ดาวน์โหลดแอป
63.63% Di Manakah Kebahagiaan Ku? / Chapter 7: Bab 7

บท 7: Bab 7

Dua minggu berlalu….

Setelah selesai sarapan, Nabila dan Izzati berbincang berkaitan barangan untuk mereka di asrama 3 minggu sahaja lagi, di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Izzati berkata, "Wei…kita kan dah dapat response dari UPU pasal kita punya application utk diploma semalam. Aku rasa kan, better kita beli barang dekat Sarawak je. Mana barang yang besar-besar lah, sebabkan kalau kita beli kat sini, payah nak bawak ke Sarawak. Entah-entah tak lepas masa nak naik flight."

Nabila bertanya, "Ye lah kan? Aku tak listkan lagi barang-barang yang kena beli. Kau dah ada ke list?"

Izzati menjawab, "List tu aku ada buat, tapi aku tak rasa dah cukup senarai tu. Jap, aku pi ambik list dalam bilik."

Nabila berkata, "Ok.", lalu berfikir akan barangan yang perlu dibeli oleh mereka di Sarawak nanti.

Setelah beberapa minit berlalu, Izzati kembali di ruang tamu dan mengambil tempat di atas lantai berdekatan dengan tempat duduk Nabila ketika itu. Apabila Izzati tiba di ruang tamu, Nabila bertanya, "Haih lama juga kau pi ambik list?"

Izzati menjawab sambil mengambil tempat, "Aku cari list ni tadi. Aku tak ingat dekat mana aku letak. Tu yang lama. Takkanlah baru beberapa minit tu, kau dah rindukan aku?", sambil mengangkat kening mengusik pada Nabila.

Nabila tergelak dan berkata, "Ye lah ye lah. Mana listnya? Nak tengok."

Izzati memberi senarai tersebut pada Nabila dan kembali menonton televisyen. Nabila melihat satu persatu barangan yang disenaraikan oleh Izzati dan teringat akan pasport biru atau Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) yang mereka harus miliki, lalu bertanya, "Eh jap, pasport biru tu kita kena buat, kan?"

Izzati mendengar soalan Nabila, lalu menepuk dahi seakan terlupa akan pasport tersebut. Izzati berkata, "Kita buat esok je lah. Kita minta excuse dengan miss esok."

Nabila berkata, "Ah ok."

Izzati terfikir dan berkata, "Cuba kau cek berapa harga untuk buat pasport tu. Eh, dah kenapa aku suruh kau buat? Aku sendiri boleh cek kat phone. Bengong betul aku ni.", sambil menepuk dahi sekali lagi.

Nabila tergelak dan bertanya, "Kau ni okay ke tak?"

Izzati menjawab, "Entahlah, wei.", sambil jarinya menekan papan kekunci di telefon pintarnya.

Izzati berkata, "5 ringgit je harga pasport tu. Laa, aku ingatkan mahal. Okay lah kalau macam tu."

Nabila berkata, "Hmm boleh lah.", lalu Nabila mengambil tempat di atas lantai berdekatan Izzati untuk menulis barangan yang perlu di senarai Izzati.

Setelah beberapa barang yang dicatat, Nabila tersedar dan berkata, "Eh ni list kau. Bukan list aku. Tak pasal aku menambah dekat list kau. Sorry sorry."

Izzati berkata, "Takpe. Tulis je situ, lagipun barang yang kita beli tu sama. Pakai je lah list yang sama."

Nabila bertanya, "Takpe ke?"

Izzati menjawab, "Takpe. Pakai je."

Nabila berkata, "Baiklah."

Nabila dan Izzati kembali berbincang akan barangan yang perlu dibeli di Sarawak.

 

 

Pada tengah hari tersebut...

Nabila dan Izzati berjalan menuju ke setiap kedai yang mempunyai barang-barang yang boleh digunakan di asrama tanpa membelinya.

Nabila berkata, "Eh, Raihan lah."

Izzati bertanya, "Mana?"

