ดาวน์โหลดแอป
38.08% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 339: Ditundukkan (2)

บท 339: Ditundukkan (2)

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Kau pasti?" Lelaki yang ketawa tadi bertanya dengan perasaan terkejut.

"Ada reaksi dari batu permata rohani, pasti orang tu masih ada berdekatan sini! Kita masih boleh mengejarnya!" Lelaki itu memandang cahaya hijau yang dikeluarkan oleh batu permata rohani. Matanya menjadi kecil.

"Haha! Kita dah cari sampai tapak kasut kita ni pun dah haus, tapi sia-sia saja. Sekarang ini kebetulan pula dah ada depan mata! Kita tak boleh biarkan ia terlepas!" Hilai tawa lelaki itu semakin kuat.

Kedua-dua susuk tubuh itu tiba-tiba menjadi kabur dan hilang dari puncak gunung Puncak Berawan!

Sewaktu berada di separuh perjalanan, Jun Wu Xie memandang roh berkontrak jenis binatang yang mengekori mereka. Bulu salah seekor roh berkontrak yang berwarna hitam putih itu nampak serupa dengan binatang Khazanah Negara di salah sebuah negara dalam kehidupannya yang terdahulu. Tetapi saiz binatang ini jauh lebih besar dari apa yang dia ingat.

"Rolly saya ni hebat dan nampak macam hero, bukan?" Qiao Chu menyedari yang Jun Xie merenung roh berkontraknya lalu memuji-muji roh berkontrak itu dengan bangga sambil menepuk-nepuk perut binatang itu yang besar. Perut bulat berbulu itu nampak menarik untuk dipegang.

Kucing hitam kecil di atas bahu Jun Wu Xie mengangkat kaki depan dan menutup mukanya.

Mula dah!

Cik dah mula buat perangai lagi!

Jun Wu Xie merenung tajam pada "panda" yang besar itu. Lama dia terdiam sebelum akhirnya bertanya, "Boleh saya pegang?"

"Mestilah!" Qiao Chu berkata dengan gembira, berasa amat bermurah hati.

Jun Wu Xie berjalan mendekati Rolly dan merenung beruang besar setinggi dua meter di hadapannya itu. Matanya yang dingin kelihatan begitu fokus pada ketika itu.

Rolly menelengkan kepala dan memandang susuk tubuh kecil di hadapannya itu dengan bingung. Rolly sedar dengan pemikiran Tuannya dan tahu susuk tubuh di hadapannya ini ialah kawan, bukannya lawan. Rolly tidak boleh menyerangnya.

Mereka saling berhadapan begitu lama sehinggakan Qiao Chu menyangkakan Jun Xie tak mahu menyentuh Rolly lagi. Pada saat itu, Jun Wu Xie terjerit kecil dengan gembira dan merebahkan dirinya ke perut buncit Rolly. Tangan Jun Wu Xie didepakan seluas-luasnya, sedaya upaya dia cuba memeluk beruang besar itu dengan tangannya yang kecil.

Jun Wu Xie menenggelamkan dirinya ke dalam bulu beruang itu, merasai kelembutan seperti baldu. Matanya tertutup, menikmati setiap saat.

Kucing hitam kecil di bahu Jun Wu Xie itu hampir mahu menangis.

"Penyakit" Cik datang lagi!

Tak banyak yang Jun Wu Xie suka tapi dia memang lemah dengan binatang berbulu. Sewaktu Jun Wu Xie pertama kali memohon untuk menjadi doktor haiwan, sebab pertama dia berbuat demikian ialah demi membalas dendam. Sebab kedua pula ialah kerana dia sangat sayangkan binatang berbulu.

Tuhan saja yang tahu perubahan drastik yang berlaku pada wajah Jun Wu Xie yang dingin dan tidak berperasaan itu apabila melihat kucing dan anjing kecil. Matanya akan merenung tepat pada makhluk-makhluk ini dan bersinar dengan begitu terang sehinggakan kucing hitam kecil itu berasa seperti mahu menangis.

Nampaknya setelah dilahirkan semula, penyakitnya ini masih ada!

Ular berkepala dua itu tidak menarik perhatiannya, tetapi beruang panda yang besar dan sedap dipeluk serta kelihatan naif itu tak dapat ditolak oleh Jun Wu Xie. Semuanya disebabkan kelemahannya terhadap makhluk-makhluk yang comel dan berbulu.

Qiao Chu ternganga merenung Jun Xie yang selama ini dingin dan tidak mesra, menenggelamkan dirinya ke perut roh berkontrak Qiao Chu itu. Qiao Chu yang biasanya becok terus terdiam.

Itu…..

Perubahan itu terlalu menakjubkan!

Ketenangan Jun Wu Xie yang sentiasa teguh dan kebijaksanaannya yang hebat sering membuatkan orang terlupa dengan umurnya yang masih muda. Namun perlakuannya dengan Rolly menyerlahkan gadis kecil yang selama ini tersembunyi.

"Rolly saya ni….. mesti…..terlalu comel….." Lama Qiao Chu bergelut untuk mengeluarkan kata-kata yang bagai tersekat di kerongkongnya itu. Dia menyangkakan Jun Xie terpegun dengan kehebatan kuasa dan penampilan Rolly. Nampaknya dia sudah tersalah faham.

Mulut Hua Yao bergerak sedikit tapi dia tidak berkata apa-apa.

Tinggi di atas pokok berhampiran tiga anak muda ini, Ye Sha yang sedang bersembunyi hampir terjatuh kerana terkejut dengan perubahan sikap Jun Wu Xie yang begitu drastik dan berlaku secara tiba-tiba itu.

Dia tak pernah menyangka Cik yang yang dingin dan amat bijak ini rupa-rupanya lemah dengan roh berkontrak yang berbulu!


next chapter
Load failed, please RETRY

ของขวัญ

ของขวัญ -- ได้รับของขวัญแล้ว

    สถานะพลังงานรายสัปดาห์

    Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
    Stone -- หินพลัง

    ป้ายปลดล็อกตอน

    สารบัญ

    ตัวเลือกแสดง

    พื้นหลัง

    แบบอักษร

    ขนาด

    ความคิดเห็นต่อตอน

    เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C339
    ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
    • คุณภาพของการแปล
    • ความเสถียรของการอัปเดต
    • การดำเนินเรื่อง
    • กาสร้างตัวละคร
    • พื้นหลังโลก

    คะแนนรวม 0.0

    รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
    โหวตด้วย Power Stone
    Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
    Stone -- หินพลัง
    รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
    เคล็ดลับข้อผิดพลาด

    รายงานการล่วงละเมิด

    ความคิดเห็นย่อหน้า

    เข้า สู่ ระบบ