ดาวน์โหลดแอป
75% CINTA GELANDANGAN / Chapter 6: BAB 6

บท 6: BAB 6

Aku mengoyakkan resit yang sudah mula memanjang sepanjang tinggi Zirafah (takdelah). Aku gumpal gumpal kan resit menu itu dan masukkannya di dalam sebuah plastik hijau di sebelah kaunter.

Kemudian, sebelum aku berlalu dari kaunter, kelihatan Rafi yang baru keluar dari dapur dalam keadaan berpeluh-peluh. Bajunya habis basah kerana peluh saja.

"Apa yang basah-basah kat dapur tu? Kau buat apa dengan annie?"

Soalku hairan.

"Aku tolong Annie memasak. Aku sangka, selama ni aku pandai memasak mee goreng basah ala-ala Azfar Heri tapi aku silap. Sos sudah hangus kerana pasang Api yang terlalu kuat"

Heh. Rafi. Dia tahu merawat orang je. Langsung tak amik port fasal memasak.

"Memandai-mandai ajer. Kan dah rugi sos tu. Zero-wasting please"

"Sorry. Tak sangka pula boleh hangus"

Rafi tunduk.

Aku menggelengkan kepala. Barista lain semua sibuk melayan pelanggan. Sementara mereka sedang melayan pelanggan, aku sebagai 'ketua' disini nak ponteng kejap.

"Rafi. Jom keluar makan"

"Makan? Sini?"

"Bukan. Tempat lain. Aku ada benda nak bincang ngan kau kejap."

Rafi angguk.

"Tapi bagi aku balik dulu. Nak mandi. Nanti aku datang balik"

"Okeyh. Jangan lama sangat. Aku tunggu"

"Ya. 30 minit je"

"Ya. Cepat sikit"

*****

Aku dan Rafi memilih kafe yang terletak 5KM dari kafe aku. Walau hanya 5km, tapi rasa macam 20km sebab Rafi bawa kereta entah kemana-mana. Last-last pergi kafe yang dekat je.

Aku hanya pesan kopi susu dan roti bakar manakala Rafi pesan teh o panas dan mee goreng saja.

"Okey. Apa yang kau nak bincang?"

"Kau kenal Qabil kan?" Soal aku.

Rafi berkerut.

"Siapa tu?"

Sesungguhnya, Rafi tidak pernah mengenali gerangan yang bernama Qabil itu. Hensem ke dia?

"Kau ni. Lelaki yang kat kafe masa nak buka kedai tadilah. Yang mamat jambu tuh. Yang pakai T-shirt merah tadi" Jelas aku.

Rafi ni. Qabil yang baru kenal pun boleh lupa? Mahu saja aku tenggelamkan otaknya ke dalam air suci zamzam. Bagi ingat sikit otak tu.

"Manalah aku tahu. Dia tak Bagitahu nama pun tadi." Rafi sengih.

Eh? Tak Bagitahu nama eh? Okeylah. Sekadar siram dengan air lava pun dah cukup rasanya.

"Haa mamat selenga tu. Entahlah. Selalunya dia segan dengan orang tapi hari ni elok je dia berbual dengan Ain dan Annie. Pelik juga"

Ujarku perlahan.

(Sebenarnya sebab dia nak luahkan rasa sedih surat cinta dibaca orang lain) :)))))

"Ouh. Jadi kau datang nak berbincang ni... nak mengumpat ke?" Rafi menyoal dengan niat memerli.

"Bukanlah. Cuma luahkan apa aku rasa je. Tapi kan, aku rasa dia tu suka salah seorang barista dekat kafe aku. Sebab apa tau, sebab dia selalu curi-curi tengok dalam kafe. Aku tengok je dia"

Jelasku. Aku tersenyum-senyum semasa menerangkan perkara ini pada Rafi. Rafi pula hanya senyum mendengar cerita aku.

"Jadi? Nak aku carikan siapa baristanya?"

"Ish, bukanlah"

"Aku nak tanya ni. Sekarang ni kau duduk rumah seorang diri ke?"

Rafi menggeleng.

"Tak. Aku duduk dengan Adam. Yelah sejak dipindahkan ke HKL, Adam ada masalah dengan rumah jadi dia tumpang rumah aku"

"Rumah kau besar kan? Ada kolam kan?" Soalku lagi.

Rafi berkerut hairan kemudian mengangguk perlahan.

"Y... Ya...? Kenapa eah?"

"Bukan. Si Qabil tu takde rumah. Kalau kau nak sewa, boleh je. Aku boleh tolong bayarkan. Aku tengok Qabil tu setiap hari tidur tapi tiang. Serupa anjing jalanan."

