ดาวน์โหลดแอป
53.33% Kiss Me Liar / Chapter 64: Episode 64 : Maafkan ayah....

บท 64: Episode 64 : Maafkan ayah....

Niatnya datang ke situ adalah ingin menyampaikan laporan mingguan keselamatan negeri dan pergerakkan tentera. Memang sudah bersemangat dia mahu menyampaikan berita gembira bahawa dua buah negeri sudi membuat perikatan keamanan dengan Negeri Cameron. Namun begitu, semangatnya musnah hanya kerana perbualan yang dia tidak sengaja terdengar sebaik tiba di dalam ruang sidang umum di balai istana.

Duke Elijah berdiri di tepi almari rak gergasi yang melindungi laluan masuk ke dalam ruangan sambil mendengar perbualan Raja Alan dan Duke Marcel.

        "Adakah benar yang tuanku baru sampaikan sebentar tadi?"soal Duke Marcel dengan gembira.

        "Ya...sudah tentu. Sememangnya dari awal lagi beta merancang ingin menjadikan Duke Marcel sebagai Panglima Perang baru kita"

        "Tapi bukan ke tuanku telah menjanjikan jawatan ini untuk Duke Elijah?"

         "Benar...tapi semua itu hanya ayat pancingan sahaja supaya beliau membantu saya menyelesaikan beberapa isu. Lagipula nanti Duke Marcel bakal menjadi besan beta,maka itu beta perlu kurniakan pangkat yang tinggi buat Duke Marcel...."

         "Kalau begitu bagaimana dengan Duke Elijah?"

          "Beta hanya mempergunakan kebijaksaan beliau untuk memudahkan urusan kerajaan saja. Tentang pangkat ini bila-bila masa Duke Elijah boleh milikinya, Lagipun Duke Elijah takkan kisah sangat mengenai semua ni...lelaki berlagak yang perasan bagus tu tidak pernah peduli tentang apa-apa kecuali hendak mendapat pujian semata... hahaha..."ketawa Raja Alan.

         "Terima kasih tuanku..saya sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan kepada saya ini. Saya akan berusaha lakukan yang sebaiknya untuk tuanku kelak"bersungguh Duke Marcel membuat janji.

          "Hahaha...ya...jangan la risau. Beta juga akan kurniakan jawatan ini kepada Duke Marcel pada hari sama pertunangan Alfareeze bersama puteri beta kelak.."

           "Oh ya?Baik..baik..adakah tuanku memerlukan saya untuk melakukan apa-apa buat persiapan?"

            "Tak perlu susah-susah. Beta akan uruskan semuanya..."

Dengan renungan dingin, Duke Elijah tunduk memandang skrol berisi laporan yang dia kerjakan selama seminggu lamanya di dalam tangan. Gara-gara hendak menyempurnakan tugas dengan baik, Duke Elijah meluangkan masa hampir setiap malam dan tidak tidur kerananya.

Tapi apa yang dia dapat?

Tanpa berlegar lama di situ, Duke Elijah berpusing ke arah pintu lantas menitipkan skrol tersebut kepada pengawal yang bertugas sebelum beredar pergi.

Kena ingat satu perkara ini, kerja tu kerja tapi jangan sampaikan diri menjadi hamba kepada kerja tu. Jangan bersungguh sangat pada suatu pekerjaan sampai memakan diri sendiri. Buat la setakat cukupkan syarat dalam tugas yang ditetapkan. Sebabnya nanti, buat la sebanyak mana, letakkan la sebanyak mana usaha yang ada. Balik-balik apa yang dikerjakan itu langsung tidak memberi manfaat kepada diri sendiri malah hanya buatkan diri burn out dan berputus asa.

Jadi, dari bazirkan masa serta tenaga untuk suatu yang memang tiada hasil dan gunanya, baik tinggalkan saja pekerjaan itu. Kerana itu yang terbaik dari menyeksakan diri sendiri untuk orang yang tidak tahu menghargai usaha keras seseorang tu.

