lisa melabuh punggungnya di atas satu2nya kerusi yang ada di dalam bilik penginapan mereka. ruang bilik itu tersangatlah kecil. hanya terisi katil single bed, meja tulis kayu,diatasnya pula diletakkan teko pemanas air serta sebuah almari kecil. iskandar benar-benar menikmati kehidupan rakyat marhaen ni. lelaki itu kelihatan seperti sudah biasa dengan suasana itu.
" puas hati?" tanya iskandar macam tak nampak riak wajah lisa yang pelik.
" u nak tidur dekat mana?" tanya lisa kepada iskandar yang meletakkan barang-barang yang diberikan oleh pekerja hotel atas katil.
iskandar menunjukkan ke arah katil.
" i cop tepi dinding.. u sebelah.. nanti i boleh peluk u kalau u takut jatuh." tanpa perasaan iskandar menyusun atur tempat tidur mereka.
lisa mengerut dahi. mereka akan berkongsi katil? apa ni?
"apa?" soal iskandar kepada lisa yang membungkam sepi di hadapannya.
" kenapa kena kongsi katil?? kecil sangat katil tu.. " marah lisa.
" apa masalahnya? kita ni bukan hidup zaman kuno.. lelaki dengan perempuan nak malu2.. i takkan tidur atas lantai..sini malam sejuk.."
lisa memuncung memandang iskandar.
" menyesal i ikut u datang sini.." rungut lisa. dia memeluk tubuhnya.
iskandar menggeleng.
" u ada pilihan ke?" tanya iskandar. dengma bersahaja dia membuka bajunya. terserlah tubuh sasanya di hadapan lisa.
" u...." mercerlunh mata lisa dengan sikap lepas laki iskandar. lelaki itu kenapa?? agaknya iskandar lupa jantina dia kut.
" i nak mandi dulu. u kemas la barang-barang dalam almari. buat apa yang patut.. nanti kita cari makanan yer.." pesan iskandar sebelum menghilang ke bilik air. ada senyum di bibirnya sewaktu melangkah ke bilik air. senyuman nakal. terserlah sikap kucong jantannya.
lisa menggigit bibir. marah sungguh dia dengan kelakuan iskandar.
" u lupa ke jantina i apa??" bentak lisa agak kuat suaranya supaya iskandar mendengar.
iskandar hanya ketawa sambil menyiram tubuhnya dengan air di kolah.
marah-marah,muka cemberut, lisa tetap menurut arahan iskandar.
langit berubah warna seiring jarum jam yang berdetik. cuaca pula beransur-ansur sejuk. iskandar mengeluarkan kotak rokoknya. menikmati udara sejuk yang mula menggigit tubuhnya. para tetamu yang melintasinya pasti tersenyum.
hampir setengah jam berada di dalam balik air serta menukar baju,baru lisa membuka pintu kamarnya untuk memanggil iskandar masuk.
" is.... siap.." maklum lisa kepada iskandar yang tenang menyedut asap rokoknya sambil duduk di pangkin yang memang disediakan untuk para pelancong duduk menikmati udara segar yang tidak tercemar dengan pembangunan kota.
" kejap lagi i masuk.." jawap iskandar.
lisa kembali masuk menutup pintu,membiarkan iskandar diluar. dia mengeluarkan 2 mangkuk mee segera perisa tom yam untul direndam dengan air panas. roti dan jem strawberi juga dikeluarkan. bunyi pintu terbuka tidak dihiraukannya. tahu siapa gerangannya.
" u pergilah keringkan rambut u tu... biar i buat.." arah iskandar mengambil teko air panas di tangan lisa.
" its okey-lah...biar sahaja rambut i kering sendiri.." tolak lisa. rambutnya ceapt kering. selama ni pun dia jarang menggunakan pengering rmabut kecuali saat mencuci rambut waktu musim sejuk.
" sini malam sejuk hingga ke tulang.." beritahu iskandar sambil berjalan ke arah jendela yang terbuka. dia menutupnya dan menanggalkan langsir.
" u dah pernah datang ke thailand sebelum ni ya?" tanya lisa sebab kalau ikutkan dari pengetahuan iskandar tentang negara ini,dia seperti sudah berkali-kali ke mari.
iskandar menunjuk 3 jarinya ke arah lisa. tanda sudah 3 kali dia ke thailand.
lisa mengangguk. patutlah iskandar seperti sudah terbiasa dan tahu mengenai thailand.
" i suka bercuti sendirian.. i suka negara macam thailand,indonesia,malaysia,sri lanka,tibet,china, negara yang masih mengekalkan sumber alamnya." cerita iskandar kepada lisa tentang serba sedikit mengenai negara-negara yang pernah dilawatinya.
" so.. negara kita tak sama ke macam negara mereka?" tanya lisa sambil tangannya lincah menyapu jem ke roti setelah selesai menuang air panas ke dalam mangkuk mee segera mereka.
