ดาวน์โหลดแอป
74.19% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 23: Chapter 22

บท 23: Chapter 22

Tap! TAP! TAP!

Shinji dan kaito berlari berlainan arah, mereka mengepung Sakurai yang kini hanya terlihat tenang, malah pemuda itu langsung belum membalas sebarang serangan yang telah mereka lakukan.

SWOOSH!  SWOOSH!

Serentak mereka berdua  mengayunkan kedua pedang mereka kearah Sakurai dengan tenaga penuh.

TING!!

Kedengaran bunyi pedang berlaga dengan bunyi yang cukup keras. Menandakan bahawa serangan mereka gagal mengenai target.

"SIAL!! Dia hilang lagi. Semua plan kita rosak!" Bicara Kaito dengan tidak puas hati.

"Bertenang Kaito! Jangan biar emosi marah kau menguasai diri. Kita akan cari cara lain." Pesan Shinji agar patnernya itu tidak mudah terbawa emosi.

"Baiklah! Aku pun akan cari cara lain." Balas Kaito yang mula memenangkan diri.

"Bagus! Kita cari plan untuk lenggahkan masa. Aku yakin yang dia akan datang dekat sini. Cuma kita kene bertahan lagi. Kau sanggup!"  Soal Shinji yang kini telah mula memasang posisi untuk menyerang.

"Jangan panggil Kaito Konamori kalau aku mudah putus asa! Mari kita serang dia bersama Shinji Nakamuraji !" Kata Kaito semangat lalu mereka kembali menyerang Sakurai dengan segala kemampuan mereka.

"Tornado blowmagic!!" Jerit Shinji sambil menghayunkan pedangnya yang telah di salurkan sihir angin kearah Sakurai dengan sepunuh hatinya.

SWOOSH!...WUSSH!  SWOOSH...WUSSH!

"Fiery sword slash!" Bicara Kaito yang turut melancarkan serangan keatas Sakurai.

SLASH.....DESING....BAM!

Satu senyuman lega hadir di wajah mereka bila memikirkan rancangan pengejut mereka berhasil. Apabila mendengar bunyi ledakan serta benda berlaga di tengah mereka.

Tetapi kelegaan mereka hanya sementara bila asap yang berada di tengah mereka secara perlahan mula memudar.

"Hmm! Boleh tahan. Tetapi itu masih belum cukup untuk mengalahkan aku!" Kata Sakurai dengan senyuman senis.

Kedua tangannya menghalang kedua mata pedang yang dihayun padanya hanya menggunakan kedua telapak tangan.

Malah sehir yang dikeluarkan hanya sebilangan kecil untuk menghalang ataupun menghakis serangan dari kedua pelajar tersebut. Tetapi itu tetap membuatkan dia sedikit terhibur.

"Baiklah! Mari ke serius! Sudah tamat untuk bermain." Sambung Sakurai lalu dia menolak kedua tubuh mereka secara serentak dengan menggunakan sihirnya. Serangannya itu tidak lah sekuat mana tetapi dampak yang diterima oleh kedua musuhnya sangat kuat sehingga ketubuh mereka terpelanting jauh dari posisi asal.

Tubuh Shinji disambut oleh abangnya manakala tubuh kaito terpelanting kearah Aiko yang berlari ke arahnya.

"KAITO! SHINJI!" Jerit Aiko dan Shinichi. Aiko langsung menyalurkan mana ke tubuh Kaito yang telah lunyai dengan darah yang keluar dari mulut pemuda itu.

Keadan Shinji sama seperti Kaito, tubuh keduanya telahpun lunyai setelah menerima satu serangan yang cukup hebat dari Sakurai.

"HAH!! Serius lah korang. Baru satu serangan!. Korang dah tumbang. Tak santai langsung! Itu baru pemanasan dari aku!" Bicara Sakurai dengan begitu santai.

Dia melepaskan jubahnya ke lantai. Wajahnya yang tersenyum selayak iblis terlihat jelas dari dirinya. Sehingga kesemua pelajar memandang ke arahnya dengan pandangan horro.

"Disebabkan ada diantara korang yang telah bagi aku beberapa pertunjukan!

Walaupun tidak menarik,tetapi boleh lah aku terhibur. Aku akan jadikan kalian semua mainan aku!

Korang semua akan berada di bawah tahanan aku. HAHAHAHAHAHA!" Kata Sakurai dengan penuh semangat memandang kearah mereka satu persatu.

" KITAORANG TIDAK AKAN IKUT KAU! KEJAP LAGI PARA GURU DAN SENIOR AKAN DATANG SELAMAT KAN KAMI!" jerit salah seorang dari mereka.

"JANGAN HARAP KAU DAPAT BAWAK DIORANG SEMUA SAKURAI! AKU TAK AKAN BIARKAN KAU SENTUH DIAORANG!" ancam Aiko kepada Sakurai dengan nada yang cukup menusuk.

"DAN A..KU TAK AKAN BIARKAN KAU BAWAK YANG MULIA AIKO! DIA BUKAM HAK KAU!" Sambung Kaito yang kini menggagahkan diri untuk bangkit.

"AKU AKAN PERTAHANAN YANG MULIA PUTERI DAN ACADEMY!

JANGAN KAU MIMPI DAPAT BAWAK MEREKA DARI SENI! CERMIN DIRI KAU! KAU TAK LAYAK DAN TIDAK SETANDING DENGAN RYUNOSUKE NISHIMURA!" Jerit Shinji dengan lantang.

Dihiraukan lututnya yang telah mati rasa. Kerana amanah yang telah mereka pikut sejak lahir. Maka mereka bersedia mengadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan keindahan academy dan jugak keluarga kerajaan yang menjadi simbol kerajaan WhiteFairy.

"Ahh! Aku benci bila dibandingkan dengan orang lain!

Apatahlagi sosok yang korang bandingkan dengan aku seorang PENGECUT dan lagi teruk! MAYAT! ORANG YANG DAH MATI!.

Sini aku bagi tahu! Kekuatan serta kekuasaan yang aku miliki mampu menjatuhkan dia dalam sekali serangan.

