ดาวน์โหลดแอป
36.36% Di Manakah Kebahagiaan Ku? / Chapter 4: Bab 4

บท 4: Bab 4

Nabila menonton drama yang diperkatakan ramai, namun dirinya tidak begitu berminat akan drama demikian rupa. Nabila hanya menonton apa sahaja yang ditayangkan rancangan tersebut. Sedang Nabila leka menonton, Izzati yang baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak, turun dari tingkat atas dan terus menuju ke arah Nabila.

"Kau layan jugak ke cerita ni?", tanya Izzati setelah dirinya mengambil tempat di sebelah Nabila.

"Aku tengok je cerita apa yang ada kt tv ni.", jawab Nabila sambil mengunyah jajan.

Izzati berkata, "Oh. Ingatkan kau memang melayan cerita gini."

Sedang mereka melayan drama, Izzati yang seolah teringat sesuatu, secara tiba-tiba menjerit, "Ahh aku lupa!"

Nabila terkejut dan bertanya, "Kau ni dah kenapa? Menjerit macam tu. Terkejut aku.", sambil mengurut dadanya.

Izzati tersengih dan berkata, "hehe sorry-sorry. Aku teringat something. Masa sebelum aku solat tadi, aku ada benda nak tanya kau, kira bincang sekali lah. Tapi lepas solat, aku lupa. So bila ingat balik aku pun gitu la. Hehe sorry."

Nabila menjeling dan bertanya, "Hmmm kenapa? Apa yang kau nak bincangkan?"

Izzati menjawab, "Pasal diploma.", sambil melihat reaksi Nabila.

Nabila terkedu apabila mendengar Izzati berkata berkaitan diploma. Setelah beberapa saat, Nabila menjawab, "Hmm kenapa dengan diploma?"

Izzati berkata, "Kau ni kan…", sambil membuat reaksi geram.

Nabila berkata, "Apa?", dengan intonasi serba salah sambil membuat reaksi tidak bersalah.

Izzati melihat Nabila dengan pandangan yang tidak berpuas hati dan berkata, "Ish kau ni. Pasal diploma kau lah. Kau taknak ke sambung study, ambik diploma? Kalau kau ambik asasi ke sijil ke form 6 ke pun ok. Tapi parents kau lebih suka kau ambik diploma kan?"

Nabila terkejut ditanya bertubi dan tersenyum gelak kecil, lalu berkata, "Wei rileks la. Yang kau tanya bertubi ni kenapa? Satu-satu lah."

"Yelah, aku geram dengan kau ni. Takkan kau taknak sambung study. Bila aku sebut pasal diploma, kau boleh pulak tanya kenapa dengan diploma.", kata Izzati sambil membuat muka tidak berpuas hati.

"Haha yelah betullah aku tanya. Kenapa dengan diploma?", gelak Nabila.

Izzati menjeling dan bertanya, "So?"

Nabila menjawab semula, "So?", seolah melarikan diri daripada menjawab soalan Izzati.

Izzati memberi pandangan tajam pada Nabila. Nabila yang memahami akan maksud pandangan tersebut, lalu mengeluh dan berkata, "Fine. Aku jawab. Aku memang ada rasa nak sambung study, tapi taktau kenapa kaki tangan aku tak gerak pun ke situ."

Izzati mengeluh dan bertanya, "Kau nak buat diploma ke? Atau lain?"

Nabila menjawab, "Diploma"

Izzati terus bangkit dan mengambil komputer riba miliknya dari atas meja makan, lalu kembali mengambil tempat di meja ruang tamu. Setelah berlalu beberapa minit, Nabila bertanya, "Kau buat apa kat laptop kau?"

Izzati menjawab, "Daftar diploma kau."

Nabila terkejut dan bertanya, "Eh, kau daftar diploma aku? Kau tau ke details aku?", sambil melihat Izzati.

Izzati menjawab, "Tau."

Nabila menjadi hairan dan bertanya, "Kau tau?"

Izzati menjawab, "Ha", sambil memberi komputer riba miliknya kepada Nabila dan berkata, "Nah, kau isi part ni."

Nabila bertanya, "Bukan kau kata tadi kau tau ke details aku?", sambil mengambil komputer riba dari pegangan Izzati dengan lembut.

