Nira tak faham apa yang berlaku. Apa yang dia tahu hatinya sudah berubah, bukan seperti dulu. Bak kata orang, sekali air bah sekali pantai berubah. Begitu juga hatinya, telah berubah. Benci bertukar cinta. Dulu lelaki itu dibencinya setengah mati. Lelaki yang tak ada masa depan. Lelaki yang melukut di tepi gantang. Di hina semahu hatinya. Seolah lelaki itu tak punya harga. Di suruhnya lelaki itu cermin diri sendiri. Adika tak layak pun bertentang mata dengannya- terlalu hina lelaki itu baginya. Tapi kini???
Nira tak daya menahan perasaan. Adika sudah merasuk hatinya dan dia tak sanggup lagi menahan rindu. Saban hari dia tercari-cari kelibat Adika. Segala apa yang Adika pernah buat padanya dulu mula meruntun hatinya-mengundang cinta.
"Tulah aku cakap dengan kau.. kalau benci jangan terlalu. Nanti terjatuh cinta sakit jadinya.. tak sangka masin pula mulut aku.. sekarang kau dah terima padah. Kau cinta lelaki yang kau benci dan kau hina sesuka hati dulu.." Kata-kata Adiknya Nita, tidak di-endahkan. Tak ada gunanya. Jantung hatinya kini berdegup hanya untuk Adika. Dia rindu lelaki itu. Dia mahu lelaki itu!! Sepenuh jiwa raga.
Akhirnya Adika muncul. Hati Nira keriangan. Kali ini apa pun yang lelaki itu mahu. Akan dia berikan.. jiwa raga. Sekalipun nyawanya! Adika kelihatan senyum teruja melihat sambutan Nira.
" Adika.. kita kawin lari saja. Keluarga Nira tak setuju dengan hubungan kita.. tapi Nira tak mungkin hidup tanpa Adika.. Nira sanggup ikut Adika ke mana saja. Asalkan kita tidak terpisah.. Nira rela.." Adika terharu mendengarnya. Terbukti sudah cinta Nira padanya. Dia gengam tangan Nira dengan erat. Dia berjanji akan gengam tangan itu baik-baik sampai ke hujung nyawa. Dia cintakan Nira sepenuh jiwa. Bukan mudah baginya buat Nira jatuh cinta pada dirinya yang serba-serbi tiada. Demi Nira dia sanggup buat apa saja. Ya! Apa saja untuk Nira.
Sebab itu dia sanggup mengali kubur seorang perawan ditengah malam buta. Adika tidak peduli sekali pun beberapa kali dia terasa bajunya di tarik-tarik oleh sesuatu ketika mengali kubur perawan yang baru mati itu. Dia tabahkan hati sekali pun dia dengar suara menangis tidak jauh dari kubur yang sedang digalinya. Mendayu-dayu suara tangisan itu bertingkah dengan bunyi lolongan anjing . Usah kira bau busuk yang menyengat hidungnya. Dia nekad demi Nira. Dan lebih mengerunkan ketika sedang dia membakar dagu mayat perawan itu, secara tiba-tiba gadis itu membuka mata. Serasa tercabut jantungnya kerana terkejut. Hampir saja minyak dagu yang baru setitik diperolehinya itu tumpah kerana ketakutan. Dia tarik nafas panjang. Perlahan dia tutup mata gadis itu dengan tangan dan sambung semula membakar dagunya. Baunya hangit. Hingga keluar minyak. Minyak dagu gadis perawan yang mati dibunuh! Semua demi Nira.
"Macam mana kau dapatkan Nira? Hebat betul kau Dika..Dulu Nira tu bukan main benci dengan kau.. sekarang dah melekat macam gam.. " Puji kawannya Firan sambil mengeleng-geleng. Adika tersengih.
"Hebat? Huh.. aku sampai bunuh orang nak dapatkan dia, kau tahu.. sia-sialah kalau dia tak melekat macam gam.." Kata Adika sambil ketawa berdekah-dekah.
" Bunuh orang? Yelah.. percaya sangatlah aku.. okeyla Dika... aku pergi dulu. Kalau senang-senang nanti kau bagilah petua macam mana nak pikat perempuan. Aku pun teringin juga pikat anak orang kaya macam Nira.." Adika hanya sambut kata-kata Firan dengan ketawa. Dia tahu Firan tak percaya yang dia sudah bunuh orang untuk dapatkan Nira. Bukan mudah mendapatkan mayat gadis perawan, jadi dia memutuskan untuk mendapatkan satu mayat perawan. Dia bunuh gadis yang diyakininya masih perawan itu. Dia intai gadis itu sebulan lamanya. Berusia sekitar 15 tahun. Pendiam dan suka menyendiri. Setiap hari khamis melalui jalan yang sunyi menuju ke rumahnya habis kelas tambahan. Mangsa yang tepat dan waktu yang tepat. Gadis itu meronta-ronta ketika di cekiknya. Kemudian longlai dengan lidah sedikit terjelir dan tidak bernyawa. Lalu di tinggalkan begitu saja. Gempar seketika dengan kematian gadis itu. Ketika seisi keluarga gadis itu bersedih. Adika memaksa dirinya bersabar menunggu.. Mayat perawan mati dibunuh itu dikapan dan diusung ke tanah perkuburan. Adika hanya menunggu hingga sampai waktu kubur yang masih baru itu digali. Dan tak cukup dengan membunuh gadis itu, dibakarnya dagu si perawan hingga keluar minyak. Itulah minyak dagu yang paling mujarab. Dan dia tak menyesal.. sebab hasilnya kini terbukti.
Adika sekali lagi tersenyum. Di pandangnya Nira yang tidur nyenyak di gubuknya yang bersawang. Wajah cantik itu lena bagai bayi suci yang sedang nyenyak tidur. Namun ada sesuatu yang membuat Adika gusar. Ada waktunya menjelang tengah malam Adika melihat Nira berubah rupa.. sekali sekala dia menyedari 'sesuatu' berwajah hodoh keluar dari tubuh Nira dan tersenyum menyeringai padanya… Tapi demi cintanya pada Nira. Dia sanggup menghadap lembaga hodoh itu untuk seumur hidupnya. Sebab dia tahu.. tanpa benda itu, Nira tak akan pernah cintakan dirinya… yah! Demi cintanya pada Nira.
Creation is hard, cheer me up!