Jadi jangan bandingkan aku dengan di.." Bicara Sakura namun tetapi ayatnya dipotong oleh Kaito.

"Hihihi...mengarut...hahahaha... Huk!...sangat kelakar... Hahaha...kau fikir kau kuat! Kau ada kekuasaan! Hahahaha sangat kelakar!" Potong Kaito dengan nada bicara mengejek. Sesekali dia terbatuk-batuk sambil cuba mengibang berat tubuhnya.

"Hahahaha...aku tak sangka..huk! Yang organisasi kau ada orang yang...hulk!..macam kau! Yang aku nampak...kau ngan dia jauh berbeza... ibarat langit dengan bumi!" Sambung Shinji yang kini telah bangkit, langkah serta berdirinya tidak stabil. Dia sesekali terhuyung-hayang kedepan dan belakang.

Tetapi itu bukan mematahkan semangatnya sebaliknya dia masih mempunyai tenaga tersisah untuk melancarkan serangan dari jarak jauh.

Shinichi cuba menutup mulut serta menghalang adiknya dari melakukan sesuatu tindakan yang boleh membunuh adiknya itu. Tetapi adik ya masih berkeras.

"Hentikan Shinji! Kau akan mati di atas tangan dia!" Kata Shinichi dengan merayu. Dia cukup risau dengan segala kemungkinan yang akan jadi, apatahlagi melihat keadaan adiknya yang tidak dalam keadaan baik!

"Biarkan! Kalau aku mati! Itu tanda aku telah berjuang untuk KERAJAAN KITA!

AKU AKAN TETAP MELAWAN SAMPAI AKHIR!

KALAU KAU TAK NAK LAKSANAKAN TUGAS KAU SEBAGAI ANGGOTA KESATRIA KERAJAAN!

MAKA BIAR AKU YANG GANTIKAN TEMPAT KAU SHINICHI! JANGAN HALANG AKU! KALAU KAU TAK NAK JADI MUSUH AKU!" bicara Shinji kepada abangnya dengan nada yang cukup dingin. Semangat juangnya kian kembali.

Dia memaksa kakinya untuk melangkah. Hari ini dia akan terus berjuang bersama patnernya Kaito. Andai mereka gugur! Maka mereka akan mati dengan penuh kehormatan!

"Hei Kaito! Ma..ri kita berjuang sampai akhir!" Bicara Shinji dengan memaksa tubuhnya untuk terus melangkah.

"Ya..mari bersama kita ajar SI SOMBONG INI!" KATA kaito dengan tegas sambil menghunuskan pedang nya tepat ke wajah Sakurai yang kini sedang menatap mereka kesal.

"Baiklah! Nampaknya korang berdua akan tamat disini!

Tetapi aku bagi korang untuk serang aku! Kalau korang dapat mencederakan aku maka korang yang akan aku hukum dengan memotong salah satu anggota badan korang!" Bicara Sakurai sambil mendepakan kedua tangannya.

Shinji dan Kaito berpandangan diantara satu sama lain. Mereka tersenyum sinis.

"Anggota badan kau yang akan terpisah bukannya kami!" Jerit Kaito.

Shinji dan Kaito menegakkan pedang mereka keatas lalu muncul satu lingkaran sihir yang menggabungkan dua elemen sihir api dan angin dalam skala yang cukup besar.

"PERGI KE NERAKA! BLAST BURNING FIRE Whirlwind!!" Jerit mereka secara serentak lalu mengarahkan serangan tersebut kearah Sakurai.

Serangan itu berlalu sangat patas bersama tekanan dari campuran api dan angin  sehingga menghancurkan setiap laluan. Lalu serangan itu tempat mengenai Sakura yang hanya pasrah menerima serangan tersebut dengan satu senyuman senis.

BLARR...BOOOM!!

Seiringin bunyi ledakan yang cukup besar, serentak tubuh Kaito dan Shinji jatuh ketanah.

Tenaga serta mana mereka habis tanpa sisa.

"HUk! Huk!" Mereka berdua tertunduk dengan diiringi batuk yang sangat kuat malah batuk mereka mengeluarkan darah yang cukup banyak sehingga terpecik di sekitar lantai yang mereka duduki.

"Huk! Aww...huk!..i..ni me..nya..kit..kan!" Bicara Kaito dengan diselangi batuk yang tidak henti.

Setelah mereka selesai melancarkan serangan yang menggunakan seleruh kemampuan dalaman dan mana mereka. Pandangan mata mereka tubuh mula malap. Tetapi mereka tetap memaksa untuk tetap sadar.

"Haaa...a..pa..kah..huk...ser...angan..kita...ber...huk!...hasil!" Shinji cuba mengawal pernafasannya yang kian melemah.

"A..ku tak pa..sti! Tapi mu...ngkim da..pat ce..derakan di..a?" Kata Kaito yang kini mula berhenti batuk tetapi tekanan didadanya kian sakit.

"A..aku berhasil!" Harap Shinji yang kini telah menjatuhkan pedangnya bersama kaito.

"Lumayan! Tetapi tetap mengecewakan kan!" Secara tiba-tiba sosok Sakurai telah mencangkung di hadapan mereka berdua. Sehingga mereka menyerat tubuh mereka mundur ke belakang.

Mereka tidak menyakan serangan besar yang mereka sasarkan tidak mampu melukai tubuh Sakurai. Malah pemuda itu dengan santai meregangkan tubuhnya dengan keadaan berdiri. MOSTER! itulah pandangan di mata keduanya akan sosok Sakurai.

"Gi..la! D..ia tak ce..dera lang..sung!" Kaito hanya mampu memberi riak wajah yang cukup terkejut. Dia binggung!

Mereka berdua tidak lagi memiliki sebarang tenaga dan mana lagi! Jadi mereka berdua mungkin tidak mampu bertahan dari serangan musuh yang mempunyai kekuatan serta kekebalan yang ada diatas mereka.

Kaito menatap Shinji yang mengadu kesakitan, dari mata sahabatnya itu jelas terpancar kekecewaan. Serangan besar yang mereka usahakan tidak mendatangkan hasil yang baik.