Selepas menandatangan dan meletakkan cop rasminya, skrol emas putih digulung kemas-kemas oleh Duke Elijah. Lantas dia meletakkan skrol tersebut bersama dengan cop rasmi Menteri Pertahanan miliknya dan juga lencana diraja yang sudah 10 tahun tersemat pada uniform di atas dulang yang sama dimana skrol tadi berada.

           "Letakkannya bersama didalam peti yang saya arahkan kamu untuk sediakan itu Anthony."

Untuk seketika Anthony tunduk meneliti akan barang dalam dulang yang ditatangnya. Sungguh hairan sekali kerana Duke Elijah meletakkan cap mohor serta lencana bersama dengan skrol rasmi diraja di situ.

           "Tuan...bukan ke cap mohor ini tuan selalu bawa?"

            Duke Elijah mengemas sepah di atas meja sebelum mencapai sebuah lagi skrol. "Ya..benar. Namun tidak lagi. Saya akan memulangkan ia semula ke tempat asal."katanya semasa mula tunduk meneliti butiran di dalam skrol tersebut.

            "Maksudnya?Tuan meletakkan jawatan?Jadi skrol ini adalah-"

            "Kamu boleh beredar. Sekiranya telah selesai,   hantarkan peti tersebut terus ke istana langsung kepada Raja Alan Salas."arah Duke Elijah dengan mendatar.

Begitu tergamam dengan keputusan drastik Duke Elijah, Anthony teragak-agak berpusing dan berjalan keluar dari pintu pejabat. Meninggalkan Duke Elijah sendirian di situ.

Sedingin air muka lelaki itu, sedingin itu juga suasana bilik tersebut. Tiada satupun sumber cahaya yang menghangatkan suhu sekeliling. Tingkap dibiarkan tutup tanpa langsir, perapian juga tidak dinyalakan. Hanya sebatang lilin di candle stand atas meja kerja Duke Elijah saja yang menyala. Itupun hampir habis.

Tidak lama beliau sendirian di situ, ketukan pintu kedengaran lalu diikuti pintu dibuka dan ditutup sesaat kemudian.

           "Selamat siang ayah. Saya datang hendak menyapa ayah."tegur suara lembut penuh hormat dari depan meja Duke Elijah dengan tiba-tiba.

Suara tersebut menyebabkan Duke Elijah menghela nafas panjang yang perlahan sewaktu beliau mengangkat kepala dan pandang ke hadapan.

Bersama senyuman nipis di bibir, Darra tunduk dengan tangan di atas dada kiri, tangan kiri di belakang badan memberi hormat kepada Duke Elijah.

            Masih sama seperti biasa, riak wajah Duke Elijah kosong tanpa emosi dan Renungannya dingin. "Bila kamu sampai ke sini?"nadanya mendatar.

             "Baru sahaja sampai ayah."Darra berdiri tegak dengan kedua belah tangan di belakang badan. "Ayah apa khabar?"

             "Tak perlu kau nak berbasa basi dengan aku. Kau tahu kenapa aku panggil kau balik hari ni?"

              Sentap hati kecilnya bila dengar ucapan kasar ayahnya. "Saya tahu ayah."jawabnya dengan ketulan Udara tersekat di kerongkong.

              "Kalau macam tu, berlaku jujur pada aku supaya aku tak angkat tangan pada kau.."tegas Duke Elijah.

Darra mengangguk.

             "Adakah kau masih berhubungan dengan anak lelaki Duke Marcel sepanjang ketiadaan ayah di bandar?"dalih Duke Elijah kembali meneliti dokumen penting kerajaan di bawah tangan tadi.

Darra mengetap gigi bila dengar soalan tersebut. Tidak terkejut kerana sudahpun mengagak soalan itu akan diajukan. Kerana Alfareeze telah memberitahu segalanya kepada dia sebelum itu.

               "Ya ayah."

               Terjatuh pena pelepah dari tangan Duke Elijah selepas dengar. Dia termenung pandang kertas di depannya. "Rasanya aku dah beri amaran kepada Alfareeze untuk menjauhkan dirinya dari kau...sepertinya budak lelaki itu sejenis perangai seperti bapaknya sendiri.."komennya saat memandang jengkel ke muka Darra. "Adakah dia telah menceritakan segalanya kepada kau yang dia tahu siapa diri kau sebenarnya?"

