Tepat pada pukul 6 pagi aku terjaga.
"Ahh sekolah lagi! Bila lah nak cuti ni huaa" aku terus bangun untuk bersiap.
Kelihatan Haris sudah tiada di sebelahku. Dah bangun ke?
Aku memakai baju kurung sekolah dan mengikat satu rambutku. Aku turun ke bawah dengan perlahan-lahan sambil memegang beberapa buku teks.
"Mana pulak dia pergi ni?" aku mencari-cari Haris.
"Kau cari siapa tu?" Kata Haris.
Aku terkejut. "Boleh tak jangan terkejutkan saya? Dah la jom la dah lambat ni"
Haris memandang aku. Aku cuba mengalihkan pandangan. Ermmm masih awkward pasal semalam.. Haris tiba-tiba ketawa. "You're weird Fatin"
"Whatever. Jom lambat dah ni kang tak pasal-pasal saya Kene denda lagi" aku terus memakai stoking sekolah.
"Remember don't touch anything" Haris memandu kereta keluar daripada perkarangan rumah.
"Tau lah" balasku.
"About last night...Kau lupakan je la" kata Haris.
"What about last night? Ada benda jadi ke?" aku saja membuat tidak tahu.
"Susah betul la cakap dengan orang macam kau ni. Lupakan je lah" balas Haris.
Aku mendiamkan diri. Kalau ye pun tak payah la marah eyy..
______________________________________________
Kelas matematik tambahan bermula. Seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas.
"Eh macam kenal je cikgu tu.. Kat mana eh aku nampak dia.." bisikku. Aku memerhatikan betul-betul muka cikgu itu.
"Assalamualaikum. Nama saya cikgu Zainal. Dan saya akan mengajar matematik tambahan di dalam kelas ini. Saya seorang yang sangat mementingkan disiplin. Saya paling pantang kalau dalam kelas saya, ada orang yang tidak membawa buku atau tidak menyiapkan kerja rumah. Awak semua dengar?"kata Cikgu Zainal dengan tegas.
"Dengar cikgu" balas semua pelajar dalam kelas 5 Aster.
"Cikgu ni!!! Cikgu yang kejar aku semalam!"baru aku teringat muka cikgu itu.
"Aduh kenapa lah cikgu ni ajar aku pulak.." aku cuba menutup muka aku dengan buku.
"Kau dah kenapa?"kata Haris.
"Shhh diam laa. Saya tengah sorok ni" aku merendahkan lagi badan aku agar cikgu tidak nampak aku.
"Kau ingat kalau kau buat macam tu cikgu tu tak nampak kau ke?"balas Haris.
Ada betul jugak cakap dia ni kan.. Aduh apa aku nak buat ni..
"Semua murid sila keluarkan buku teks matematik tambahan. Sesiapa yang tak ada sila berdiri sekarang!"kata Cikgu Zainal dengan tegas sambil memegang rotan.
Aku mencari-cari buku teks matematik tambahan di dalam beg aku.
"Mana pulak ni..."
Haris sudah berdiri awal-awal.
"Kalau tak ada tu bangun lah" kata Haris.
"Ada lah! Saya yakin saya bawak tadi.. Mana pulak pergi buku ni.." aku menyelongkar kesemua buku di dalam beg aku.
"Baru saya ingat.. Buku tu tertinggal dalam kereta awak!! Tadi saya pegang buku tu.. Macam mana ni Haris?"aku mengaru-garu kepalaku.
"Macam mana apa? Dah tu kau ingat aku ni prince kau ke nak tolong ambik buku kau dalam kereta aku?" balas Haris.
"Eii awak ni tak membantu langsung laa" balasku.
"Haris Adrey! Minggu pertama sekolah pun tak reti ke nak bawak buku? Awak jangan ingat kalau awak dah pandai, buku semua tak perlu bawak. Awak berdiri kat luar sekarang!" kata Cikgu Zainal sambil memukul rotan itu di meja Haris.
Haris keluar kelas dengan muka selamba.
"Aduh turn aku pulak ni.."
"Mana buku awak?" kata Cikgu Zainal sambil menghalakan rotan itu ke arah aku.
Semua pelajar di dalam kelas 5 Aster memandang aku.
Aku senyum kambing. "Ter..lupa.."balasku.
"Terlupa?! Awak makan semut ke sampai lupa nak bawak buku?! Kejap.. awak ni pelajar yang datang lambat semalam tu kan?" kata Cikgu Zainal sambil cuba mengecam muka aku.
Aku menundukkan pandangan. "Aduhai...."
"Bagus lah tu. Duduk sebelah Haris sama je perangai macam dia. Selalu je buat masalah. Dah pergi berdiri kat luar sekarang!" kata Cikgu Zainal dengan tegas.
Aku berjalan ke arah pintu keluar sambil cuba menutup mukaku. Malunya!!!
Aku melihat Haris berdiri di luar kelas sambil mengunyah chewing gum.
Sempat lagi dia makan chewing gum????
Aku berdiri betul-betul di sebelahnya.
"Takkan baru first time kena berdiri kat luar kelas?" bisik Haris ke telingaku.
"Ya! Sebab awak la!" balasku. Nada suaraku agak tinggi.
"Not my fault. Kau yang salah sebab cuai" balas Haris sambil tersenyum sinis.
Aku menghampiri Haris sehingga Haris tersandar di dinding.
"Awak! Yang! Err.."aku tergagap apabila Haris memandang tepat ke arah mata aku.
"Err apa? Tau pun takut" Haris tersenyum sinis sambil menyentuh lembut pipiku.
"Jangan peganglah!!" aku menepis tangan Haris.
"So? Ada aku kisah?" balas Haris. Haris mendekatkan diri lagi dengan mukaku.
Aku membelakangkan diri sehingga ke beranda sekolah.
Wajah Haris sangat dekat dengan mukaku. aku cuba melepaskan diri tetapi Haris sangat dekat dengan diriku sehingga aku tidak dapat melarikan diri.
Aku menumbuk perut Haris. Tak kuat sangat tetapi cukup buat Haris terkejut.
Haris memegang perutnya. "Berani eh kau!!"jerit Haris.
"Apa bising-bising kat luar ni?! Kamu berdua pergi bilik pengetua sekarang!" tiba-tiba Cikgu Zainal keluar daripada kelas akibat jeritan Haris.
Semua pelajar 5 Aster memerhati aku dan Haris di luar tingkap.
Mati la aku..