Pusat Pemerintahan & Pemantauan Sihir
Sedunia ( Menara Sihir)
Terdapat meja bulat yang berukuran besar terletak di tengah-tengah bilik.
Di kerusi pertama di bahagian utara diduduki oleh Sasuke Uchiha yang merupakan ketua pengasas Pusat Pemerintahan & Pemantauan Sihir Sedunia ( Menara Sihir).
Kerusi yang berada di bahagian selatan yang bertentangan secara langsung diduduki oleh kerajaan Rull Magic. Tetapi kerusi itu masih kosong semenjak berlakunya malam berdarah tersebut sehingga lah sekarang.
Masih tidak ada sebarang perkembangan tentang kerajaan tersebut. Seakan khabar angin yang mengatakan tentang putera mahkota yang telah terkorban adalah benar, kerana sehingga ke hari ini pemuda itu masih tidak menunjukkan batang hidungnya di setiap mesyuarat yang telah diadakan sepanjang tahun.
Untuk bahagian Timur, terdapat 3 kerusi yang mewakili kerajaan dari WhiteFairy (Ayato Hayashi), Antartika (Mickey Fuyuki) dan Ironland Magic (Genzo Wakabayashi).
Di kerusi bahagian barat, turut memiliki tiga kerusi yang mewakili kerajaan dari Sorakaze (Thubasa Nakikaze), Flowerfairy (Hanako Ikezawa) dan Waterlandfairy (Rin Izumi.)
Ke 7 kerajaan tersebut dikumpulkan di satu ruangan yang sama. Satu bilik yang luas yang berada di tingkat 8 di bangunan menara sihir dan bilik ini berada di bahagian tengah.
Di meja bulat tersebut turut memiliki LCD lutsinar di tengah meja. Akan ada lambang ataupun emej yang akan ditayangkan pada setiap menit berlangsungnya perbincangan mereka.
" Bukan kerajaan Rull Magic telah musnah! Sepatutnya nama kerajaan itu dicabut dalam daftar nama kerajaan yang ada." Kata Thubasa sambil menatap ke arah kerusi kosong milik kerajaan Rull Magic dengan perasaan meluat.
"Ahli waris keluarga Nishimura masih ada yang hidup!
Lagipun kerajaan itu masih ada perkampungan kecik yang masih selamat sehingga kini.
Jadi kerjaya Rull Magic belum lagi hancur sepenuhnya." Balas Mickey dengan sangat dingin. Hatinya seketika panas bila mendengar bibit bicara dari raja yang pemerintahan dari kerajaan Sorakaze.
"Hanya tinggal 5 perkampungan kecil yang masih selamat, itu pun dari bantuan kerajaan Sorakaze.
Kalau tak aku yang tolong mungkin kampung tu dah musnah lama.
Sepatutnya kampung tu bertukar milik kerajaan Sorakaze. Sebab kerajaan aku yang banyak berjasa dalam perkembangan kampung tersebut." Kata Thubasa dengan niatnya sebenarnya. Dia telah lama mengidamkan kelima kampung dari kerajaan Rull Magic tersebut. Kerana memiliki perkembangan ekonomi yang sangat menguntungkan.
Kampung tersebut seharusnya jatuh pada tangannya, apatahlagi tiada pewaris dari kerajaan Rull Magic. Jadi tidak salah bukan kalau dia mahu kelima perkampungan kecil tersebut!
"Ewah! Ewah! Ewah! Sedapnya mulut anda berbicara wahai tuan Nakikaze yang terhormat.
Apa yang awak kata tadi! Kerajaan Sorakaze banyak menyumbang jasa pada keliama kampung kecil milik Kingdom Kerajaan Rull Magic!
Nampaknya saya dah tahu hadiah natal yang paling sesuai untuk tuan Nakikaze! Ya hadiah yang sangat terbaik!
Sebuah cermin berbingkai emas yang bersaiz besar agar dapat mencerminkan kan diri serta memperlihatkan sikap ketamakan yang anda miliki Nakikaze - San." Kata Hanako dengan penuh sinis kearah Thubasa yang kini sedang menahan amarah.
"Ops! Awak marah ke tuan Nakikaze! Maaf atas kelancangan saya dalam berbicara. Kerana saya telah terbiasa berkata benar.
Saya tidak suka berkata buruk apatahlagi mengambil kesempatan! Walaupun saya tahu awak sering melakukan hal sebegitu! Sungguh menjijikkan.