                Sambil memandang sebak ke tatapan dingin ayahnya, Darra mengangguk kepala. "Ya ayah..."maafkan diri ini kerana tidak cuba mengambil tahu. .Maafkan diri ini kerana membenci dari awal tanpa memahami alasan terlebih dahulu.

Duke Elijah berdengus kasar.

                "Sekiranya aku arahkan kau untuk tinggalkan dia dan menjauh dari Alfareeze adakah kau akan memberontak seperti mana kau lakukan sebelum ni Darrius?"Duke Elijah pandang Darra dengan renungan dalam.

                Tanpa berlengah Darra menggeleng kepala. "Tidak ayah. Apa saja yang ayah minta untuk saya lakukan, akan saya turuti dengan taat tanpa bantahan. Jadi ayah jangan risau mengenai Alfareeze."

                "Kau tahu dari awal lagi....aku tak berkenan dengan mana-mana keluarga dari Guzman itu. Tapi kenapa kau masih berdegil dan tidak juga mendengar kata!Dan sekarang bila semuanya sudah terlanjur aku yang jahat di sini"beritahu Duke Elijah bersandar ke belakang merehatkan diri.

                 Darra menggeleng kepala. "Saya tidak pernah menganggap ayah seorang yang jahat. Saya faham kenapa ayah marah. Dan saya tahu kenapa ayah tidak suka pada Alfareeze dan Duke Marcel. Sebab itu saya bersetuju dengan Alfareeze untuk tidak berhubung lagi...jadi ayah...tolong jangan marah lagi."

Mata Duke Elijah kemerahan tidak semena.

                 "Macam mana aku tak marah. Kalau apa aku cakap kau tak pernah nak dengar. Sering saja buatkan aku naik darah. Kau suka sangat ke aku marah-marah kau?Pukul kau?Suka aku sakiti kau?"tangan itu menggengam kuat arm rest kerusi.

                 Darra terus menundukkan pandangannya ke lantai. Dia tidak kuat hendak memandang wajah ayahnya lagi. Dia takut kalau dia pandang dengan lama lagi, air matanya akan tumpah di situ juga. "Maafkan saya ayah kerana mengecewakan ayah."

                "Ya sudah. Aku panggil kau balik bukan untuk marah. Tapi untuk beritahu kau satu perkara penting..." Duke Elijah diam termenung memandang gambar lukisan yang mana hasil lakaran Darra sewaktu berusia 5 tahun di atas mejanya ketika itu. Gambar orang lidi yang melambangkan Duke Elijah, Nanny Clara, Anthony dan Darra sendiri dalam gambar itu. "Kita akan berpindah ke luar negeri pada musim bunga nanti."beritahunya.

                 "Berpindah?"Darra kembali mengangkat kepala. "Ke mana?"

                 "Kau ingat, hari dimana aku dihantar keluar untuk menyelesai kemelut di antara Negeri Clamora?"

                  Yang Alfareeze hantar ayahnya ke situ ke? "Ya ayah.."Darra mengangguk.

                 "Alasan kenapa mereka bersetuju untuk mengikat perikatan keamanan dengan Negeri Cameron adalah sekiranya aku bersetuju untuk bekerja di bawah pemerintahan mereka.."

Apa dia!?Mulut Darra terbuka sedikit kerana tergamam.

                 "Awalnya aku tak bersetuju. Namun selepas seketika membuat pertimbangan dan wakil Negeri Clamora juga sibuk menghantar utusan mereka, aku telah bersetuju. Jadi kita semua akan berpindah ke sana selepas semua persiapan selesai."masa itulah Duke Elijah bangun. Beliau jalan keliling meja dan keluar dari situ sebelum berdiri dihadapan Darra tidak lam,a selepas itu.

Dan Darra kaku kejung berdiri tidak terkata.

                "Kenapa kita kena tinggalkan tempat ini?"bukannya dia enggan berpindah. Tapi bukan ke tempat ini adalah tempat berharga buat ayahnya. Malah ayahnya sangat menyayangi penduduk Cameron di sini seperti rumah sendiri. "Adakah sesuatu telah terjadi?"