"Ahh! Aku ubah fikiran. korang berdua...AKAN MATI!" kata Sakurai dengan pandangan yang penuh dengan hasrat membunuh.

Sakurai mengeluarkan pedang tajamnya dari sarung yang berada di pinggang kanannya. Akhirnya dia menggunakan pedang kebanggaannya untuk mencabut dua nyawa yang kini telah membuat dirinya muak.

Hatinya kesal bila melihat wajah keduanya yang tidak langsung menunjukkan ketakutan sama sekali. Malah mereka berdua tetap menghadiahkan senyuman mengejek padanya. Sanggat menyebarkan.

"TERUS KAN TERSENYUM! Aku akan hantar Korang berdua ke NERAKA!" Bicara Sakurai lalu melibas pedangnya tepat kearah lehir keduanya dengan sekali ayunan.

Kaito dan Shinji memejamkan matanya dengan riak yang sama. Mereka kini pasrah dengan nyawa mereka.

DOR..DESING...BRUK!!

Satu peluru meluncur laju dari arah pintu masuk lalu menghentam kuat kearah pedang yang dipegang oleh Sakurai.

Sehingga dari dentuman itu membuatkan pedangnya terpelanting jauh ke belakangnya.

Jarak pedang itu jatuh diantara sepanjang 10 meter kebelakang dari posisinya berada.

Tidak memberi dia bernafas untuk mereda keterlanjurannya, satu serangan mendadak datang kearahnya dengan kecepatan yang tidak mampu dia lihat dengan mata kasar.

Akhirnya tubuhnya terpelanting kuat ke dinding sehingga tempat yang dia mendarat turut runtuh bersamanya ketanah.

"HUK!" Untuk pertama kalinya, dia terbatuk darah dalam menghadapi satu lawan yang langsung tidak dia kenal.

" Kekuatan serta kekuasaan yang aku miliki mampu menjatuhkan dia dalam sekali serangan.

Hmm nampaknya apa yang kau bicarakan memakan diri kau balik!

Aku hanya bagi serangan asas sahaja! Tetapi kau dah terpelanting jauh.

Lagi memalukan! Kau terbatuk darah hanya kerana tak mampu menahan tekanan kecil macam ni!

Belum lagi, ketahanan fizik kau cukup lemah!

Tembakan yang aku bagi turut berada di kelas permula. Itupun kau tidak mampu menahan.

Apakah ini kemampuan diantara empat kesatria tinggi dari organisasi SoleShadow!

Padahal aku sangat tertanya-tanya akam kemampuan korang! Tetapi...agak mengecewakan." Bicara satu suara dingin dari arah belakang tubuh Shinji dan Kaito.

Satu sosok tubuh melangkah dengan cukup santai kedalam dewan yang kini  telah 20 peratus  musnah akibat pertarungan diantara Shinji, kaito dan Sakurai.

Kedua tangannya berada di dalam kocek seluar. Dia melangkah dengan senyuman iblisnya kearah Shinji dan Kaito yang kini menatapnya dengan wajah lega.

"Hmm...liat jugak nyawa korang! Masih mampu melawan. Tetapi korang terlalu awal tumbang.

Serangan yang korang buat tidak cukup kuat. Korang kene berlatih lagi. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Markah untuk ujian bonus ini hanya 10 markah sahaja. Selebihnya kalian kene buat latihan menguatkan fizik dan mana.

Korang mengayunkan pedang pada musuh sangat LEMAH! Malah Corak serangan kalian mengunakan  pedang cukup MENGECEWAKAN! terlalu buruk di mata aku. Langsung tiada seni! Terutama pada kau KAITO KANAMORI" bicara Ryunosuke dengan menatap datar kearah wajah Kaito yang kini sedang mencebikkan bibirnya.

Shinji tertawa kecil bila mendapat tahu bahawa orang yang diharapkan sedari tadi telah pun berada di sekitarnya. Tetapi pemuda itu tidak maju dan hanya menonton sedari tadi.

"Ja..di kau dah a..da dari tadi!" Jerit Kaito yang kini mengadu sakit bila dia tanpa menguatkan nadanya.

"Ya... boleh dikatakan. Dapat jugak aku tengok kau jatuh tergolek dari tadi." Balas Ryunosuke tanpa dosa lalu mengakat kedua tubuh itu termasuk kekasihnya kearah Shinichi di sudut paling hujung bersama anggota pelajar yang lain.

Tubuh mereka bertiga terapung-apung di udara kerana sihir yang dibuat oleh Ryunosuke.

Ryunosuke menoleh sekilas kearah Sakurai yang masih duduk dan terbatuk darah. Dia hanya ada beberapa minit untuk membawa mereka semua ke tempat yang lebih selamat.

Ryunosuke melihat semua pelajar dan mengira jumlah mereka. Lalu anak matanya dilarikan kearah musuh. Dia tersenyum senis.

Secara tiba-tiba, satu lingkaran angin muncul di bawah tubuh Sakurai dan melelek tubuh tersebut lalu menghentam ketanah dengan tekanan serta cekamam yang cukup kuat.

"Duduk diam-diam kat sana! Aku terlalu sebok sekarang. Lain kali aku layan kau." Bicara Ryunosuke dengan penuh ejekan.

"Grgggg...TA..TAK..GUNA! AKU AKAN BUNUH KAU! BUNUH KAU!!" Jerit Sakurai dengan penuh emosi. Dia tidak dapat menerima harga dirinya dipinjak oleh satu sosok yang tidak dapat dilihatnya setelah serangan dari sosok misteri itu.

"Ishh banyak bunyi lah pulak! Cuba duduk diam?" Balas Ryunosuke lalu menguatkan lagi cengkaman sihirnya diatas tubuh Sakurai yang kian ditekan ke tanah.

"Macam tu kan bagus!" Sambung Ryunosuke yang hanya disambut oleh suara rengekan kesakitan dari Sakurai. Sakurai cuba untuk mengerakkan kepalanya ke samping tetapi cengkaman yang dia tetima cukup kuat.