Izzati menjawab, "Tau yang aku tau je lah. Yang aku taktau aku suruh kau isi.", sambil memberi senyuman mengada.

Sementara Nabila mengisi maklumat, Izzati melayan drama sambil mengunyah jajan. Selesai mengisi maklumat, Nabila meletakkan komputer riba tersebut di atas meja ruang tamu kembali, dan Izzati mengambil komputer riba tersebut meletakkan di hadapan dirinya, menyemak semula yang dibuat Nabila. Setelah itu, Izzati menutup komputer riba dan menyambung melayan drama bersama Nabila.

 

 

Pada keesokan hari...

Nabila sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi dan Izzati menuruni tangga menuju ke dapur sewaktu sarapan hampir siap. Apabila Izzati sampai ke dapur, Izzati berkata, "Wah!! Sedapnya bau.."

Nabila tersenyum dan berkata, "Mestilah sedap bau, sebab makanan pun sedap."

Izzati mendekat dan melihat Nabila masak dengan pandangan lembut. "Kau ni kan dah cukup dengan skill rumah tangga.", kata Izzati sambil tersenyum.

Nabila melihat Izzati dengan pelik dan bertanya, "Maksud kau?"

Izzati berkata, "Yelah…kau pandai kemas rumah, pandai masak, pandai jaga duit gaji kau, pandai jaga aku…..hmmm bagi aku dah cukup untuk kau jadi isteri orang.", sambil tersengih gembira.

Nabila terkejut dan berkata, "Eh kau ni….tak bermaksud aku dapat buat semua tu, aku dah cukup layak untuk jadi isteri orang. Lagipun awal lagi nak jadi isteri. Study pun tak habis lagi. Kan dah apply diploma semalam.", sambil menyedok makanan ke dalam mangkuk besar untuk dihidang ke atas meja makan.

Izzati membuat reaksi berfikir dan Nabila berkata, "Tak payah nak fikir sangat. Nah bawak ni ke meja.", sambil memberi mangkuk besar yang berisi dengan nasi goreng kepada Izzati.

Izzati menyambut mangkuk tersebut dan menjeling Nabila, lalu berkata, "Fine. Aku cakap je.", dengan riak wajah berlagak sambil berlalu ke arah meja makan.

Nabila tergelak kecil dan bergerak ke arah bahagian kutleri untuk mengambil sudu, garfu, dan pinggan mereka. Setibanya Nabila ke meja makan, Izzati yang sedang menuang air daripada bekas air ke dalam gelas mereka berkata, "Nah air kau"

Nabila berkata, "Thank you.", sambil menyusun dan memberi pinggan serta kutleri kepada Izzati.

Sedang menjamu selera dengan nasi goreng, Nabila berkata, "Petang nanti aku nak ke kampung, jumpa mak aku."

Izzati berkata, "Hmm aku nak ikut kau balik. Nak jenguk parents aku…yelah lama dah tak balik jenguk dieorang. Lagipun bosan aku duduk rumah ni sorang-sorang, kau takde."

Nabila berkata, "Okay je. Ke kau takut sorang-sorang, ha?", sambil memberi pandangan mengejek dan nada mengejek.

Izzati memberi pandangan tajam pada Nabila dan berkata, "Mana ada. Aku okay je duduk sorang, tapi bosan lah sebab aku kan dah biasa kau ada dengan aku."

Nabila tergelak melihat reaksi Izzati dan berkata, "Yelah yelah…dah makan. No cakap-cakap lagi."

 

 

Pada petang tersebut…

Izzati di luar pagar rumah sewa mereka sambil menunggu teksi. Setibanya teksi di hadapan rumah, Nabila menutup pintu rumah dan memasang kasutnya. Setelah menutup pagar rumah, Nabila masuk ke dalam teksi menuruti Izzati.

Dalam perjalanan mereka ke kampung, Nabila merenung ke luar tingkap teksi dan tertidur setelah beberapa minit berlalu. Setibanya mereka di kampung, Izzati bangunkan Nabila dan bertanya, "Kau nak ke rumah aku dulu or ke rumah kau terus?"

Nabila menjawab, "Ke rumah aku terus lah sebab nanti menyusahkan kau je nak patah balik hantar aku jalan kaki.", sambil menguap.

Izzati berkata, "Okay lah."

Izzati menunjuk jalan kepada pemandu teksi tersebut untuk menuju ke rumah Nabila dahulu sebelum ke rumah ibu bapanya.

