1 tahun kemudian,
Aku mendapat khabar bahawa ibu bapa aku akan kembali ke Malaysia setelah bertahun-tahun lamanya tinggalkan aku.
"Ring.. " telefon aku berbunyi
"Hello, siapa ni? "Tanya aku
" ini mak,Ella"
"Ada apa mak? "
"Mak nak kembali ke Malaysia lepastu kita akan tinggal kat luar negara"
"Mak? Ella dah ada syarikat penerbangan kat Malaysia,mak? "
"mak tak peduli! Sama ada kamu tak nak ikut mak juga.. Mak tetap bawa kamu ke Uk"
"Bye"
Aku menutup panggilan telefon dari mak aku dan menangis.
"Ring.. " telefon aku berbunyi sekali lagi dan aku melihat nama kenalan ialah Jeremie,
"Helo? "
"Ella? "
"Kenapa awak macam sedih je Ella? "
"Mak saya dia nak kembali ke Malaysia dan dia nak bawa aku tinggal kat Uk"
"Hah?! Lepastu kau macam mana? "
"Aku tak naklah. Tapi dia tetap juga nak bawa aku tinggal sana"
"Ye ke? Bagi aku nombor telefon mak kau.. Aku akan pujuk dia"
"Ok"
Aku mesej Jeremie,
Ella:nah, ini nombor telefon mak saya (01XXXXXX767)
Jeremie:ok
Sementara itu Jeremie,
Jeremie menelefon mak Ella
"Hello" ucap Jeremie
"Hello, siapa ni? " tanya mak Ella
"Saya Jeremie teman lelaki Ella"
"Cheh.. Teman lelaki je kot. Apa?! Kau tak nak anak aku ikut aku ke UK kan? Aku mak dia. Sedangkan kau tu? Kau ada apa untuk bahagiakan dia? "
"Bukan apa. Ella sekarang ni risau yang dia akan tinggalkan syarikat penerbangan dia kat sini. Lagipun perlulah pertimbangkan perasaan anak"
"Masalahnya kau tu bukan sesiapa. Aku mak dia"
"Kalau kau nak tahu?! Selama ni kau dah tinggalkan dia sendiri untuk kahwin dengan laki lain kan? Kau bagi dia kat pengasuh sejak dia berumur 5 tahun?! Mana sikap dan aura keibuan kau?! Selama ni dia menderita dan kurang kasih sayang sebab kau. Dia dah cari kasih sayang dekat merata-rata tempat sampailah dia jumpa aku, baru dia boleh bahagia! Kau tak pernah ambil berat pasal anak kau pun kan sebenarnya. Kau nak duit anak kau kan sebab anak kau dah keluar TV dan syarikat dia dah jadi syarikat terkenal di seluruh dunia?! Pernah tak kau fikir perasaan dia selama ni?! Kalau kau nak dia ikut kau ke luar negara, kau tanya dia dulu sama ada dia nak atau tak,waktu kau datang Malaysia nanti. Aku akan ada drngan Ella. Dah 15 tahun kau tinggalkan dia . Kau tahu tak?!. Dah, bye! "
"Bye"
Suara mak Ella kedengaran terkejut dan sedih.
Beberapa jam kemudian,
Akhirnya mak aku pun datang ke rumah Ella.
"Ringg" lonceng pintu rumah aku ditekan
Aku membuka pintu dan mak aku datang dengan muka bersalah dan sedih,
"Mak, kenapa ni? " tanya aku
Sedangkan aku tidak tahu apa-apa dan memeluk mak aku
"Mak minta maaf, Ella. Mesti kamu dah banyak menderita, kan? Lepas ni, mak akan tinggal kat Malaysia ye, sayang. Mak akan bahagiakan hidup kamu. Maafkan mak ye sebab tinggalkan kamu selama 15 tahun ni"
Aku sedih bahkan kesedihan tersebut dicampur dengan terharu. Aku memandang ke arah Jeremie sambil menangis. Tangisan bahagia serta duka membuat kami gembira.
"Ella dah lama maafkan mak. Ella cuma nakkan mak bahagia."
Aku dan mak aku berhenti berpelukan.
"Ella. Jeremie tu yang mana satu? "
Aku menggunakan jari telunjuk aku untuk menunjuk Jeremie.
Mak aku menghampiri Jeremie dan memegang kedua-dua tangan Jeremie
"Jeremie, mak cik nak ucapkan terima kasih atas pemberitahuan tentang luahan hati Ella kepada mak cik dan mak cik nak berterima kasih juga sebab dah bahagiakan Ella. Mak cik restui hubungan kamu dan Ella"
"Saya nak minta maaf mungkin perkataan saya tadi tu membuat mak cik terasa"
"Memang mak cik terasa. Tapi itu dah mendatangkan kebaikan dan kebahagiaan"
Baguslah kalau keluarga aku dah tak ada masalah.
"Mak, saya dan Jeremie nak keluar. Mak tinggallah kat rumah Ella ni. Ella tinggal kat rumah Jeremie" kata aku
"Nak ke mana? "
"Ke rumah mak dan ayah Jeremie"
"Macam tu mak pun ikutlah nak jumpa bakal mertua kamu" kata mak aku
Tibanya di rumah mak ayah Jeremie,
"Mommy, father" jerit aku
Pintu dibuka secepat mungkin oleh mak Jeremie
"Ya ampun. Bakal menantu mommy? "
"Hai mommy"
"Macam mana dengan syarikat kamu? Mesti dah maju, kan? " tanya father
"Mommy, father. Ni mak saya. " aku memperkenalkan mak aku kepada ibu bapa Jeremie.
"Hai,patutlah anak dia cantik rupa-rupanya mak dia pun cantik" ucap mak Jeremie
"Terima kasih"
"Jom, jom. Jemput masuk. Kita makan" kata mak Jeremie
"Ok"
Semasa berada di meja makan,
Kami menikmati makanan sambil berbual tentang kes penculikan aku
"Ouhh.. Ya aunty nak tahu ni pasal kes penculik tu, penculik dia dah tangkap? " tanya mak Jeremie
"Belum"
"Bahaya tahu, korang kena hati-hati" ucap mak aku
— ตอนใหม่กำลังมาในเร็วๆ นี้ — เขียนรีวิว