Ahh!!! Saya buat lagi. Maaf lagi sekali diatas sikap kelancangan saya Tuan Nakikaze!" Sambung Hanako dengan nada sebersalah. Tetapi hatinya puas bila melihat riak wajah yaang sangat ketara yang dipamerkan oleh raja dari kerajaan Sorakaze.
"Tuan Sasuke - Sama boleh saya tahu mengapa tuan tidak memulakan mesyuarat sekarang?" Soal Genzo kepada Sasuke yang sedari tadi dia lihat hanya duduk tenang sambil memejamkan kedua mahanya.
Sosok tersebut langsung tidak terganggu dengan kekecohan yang disengajakan oleh kerajaan Sorakaze.
"Dia belum datang! Tunggu lagi 15 minit lagi. Setibanya dia barulah perbincangan akan berlangsung." Balas Sasuke denagn nada tenang. Kedua matanya masih dipejamkan.
Kesemua yang ada di dalam bilik yang sama seketika terdiam bersama fikiran masing-masing. Kecuaki Ayato yang masih mengekalkan ketenangannya. Sama seperti Sasuke, dia turut menanti kemunculan seseorang yang telah dinanti oleh semua orang
Seseorang yang mampu mendiamkan mulut Thubasa yang sejak dulu menginginkan perkampungan dari kerajaan Rull Magic yang masih tersisa.
Dengan alasan, tiada pewaris dari keluarga Nishimura dan kerajaan Sorakaze banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi kelima perkampungan tersebut.
Padahal perkampungan itu dikembangkan tanpa menggunakan duit dari mana-mana kerajaan. Ke enam kerajaan magic hanya melindungi perkampungan tersebut dari menjadi target oleh pihak musuh.
Itu pun kebanyakan Kesatria berasal dari penduduk asal dan bekas pelajar dari Academy FairyTaniah yang dijaga khusus oleh menara sihir.
Maka keenam kerajaan tidak boleh mengambil kesempatan kerana mereka hanya lah memberi bantuan dari segi perlindungan sementara dan pembelanjaan semuanya ditanggung secara langsung dari pihak menara sihir.
Jadi yang layak pada tanah Rull magic dan anggota pelajar Academy FairyTaniah adalah Menara Sihir dan bukannya mana-mana kerajaan rasmi.
"Siapa yang Tuan Sasuke - sama tunggu! Adakah orang itu sangat penting?" Soal Genzo kembali.
Dia mula memikirkan sesuatu lalu seketika dia menoleh kearah kerusi yang menjadi tempat duduk bagi perwakilan kerajaan Rull Magic.
Genzo tersenyum kecil, dia seakan dapat menangkap gelaran siapa yang ditunggu oleh Penyihir agung apatahlagi melihat sikap tenang yang dipamerkan oleh Ayato.
Dia kambali berharap akan kemunculan kembali sosok tersebut. Bukan dia sahaja, Mickey, Hanako dan Rin turut berfikir yang sama dan memasang harapan tinggi akan kemunculan sosok yang sangat dikagumi oleh mereka bertiga.
"Apa yang penting selain apa yang saya bicara kan tadi!
Tuan Sasuka yang terhormat dan bijaksana. Saya rasa tidak ada hal yang lebih penting selain dari yang saya bicarakan.
Saya mohon, wujudkan lah keinginan saya untuk menjadikan kelima perkampungan tersebut menjadi wilayah kekuasaan Kerajaan Sorakaze.
Saya merasa berhak di atas kampung tersebut kerana saya banyak memberikan bantuan dan jugak tiada lagi pewaris sah bagi keluarga Nishimura untuk membangkitkan kembali Kerajaan Rull Magic Tuan Sasuke Uchiha?" Kata Thubasa dengan penuh penekanan dan mendesak. Tetapi Sasuke langsung tiada niat untuk membahas tentang segala yang dia katakan.
"Tuan sasuke tolong pertimbangan kan lagi keinginan saya, saya harap anda tidak mengecewakan kan saya!' sambung Thubasa tanpa malu meminta hak orang lain tapi memikirkan pandangan orang lain padanya.
Tapi riaksi Si Penyihir Agung tetap sama. Langsung tidak tercuit dengan apa yang dibicarakan. Dia ingin kembali mendesak tetapi muncul satu suara yang datang dari pintu masuk. Suara milik seseorang yang cukup dia kenali dan tidak ingin dia dengar, malah dia terlalu berharap bahawa orang itu terkorban sekali dalam trajedi berdarah tersebut.