"Korang semua boleh penjamkan mata ataupun berpegang tangan disatu sama lain. Kalau kalian tidak biasa melakukan sihir permindahan." Bicara Ryunosuke lalu memeluk tubuh Aiko dan jugak Auni yang kini telah berada di sampingnya.

Ryunosuke melihat kebawah kakinya bila merasakan pegangan dari kedua kakinya. Dia lihat kedua sahabatnya yang masih cedera memeluk kakinya dengan kuat sambil mempamerkan wajah datar.

"Badan korang berdarah! Kotor seluar aku!" Kata Ryunosuke dengan geram. Dah lah baju ini adik kesayangannya yang pilihkan. Sesuka hati je dua ekor berok ni kotorkan dengan darah mereka.

"DIAM LAH! tak ada benda kitaorang nak pegang." Kata mereka secara serentak. Lalu mula memejamkan mata mereka.

Ryunosuke mengeluh manakala Aiko tertawa kecil dan Auni hanya mendiamkan diri sambil memeluk pinggang Ryunosuke dengan erat.

Dalam kiraan 1 minit, semua pelajar academy yang berada di dewan itu terapung dan meninggalkan kawasan tersebut tanpa meninggalkan seorang pun dari mereka semua.

Semuanya dibawa ke suatu bilik rahsia yang terdapat di academy dan hanya angota kerajaan serta pertinggi academy yang mengetahui kewujudannya bilik yang berukuran dewan utama di bawah tanah.

Malah jalan untuk memasuki kedalam bilik ini perlu menggunakan portal yang terdapat di suatu tempat yang dilindungi oleh sihir suci.

Tetapi, boleh sahaja untuk kepada sesiapa sahaja mengunakan sihir pemindahan ke bilik ini asalkan mereka tahu akan lokasinya.

"Putera Mahkota Nishimura, Puteri mahkota dan yang mulia puteri kedua! Baguslah andai dalam keadaan baik-baik sahaja." Bicara satu sosok wanita dewasa yang sedang berlari kearah mereka bertiga.

"Saya dan Auni tidak apa-apa. Shizuka-San!" Balas Aiko yang telah memegang kedua tangan milik Shizuka yang merupakan salah seorang patner pada Sakura Sensei. Guru ini adalah ahli perubatan selain dari Sakura.

"Tuan Puteri Kedua Hayashi! Kita dah sampai di tempat yang selamat." Bicara Ryunosuke dengan nada dingin.

Auni lantas membuka mata seluasnya, dia melihat ke sekitarnya lalu pandangan matanya bertembung milik Ryunosuke yang hanya menatapnya tanpa riak.

Wajah Auni sepenuhnya mendadak merah, dia turut merasakan wajahnya memanas. Dengan kalut dia melepaskan pelukan hangat itu dan melangkah mundur sebanyak 5 langkah.

"Ehem! Te..terima kasih!" Ucap Auni dengan malu-malu kucing.

"Hmm." Gumam Ryunosuke dengan singkat. Sikap malu-malu terus bertukar kesal bile melihat sikap dingin lelaki itu.

"Sensei! Saya serah yang mulia puteri-puteri kerajaan pada sensei dan yang lain.

Lagi satu! Saya mohon tolong ubati kecederaan kedua teman saya.

Mereka sanggup menerima risiko kecederaan seperti ini, kerana mempertahankan maruah keluarga kerajaan dan jugak academy.

Sikap juang mereka seharusnya diberi kehormatan." Bicara Ryunosuke sambil menunjukkan pandangan matanya kearah Shinjj dan Kaito yang terlihat kacau dengan baju yang telah koyak rabak. Tidak lupa pada kesan darah yang telah mengering bersama luka di seluruh tubuh.

"Baiklah! Serah kan yang mulia puteri kerajaan dan yang lain pada sama saya. Termasuk kedua teman kamu.

Hal yang kamu bicara akan saya undurkan pada pengetua academy dan tidak lupa pada yang mulia raja." Balas Shizuka dengan senyuman manisnya.

"Saya akan pergi sekarang! Dan lagi sekali tolong jaga kan yang mulia puteri Aiko." Kata Ryunosuke lalu bersiap untuk pergi dari sana.

Melihat tubuh Ryunosuke yang ingin menghilangkan, Aiko dengan pantas melompat kearah Ryunosuke sehingga dirinya turut dibawa oleh pemuda itu tanpa sempat dicergah.

Shizuka terbeliak bila melihat aksi sang puteri yang melompat kearah seorang pemuda dengan tingkat yang tidak sopan.  Selang beberapa saat, satu senyuman manis terukir di bibirnya.

"Semoga kalian semua pulang dengan selamat." Kata Shizuka perlahan lalu berdoa akan keselamatan para muridnya yang terlibat dengan peperangan.

Ryunosuke dan Aiko jatuh di hadapan Akira yang melonggar melihat aksi yang diluar batas, beserta kehadiran adik keduanya yang tengah tersenyum kambing kearahnya.

"Ryu! Kenapa kau gi bawak budak kecik ni sekali!" Soal Akira melihat adiknya yang sedang mengemas kedudukan pakaiannya.

Manakala Ryunosuke mengadu sakit dibahagian punggung bila tubuhnya di hempap oleh Aiko dengan keras.

"Nampaknya dik, lepas ni kau kene diet!" Bicara Akira sambil memeluk tubuhnya.

"why?" Soal Aiko kembali, dia pelik dengan bicara Akira yang kini sedang menatapnya atas bawah dan sering berganti menatap kearah Ryunosuke dengan pandangan yang sama.

"Along takut! Suatu hari, kamu tanpa sengaja terpatahkan tulang bakal laki kau dengan berat badan kau yang semakin hari semakin semangat.

Baik kamu diet mulai sekarang! Itu pun untuk masa depan kamu jugak dik." Bicara Akira sambil menatap adiknya, menilai keadaan Aiko yang dia lihat kian berisi dari masa ke semasa.

"Ai tak gemok!!!" Jerit Aiko dengan geram lalu dia memeluk tubuhnya.

