ดาวน์โหลดแอป
25.47% cempaka dirembulan / Chapter 27: Tunjuk taring.

บท 27: Tunjuk taring.

"abang.. ada tak kereta yang kecil?" tanya cempaka selepas sarapan.

ikran mengerut dahinya. keningnya yang lebat bercantum.

" saya tak biasa drive kereta mahal-mahal ni.. takut terlanggar sana sini.." jujur cempaka. dia walau anak orang kaya, dia bawa kereta myvi sahaja setelah memusnahkan dua biji kereta mahal abangnya. lagipun bawa kereta kecil kurang sikit risiko kena rompak dan senang nak parking. kereta mahal sayang kut nak parking merata-rata.

" kecil tu contohnya?" ikran blur sekejap.

" myvi ke.. viva ke.. kancil pun okey dah.. kelisa ke.." cempaka memdefinasikan nama-nama kereta kecilnya.

ikran senyum sinis.

" ermm.. nak pergi mana?" tanya ikran. fasal kereta itu biarlah nanti dia suruh nazim dapatkan untuk cempaka.

"nak pergi pasaraya.. nak beli barang perempuan sedikit." slumber cempaka menjawab sambil mengunyah roti bakar.

" pukul berapa?" ikran mula menyoal.

" tengah hari sikit.." masih lagi dalam nada yang sama seperti tadi.

ikran memerhati wajah segar cempaka yang sibuk mengunyah roti bakarnya.

" ermm.." ikran angguk sahaja.

" mario.. paper.."ikran meminta surat khabar kepada butler mario.

" sarapan dulu.. baru baca paper.." bantah cempaka menyapu kaya dan planta pada roti bakar dan disua kepada ikran. ikran menyambut.

" cukup.. last.." tolak ikran. dah 3 keping roti dah dia makan.

" abang tak pergi pejabat?" tanya cempaka melihat mario menyerahkan surat khabar kepada ikran. geram pula dia dengan si mario ni. kan dia dah cakap tadi sarapan dulu..

" tengah hari selepas hantar awak ke market."

cempaka senyum. suka bila ikran berinisiatif menghantarnya ke pasaraya.

" thank you abang.." cempaka bangun menghampiri ikran dan mengucup pipi ikran.

" hadiah sebab sudi hantar saya.."

ikran terpana juga namun riak wajahnya dikekalkan, wajah tegas tiada senyum. namun dalam hatinya terasa ada taman.

mak pah dan butler mario yang melihat terkedu. nampaknya puan muda mereka sudah mula tunjuk taring.

" nanti balik nazim datang ambil ya.." maklum ikran sewaktu menurunkan cempaka di pasaraya otk.

cempaka angguk. menyalami tangan ikran dan melambai mesra.

ikran terus memandu pergi. dia kalau boleh ingin menyelesaikan tugasnya di pejabat secepat mungkin sebelum terbang ke jepun minggu depan.

cempaka melangkah masuk ke dalam pasraya otk dengan senang hati. dia mengambil troli untuk meletak barang.

" cempaka??" sapa satu suara garau dari belakangnya.

cempaka yang ralit memilih barang menoleh ke arah suara si pemanggil.

" owhh..zikri.." cempaka mengenali sangat wajah si penyapa itu. riak muak ditunjuknya.

" buat apa dekat sini? macam jauh pula rumah you dengan sini.." tanya zikri yang pernah dan sangat meminati cempaka dahulu namun tidak dilayan.

" i duduk dekat area sini sahaja.." cempaka menjawab ala kadar. menolak trolinya menuju ruangan barang basah.

" lama tak jumpa.. masih tak berubah lagi.." zikri mengikuti langkah cempaka.

" erm.. " cempaka memilih ikan tongkol. memicit-micit badan ikan untuk merasa isinya keras atau lembik.

" bff you mana?" zikri masih mencuba berbual-bual. bukan senang dia nak ter...jumpa dengan cempaka macam ni tanpa si nadia gedik.

" i tak tahu.." jawab cempaka dalam nada malas nak layan kau.

" aikk...dah putus kawan ke?" tebak zikri dengan senyum sinis. dahulu sewaktu zikri mengorat cempaka,si nadia tu selalu kacau daun dan kemudian si nadia tu pula yang telefonnya minta teman makan dan ermm... nadia.. panjang ceritanya.

" Encik zikri.. you ni takde kerja ke? time orang kerja you merayap ke pasaraya macam ni.." cempaka mula naik angin. busy betul si zikri ni. bosan sangat ke hiduo dok ajak dia bergosip ni. cempaka laju menolak trolinya melepasi zikri.

zikri yang masih ada hati dengan cempaka laju menarik pergelangan tangan cempaka. menahan cempaka dari berlalu. dia ingin meminta nombor telefon cempaka,mana tahu setelah sekian lama cempaka akan jatuh cinta padanya.

" lepas.. " marah cempaka mencerlung matanya melihat tangan zikri di lengannya.

" okey..okey.. sorry.." zikri melepas pegangannya. cantik pula dia melihat cempaka yang marah-marah begitu.

" jangan ikut i lagi.." marah cempaka terus berlalu. malang betul nasibnya terserempak mamat nerd ni.

" cempaka.. kenapa you sombong sangat?" tanya zikri tidak puas hati.

cempaka buat-buat tidak dengar. buang masa je layan jantan yang tidak mendatangkan faedah.

di satu sudut, ikran memerhati gelagat zikri yang menarik lengan isterinya. penumbuk di kepal. pada mulanya dia ingin terus memandu ke pejabat dan apabila memikirkan isterinya sendirian membeli barang-barang,dia berpatah kembali ingin membantu. namun lain pula yang dilihat. sakit sungguh hatinya. berani lelaki itu menyentuh haknya. pantang dia apabila barangnya disentuh.

" nazim... dalam 1 jam dari sekarang ambil puan di pasaraya otk." ikran membuat panggilan kepada pembantunya sambil berjalan keluar dari pasaraya otk. hatinya panas membara seiring cuaca. ikut hatinya mahu di tembak tangan yang menyentuh lengan cempaka itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C27
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