Langkah Nabila dan Izzati terhenti apabila ternampak Raihan di kedai akuarium, seolah sedang bekerja dan bukan sebagai pelanggan.

Izzati bertanya, "Eh, dia kerja situ ke?"

Nabila menjawab, "Entah."

Izzati bertanya, "Nak masuk ke tegur dia?"

Nabila menjawab, "Boleh jugak. Mesti terkejut dia tengok kita.", dengan tergelak kecil.

Izzati mengiakan dan berkata, "Jum lah."

Nabila dan Izzati melangkah ke dalam kedai akuarium, tempat Raihan bekerja. Mereka berjalan secara perlahan untuk menyergah Raihan.

 Setelah menyergah Raihan, mereka ketawa riang dan manakala Raihan terkejut dengan sergahan mereka.

Raihan berkata, "Ish korang ni kan"

Izzati berkata, "Haa tau pun kau. Macam tu lah kiteorang rasa bila kau selalu sergah kiteorang. Dah tau ke macam mana rasa dia?", lalu tergelak apabila melihat reaksi Raihan.

Raihan menjawab, "Hmmm kalau aku buat, hebat lagi tau. Korang terkejut sampai nak melompat. Tadi sergahan korang, alaa takde sampai aku melompat.", sambil mencebik dan membuat riak wajah berlagak.

Izzati berkata, "Edeh ye lah tu. Aku tengok tadi bukan main terkejut kau sampai melompat. Rasa aku, lompatan kau lebih hebat lagi dari aku dan Nabila.", sambil menunjuk Nabila.

Nabila hanya tergelak kecil dan apabila Raihan melihat Nabila, Raihan tersenyum lebar. Izzati hanya berdehem dan Raihan tersedar akan lamunan, lalu mengawal riak wajahnya.

Izzati bertanya, "Kau kerja sini ke?"

Raihan menjawab, "Taklah. Aku pelanggan kat sini, tapi aku tolong-tolong buat kerja. Cukup hari bulan nanti, aku dapat upah."

Izzati menjeling kepada Raihan, "Kau perli aku?"

Raihan menjawab, "Aku tak perli. Aku kan cuma menjawab soalan kau."

Izzati mencebik kerana tidak mempercayai kata Raihan, manakala Nabila tergelak kecil dan berkata pada Izzati, "Kau ni Ti, mestilah dia kerja sini. Kan dia tengah pakai apron dan gloves tu. Mana ada pelanggan pakai macam tu masuk sini. Apalah kau ni."

Izzati berkata, "Laa aku saja nak tanya. Mana tau dia ni memang menolong staff sini.", sambil membuat muka kepada Raihan.

Nabila tergelak dan Raihan hanya membalas dengan membuat muka tidak berpuas hati pada Izzati. Lalu bertanya, "Korang buat apa kat sini?"

Izzati menjawab, "Kiteorang saja datang sini nak membuang masa.", dengan nada mengejek.

Raihan terkejut dengan jawapan Izzati, lalu menjeling. Nabila tergelak kecil dan menjawab, "Kiteorang jalan-jalan tadi, nak survey barang apa je yang perlu untuk asrama nanti. Tapi kiteorang tak beli dulu, beli kat Sarawak nanti. Pastu masa on the way nak ke kedai sebelah, ternampak kau, pastu kiteorang masuklah sini."

Raihan bertanya, "Laa ye ke? Kat Sarawak? Korang sambung diploma sana ke?"

Nabila menjawab, "Haah. Kenapa?"

Raihan menjawab, "Takde."

Izzati berkata, "Okay lah. Kiteorang gerak dulu. Nak pi tengok-tengok barang."

Raihan berkata, "Ah okay."

Izzati dan Nabila memberi salam dan Raihan menjawab salam tersebut. Raihan hanya memerhati gerak langkah mereka tanpa berkata.

Apabila tiba di kedai sebelah…

Izzati berkata, "Nabila, aku rasa kan Raihan tu ada hati kat kau lah."

Nabila berkata, "Eh tak mungkin lah. Dia kan kawan kita dari kecil lagi."

Izzati bertanya, "Kau ni kan?"