"Sekarang bukan masa nak bergaduh! Kita ada di medan perang sekarang ni! Tolong serius!?" Ryunosuke meninggikan suaranya, dia pening dengan sikap kedua adik beradik itu. Yang kerap kali bergaduh tidak melihat situasi dan keadaan.

"Maaf!" Kata mereka berdua secara serentak, Aiko menundukkan kepalanya.

"Jadi! Apa perlu kita buat pada budak ni! Kau ajak dia bertempur jugak ke?" Bicara Akira kembali yang kali ini mula bersikap serius. Tidak lagi bergurau seperti tadi.

"Tidak! Aiko akan duduk di barisan belakang. Kita bertiga yang akan maju. Adakah musuh masih di posisi sama?" Ryunosuke ingin mengetahui lokasi musuhnya terutama pada dua orang yang telah menjadi lawannya tadi.

"Buat masa ini! Hanya seorang je yang berdepan dengan para sensei. Lagi dua masih belum di jumpai." Bicara Yoshihiro mewakili Akira.

"Hmm, yang berhadapan dengan sensei macam mana? Diaorang boleh hendle ke?" Soal Ryunosuke kembali.

Mereka bertiga berbincang diantara satu sama lain dan Aiko hanya menonton sahaja. Dia akan menjawab sepatah dua kata sahaja, selebihnya dia akan diam.

"Baiklah! Dua musuh yang belakang akan kau hadapi Ryu. Aku dan Hiro akan tolong para sensei. Jangan sampai tertangkap!" Pesan Akira sebelum menghilang bersama orang kanannya bila mendapat balasan positif dari sahabatnya itu.

"Saya nak ikut!" Minta Aiko kepada Ryunosuke. Dia ingin berjuang bersama patnernya itu. Walaupun dia tahu, mungkin dia akan menjadi beban pada pemuda itu.

"Bahaya Ai! Baik awak berlindung. Saya akan hantar awak kembali ke tempat tadi." Kata Ryunosuke.

Dia ingin membawa kekasihnya itu untuk pergi ke tempat dimana adiknya dan pelajar lain berada. Tetapi, Aiko masih berkeras untuk tidak meninggalkan dirinya disini.

"Baiklah. Tetapi awak tidak boleh jauh dari saya." Akhirnya Ryunosuke mengalah. Tanpa rela dia terpaksa menurut keinginan tunangnya itu, walaupun dia agak risau dengan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

"Tapi sebelum tu..." Ryunosuke menghakis jarat diantara mereka lalu mencium bibir Aiko dengan lama.

Aiko tergamam tetapi bila merasakan aliran sihir yang menyesap masuk kedalamnya apatahlagi sekeliling mula merasa dingin.

Kekasihnya itu melakukan sihir secara berpatner, sihir yang akan menghubungkan keduanya dan diantara mereka boleh melindungi patner mereka dengan menggunakan sihir secara jarak jauh ataupun dekat.

"Hati-hati!" Pesan Ryunosuke kepada Aiko, "Baiklah! Awak pun sama, kene berhati-hati." Aiko berbicara dengan nada lembut dan kanan Kirinya mengenggam erat tangan kiri Ryunosuke. Manakala tangan kanannya mengusap lembut di pipi kanan pemuda itu.

Tangan kanan Ryunosuke di bawa ke telapak tangan Aiko, setelah itu dia membawa terlapak tangan itu ke mulutnya. Dia mengucup telapak tangan tersebut.

"Saya tak janji tetapi saya akan cuba menepatinya." Balas Ryunosuke. Mereka berpandangan diantara satu sama lain.

Setelah merasa yakin untuk bertindak, baru lah mereka berlari menuju ke tempat awal perjumpaan mereka. Dewan kedua di dalam academy. Di mana tubuh Sakurai disekat disana.

Sepanjang koridor mereka berlari sambil memerhatikan keadaan sekeliling berseta kehadiran aliran mana dari pihak lawan.

Dalam 10 meter dari tempat mereka berlari, kini terlihat pintu masuk dewan yang separuh musnah. Ryunosuke berhenti seketika.

Dia menoleh kearah Aiko yang hanya menatapnya sambil tersenyum manis. Anak mata Ryunosuke berhenti pada kalung yang pernah diberikannya.

Dia menghampiri Aiko lalu menggenggam kalit itu sehingga kalung tersebut mengeluarkan cahaya putih bercampur merah.

"Apa yang awak lakukan?" Soal Aiko yang pelik melihat tindakan kekasihnya itu.

"Hanya langkah berjaga-jaga. Mari kita masuk dalam. Masih sempat kalau awak nak tarik diri!" Balas Ryunosuke sambil tersenyum.

Senyuman kian melebar bila melihat sikap Aiko yang masih mempertahankan keinginannya untuk berjuang di sisinya.

"Berhati-hati dengan langkah yang awak ambil dan jangan jauh dari pendangan saya Ai!" Pesan Ryunosuke sebelum memasuki kawasan tersebut.

Sebelum memasuki kawasan dewan, Aiko telah pun mengeluarkan senjata pedangnya terlebih dahulu. Manakala Ryunosuke hanya masuk dengan menggunakan tangan kosong. Namun tetapi, di pinggangnya telah pun tersembunyi satu pistol dan satu pisau kecil.

" Boleh tahan jugak! Dia dapat melepaskan diri. Miskipun makan masa yang diambil." Matanya memerhati tempat yang telah dia kurung tubuh milik musuhnya dengan menggunakan sihir angin.

Aiko memerhatikan kesetiap pecahan yang telah dilakukan oleh pihak lawan dan jugak dari pihak mereka. Kerosakan yang dialami lumayan besar.

"Erm nampaknya, academy akan mengeluarkan kos yang besar untuk pemulihan!" Aiko mula menghitung kos pengeluaran yang mungkin akan dikeluarkan oleh pihak academy untuk segala kerosakan yang dialami dalam trajedi penyerangan.

"Buat permohonan bantuan pemulihan dari kerajaan! Punca kerosakan seperti ini, kalian boleh meminta kerajaan mahupun menara sihir.

