking mereka bersatu.

"Kalau Abang buat lagi, kena hukum belanja Ati ais krim." Atirah tersenyum riang. "Tapi tadi bukan salah Abang tau." "Bukan salah Abang? Nak luruh jantung Ati ni tau." Atirah mencebik wajahnya. "Abang dah jerit panggil Ati, tapi Ati buat tak tahu je. Sakit anak tekak abang jerit nama Ati. Nasib baik orang kat pantai ni tak ramai. Kalau tak, mesti orang ingat abang ni gila, terjerit-jerit." "Ye ke, abang ada panggil Ati?" Atirah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Ye la. Dia tu yang asyik berkhayal. Salahkan abang pula." Nizan pura-pura merajuk. "Ala bucuk-bucuk. Ati belanja minum okey. Jangan la merajuk." Atirah memaut lengan abangnya mesra. Dia cuba memujuk Nizan yang pura-pura merajuk dengannya. Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang memerhati mereka dari jauh.


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C5
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