ดาวน์โหลดแอป
14.89% Love Between Choices / Chapter 7: Bah. 7 : Closer

บท 7: Bah. 7 : Closer

"Sepatutnya kita bernikmati semua ni bersama tapi akhirnya hanya saya menikmati semua ni," ujar Aisyah saat melihat dia melihat ramai pelancong sedang bermesra-mesra dengan pasangan mereka masing-masing.

"Luqman, maafkan saya. Tapi saya tahu awak pasti nak saya gembira even awak tak bersama-sama untuk menikmati semua ni, kan?" comelnya lagi sambil merenung jauh ke laut dan langit yang terbentang luas di hadapannya.

"Awak sedang perhatikan saya dari sisi-Nya, kan? Awak pastinya nak saya move on dan cheering every moment of my life, right?" soalnya saat merenung tinggi ke langit yang membiru.

"Even awak dah kat sana, awak masih nak saya gembira. Layakkah saya, Luq?" sambungnya lagi. Dia merasa sebak dan hiba mengenangkan pemergian kekasihnya itu.

Aisyah menahan sebak lalu memejam rapat matanya dan berbaring ke kerusi pantai itu. Dia cuba memenangkan fikirannya dan tanpa sedar dia terlelap.

Hakim tercari-cari akan kelibat Aisyah kerana dia masih tidak kembali ke vila mereka walau sudah agak lama waktu berlalu. Dia melilau di sekitar restoran tepi pantai resort itu dan payung-payung pantai sekitar resort tepi pantai itu.

Akhirnya, dia menemui Aisyah yang sedang berehat di bawah sebuah payung pantai tidak jauh dari restoran resort itu. Dia duduk di kerusi pantai bersebelahan dengan kerusi Aisyah. Dia memerhatikan gadis itu yang sedang enak berehat di tepi pantai dengan tiupan bayu laut yang menyamankan itu.

Anak-anak rambut Aisyah berterbangan lembut membelai wajah ayu gadis itu membuatkan Hakim merasai suatu sensasi aneh dalam dirinya. Cas elektrik saraf-sarafnya seperti mengalir mengecas jantungnya untuk berdegup dengan pantas. Hormon-hormon deras mencapai otaknya membuatkan dia tidak henti tersenyum dan senang hati mengamati keayuan gadis di hadapannya itu.

Dia berdiri di hadapan Aisyah yang sedang berbaring itu. Dia menatapi dekat wajah ayu Aisyah itu. Tiba-tiba, Aisyah terjaga dan langsung bangkit dari perbaringannya dan kepala mereka menghentak antara satu sama lain.

"Adoi," omel Aisyah yang terpinga-pinga saat tersedar dari lelap.

Dia merasakan dia seperti terlelap beberapa detik sahaja selepas cuba memenangkan fikiran seketika tadi. Dia terperanjat ketika kepalanya berlaga dengan kepala Hakim saat itu kerana dia sebentar tadi dirinya hanya bersendirian.

Sementara, Hakim berdiri tegak di hadapannya sambil mata melilau-lilau entah ke mana kerana segan akan perbuatannya seketika tadi. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu akibat malu lalu dia memberanikan untuk memulakan perbualan untuk mengasingkan kecanggungan antara mereka lalu berkata, "Awak okey, ke?"

"Okey je. By the way, macam mana awak boleh tiba-tiba ada kat sini?" soal Aisyah yang berasa hairan dengan kehadiran Hakim itu.

"Dah lebih dari sejam. Kerja saya dah settle. Tapi awak tak juga-juga balik. Itu saya cari awak dan tengok awak tengah lena kat sini," jelas Hakim yang berasa aneh dengan persoalan Aisyah.

"Huh? Selama itu saya tidur?" sungut Aisyah.

"Entah? Saya ada kat sini setengah tadi," ujar Hakim berterus-terang sambil tergelak kecil.

***

Pagi itu, mereka keluar awal sebaik selesai solat Subuh. Hakim memulakan pemanduan menuju ke Bukit Campuhan Ridge Walk. Selepas memarkir kereta di suatu kawasan lapang bertentangan denagan Kiradi Spa, mereka mula berjalan menyusuri Jalan Bangkiang Sidem sehingga ke kawasan jalan denai Bukit Campuhan itu.

"Pagi-pagi lagi kita dah ke sini? Kita nak tengok apa kat sini?" soal Aisyah ketika mereka berjalan seiringan.