Nabila bertanya, "Kenapa dengan aku?"

Izzati berkata, "Berkawan dari kecil, tak bermaksud takkan takde perasaan langsung dengan kawan sendiri. Apalah kau ni."

Nabila berkata, "Gitu ke?"

Izzati berkata, "Allah, kau ni. Macam mana lah kau boleh ada boyfriend sebelum ni tapi taktau pasal ni? Pening aku dengan kau."

Nabila tergelak kecil dan berkata, "Apa kaitan dua tu?"

Izzati berkata, "Haih, malas lah aku nak menjawab soalan kau tu. Tapi apa yang pasti, aku dapat rasakan yang Raihan tu memang ada hati kat kau."

Nabila berkata, "Banyaklah kau punya dia suka kat aku. Dah focus cari barang."

Izzati berkata, "Laa aku cakap je. Ye lah, focus focus."

Nabila dan Izzati mencari barang-barang untuk mereka beli di Sarawak. Namun, setelah puas mencari, mereka pergi menjamu selera di kedai makan berdekatan akibat kelaparan.

 

 

Pada masa yang sama…

Sementara Raihan memerhati langkah Nabila dan Izzati, rakan sekerja Raihan menegur daripada belakang, "Siapa tu?"

Raihan menjawab, "Kawan sekampung."

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Ye ke kawan sekampung je? Aku tengok bukan main lain senyuman kau masa tengah borak dengan perempuan yang guna baju purple tadi.", sambil mengangkat kening.

Raihan menjeling dan berkata, "Mana ada."

Rakan sekerja mengusik dan berkata, "Ye ke takde? Ke kau memang suka kat dia? Ha", sambil memberi senyuman mengusik.

Raihan menjawab, "Takde lah. Kau ni kan…"

Kata-kata Raihan terhenti apabila ketua mereka memanggil dan Raihan serta rakan sekerjanya itu menuju ke arah ketua mereka.

 

 

Pada masa yang sama...

Irman menenung siling biliknya sambil berbaring di atas katil dan mendengar lagu. Berkumandang lagu Hafiz Suip - Ku Akui di fon telinga miliknya dan fikiran Irman pada masa itu agak kosong. Namun, tanpa tanda, fikiran Irman melayang teringat akan Nabila dan situasi di mana dirinya melihat Nabila di kedai bunga, bermain di minda. Tanpa sedar, air mata lelakinya menitis perlahan dan secara tiba, air matanya mengalir dengan lebat.

Setelah puas menangis, Irman tertidur dan setelah beberapa jam berlalu, Zamir dan Alif tiba di perkarangan rumah Irman dengan harapan untuk lepak bersama. Namun, apabila sudah masuk ke rumah, bayangan Irman tidak kelihatan. Mereka mencari Irman di ruang tamu dan di ruangan lain, namun tiada bayangan Irman. Kebetulan, pembantu rumah Irman, mak Jah sedang mengemas bahagian kabinet, lalu Zamir bertanya pada mak Jah, "Mak Jah. Irman mana, Mak Jah?"

Mak Jah menjawab, "Tak pasti pulak Mak Jah. Mungkin ada dalam bilik tidurnya."

Alif berkata, "Ye lah kan. Kita tak cari lagi dalam bilik dia. Jum lah. Terima kasih, Mak Jah."

Zamir berkata, "Ah, jum. Terima kasih, Mak Jah."

Apabila tiba di hadapan bilik Irman, Zamir dan Alif mengetuk pintu bilik. Namun, tiada respons daripada Irman dan mereka terpaksa meminta Mak Jah untuk memberi mereka kunci kedua bilik Irman. Zamir menjerit memberitahu Mak Jah yang berada di tingkat bawah, "Mak Jah, tolong bawakkan kunci kedua bilik Irman."

Mak Jah berkata, "Baik."

Setelah beberapa minit, Mak Jah tiba dengan kunci kedua dan mereka membuka bilik Irman menggunakan kunci kedua tersebut. Pada mulanya, mereka bertiga berasa lega, namun perasaan itu hanya sementara apabila terkejut melihat wajah tidur Irman yang mempunyai bekas titisan air mata di pipi.