Kerana musuh yang serang academy. Merupakan buruan semua kerajaan dan jugak menara sihir." Bicara Ryunosuke sambil menepuk kepala Aiko dengan lembut.

Mereka berbicara santai dan mula lalai.

Seketika satu cahaya gelap menyerang kearah mereka dengan kelajuan maksimum sehingga serangan itu tidak disedari oleh Aiko.

Ya! Serangan itu hanya tidak dapat dirasai serta ditepis oleh Aiko. Akan tetapi, serangan seperti itu sangat mudah untuk ditepis oleh Ryunosuke.

        Boom...Crashhh

Serangan tadi diarah kearah sampingnya lalu menghasilkan letakkan serta kehancuran yang sangat teruk. Dinding di dewan tersebut lopong ditengah-tengah.

Aiko menelan ludah kasar bila melihat kejadian yang hampir meragut nyawa mereka berdua tanpa dia sedari.

Tak sempat Aiko ingin bernafas lega, tiba-tiba muncul satu lagi serngan yang kali ini datang secara bertubi-tubi.

Ryunosuke menahan serangan tersebut menggunakan lapisan sihir pertahanan selama 15 minit. Dia jugak tidak lupa mengatifkan bom asap disekitar mereka berdua. Dengan tujuan dapat mengelirukan musuh.

Tanpa membuang masa, Ryunosuke membawa Aiko ke luar dari dewan dan menuju di kawasan yang lapan dan jauh dari academy.

Ryunosuke memilih lokasi mereka berdarat di belakang academy yang menjadi padang terbesar dan sering digunakan untuk kelas amali.

"Kenapa kita kesini?" Soal Aiko kwpada Ryunosuke yang sedang mengatifkan sihir secara membongkok.

Satu lingkaran sihir yang cukup besar muncul di permukaan tanah. Aiko binggung melihat lingkaran tersebut. Dia tidak mengetahui racangan tunangnya itu untuk berhadapan dengan pihak lawan.

"Untuk mengelakkan dari korban jiwa." Kata Ryunosuke lalu menunjukkan satu simbol yang muncul di tangan kanan Aiko.

"Ini! Bukan lambang FairyTaniah?" Bicara Aiko yang terkejut melihat simbol logo naga keemasan milik academy FairyTaniah.

"Yes! Buat masa ini. Hanya logo tu je yang saya ingat. Logo WhiteFairy masih samar-samar!" Ryunosuke mengaru kepalanya. Dia harap kekasihnya itu tidak terasa hati.

Bukan tidak ingat cuma dia memerlukan masa yang sangat lama untuk menghilangkan sikap kesetiaannya pada academy FairyTaniah. Apatahlagi dia dulu seorang ketua pelajar.

Walaupun pada alasannya dia memang lupa dan tidak ingin ambil tahu!

"Ohhh faham-faham. Tapi bagus jugak. Pelajar lain akan tahu pasal awak yang masih selamat." Kata Aiko dengan penuh semangat.

"Erk! Itu mustahil. Hanya pelajar asal FairyTaniah yang tahu simbol tu. Orang luar tidak tahu kenapa simbol emas itu muncul pada tangan masing-masing." Kata Ryunosuke yang telah mematahkan semangatnya.

"Kenapa!?" Aiko tidak bersetuju. Dia kesal dan geram. Ryunosuke tertawa kecil sambil menggosok-gosok kepala Aiko.

"Itu adalah salah satu hak keistimewaan yang dimiliki oleh semua pelajar di Academy FairyTaniah. Tanda itu akan diberi pada setiap calon pelajar academy pada hari kemasukan pelajar. Tanda itu akan muncul tiap kali ada serangan yang berbahaya. Tidak kira dari luar mahupun di dalam academy." Jelas Ryunosuke.

"Kiranya ini lambang bagi setiap pelajar lah ye!" Aiko ingin penjelasan lagi dan dia tersenyum bila melihat Ryunosuke menganggukkan kepala.

"Hebat!! Boleh guna cara ini. Hehehe." Selamba je Aiko mengatakan hasrat tanoa meminta persetujuan dari Ryunosuke. Pemuda itu hanya mampu tertawa sambil menggeleng kepala.

"Sudah! Kembali fokus. Musuh dah nak dekat Aiko" kata Ryunosuke lalu menatap serius kearah pintu belakang Academy.

"Baik bos!" Balas Aiko dengan penuh semangat juang.

Ryunosuke mengangkat satu tangan kearah Aiko. Seketika satu lingkaran sihir muncul dibawah telapak kaki Aiko.

"Ryu!!" Aiko menjerit bila merasakan tubuhnya dibawa secara melayang. Dia berdarat di tenpat yang cukup jauh dari Ryunosuke.

"20 meter! Duduk diam-diam kat sana! Ini perlawanan diantara lelaki." Ucap Ryunosuke yang kini sedang mood serius.

Gerun. Itulah yang dirasakan oleh Aiko bila melihat sikap dingin Ryunosuke dalam medan pertempuran.

Sosok yang sangat ditakuti oleh semua orang bila didalam mood pertempuran. Ryunosuke tidak akan memberi pertimbangan pada setiap musuh tidak kira jantina dan umur. Semua dipukul rata tanpa ampun. Kecuali musuhnya memilih jalan yang bukan diatas kehendak mereka sendiri.

Crashh!!

Suara pedang beradu yang telah menghasilkan bunyi benturan yang sangat kuat dan nyaring.

Ryunosuke tersenyum senis melihat kearah lawannya. Sakurai menatapnya dengan penuh dendam. Ryunosuke dapat merasakan keinginan musuhnya untuk mencabut nyawanya.

Mungkin harga diri lelaki itu tercalar bila dikalahkan cukup mudah oleh Ryunosuke tanpa mengenal tahu jati dirinya Ryunosuke yang sebenarnya.

"Wah! Wah! Niat membunuh kau tu tak boleh sorok ya." Kata Ryunosuke yang terkihat cukup santai.

Langsung tidak merasa takut atau tertekan menghadapi Sakurai yang merupakan salah seorang ahli yang mempunyai tingkat sihir yang tinggi di dalam organisasi SoleShadow.