"Apa yang memulakan sesuatu pagi?" soal Hakim pula yang berteka-teki dengan Aisyah.

"Subuh? Fajar?" jawab Aisyah dengan kurang kepastian.

Mereka dapat melihat kiri dan kanan mereka yang dipenuhi belukar menghijau. Akhirnya mereka menyapa suatu kawasan menghijau di Bukit Campuhan Ridge Walk itu. Segalanya kelihatan sangat indah dan menarik dengan cahaya matahari yang muncul di celah pepohon bukit itu.

"Betul tu. Sunrise. It's make our life feels alive," ujar Hakim sambil menghirup udara pagi yang segar dan menyamankan itu.

Mereka dapat menghirup bau rumput basah yang menyegarkan dan embun pagi yang lembut menyapa kulit mereka.

"Wah, cantiknya." Aisyah teruja melihat pemandangan matahari terbit pada pagi itu.

Hakim mula merakamkan gambar pemandangan itu dengan pelbagai gaya bebas yang ditunjukkan oleh Aisyah terhadap keterujaannya akan keindahan alam semula jadi ketika itu yang sangat mengagumkan. Aisyah yang mengenakan gaun midi berwarna merah jambu pastel kelihatan cantik dengan suasana pagi yang menyegarkan itu.

Akibat terlalu teruja tanpa sedar, Aisyah tersilap langkah dan hampir terjatuh ke lereng bukit namun tangannya sempat ditangkap oleh Hakim. Dia tergantung seketika sebelum dia ditarik oleh Hakim dan akibat cuak tanpa sedar dia mendakap tubuh Hakim dan kemudian membetulkan langkahnya sebelum melepaskan pelukannya dan menjauhi Hakim.

Aisyah berjalan menuruni bukit itu akibat berasa kekok dengan Hakim. Hakim masih berdiri di situ. Nafasnya berat dan jantung berdegup kencang. Dia tidak dapat mengawal perasaan ketika itu. Dia dapat merasakan gemuruh yang amat sangat di perutnya seperti ada rerama berterbangan di dalamnya.

Dia menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Dia beransur-ansur menuruni bukit itu juga. Dalam fikiran, dia mengomel sendirian, "Seriously, Hakim? You gonna doom if she know it."

"Let's just be friend with her. Don't move too fast if you don't want she's run away," bebel Hakim sendirian.

Hakim akhirnya tiba di kereta dan Aisyah telah lama menunggunya. Mereka sunyi sepi dan hanya bunyi radio mengisikan kecanggungan antara mereka ketika itu. Kereta mereka mula bergerak dalam kesibukan jalan raya yang agak lenggang ketika itu.

Hakim memarkir kereta di suatu lorong dan kemudian keluar dari keretanya. Aisyah hanya mengekori Hakim. Mereka tiba di suatu pintu masuk dan di hadapan mereka terhampar bunga-bunga teratai yang memenuhi kolam di kawasan itu.

"Wah! Tempat apa ni?" soal Aisyah saat dia teruja melihat keindahan taman itu.

"Ubud Water Palace," jawab Hakim ringkas dan mula merakamkan gambar-gambar tempat itu.

"Kuil?" soal Aisyah yang sudah beberapa langkah ke hadapan daripada Hakim.

"Haah," balas Hakim yang masih fokus kepada kameranya.

"Cantik, kan?" soal Hakim ketika lensa kameranya kini menghadap Aisyah dan Aisyah sudah berada dalam medan visual kameranya.

Dia tersengih sendirian dan mula merakamkan gambar Aisyah dan pemandangan kuil itu dalam diam. Dia menundukkan kepala dan meneliti rekod gambar di kamera dan tersenyum-senyum sendirian. Mereka meluangkan masa hampir sejam melawati kuil itu.

Mereka beransur-ansur berjalan melalui suatu lorong ke kereta mereka. Tiba-tiba, seseorang berlari menuju ke arah mereka dan melanggar Aisyah sehingga dia jatuh terduduk di atas jalan.

"WOI! Tangkap pencuri tu!" jerit seorang gerangan yang mengejar gerangan yang melanggar Aisyah itu kepada Aisyah dan Hakim.

"Orang Malaysia," omel Hakim dalam fikiran lalu bertindak dengan pantas dan segera mencekup si pencuri itu.