Zamir dan Alif mencuba untuk bangunkan Irman, namun tidak berjaya. Zamir berkata pada Mak Jah, "Mak Jah, tolong buatkan minuman panas untuk Irman minum, kalau kalau dia sedar lepas ni."

Mak Jah menurut kata Zamir dan menuju ke dapur untuk membuat minuman panas tersebut. Pada masa tersebut, Alif bertanya pada Zamir, "Mir, kau rasa kenapa Irman menangis sampai tertidur gini?", sambil mereka mengambil tempat di sisi katil.

Zamir menjawab, "Aku taktau lah sebab yang pasti, tapi aku rasa aku tau kenapa. Ni mesti dia teringat dekat Nabila. Mana ada sebab lain yang buatkan dia menangis macam ni sekali sampai tertidur pulak tu."

Alif hairan dan bertanya, "Kenapa dengan Nabila? Dieorang return back ke?"

Zamir menjawab, "Taklah, dieorang tak return back. Tapi, aku ada terjumpa Nabila kat kedai bunga and aku ada bagitau Irman. So, mungkin itu lah kot dalam kepala dia terbayang-bayang Nabila. Nanti kita tanya dia lagi."

Alif berkata, "Kau ni pun satu. Yang kau pergi bagitau Irman pasal kau terjumpa Nabila tu kenapa? Kan dah asyik terbayang je Irman dekat Nabila."

Zamir berkata, "Aku tak sampai hati nak pendam hal tu. Tak sedap hati aku tak bagitau dia. Nak taknak aku kena jugak bagitau dia."

Alif hanya mengeluh dan pada masa itu, Irman sedar daripada tidurnya. Zamir bertanya pada Irman, "Kau okay tak?"

Irman hairan dengan soalan Zamir, lalu bertanya, "Maksud kau?"

Alif menjawab, "Kau tidur dengan bekas air mata. So, kiteorang risau lah. Kau okay tak?"

Irman menjawab, "Mana ada aku menangis. Memandai je korang ni.", sambil mengelap bekas air matanya.

Alif dan Zamir terkedu, lalu tergelak. Mereka hanya mengangguk kerana malas untuk bergaduh. Lalu, Zamir berkata, "Baik kau jujur dengan kiteorang. Kau okay tak?"

Irman menjawab, "Okay je. Cuma…"

Alif bertanya, "Cuma?"

Irman mengeluh dan menjawab, "Cuma aku teringat kat Nabila."

Zamir dan Alif mengeluh kerana tekaan mereka tepat. Zamir berkata, "Wei, Man. Aku minta maaf kalau kau teringat kat Nabila sebab aku mentioned pasal dia hari tu. Aku bukannya nak buatkan kau teringat balik kat dia, cuma aku tak sedap hati pendam cerita tu daripada kau. Sorry"

Irman berkata, "Eh taklah, bukan sebab tu. Tapi sebab hari tu aku ada terjumpa Nabila dekat kedai bunga yang kau mentioned tu. Aku takde lah saja nak ke sana. Aku masa tu nak release stress, so aku jalan-jalan and aku ikutkan je mana kaki aku bawak aku. Kiranya masa tu aku takde hala tuju. Lepas tu, tiba-tiba kaki aku berhenti and tak dapat nak gerak. Aku stay berdiri situ je. Bila aku tengok tepi, aku nampak ada kedai bunga. Lepas tu aku ternampak pekerja seakan Nabila. Aku teringat cerita kau and hati aku kuat kata itu memang Nabila, so aku yakin tu Nabila. Tapi kaki aku tak tergerak nak pergi ke dia masa tu. So, aku just ambik gambar dia je and then cao. Pastu aku call kau, Mir, ajak kau keluar. Mulanya aku nak lah cerita kat kau yang aku ada terjumpa Nabila, tapi tak tercakap. Taktau kenapa."