Setibanya di halaman rumah Nabila, Izzati dan Nabila keluar daripada teksi termasuk pemandu teksi tersebut untuk mengeluarkan barangan milik Nabila daripada ruangan belakang teksi. Selesai berterima kasih kepada Izzati dan pemandu teksi, Nabila memberi tunduk hormat sambil memberi senyuman manis. Setelah itu, Izzati memegang bahu Nabila untuk memberi semangat pada Nabila seolah tahu apa yang akan terjadi pada Nabila setelah memasukki ke dalam rumah. Pemandu teksi memberi tunduk hormat dan senyuman kembali kepada Nabila sebelum kembali ke dalam teksi. Izzati berlalu untuk memasukki ke dalam teksi setelah pemandu teksi berada di dalam teksi. Nabila melihat teksi tersebut berlalu dan dirinya berjalan menuju ke pintu rumah. Setibanya Nabila di hadapan pintu, Nabila menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menghembusnya perlahan dan memberi salam sekali.

Zalikha membuka pintu dan terkejut melihat Nabila berdiri di hadapannya. "Kau buat apa balik sini?", tanya Zalikha dengan nada kasar.

Nabila menjawab, "Lepasni Nabila cerita. Boleh Nabila masuk?", tanya Nabila dengan nada lembut.

Zalikha menjawab, "Hmm masuklah"

Nabila masuk dan menuju ke ruang tamu. Setibanya di ruang tamu, Nabila duduk sambil meletakkan barangannya dan dituruti Zalikha yang menuju ke ruang tamu. Apabila Zalikha telah mengambil tempatnya, Nabila bangkit dan melutut di hadapan Zalikha untuk bersalaman dengannya. Zalikha hanya menyambut salam tersebut dengan sedikit kasar. Tanpa berkata apa, Nabila hanya bangkit dan menuju kembali ke tempat duduknya.

Setelah mengambil tempatnya kembali, Nabila berkata, "Sebenarnya Nabila datang ni ada hajat."

Zalikha bertanya, "Apa hajat kau? Jangan kata kau nak kahwin pulak.", dengan nada garang.

Nabila tersenyum dan berkata, "Eh taklah mak. Bukan yang tu…tapi Nabila nak sambung belajar diploma. Kiranya Nabila balik ni nak mintak restu mak untuk sambung belajar."

Zalikha berkata, "Aku ingatkan apa tadi. Kau nak sambung belajar ni, kau guna duit siapa? Aku takde duit nak bayar duit belajar kau. Ada duit pun untuk adik kau je.", dengan nada marah.

Nabila menjawab dengan tenang, "Duit belajar mak tak payah risau. Nabila akan bayar sendiri guna duit gaji Nabila. Cuma nak mintak restu mak je."

Zalikha berkata, "Kalau macam tu, gi je lah sambung belajar. Aku tak kisah apa kau buat dengan hidup kau. Kau nak belajar ke kau nak kerja ke, suka hati kau. Asalkan tiap bulan kau ada bagi aku sedikit. Kau jangan lupa, kau tu anak sulung aku. Kau kena bertanggungjawab sikit, bagi aku duit belanja untuk makan minum aku, adik kau, rumah ni.", dengan nada berlagak.

Nabila dengan tenang berkata, "Ye mak. Yang itu mak jangan risau. Nabila tetap akan bagi duit tiap bulan."

Zalikha berkata, "Bagus. Ni kau tidur sini lah kan? Berapa lama kau kat sini?"

Nabila menjawab, "Ye, Nabila tidur sini. Tak lama mak, dalam 3 hari je. Lusa Nabila balik sana lagi."

Zalikha berkata, "Okay. Sementara kau kat sini, buatkan aku kopi. Aku dah penat kerja kat dapur."

Nabila berkata, "Baik, mak.", sambil bangkit dan membawa barangannya ke dalam bilik.

Setelah meletakkan barangannya ke bilik, Nabila menuju ke dapur untuk membuat kopi.

 

 

Pada masa yang sama...

Izzati tiba di perkarangan rumah ibu bapanya. Setelah teksi berlalu daripada perkarangan rumah, ibu kepada Izzati, Nur Iman berjalan ke perkarangan rumah apabila terdengar bunyi kereta seolah ada kenderaan di hadapan rumah. Iman terkejut apabila melihat Izzati di perkarangan rumah dan terus pergi ke arah Izzati untuk memeluk Izzati.