Aisyah terpinga-pinga dengan situasi itu. Gerangan itu menghulurkan tangannya untuk membantu Aisyah berdiri semula walau nafasnya masih termengah-mengah. Aisyah menyambut tangan itu dan kembali berdiri. Dia menyapu-nyapu habuk di pakaiannya.

"Thank you," ucap gerangan itu kepada Hakim dengan nafas tercungap-cungap sambil mengambil kembali kamera yang diragut oleh pencuri itu.

"It's okay. Orang Malaysia juga, ke?" ujar Hakim yang teruja dapat membantu rakan senegeranya.

"Haah. Hai," balas gerang itu sambil memeriksa kameranya dari cacat cela.

"Orang ni? Nak hantar balai, ke?" soal Hakim cuba mendapatkan kepastian dari gerangan itu.

"Nasib kamera aku still okey. Jadi, aku berbaik hati untuk ampunkan kau. Tapi lepas ni jangan mencuri lagi," ujar gerangan itu yang memaafkan kekhilafan pencuri itu.

"Ya, ya, ya. Terima kasih, pak." Pencuri itu mengucapkan penghargaan atas belas yang diberikan gerangan itu dan segera beredar dari tempat itu.

"Hai. Aku Amir. Terima kasih sangat sebab tolong aku," ujar gerangan itu sambil memperkenalkan diri.

"It's okay. Aku Hakim. Ini Aisyah," balas Hakim.

"Hai," sapa Aisyah dengan malu-malu.

"Kalian couple, ke? Ke tengah honeymoon?" soal Amir selamba tanpa berfikir panjang.

"Taklah. Kami hanya kawan," nafi Hakim dan berterus-terang tentang hubungan mereka.

"O~! Sorry," pohon Amir saat menyedari kelancangannya itu.

"Tak apalah," balas Aisyah dengan lembut.

"Kalau macam tu, aku minta diri dulu." Amir beransur meninggalkan mereka dan mereka pergi ke haluan masing-masing.

Kereta mereka kembali meluncur di jalan raya yang sibuk itu. Aisyah memeriksa gambar-gambar di kamera Hakim seperti kebiasaan. Dia melihat gambar yang direkodkan oleh Hakim pada hari itu terlihat begitu tulus dan bersederhana. Dia menoleh menatapi Hakim yang sedang fokus kepada pemanduannya.

Dia merasai dirinya kembali menjadi dirinya yang ceria dan mudah terhibur dengan apapun yang berlaku di sekelilingnya. Dia menyedari kehangatan dan keikhlasan Hakim membantunya mengatasi kedukaaan yang melanda dirinya sejak pemergian arwah Luqman secara tidak langsung sejak beberapa hari mereka berteman.

Dia menunduk kepala saat kembali meneliti gambar di kamera itu. Dia melaga-laga bibirnya dan dia menatapi kamera itu dengan suatu renungan kosong. Fikirannya berlegar-legar namun tiada jawapan mahupun kepastian yang lahir dari pemikirannya itu.

Mereka tiba di suatu kawasan perkampungannya. Hakim memberhentikan kereta mereka di hadapan sebuah restoran. Mereka menikmati sarapan mereka sambil mengamati pemandangan sawah padi lereng bukit yang menghijau di Terasering Tegalalang ialah kawasan sawah lereng bukit yang merupakan antara tarikan terdapat di Ubud, Bali.

Aisyah menikmati sarapannya dengan tenang sementara Hakim sibuk merekodkan gambar-gambar suasana mereka menikmati sarapan itu dan pemandangan sekeliling yang segar dan menghijau itu.

Kemudian, mereka membeli pas masuk ke kawasan sawah berteres tersebut. Aisyah berasa teruja dengan pemandangan sawah yang pertama kali dirasai olehnya yang selama ini membesar di bandar raya.

Hakim hanya tersengih melihat keterujaan Aisyah itu dan hanya fokus menangkap gambar pemandangan kawasan itu pada masa yang sama dia turut merekodkan gambar Aisyah yang menghidupkan lagi gambar-gambar pemandangan yang dirakamnya.

Dari kejauhan, seorang lelaki sedang mengamati Aisyah dan Hakim sambil mencomel sesuatu di bibirnya, "Mereka macam familiar?"

"A~~! Couple yang aku jumpa tadi," omel Amir saat teringat akan Aisyah dan Hakim yang telah membantunya pagi tadi.

Amir senyap-senyap merakamkan gambar mereka sambil dia merakam pemandangan kawasan sawah lereng bukit. Dengan senyap, dia mengekori mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C7
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