" berbeze..banyak.." akui iskandar.
lisa diam tidak bertanya. berfikir apa yang membezekan negara mereka dan negara lain. ya.. negara mereka kecik dibahagikan kepada 4 pulau. setiap pulau sudah pesat membangun dan diperintahkan oleh 7 keluarga kaya raya. salah satunya adalah keluarga lisa dan iskandar. tapi plaing berkuasa keluarga iskandarlah. rangkaian bisnes keluarga mereka sudah membesar ke selurih negara. keluarganya pula memiliki hampir keseluruhan hotel 5 bintang di 4 pulau serta beberapa kilang. mereka memilikk harta dan aset di setiap pulau. dan negara mereka membangun dengan jayanya. namun lisa tidak berminat mewarisi perniagaan keluarganya seperrti abangnya dan kakaknya pula memilih bodang perubatan. dia pula lebih berminat ke dunia seni seperti ibunya. bekas ratu cantik 4 pulau.
" lisa.. i rasa mee tu dah boleh makan dah.. nanti sejuk tak sedap.." tegur iskandar apabila melihat lisa ralit dalam dunianya.
" makanlah.." lisa menyerahkan chopstick yang masih berbalut plastik ke iskandar.
pasangan itu menikmati hidangan dalam suasana sunyi. lisa tidak tahu nak berbual apa lagi. takut dengan usikan nakal iskandar barangkali.
" kenapa u tak ikut geng2 u pergi bercuti ke england?" tanya iskandar tiba2.janggal pula terasa apabila suasana sunyi.
" boring... selalu sangat i berkepit dengan mereka.." ya.. bosan pula selalu sangat menurut kehendak teman2nya. sekali sekala dia ingin menikmati hidup sendirian tanpa mereka.
" yes.. dan akhirnya u berkepit dengan i.." seloroh iskandar ketawa buat2. nampak ketidak ikhlasnya.
lisa memandang wajah iskandar. lelaki itu sepanjang beberapa hari mereka bersama,emosinya selalu berubah-ubah. sekejap baik,sekejap jahat,sekejap nakal,sekejap menarik,selalu bertukar-tukar. hati lisa tak kuat sudah menahan aura iskandar. pesona iskandar amat sukar ditepis hatinya.
" is.... i rasa.. i suka u.." akui lisa tiba-tiba. kata-kata itu spontan keluar. keluar dari hatinya yang terdalam. iskandar yang ingin menyuap roti ke mulutnya terbatuk. mujur tak tersedak.
dia berdehem...
" terima kasih.. i tahu i kacak.. ramai perempuan suka i." tanpa perasaan iskandar menyahut pengakuan lisa.
lisa yang merah wajahnya menahan malu terus berubah sedih mendengar balasan iskandar itu. apakah iskandar menganggapnya bergurau?
" tapi.. i terima suka u tu.. so i akan suka u balik lah.." iskandar perasan perubahan riak lisa.
macam pelik pula lisa mendengar kata-kata iskandar yang seterusnya itu. dia tidak faham. berbelit-belit pula.
" maksud u?" tanya lisa tidak faham.
iskandar senyum sinis.
" nantilah i jelaskan.. " ya nanti iskandar akan jelaskan lebih mendalam akan perasaannya kepada lisa. dia juga sama sudah mulai sukakan lisa. namun dia mahu lisa yang mula menyukainya. biar lisa yang jatuh cinta dan meluahkan dahulu. biar lisa bersungguh untuknya.
" is.. tak payah jelaskan lah.. anggaplah u tak dengar kata-kata i tadi.." lisa berubah fikiran. dia merasa serba salah pula. iskandar juga pasti merasa yang sama.serba salah. kerna itu iskandar mahu menjelas nanti. pasti iskandar cuma menganggapnya seperti adik. adik ipar.😭😭
iskandar terus terdiam memandang wajah lisa. moodnya hilang sudah. lisa suka bermain tarik tali. kerna itu iskandar ingin jelaskan kepada lisa agar lisa lebih faham makna hubungan mereka. dia tidak mahu hubungan yang akan berakhir esok. dia mahu hubungan yang lama bersama lisa.
" i dah kenyang.. u nak makan lagi? kalau tak i kemas sini.." lisa menukar topik.
iskandar masih diam. dia memerhati tingkah lisa yang cuba menukar topik. yang cuba lari dari kenyataan. gadis itu mula mengemas barang makanan mereka.
" nanti u buang ni ke bekas sampah yang dekat luar tu yer.. " pesan lisa sambil mengikat plastik kotor lalu diletak tepi pintu. sejuk tapak kakinya memijak lantai. dia berjalan ke arah almari. ingin mencari stokin pula. terlupa pula dia tidak membawa stokin lebih.
iskandar masih diam. marah dengan lisa menarik pengakuannya kembali. entah apa agaknya masalah dengan otak lisa. sekejap suka,sekejap tarik balik. dengan perasaan yang kacau,iskandar bangkit dari duduknya. kotak rokok diambil serta sampah diangkat,terus dia berlalu keluar. tanpa sepatah kata.
lisa hanya memandang pintu yang sudah tertutup. iskandar badmood. pasti lelaki itu memarahinya kerana luahan tadi. iyalah tidak sepatutnya dia bilang suka kepada lelaki yang bakal menjadi abang iparnya. lisa mengetuk-ngetuk kepalanya.
" argggghhhhhhh.... bodohnya lah kau lisa... kenapa...kenapa..."