ดาวน์โหลดแอป
60% His perfect angel / Chapter 21: BAB 21

บท 21: BAB 21

"Abang....abang bangun lah.. Aira nak pergi tandas..."kata Aira sambil menggoncang perlahan badan suaminya"Hmm?..wife abang nak pergi tandas? Okay jom abang temankan sayang"lantas Amirul bangun dari baringnya memapah Aira untuk ke tandas,memandangkan mereka di rumah kak Piah dan abang Zul jadi mereka harus menuruni anak tangga untuk ke tandas.Sampai sahaja mereka di tandas Amirul membuka pintu tandas itu kepada si isteri"Abang jangan tinggal sayang tau abang".

"Ya... Abang tak akan tinggalkan sayang"Kalau di ikutkan hati mahu saja Amirul menyakat isterinya tapi memandangkan isterinya itu dalam keadaan yang belum sembuh sepenuhnya Amirul membatalkan niat.Beberapa minit kemudian Aira selesai menunaikan hajat di tandas "Abang... i'm done" tegur Aira kepada Amirul yang sedang melihat keluar jendela "Ohh kejora abang dah siap.. let's go sambung tidur" Amirul memegang tangan isterinya sambil berjalan di dalam hati Amirul sedang tersenyum dan berkata'Ya Allah,terima kasih kerana Engkau berikanku isteri seperti Aira...aku bersyukur'.

Pada pagi esoknya Aira seperti biasa bangun terlebih dahulu dari Amirul "Abang, bangunlah dah nak subuh ni..nanti nak pergi kubur pula abang..abang"Aira menggoncang badan suaminya itu"Ya..ya sayang abang bangun ni...abang bangun,sayang dah ambil wudhuk ke?" Aira mengangguk "Sayang tunggu abang tau,kita solat sama-sama" Aira mengangguk lagi.Beberapa minit kemudian Amirul keluar dari bilik mandi"sabar ya sayang abang nak pakai baju".

"Tapikan abang...kalau abang tak pakai baju boleh?" Terbeliak mata Amirul terkedu dia mendengar soalan dari isterinya itu"Sayang...demam ke? Mana boleh abang nak solat tak pakai baju...salah tu sayang...dosa..." Aira tersenyum comel kepada Amirul"Sayang saja aje abang,sayang nak mengusik abang" Aira sengih menampakkan giginya"Oh...nak usik abang ya? Sayang nak ambil wudhuk dua kali ya sayang? Atau sayang nak tambah lagi.....aduh sayang! Atit lah" Aira baling bantal kepada Amirul"Abang! Gatal! Ishhh!" Amirul ketawa"Okay-okay jomlah solat nanti abang kena pergi kubur pula".

Selesai solat seperti biasa selepas Amirul membaca doa Aira akan mengucup tangan Amirul dan Amirul akan mengucup dahi Aira"Abang..boleh tak kalau Aira nak ikut pergi kubur" Amirul sedikit mengeluh "Sayang...bukan abang tak nak bagi sayang pergi,tapi dengan keadaan sayang yang belum sihat sepenuhnya ni abang risau takut terjadi apa-apa kepada sayang... sekarang ni pun musim panas...sayang pun belum habis pantang lagi...nanti sayang dah habis pantang abang bawa sayang pergi kubur..abang janji"Amirul mengangkat anak jari kepada Aira"Okay...tapi abang janji tau?" Amirul tersenyum dan mengangguk"Sayang duduk di rumah dengan kak Piah ya? Mak Tam ada tu satu lagi mama papa akan datang bawa anak-anak kita datang sini,mama papa cakap Afeeq dan Afrina kerap menangis" Aira hanya mengangguk dan tersenyum.

"Mirul? Haa ada pun,ni ha mama papa Aira dah sampai" Kata kak Piah,Amirul mengangguk dan memimpin tangan isterinya keluar dari bilik untuk bertemu dengan mama papanya"Amirul,Aira ha ni Afeeq dengan Afrina kerap menangis mungkin rindu mama baba dia orang agaknya" kata papa Aira kepada mereka berdua"Mungkin juga pa... sebab semalam masa Mirul tinggalkan Afeeq dengan Afrina pun Aira dah gelisah semacam dah" kata Amirul pula sambil mengambil Afeeq dari pelukkan bapa mentuanya"Ha'ah ma..pa Aira tak sedap duduk risau dia orang menangis menyusahkan mama papa aje".

"Tak menyusahkan pun Aira...ni pun cucu-cucu mama paps juga,by the way...pukul berapa kita perlu ke kubur Mirul? Papa nak tolong Abang Zul di kubur ni" Amirul lantas melihat jam di pergelangan tangannya"kita dah boleh pergi dah ni pa"Kata Amirul sambil serahkan Afeeq kepada Aira"Kalau macam tu jomlah kita pergi".

Beberapa jam kemudian Lia keluar dari bilik"Eh ada budak..anak sapa ni?" Soalnya "Anak aku kenapa?" Jawab Aira dengan nada dingin"oh...anak ha..." Belum sempat lia habiskan ayat Aira sudah memotong ayat itu "Anak aku atau anak dalam perut kau tu yang anak haram?" Tanya Aira tidak puas hati "Peduli apa aku... yang penting anak-anak kau ni...ermm macam anak istimewa" Pang! Aira menampar pipi lia"Kau jangan nak kurang ajar Elia Suhana!kau boleh hina aku! Tapi jangan lubatkan anak-anak aku atau suami aku!, sekurang-kurangnya aku bukan perempuan murahan macam kau! Merayu-rayu minta suami orang untuk kahwin dengan kau sebab kau pregnant anak haram..." Lia mengangkat tangan untuk menampar Aira tapi belum sempat lia menampar pipi Aira ada satu tangan besar menghalang lia dari menyentuh pipi Aira"Jangan kau sentuh isteri aku" Kata Amirul dengan penuh amarah.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C21
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