Iman bertanya, "Allah anak mak. Kenapa balik tak bagitau?"

Izzati menjawab, "Saja, hehe", dengan tersengih.

Iman berkata, "Hmmm kamu ni…", sambil menyucuk pinggang Izzati dan berkata, "Dah jum, kita masuk."

Mereka berjalan menuju ke dalam rumah sambil berpelukan tangan. Apabila tiba di dalam rumah, Iman berkata, "Letak dulu beg kamu kat bilik. Lepas tu turun ke dapur.", dengan nada lembut.

"Baik, mak.", kata Izzati dengan senyuman manis bahagia.

Izzati pergi ke biliknya dengan ringan hati dan sesampainya di bilik, Izzati bahagia dan tenang melihat biliknya yang kemas dan bersih tanpa habuk seperti sebelum dirinya keluar dari rumah beberapa bulan yang lalu untuk bersama Nabila bekerja di luar kampung mereka.

Izzati teringat akan Nabila, lalu terdetik di hatinya, "Macam mana lah nasib Nabila sekarang. Hmm", sambil mengeluh, "Takpe lah, malam nanti je lah aku tanya dia."

Setelah meletakkan barangannya, Izzati keluar daripada biliknya dan menuju ke dapur. Apabila sampai di dapur, Izzati melihat ibunya sedang mencuci di sinki. Izzati menuju ke arah Iman dan memeluk ibunya setelah memastikan ibunya tidak memegang sesuatu yang berbahaya.

Iman terkejut dan berkata, "Allah dia ni. Kenapa ni?"

Izzati menjawab, "Takde pape. Saja je nak peluk mak. Rindu kat mak."

Iman pelik dan bertanya, "Ye ke ni rindu? Ke ni sebab ada something yang Zati nak?"

Izzati berkata, "Takde lah. Nak bermanja dengan mak je."

Iman mencebik dan berkata, "Ye lah tu. Dah lepas, kita borak kat meja."

Izzati melepaskan pelukannya dan berlalu ke meja makan, dituruti Iman. Apabila sampai di meja makan, Izzati menuangkan air ke dalam cawan Iman dan dirinya. Sementara itu, Iman mengambil tempatnya di hadapan Izzati dan mengucapkan terima kasih apabila dihulurkan cawan berisi air oleh Izzati.

Setelah Izzati selesai menuangkan air untuk dirinya dan duduk, Iman bertanya, "Hmmm apa yang Zati nak bagitau?", sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan anaknya.

Izzati mengangkat kepalanya seolah terkejut akan soalan maknya dan bertanya, "Bagitau?"

Iman menjawab, "Kamu tu anak mak, mestilah mak tau kamu ada benda nak bagitau. Walaupun kamu tak kata apa pun. Kamu takkan bermanja macam tu sekali kalau kamu takde benda yang penting nak bagitau. So?"

Izzati tersengih dan berkata, "hehe....kejap lagi lah Zati bagitau. Makan dulu."

Iman pelik dan bertanya, "Eh sejak bila anak mak ni taknak borak sambil makan?"

Izzati menjawab, "Sejak serumah dengan Nabila....hehe"

Iman berkata, "Nabila lah mengajar ni.....bagus. Elok lagi begitu.", dengan nada berpuas hati.

Izzati tersengih dan mula menjamu selera, dituruti Iman.

Setelah selesai menjamu selera, Izzati berkata, "Zati sebenarnya nak mintak restu mak untuk sambung belajar, diploma."

Iman tersenyum bahagia apabila Izzati berkata ingin menyambung pelajarannya di peringkat diploma.

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu....ni Nabila yang mengajak ke?", tanya Iman.

Izzati menjawab, "Taklah....Zati sendiri yang nak."

Iman berkata, "Alhamdulillah.....mak syukur kamu nak sambung belajar, tak kisah lah peringkat apa, sijil ke diploma ke asasi ke. Asalkan kamu sambung. Lagi mak bersyukur bila kamu nak sambung ni atas keinginan kamu sendiri, bukan Nabila yang ajak or orang lain yang ajak. Sebab kalau kamu sambung belajar atas ajakan orang, takut nanti kamu boleh berhenti setengah jalan kerana tiba-tiba tak ada minat. Ni kamu sambung belajar sebab keinginan kamu sendiri dan bukan atas ajakan orang lain, in shaa Allah kamu takkan berhenti setengah jalan."

