ดาวน์โหลดแอป
65.38% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 17: Kawan misteri (true story)

บท 17: Kawan misteri (true story)

Abang Long mengeleng kepala melihat Ramee bercakap sorang-sorang di bawah pokok belimbing yang menghadap pantai terbentang luas. Dia menguis bahu adiknya, Hadi. Menjuihkan mulutnya ke arah Ramee.

" Tengok tu.. cakap sorang-sorang lagi"

Hadi tersengih melihat adik perempuan mereka yang sorang itu. Suka bercakap sendiri sambil mengelilingi pokok belimbing. Dia kelihatan seperti memimpin tangan seseorang dan kemudiannya tergelak. Asyik dengan 'kawan'nya yang hanya dia yang melihatnya. Ramee memang pelik sedikit budaknya. Sejak dia berumur 5 tahun.. Hampir setiap malam mereka sekeluarga terpaksa berjaga-jaga sebab Ramee pandai mengigau. Tapi caranya mengigau sangat pelik. Ketika sedang enak tidur dia tiba-tiba bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dan yang lebih pelik lagi, lock pintu yang tinggi itu boleh juga dibuka oleh Ramee meskipun dia baru berumur sekitar 5-6 tahun dan jika tiada sesiapa sedar Ramee akan keluar rumah malam-malam. Dia akan tidur di mana-mana. Dia pernah tidur di bawah tangga, di bawah pohon belimbing dan di tepi perigi. Pernah satu malam satu kampung mencari Ramee, memanggil namanya sambil mengetuk tin sekeliling kampung kerana Ramee menghilang dalam tidur.

Dan lebih lucu lagi dia pernah tidur di bawah sebuah dram air yang tertangkup. Mereka semua hairan bagaimana dia yang kecil itu boleh mengangkat dram besi yang berat lalu tidur di dalamnya? Dan tiada siapa boleh selesaikan misteri itu. Mereka hanya menganggap 'kawan' itulah yang 'membawa'nya bersembunyi di dalam drum besi itu. 

" Budak tu ada kawan.. makhluk halus, orang bunian.." teori si ayah. Pak Mahat mengangguk-angguk setuju. Ramee yang sibuk bermain mereka jeling sekilas. Budak itu pendiam dan tak bergaul dengan adik beradiknya yang lain. Dia lebih suka bermain sendiri atau boleh juga dikatakan dia lebih suka bermain dengan 'kawan halusnya' itu. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap. Dia tidak menyahut hanya tersenyum dan mengeleng.

" Kau tahu.. pernah satu malam tu, kami sedar dia bangun dan buka pintu luar. Sebelum sempat aku tangkap dia tiba-tiba saja dia lari. Riuh rendah jadinya malam tu. Budak tu lari macam kena kejar hantu! lepas tu bila ditangkap badannya licin.. berkali-kali tangkap licin macam belut! aku dah habis akal nak mengubat budak tu. Sehari ke sehari makin kerap dia berjalan dalam tidur. Esoknya bila di tanya dia terkebil-kebil saja macam bodoh. Bukannya dia sedar pun yang dia berjalan dalam tidur." Panjang cerita Ayah pada Pak Mahat.

" Ada baiknya kau minumkan budak tu dengan air bacaan ayat kursi sebelum tidur.. budak tu kalau kau biar macam tu entah esok lusa dibawa 'mereka' ke alamnya. Aku pernah dengar ada juga budak yang di ambil orang bunian ni..." Cadang Pak Mahat. Si ayah menganguk-angguk. Setuju.

Itu kisah puluhan tahun lepas. Bila abang dan kakaknya bercerita tentang kisahnya berjalan malam dan ada kawan mahkluk halus Ramee hanya ketawa. Dia langsung tidak ingat. Dia sendiri pelik cerita ayahnya yang dia mengigau malam dan berlari ke luar rumah. Ramee berfikir-fikr. Kalaulah dia benar-benar ada 'kawan' itu. Di manakah 'kawan'nya itu sekarang. Dia sedikit pun tidak ingat.. jauh dalam hatinya dia tertanya-tanya.. siapakah kawan misterinya itu? Kalaulah dia ingat.. mungkin dia boleh bercerita tentang kawannya itu di sini.. 

*******


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C17
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