Sebaliknya, Sakurai yang mula tersahut emosi bila melihat sikap tenang yang ditunjukkan dengan lawannya. Dia tidak menyaka di academy WhiteFairy akan mempunyai pelajar yang berpewatakan tenang dan tidak takut pada pertarungan.

Belum lagi kekuatan sihir serta fizik yang dimiliki oleh sosok yang kini sedang menjadi lawannya. Cukup sulit untuk dia mengalah sosok ini.

"Sial! Sape kau? Kalau kau nak hidup lama! Jangan kacau jalan aku." Jerit Sakurai dengan kuat dan penuh amarah.

Seperti tadi, Ryunosuke tetap mempamerkan wajah tenang. "Boleh saya tahu! Apa rancangan tu?" Bicara Ryunosuke yang hanya ingin memancing emosi lawannya.

"Aku akan bawak KELUARGA Hayashi bersana aku! Kalau kau nak hidup lama. Baik kau mundur sekarang." Kata Sakurai yang kini menguatkan tekanan pada pegangan pedangnya.

"Termasuk Aiko Hayashi ke?" Soal Ryunosuke dengan wajah selamba.

"Dia yang paling aku nak bawak! Dia akan jadi budak sex aku. Kau jangan risau. Aku jamin hidup dia akan macam di kayangan.

Jadi andai kau kesatria kerajaan. Maka kau jangan risau tentang keselamatannya. Hisup dia akan mewah di tangan aku!" Kata Sakurai sambil menatap nakal kearah Aiko yang kini sedang memeluk tubuh.

Seketika wajah Ryunosuke merubah tetapi dia tetap tersenyum. Bezanya senyuman mesra tadi bertukar iblis. Apatahlagi aura membunuhnya kian meluak keluar.

Sakurai dapat merasakan kekuatan hitam yang cukup pekat yang datang dari lawannya. Sehingga dia mula curiga dengan sosok itu.

"Sape kau sebenarnya! Mustahil kesatria suci ada aira sekejam milik kau!?" Kata Sakurai kepada Ryunosuke yang menatap dingin membunuh.

"Seseorang yang akan membawa kau ke neraka! Apa kau lupa dengan janji aku dulu!?" Kata Ryunosuke dengan suara yang ditekan.

"Jadi kau budak hari tu!" Kata Sakurai yang kini mula mengingati akan satu sosok  seorang kesatria peribadi pada gadis yang menjadi incarannya.

Akan tetapi, penampilan pemuda iti tidak sama seperti awal perjumpaan mereka. Seakan sosok yang berlainan. Tetapi mempunyai telat yang sama. Tidak! Sosok yang ini memiliki tekat yang sangat kuat.

"Kau rasa!" Ryunosuke menghadiahkan satu senyuman yang mampu membuat Sakurai menatap geram kepadanya.

Tanpa disedari oleh Sakurai, Ryunosuke telah melancarkan sihir kepadanya. Akan tetapi serangan itu dapat di tangkis oelh Sakurai yang kini telah melompat dari posisi berhadapan dengan Ryunosuke.

Sakurai mengakat jubahnya yang telah hangus terbakar akibat dari sihir api kepunyaan Ryunosuke. Dia tersenyum kecil, pemuda yang menjadi lamannya memilih dua elemen sihir.

Nampaknya pemuda ini tidak lah sekuat yang disangka. Apatahlagi dia tidak merasa mana dari elemen selain angin dan api. Kemungkinan untuk dia menang sangat tinggi. Seperti biasa. Dia tidak akan pernah gagal serta kalah dari orang lain.

"Kau jangan terlalu percaya diri Sakurai! Kau tidak tahu kekuatan dia seperti apa!?" Bicara satu suara gadis muda yang secara tiba-tiba muncul disebelah Sakurai.

Ya gadis itu adalah Haibara Haruka. Gadis itu telahpun bebas dari perangkap yang dibuat oleh Ryunosuke. Makan masa lama untuk melepaskan diri, apatah lagi dia turut menggunakan mana serta stamina yang cukup banyak sehingga melelahkan dirinya sendiri.

Sungguh keinginan untuk membuat sosok dihadapannya itu menjadi miliknya seutuhnya. Dia akan memastikan pemuda itu tunduk dibawa kakinya dan akan dibalas segala penghinaan yang telah Ryunosuke lakukan padanya tadi.

"Wahhh....Hebat! Sangat hebat! Aku tak sangka kau dapat lepaskan diri." Kata Ryunosuke yang telah tersenyum lebar kearah Haibara. Senyuman mengejek, itu yang terlihat dari mata Haibara.

"Aku tidak menafikan akan kekuatan yang kau miliki." Kata Haibara yang kini mula melangkah kearah Ryunosuke.

"Hmm" Ryunosuke hanya menatap kearah Haibara dengan pandangan kosong. Untuk saat ini bukan gadis itu yang menjadi incarannya tetapi sosok Sakurai yang sedang menatapnya dengan tersengih.

Niatnya untuk mencakar serta mencabik-cabik tubuh tersebut kian menguasai mindanya. Setiap kata-kata kotor yang diucapkan oleh mulut itu sampai ke hari ini dia masih mengingatinya.

Ryunosuke tidak menyedari bahawa Haibara telah pun berdiri dihadapannya dengan pandangan penuh hasrat. Segala tindakan Haibara diperhatikan oleh Aiko tanpa berkedip.

Jiwa wanitanya seketika terusik bila mwlihat pandangan wanita lain yang ingin merampas haknya. Dia mendengus kesal bila kekasihnya itu tidak menyedari kehadiran ulat bulu disekitarnya.

Kerana marah, Aiko menepis sihir perlindungan yang dibuat oleh Ryunosuke. Lalu dia melangkah kearah Haibar yang ingin memeluk kekasihnya itu.

Tangan Haibara kini telah pun terangkan dan semakin menguatkan sihir ilusi yang dilakukan pada Ryunosuke. Dia tersenyum bila mangsanya telah pun jatuh pada ilusinya.