"Qabil? Takde rumah? Tidur tapi tiang? Biar betul? Aku tengok dia okey je tu. Elok, kemas"

"Hm. Itu pun sebab aku bagi RM100 suruh makeover. Kalau tidak, takdenyalah dia nak makeover diri dia. Dulu dia busuk, sekarang dah wangi. Dia kata dia tumpang rumah kawan dia sekejap untuk mandi"

"Okey. Faham. Kalau aku sewa... kau yang bayar, kan?" Soalnya sambil tangan menggosok-gosok dagunya.

"Ya?"

"Deposit RM1300 termasuk Wifi dan aircond serta kelengkapan mandi dan baju. Nak guna kolam tambah lagi RM700"

"Weyh, RM2000! Aku mana ada duit sebanyak itu!"

"HAHAHA!" Rafi sudah ketawa terkekek-kekek. Seperti manusia tidak normal, dia memegang perutnya dan ketawa sepuas hatinya

"Adoih. Lama tak ketawa macam ni. Fresh je. Duduk hospital asyik bau darah. Takdelah. Aku bagi free je. Takpe. Hari ni hari dia. Esok hari aku pula. Manalah tahu kan?"

"Betul ke ni?"

Terbuntang luas mata aku memandang Rafi. Aku sudah teruja sebab terlalu gembira dengan berita begini. Free? Alhamdulillah selamat duit RM400 aku.

"Betul. Nnti aku cakap dengan dia. Kau teruskanlah kerja"

"Ah, lagi satu... tolong carikan dia motor."

"Motor?"

"Ya. Nak guna untuk dia bekerja. Daripada dia diam macamtu baik dia bekerja. Dapat duit, boleh bayar apa yang dia nak"

"Motor GP?"

Aku mencebik. Ada ke nak bekerja naik motor GP? Orang pandang pun atas bawah betul ke nak cari kerja. Nak cari kerja ke nak cari helmet limited edition. Lain macam minta kerja pun.

"Bukan GP. Motor biasa pun okey. Macam Ysuku ke, Petrol ke..."

"Ouh.. okey" Rafi mengangguk untuk kali keberapa entah. Makanan kami terus sampai selepas tamat perbualan. Keadaan menjadi sepi untuk beberapa minit sehinggalah habis makan.

*****

"Wait, bro"

Qabil menyelimuti dirinya dengan Hoodie yang diberikan oleh Rafi.

Qabil tergamam. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan olehnya

apabila melihat sebuah rumah banglo setingkat di depannya. Rumah itu nampak begitu mewah sekali dengan kolam yang dihiasi lampu-lampu LED berwarna-warni.

"Kau tinggal sini bro?" Soal Qabil.

Rafi angguk sambil tersenyum. Sempat dia melihat jamnya yang berkilat perak itu. Sudah pukul 6 petang. Lagi satu jam lebih nak maghrib.

"Macamni bro. Aku bagi kau tinggal sini sebab kau kawan kepada kawan aku. Kalau kau stranger, aku tak bagi kau tinggal sini. Sebab tak kenal. Tapi ni aku dah kenal kau, aku bagi kau tinggal sini."

Qabil meneguk air liurnya. Segan gila nak masuk. Lebih segan apabila ternampak seorang lelaki sedang berehat di luar sambil bermain telefon.

"Tu.. siapa?"

"Kawan aku tu. Adam. Nnti aku cerita. Sekarang, kau pilih je mana-mana bilik kosong yang kau suka. Ada 5 bilik je. 3 bilik dah digunakan. Ada dua lagi bilik. Pilihlah mana-mana yang berkenan dihati. Dua-dua bilik ada katil. Untuk tetamu. Tapi kau, aku anggap ahli rumah ni juga. Lambat lagi nak kahwin kan bro? Umur berapa?"

Qabil senyum tawar. Segan gila nak masuk.

"Err... 28"

"Bro!" Rafi memegang bahu Qabil.

"You're older than me, bro. I'm 26 going to 27. Aku 27 tahun ni"

"Ouh..."

"Kau senior aku bro. Jangan risau. Aku jaga makan minum kau macam aku jaga makan minum abang aku. Okey bro. Jom masuk"

Qabil mengangguk. Mengikuti langkah Rafi masuk ke dalam rumah yang sebesar istana baginya. Serius. Rumah ni besar sangat ni. Melebihi rumahnya yang digadai hari tu. Rumah yang dia gadai, hanyalah rumah teres dua tingkat. Tak punya apa-apa bernilai pun. Jual pun, dapat RM5000 je atas arahan Along. Malang hidupnya.

"Mamat! Woi!"

Tiba-tiba, 2 orang lelaki dengan membawa kayu besbol berjalan laju menuju ke arah Qabil.

"Hutang kau mat. RM5000. Hari ni. Janji kau"

"Alamak, bro..." Qabil mula bersembunyi dibelakang Rafi. Nak jadikan dia senior? Langkah mayat duit dia dulu. Duit pun takde. Kau nak langkah apa? Aduh, pening.

BY Eyya Dhyna


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C6
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