Pada ketika ini, Mak Jah kembali dengan membawa minuman panas untuk Irman atas arahan Zamir. Mak Jah berkata, "Zamir, ni minuman panas yang Zamir minta tadi. Mak Jah letak sini ye?"

Zamir berkata, "Oh terima kasih, Mak Jah. Boleh je."

Mak Jah berkata, "Kalau takde apa, Mak Jah minta diri dulu ye?"

Zamir berkata, "Baik, Mak Jah. Takde apa lagi. Terima kasih."

Mak Jah berkata, "Sama-sama.", sambil berlalu keluar daripada bilik Irman.

Irman bertanya pada Zamir, "Air tu untuk siapa?"

Alif menjawab, "Untuk kau, Man."

Irman bertanya, "Untuk aku? Untuk apa?"

Zamir bangkit, lalu mengambil minuman tersebut dan memberinya kepada Irman. Irman menerima pemberian tersebut dan mengucapkan terima kasih.

Zamir berkata, "Kau minum dulu air tu. Lepas tu baru aku cakap."

Irman tanpa berbunyi, menurut kata Zamir untuk meneguk minuman tersebut dan tanpa sedar Irman menghabiskan air minuman tersebut. Zamir dan Alif terkejut, lalu Alif bertanya, "Tak panas ke?"

Irman menjawab, "Panas. Tapi takde lah sampai melecur lidah aku. Okay je nak minum."

Zamir berkata, "Baiklah. Aku tadi masa kejutkan kau bangun, pastu kau tak bangun, aku minta lah mak Jah untuk buatkan minuman panas untuk kau, biar masa kau sedar, kau boleh minum air tu and tenang sikit hati kau. Badan kau pun akan selesa, cergas sikit."

Irman berkata, "Oh. Thanks. Tapi macam tau tau je Mak Jah aku dah bangun masa dia bawakkan air."

Mereka bertiga tergelak kecil dan Alif bertanya, "So, kau nangis sebab teringat masa tu ke?"

Irman mengangguk dan berkata, "Aku mulanya tak plan pun nak fikir pasal dia, tapi bila aku tengah relax baring sambil dengar lagu, aku teringat kat dia and kejadian tu."

Zamir bertanya, "Lagu apa kau dengar?"

Irman menjawab, "Lagu Hafiz Suip, Ku Akui. Kenapa?"

Alif berkata, "Kalau lagu tu kau dengar masa relax relax, memang akan teringat lah Nabila sebabkan lagu tu memang lagu frust orang lelaki."

Zamir mengiakan kata Alif, dan Irman berkata, "Ye lah, tapi aku takde plan apa-apa nak fikir pasal dia. So, aku takde lah kisah sangat lagu apa nak didengar masa tu."

Zamir dan Alif menepuk dahi, lalu Zamir berkata, "Ye ye kau tak plan. Tapi lagu jiwang sedih gitu memang tak kena dengan situasi kau sekarang. Hmmm takpe lah."

Irman bertanya, "Then, korang datang sini kenapa?"

Alif menjawab, "Kiteorang datang ni kiranya nak lepak lah dengan kau. Tapi alih alih, terjumpa kau tersadai atas katil ni dengan bekas air mata. Mana tak risau kiteorang ni, sampai terpaksa menjerit dari luar bilik kau, minta Mak Jah untuk ambilkan kunci kedua. Ye lah, risau takut apa-apa jadi kat kawan kiteorang yang seorang ni."

Zamir dan Irman tergelak kecil. Irman berkata, "Terima kasih lah ye, sebab risaukan kawan korang yang seorang ni."

Zamir mengusik Irman, "Ye sama-sama, sayang."

Irman terkejut dan memberi pandangan menjijikkan kerana geli akan panggilan sayang daripada Zamir. Zamir dan Alif tergelak melihat reaksi Irman. Mereka kembali menikmati keadaan bahagia dengan persahabatan mereka.


ความคิดของผู้สร้าง
ANA8544_ ANA8544_

Biar kau bahgia,

Walau bukan dengan diriku,

Biar kau hidup,

Walau impian kita mati untuk bersama.

Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C7
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