ดาวน์โหลดแอป
66.66% DreamHole | CrushTaker / Chapter 2: chap_2|i'll catch you someday

บท 2: chap_2|i'll catch you someday

Lord Crimpson berdiri angkuh di sebelah dinding maharoni istana. Mata sapphire miliknya semakin menggelap bila dengar khabar berita dari mulut high lord emerish.

Huh. High lord emerish masih tak puas hati tentang perang semalam. Mungkin juga kerana banyak tentera mereka yang kalah di medan perang. Tangan kekar lord crimpson semakin kuat mencengkam pedang. Dia tak ada pilihan.

     "Lord crimpson. Hari ni lord ada temu janji dengan lady darika. Boleh kita bertolak sekarang?"

Ray di sebelah tunduk hormat pada lord crimpsin dan bila mata mereka bersatu. Bibir merah basah lord crimpson terjongket senyum. Rambut hitam pekat miliknya berkibar mengikut rentak angin sambil tangaannya ligat mengeluarkan pedang dari celahan baju pada badannya.

      "No. Hari ni....sama macam hari hari sebelumnya. Batalkan temu janji dengan lady darika. Make some excuses and then follow me. " Langkah diatur perlahan pada kuda putih di sebelah pengawal istana. "Kau tahu kan?"

Seketika ray terdiam sebelum dia akhirnya mengangguk dan bercakap dengan lady cherry di hadapan istana. Kemudian,langkah diatur penuh cermat ke arah lord crimpson.

      "take some men."

Dan langkah lord crimpson diatur penuh angkuh ke arah kuda.

🗡️DreamHole | crushtaker🗡️

  "Ya adra....macam mana tadi? Ada tak luka dekat mana-mana? Boleh humaira tolong letakkan ubat.." humaira di sebelah laju memerhati aku yang elok bersantai bawah khemah. Mata hitam humaira jelas tunjukkan dia risau dengan keadaan aku. Jadi...untuk hilangkan rasa risau humaira....aku selak selamba baju hitam aku. Nasib laa kalau ada adwa nampak.

      "Tak ada ada kakanda humaira sayang...adinda adra okey saja." Sengih cantik aku tayang di depan humaira dan humaira pula dah menggeleng dengan kerenah aku. Humaira tunang adwa tapi sama umur dengan aku. Mungkin sebab tu..aku boleh rapat dengan humaira.

Duduk humaira labuhkan di sebelah aku sambil lengan aku diusap perlahan. "Adra...tadi bila adwa balik dari tanah merah...humaira dapat rasa bahang badan adwa panas. Mesti dia marah bila adra pergi. Nanti adra pujuk laa adwa ya. Humaira tahu...adwa takkan sanggup maki atau pukul adra."

Mata hitam humaira bertemu dengan mata amber aku dan aku tahu...humaira risaukan adwa. Bertuah kan abang aku tu. Ada tunang macam humaira. Perlahan-lahan aku mengangguk dan tersenyum.

     "Okey humaira...nanti adra cakap dekat adwa. Dont worry...adra yakin sekejap aje adwa marah...lepas adinda comel dia ni pujuk..konferm dia okey." Dan tawa kami pecah. Humaira di sebelah mendekat sambil hidu bau tubuh aku.

Aku dah sengih tak bersalah.

     "Adra pakai minyak wangi adwa ke?"

Dan aku sengih lagi. Macam biasa....memang aku suka rembat barang abang aku tu.

       "Kenapa tak pakai minyak wangi adra?"

       "Hmm....sebab tak nak orang tahu...adra perempuan dekat medan perang?"

Mata aku jatuh memerhati mata humaira yang mengecil. Dan dengan laju, pipi aku dicubit perlahan. " Nakal."

Aku hanya ketawa. Tak lama lepas tu, adwa tiba-tiba muncul dalam khemah. Tangan dia ligat menyimpan busur panah di atas meja. Langsung tak tengok aku.

Marah lagi ke?

Humaira di sebelah dah cucuk pinggang aku. Jadi aku ambik keputusan untuk pujuk kakanda aku yang sorang ni. Langkah aku atur ke arah adwa yang masih membelakangkang aku. Dan bila tubuh adwa dekat...laju aku peluk tubuh adwa.

    "I'm sorry,adwa. Aku tak dengar cakap kau tadi."

Keluhan berat dari mulut adwa. Aku pula terus menyambung. "Tapi adra tak boleh halang diri adra dari pergi ke tanah merah. Macam adwa. Adra pun nak pergi dan tolong mana yang patut."

Adwa di depan mengeluh lagi sebelum lengan aku dialihkan dan kini dia berdiri menghadap aku. Mata amber kami bersatu dan adwa tersenyum nipis.

      "Adwa tahu...tapi adra kan datang sini sebab nak tenangkan fikiran. Nanti apa umi dengan abah akan cakap kalau mereka tahu adra pergi perang?"

Kali ni aku terdiam.

     "Macam mana kalau adwa tak dapat lindung adra dekat sana?"

Tangan adwa naik mengusap pipi aku yang disalut debu dan tanah pasir. Perlahan-lahan jemari bermain di atas epidermis kulit aku. "Macam mana kalau adra cedera nanti? Apa adwa nak buat?"

Dan dagu aku disauk perlahan oleh adwa. Supaya mata amber aku tenggelam dalam renungan amber miliknya. Bibir aku terjungkit senyum dan tangan adwa, aku raih dan genggam erat.