Izzati senyum dan berkata, "Amin, in shaa Allah. Mak doakan je yang Zati dan Nabila, sama-sama dapat habiskan belajar."

Iman bertanya, "Nabila sambung jugak ke? Kamu yang ajak ke? Atau dia sendiri yang nak?"

Izzati menjawab, "Haah, Nabila sambung jugak. Zati takdelah mengajak, tapi Zati ada lah tanya dia, taknak sambung ke? Dia kata dia nak sambung, tapi tak tergerak tangan dia untuk daftar diploma katanya. Jadi, Zati daftarkan je lah Nabila diploma.", dengan tersenyum sengih.

Iman berkata, "Ish kamu ni. Biarlah dia sendiri yang daftar. Details dia, kamu tau ke?"

Izzati menjawab, "Tau. Nama penuh dia, nombor fon dia, birthday dia...."

Iman berkata, "Kamu ni....yang itu memanglah kamu tau. Details dia yang lain?"

Izzati berkata, "Yang itu, dia sendiri lah yang isi."

Iman menjeling dan berkata, "Hmmm kamu ni...habis mak Nabila tau ke yang dia tu nak sambung diploma?"

Izzati menjawab, "Tau....ni balik ni, Zati balik dengan Nabila sekali. Hantar dia dulu tadi, pastu teksi hantar Zati sini. Masa ni mesti dia dah bagitau kat mak dia."

Iman berkata, "Baiklah. Harap si Zalikha tu okay lah Nabila nak sambung belajar."

Izzati berkata, "Harapnya begitulah.", sambil mengeluh dan termenung.

Iman mengiakan kata Izzati dan berkata, "Dah, kemas. Kamu nak berehat lagi.", sambil menunjuk pinggan, cawan, dan meja.

Iman bangkit dan membawa pinggan dan cawannya ke sinki untuk dicuci. Manakala, Izzati mengemas pinggan, cawan, dan meja makan.

Pada malam tersebut...

Izzati mengambil telefon pintarnya dan berehat di atas katil. Izzati membuka aplikasi WhatsApp dan membuka ruangan sembang dia dan Nabila,

"Assalamualaikum Nabila. Macam mana dengan jawapan mak kau? Okay ke?"

Setelah selesai menunaikan solat, Nabila melihat telefon pintarnya sambil duduk di tepi katil. Nabila membalas soalan Izzati dengan hati yang gembira,

"Waalaikumussalam. Mak aku bagi aku sambung study."

Izzati berasa gembira dengan keputusan tersebut, namun bimbang akan nasib Nabila, lalu membalas,

"Alhamdulillah. Bagus lah macam tu. Ni aku nak tanya kau, macam mana reaksi mak kau masa kau sampai tadi?"

Nabila menjawab,

"Macam biasa je. Lagipun kan aku tak bagitau dia yang aku nak balik, so begitu lah. :)"

Izzati mengeluh apabila membaca balasan daripada Nabila dan membalas,

"Yelah. Kau sabar je. Ni….kau nak tak jalan-jalan kat kampung esok?"

Nabila membalas,

"Aku okay je lah….kau tak perlu risau. Boleh jugak jalan-jalan, sekali kita ke pekan, boleh? Sebab aku kiranya nak beli ikan ke ayam ke, untuk lauk tengah hari & malam."

Izzati membalas,

"Tau kau akan okay sebab kau memang jenis penyabar, tapi aku tetap risau kat kau. Boleh lah ke pekan sekali….aku pun ingin nak jalan-jalan sana. Nak pergi pukul berapa?"

Nabila membalas,

"Takyah risau sangatlah. Kita gi dalam pukul 730 pagi gitu. Okay?"

Izzati membalas,

"Ok. Nanti aku pergi ke rumah kau."

Nabila membalas,

"Ok"

Setelah selesai berbincang akan agenda esok, Nabila dan Izzati bersiap untuk tidur dengan hati yang tenang mengharapkan keindahan pada hari esok.


ความคิดของผู้สร้าง
ANA8544_ ANA8544_

Kesabaran adalah kunci bagi meraih ketenangan.

Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C4
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