Haibara ingin memeluk tubuh tegap tersebut dengan kedua tangannya. Akan tetapi aksinya terhenti bila sebilah pedang meluncur laju kearahnya.

Nak tak nak! Haibar terpaksa melepaskan targetnya dan mundur. Dia tidak akan sempat menakis serangan mendadak tersebut akibat mana gelapnya masih berkurangan. Apatahlagi dia berada di kawasan sihir murni. Jadi makan masa yang lama untuk mengembang mana kegelapan yang menjadi kekuatanya.

"Serangan mudah macam tu! Kau tak boleh nak handle? Sangat memalukan!" Bicara Sakurai yang tersenyum menghina pada Haibara yang telah kembali ke sisinya.

"Kekuatan aku belum pulih sepenuhnya! Kau sepatutnya tolong aku dari jauh! Kalau tidak pemuda itu dah jadi milik aku!" Kata Haibara yang geran dengan sikap santai Sakurai.

"Untuk apa! Mainan kau kan! Jadi usaha sendiri." Bicara Sakurai yang tidak mahu membantu Haibara untuk memiliki Ryunosuke.

Manakala di posisi Aiko dan Ryunosuke. Aiko menatap Ryunosuke yang lurus menatap kearah Sakurai dengan pandangan kosong. Aiko mengeluh kecil, kekasihnya dalam pengaruh sihir.

"Bangun lah sayang! Cup." Bisik Aiko lembut di telinga Ryunosuke lalu mengucup sekilas pipi kanan Ryunosuke.

Dari kecupan itu telah menyedarkan Ryunosuke dari pengaruh sihir dan dia menoleh kearah Aiko dengan bingung. "Ma..macam mana awak boleh ada kat sebelah saya!?" Soal Ryunosuke yang kini terlihat bingung.

"Sangat memalukan bagi seorang kelas 1 boleh kalah pada seorang yang baru sahaja berada di kelas 3!" Kata Aiko dengan kesal sambil memeluk tubuh.  Ryunosuke hanya tersenyum kekok dan dia mula menyedari bahawa tadi dia telahpun terlena akibat dari sihir.

"Ma...maaf dan terima kasih " kata Ryunosuke perlahan. Aiko hanya mendiamkan diri. "Pompuan gatal tu biar saya uruskan! Awak uruskan lelaki itu."

Ryunosuke tidak menerima cadangan dari kekasihnya itu tetapi Aiko tetap berkeras dengan pendiriannya "Saya tak nak awak tertangkap dan jadi budak nafsu ulat bulu tu!?" Bicara Aiko sambil merenung tajam kearah Haibara yang menatanya dengan pandangan menghina.

"HAHAHAHAHAHAHA! KAU NAK LAWAN AKU PUTERI MANJA! HAHAHAHA SANGAT KELAKAR!?

AHHHHHH! Aku baru ingat sesuatu.

Heh puteri manja! Mari kita berduet! Kalau aku menang, pasangan kau akan jadi milik aku seutuhnya.

Andai kau menang aku tidak akan mengganggu pasangan kau!?

Seperti yang dijanjikan oleh pasangan kau! Dia boleh menjadi milik aku andai kau dikalah kan.

Betul tidak bakal suami ku!? Bicara Haibara sambil menatap manja pada Ryunosuke yang kini sedang menelan ludahnya.

"Ryu!? What are you doing behind me!?" Soal Aiko yang kini menatap tajam kearah Ryunosuke. Pemuda itu terbatuk-batuk.

Hilang terus aura membunuhnya. Malah hasrat untuk membantai Sakurai terus hilang bila melihat angin Aiko yang telah ke mood buruk.

"Hahahahaha! Kenapa? Takut kalah? Mengaku kalah jelah! Kau tak akan dapat kalah kan aku. Daripada kau terbaring di hospital. Baik kau serahkan pasangan kau pada aku yang mulia puteri." Kata Haibara dengan penuh ejekan.

Sakurai dan Ryunosuke hanya memasang mata dan telinga. Mereka tidak berminat untuk bersuara.

"Malangnya itu bukan prinsip aku perempuan gatal! Jangan kau bermimpi dapat memiliki hak aku!?" Bicara Aiko lalu mula menyerang Haibar dengan kekuatan yang cukup dasyat.

Aiko membawa musuhnya pergi meninggalkan kawasan tersebut dan hanya meninggalkan kedua lelaki yang kini hanya menatap diantara satu sama lain.

"Aku tak faham dengan pemikiran pompuan! Tetapi aku ada sesuatu penawaran pada kau. Dan itu tidak akan merugikan dirimu!?" Bicara Sakurai memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.

"Jadilah salah seorang dari kami. Serahkan Aiko pada aku. Dia akan jadi pompuan aku. Aku jugak berjanji bahawa dia akan aku guna dalam masa yang panjang sehingga lah aku mula rasa bosan.

Ohh yaaa! kalau kau berminat mahu bermain dengan Aiko akan aku tunaikan. Asalkan aku yang menjadi orang pertama. Jangan risau. Aku jenis orang yang akan berkongsi pada sesiapa sahaja yang menyukai wanita yang telah aku pakai. Kesenangan perlu dikongsi!" Bicara Sakurai dengan penuh bangga.

Ryunosuke tersenyum dingin kearah Sakurai. Hatinya betul-betul panas bila mendengar bicara kotor dari Sakurai.

"Malangnya aku tidak tertarik! Perlu kau tahu!? Aku tidak suka berkongsi apatahlagi pasangan!?" Kata Ryunosuke dengan penuh dingin.

"Hahahahaha! Degil! Sangat degil! Kalau itu yang kau inginkan. Terpaksa kau harus tidur untuk selamanya." Kata Sakurai kepada Ryunosuke dengan pandangan yang mula serius.

"Kita tengok! Antara aku atau kau yang akan tidur untuk selamanya!?" Kata Ryunosuke dengan penuh hasrat membunuh.

Mereka berdua berpandangan diantara satu sama lain dengan penuh hasrat pertarungan.

Pertarungan sengit diantara mereka berempat mungkin mampu memberi impak besar pada Academy WhiteFairy.


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C23
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