Adwa...betul-betul risaukan aku.

      "I'm okey. Dont worry. Pedang amethyst perlukan adra untuk lindung empayar sultan mansur. I have amethyst sword, remember?"

Keluhan berat terkeluar lagi dari mulut adwa. Lepas aku pujuk adwa banyak kali...baru laa adwa bersetuju untuk biarkan aku ke tanah merah. Tapi...syaratnya..aku tak boleh ambik bahagia hadapan. Nak tak nak...aku terpaksa setuju.

Serban dipakai atas kepala sambil tangan aku ligat mengemas kain skarf pada muka. Adwa di sebelah sesekali pandang aku sambil tunggang kuda hitam. Sama macam aku. Pedang amethyst pada pinggang, aku betulkan sekilas sebelum tumpuan aku jatuh pada tentera di tanah merah.

Dalam seribu orang atau lebih. Maknanya...perang ni hanya nak bagi amaran pada rakyat empayar sultan mansur supaya tunduk pada high lord emerish. Sang suria di langit sana hanya memerhati kami...bala tentera dengan cahaya dan semangatnya. Suara ketua tentera lord emerish lantang membelah sunyi di tanah merah.

     "We fight for our high lord emerish. Surrender and follow our path. Then you'll be safe."

Dengusan kasar dari assaud. Ketua tentera kami. Dengan lantang...giliran assaud membalas kata ketua empayar lord emerish.

     "Laaa Ilaaha Illa-llaahu Muhammadur-Rasoolu-llaah

There is none worthy of worship except Allah and Muhammad is the Messenger of Allah"

Suara dengusan kasar dari tentera di pihak lawan. Bunyi pedang pertama bergeser. Dari pedang assaud dan ketua pihak lawan. Sebagai tanda perang akan diteruskan. Mata aku merenung mereka dari jauh.

      "Ya adra...jangan pergi ke sana. Jaga bahagian sini."

Ringkas dan tajam dari adwa. Dan dengan pantas, adwa turun dari kuda sambil bawa busur panah dan anak panah. Seketika mata amber miliknya bertemu dengan anak mata aku dan memberi aku satu amaran.

     "Listen to me. Dont get hurt and do well."

     "God willing."

Dan senyum nipis dari bibir aku sebelum kelibat adwa mula menjauh. Perlahan-lahan aku turun dari kuda dan baru kaki aku nak melangkah..telinga aku tegak dengan bunyi geseran pedang dari belakang.

Ceit.

Mereka tukar strategi pedang. Jadi aku...dengan kelajuan cahaya terus menarik pedang amethyst dan berpaling ke arah belakang. Sepuluh orang pemuda dalam kelengkapan sepersalinan besi. Mereka angkuh berjalan dan mengangkat tinggi pedang. Sama seperi aku.

Prangg...

Bunyi pedang kami bergeser.

Prang...

Pranggg..

Dan dengan lincah aku bergerak seperti biasa. Tubuh aku bergerak penuh gaya dengan pedang di tangan. Molekul udara statik dengan bunyi geseran pedang dan zruppp...

Musuh pertama tumbang.

Aku terus bergerak macam angin yang gersang dengan mata amber yang tajam. Pedang diangkat angkuh dan beberapa musuh tumbang.

Zrupp...

Zruppp..

Kaki aku terus mara tanpa rasa takut dan buat seketika aku leka. Jadi bahu aku luka dengan serpihan pedang. Taguna.

Darah mula mengalir pada bahu aku. Membuatkan aku rasa pedih tapi langkah aku tetap mara.

Musuh di depan dah tersengih dengan keadaan aku. "Just surrender. Ask for our mercy...then you'll be safe."

Dalam aku rasa pedih di bahagia bahu...aku masih boleh tersenyum dan menjawab dengan yakin.

    

        "There is none worthy of worship except Allah and Muhammad is the Messenger of Allah"

Dengusan kuat dari mereka. Pedang dihayun angkuh ke arah aku dan prangg...geseran besi bersatu. Tapi bukan dari pedang aku. Dari pedang pemuda di sebelah. Pemuda yang membelangkangkan aku dengan rambut hitam pekatnya yang beralun cantik.

      "We fight them together."

Suara garau mencecah gegendang telinga. Bauan mint mula bersatu dengan bauan gern pada tubuh aku. Maka kami...terus menghayun pedang pada tentera musuh.

Prangg..

Prangg..

Pedang terus bergeser...dan akhirnya...mereka semua tumbang. Di sebalik skarf yang menutup muka....bibir aku mula terjongket senyum. Dan kemudian laju aku naik ke atas kuda.

       "Wait....who're you? "

Suara garau tadi mendekat. Dan kini tubuh tegap dia dah terpacak depan kuda. Mata sapphire miliknya bersatu dengan mata amber aku sebelum aku dengan pantas menoleh ke arah lain. Tali pada kuda, terus aku tarik dan menjauh dari pemuda tadi.

           "Lord crimpson...are you alright?"

Ray tiba-tiba muncul dengan pedang di tangan. Mata dia jatuh memerhati tubuh lord crimpson yang bersalut cecair likat.

Tapi lord crimpson tetap tak menjawab. Dan anak mata dia masih melihat ke satu arah. Ke arah laluan pemuda misteri tadi.

        "I'll catch you...someday."

Dan bibir merah lord crimpson terjongket senyum tajam. Pemuda bermata amber tadi....mesti jadi orang lord crimpson.


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C2
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