Berdiri saja Duke Elijah di depan Darra, mata tua dan letih itu gerak kanan dan kiri meneliti murung wajah bersih Darra. Wajah yang pernah dia sayangi dan hargai sepenuh hati dan sanggup dikorbankan nyawa sendiri untuk pertahankannya. Namun perasaan hasad benci dan kecewanya telah menenggelamkan ke semua perasaan lamanya itu.

Mungkin ini adalah hukuman untuk dosa dia terhadap Darra selama ini. Dosa dimana dia abaikan kebajikan Darra sebagai anak perempuannya. Dosa dia menyakiti dan menghukum Darra tanpa peduli akan emosi dan mental Darra. Mungkin kerana ini Tuhan menghantar dia untuk mendengar perbualan pengkhianatan Raja Alan dan Duke Marcel terhadapnya tempoh hari.

               "Ayah?"pegang Darra dengan lembut di lengan   Duke Elijah apabila dia melihat ada air mata yang turun ke pipi tuan ayahnya. "Kenapa ni?"risau dia dibuatnya. "Kenapa ayah menangis?"dia seka air mata tu dari pipi dengan tapak tangan.

                Dengan deras air mata turun dari kedua-dua   mata Duke Elijah saat lelaki itu menangis tanpa sedar. "Ayah minta maaf kepada kamu Darra Emerson. Untuk kesemua salah dan silap yang ayah lakukan terhadap kamu selama ini...jadi ayah minta pada kamu, jangan tinggalkan ayah demi Alfareeze tu...selain kamu, tiada siapa dalam dunia ni yang ayah ada.."

                Apa yang dia baru dengarkan tadi?Kening Darra terangkat tinggi kerana begitu terkejut mendengar ucapan berharga itu. "Apa ayah cakap tadi..?"

               "Mari ikut ayah. Kita pergi jauh dari sini. Jauh dari orang yang tak henti-henti hendak sakiti kita. Dan ayah janji selepas ini kamu boleh jalani hidup kamu sebagai anak perempuan ayah..."Duke Elijah beritahu lagi saat wajah itu mula kemerahan kerana terlalu sedih. Dia sudah berputus asa untuk terus kekal di sini.

Tidak kira sebaik mana dia usaha, tiada siapa akan menerima dirinya. Tiada siapa yang akan kekal bersama mereka semua mahu melihat dirinya gagal. Walaupun dia tidak menganggu sesiapa atau merosakkan kehidupan orang lain, masih juga ada yang tidak berpuas hati.

Dari dia terus kekal berada di sini, sebaiknya dia pergi. Bukan ke itu lebih baik?

                   Mencebik sedih bila dia dengar. Tidak berlengah terus dia mendakap tubuh itu dengan erat. "Ayah..."raungnya kesedihan dan gembira pada masa yang sama. Akhirnya selepas bertahun lama dia nantikan, ayah dia melepaskan juga semua ini!"Terima kasih ayah...."tersedu sedan teruk Darra waktu itu.

                   Duke Elijah membalas pelukan itu dan tunduk mengucup mahkota kepala Darra dengan mata terpejam. "Maafkan ayah kerana ambil masa yang lama untuk ucapkan semua ni...ayah menyesal menyakiti kamu Darra...dan ayah sedar, kuasa dan pengaruh bukan segalanya dalam hidup ni" dia hanya trauma kerana harta dan kuasa jugalah dia kehilangan isteri dan sahabat baiknya sendiri. Dan sekarang dia tidak mahu kehilangan satu-satunya anak perempuan yang dia ada kerananya.

Darra mengangguk kepala dalam pelukan itu. Dia sentiasa memaafkan ayahnya. Dan sudah lama dia maafkan semua kesalahan ayahnya terhadap diri dia.

Betapa ringannya bahu dan lapangnya dada dia setelah mendengar semua itu.

                 "Mari kita pergi ayah.."ucapnya dengan sebak.

Ya..memandangkan Alfareeze akan bersama dengan Puteri Eiliana, dan dia juga tiada kepentingan untuk kekal di sini, lebih baik dia ikut ayahnya sekali.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C64
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