Tetapi kebahagiaan serta keinginannya terpaksa berhenti sekarang. Tiada lagi kesempatan yang dia miliki bila kembalinya sosok tersebut di menara sihir. Hilang sudah keinginannya tanpa sempat dia capai.
"Maaf kerana terpaksa mengecewakan anda yang mulia Nakikaze, kerana saya Ryunosuke Nishimura pewaris takhta kerajaan Rull Magic masih bernafas sehingga kini." Kata Ryunosuke dengan penuh kepercayaan serta sikap beribawahnya yang menunjukkan ciri-ciri anggota kerajaan di hadapan semua orang yang ada di bilik tersebut.
"Maaf kerana saya lambat yang mulia, jadi apakah kita boleh mulakan perbincangan kita?" Sambung Ryunosuke setelah memberi salam kepada Sasuke dengan sopan. Kini dia sedang mempamerkan wajah handalannya.
Tersenyum dingin dan itu lah salah satu ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang Ryunosuke Nishimura. Semua pemerintahan dan pengurusan menara sihir memandang kearah Ryunosuke dengan penuh semangat kecuali dari kerajaan Sorakaze.
" Satu organisasi tidak rasmi telah ditubuhkan di suatu tempat and organisasi telah lama bertapak.
Majoriti pengikut mereka mengawalkan 100% sihir hitam ataupun sihir larangan. Pengikut tidak mengira jantina dan usia. Tetapi kebanyakan dari mereka masih terlalu muda." Jelas Ryunosuke kepada semua yang ada di bilik tersebut tentang organisasi gelap yang sedang aktif secara diam.
"Bagaimana orang muda boleh terlibat!" Tanya Rin kepada Ryunosuke, kali ini dia mengambil serius. Malah dia mencatat beberapa poin yang dia rasa perlu di buku catatan hariannya.
"Mungkin pihak musuh telah menjanjikan sesuatu yang menguntungkan pada orang muda!
Kalau aku tawarkan sesuatu yang menjadi incaran kau, sudah pasti kau akan tertarik dan mudah menerima penawaran yang aku ajurkan asalkan kau sudi bekerjasama dengan aku untuk sesuatu perkara.
Itu lah yang digunakan oleh mereka untuk mencari anggota.
Dengan kata lain, tiada pengecualian dalam memilih anggota asalkan orang tersebut sanggup menerima aturan serta menghadapi segala risiko.
Kalau sanggup! Maka orang itu akan dijanjikan dengan semua keinginannya." Terang Mickey yang mulah memahami sedikit informasi yang diberikan oleh idolanya itu.
"Exactly! Tapi ada sahaja yang terpaksa bergabung. Selalunya mereka dari tahanan ataupun budak yang ketua mereka beli untuk dijadikan balaci." Ryunosuke menambah sedikit informasi yang diterangkan oleh Mickey.
"Jadi apa tujuan mereka! Mesti ada tujuan diaorang ditubuhkan.
Mustahil tiada tujuan utama, betul tidak!" Soal Haruka kepada Ryunosuke yang tersenyum kecil lalu terlihat imej ke tujuh kerajaan serta bangunan menara sihir di tengah meja.
"Tidak pasti sama ada apa yang saya fikirkan betul atau tidak!
Kemungkinan mereka menginginkan kekuasaan ataupun sebaliknya. Maaf untuk yang itu saya masih dalam penelitian.
Tetapi saya akan cuba mencari jawapan dalam masa yang terdekat!" Balas Ryunosuke kepada soalan yang diajukan oleh Haruka.
"Kalau kau tidak tahu apa-apa pun pasal benda ni, sepatutnya kau tidak perlu berlagak pandai. Sangat memalukan!" Niat Ryunosuke untuk duduk terhenti bila telinganya menangkap nada sinis dari Thubasa yang dia rasa masih menyimpan perasaan marah padanya.
"Maaf kan saya andai informasi yang saya bagi tidak terlalu lengkap dan memuaskan anda tuan Nakikaze.
Saya berjanji bahawasanya di kemudian hari, akan saya tingkatkan lagi informasi yang akan saya bentangkan.
Mohon maaf diatas kekurangan yang telah saya lakukan pada hari ini! Yang mulia Uchida dan kesemua barisan pemerintah yang ada khususnya kepada Tuan Nakikaze.
Di kesempatan ini jugak saya turut ingin memohon maaf kerana telah menyusahkan kalian kerana menjaga keselamatan tanah-tanah dari kerajaan saya yang masih tersisa. Lagi sekali saya mohon maaf kerana telah menyusahkan kalian semua!" Kata Ryunosuke sambil mengbongkokkan badannya disamping kerusinya.
Semuanya terkejut bila melihat seorang pemuda yang terkenal dingin dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa pun.
Kini sedang mengbongkok badan 90 darjah sambil meminta maaf diatas kesusahan yang telah diberikan olehnya.
"Berdiri dengan benar Nak! Saya sangat berpuashati dengan segala informasi yang telah kamu berikan.
Sepatutnya kami yang berterima kasih pada kamu kerana sudi meneliti tentang musuh kerajaan tanpa meminta pertolongan dari kami semua untuk meringankan beban kamu.
Informasi yang kamu beri memang tidak lengkap tetapi saya faham kesukaran yang kamu alami semasa melakukan penelitian tentang organisasi yang cukup berbahaya. Apatahlagi hanya kamu seorang sahaja yang menjalankan. Sudah pasti akan banyak resiko.
Bangun lah nak, tidak perlu merasa bersalah. Kerana informasi yang kamu beri sangat membantu. Terima kasih dari saya Ryunosuke.
Kamu tidak pernah mengecewakan sejak dari dulu lagi. Saya sentiasa menantikan keajaiban dari kamu nak." Kata Genzo yang menyuruh Ryunosuke untuk kembali berdiri tengok.
Dia tahu akan niat Thubasa untuk menjatuhkan Ryunosuke kerana keinginannya tidak dapat dimakbulkan.
Sehingga dia menggunakan kelemahan Ryunosuke agar dapat memalukan pemuda tersebut serta membuatkan mereka semua meragukan prestasi anak muda tersebut.
"Betul tu Ryunosuke, saya rasa informasi yang kamu bagi sangat lah berguna dan masih boleh digunakan sebagai rujukan. Saya turut berterima kasih.
Dan saya memuji kamu bukan kerana kamu merupakan bakal menantu saya. Tetapi saya memuji kamu dalam melakukan sesuatu tindakan serta menjalankan kerja dengan sangat memuaskan!" Kata Ayato dengan sengaja menekan nada-nada bicaranya agar Thubasa tidak kembali membuat onar.
"Dan untuk penjagaan tanah, para rakyat serta pelajar Academy FairyTaniah bukan lah menjadi kesusahan ataupun beban pada kerajaan Antartika.
tapi sebaliknya, saya sangat berbesar hati bila dapat menghulurkan bantuan. Kerana kerajaan Rull Magic banyak berjasa pada saya mahupun pun kerajaan Antartika." Tutur bicara Mickey sangat sopan dan terlihat ikhlas.
Tanpa disedari dari semua orang, Mickey sedari tadi menahan diri untuk memeluk sosok yang sangat dia rindukan itu.
Baginya sosok tersebut adalah keluarga dan sudah pasti selepas perjumpaan ini tamat. Dia akan meluangkan masa bersama abang angkatnya itu tanpa bersikap formal seperti sekarang.
"Baiklah! Tetapi saya tetap berterima kasih kerana sudi membantu." Akhirnya pemuda itu mengalah. Dia menegak tubuhnya menghadap kesemua yang hadir .
"Baiklah kerana tiada lagi yang ingin di bincangkan! Perjumpaan untuk kali ini dibubarkan." Putus Sasuke yang kini telah pun bangkit dari kerusinya.
Terlihat setiap dari mereka mula meninggalkan kawasan tersebut menuju ke destinasi masing-masing.
Begitu jugak dengan Ryunosuke yang ingin kembali ke rumahnya. Tetapi satu suara telah menghentikan langkahnya. Dan suara itu berasal dari Mickey.
"Tu.. tunggu sebentar Abang Ryu!" Panggil Mickey dengan sedikit menguatkan suara agar didengari oleh abang angkatnya itu.
"Abang apa khabar sekarang?
Kenapa tak maklumatkan pada saya yang abang masih selamat?
Adakah abang tinggal di kerajaan WhiteFairy!
Apakah mereka memperlakukan abang sebaik mungkin!
Sekarang abang masih belajar ataupun telah bekerja?
Bagaimana hubungan abang dengan kakak Aiko? Adakah masih diteruskan!
Saya yakin! Sangat yakin. Ya kakak Aiko akan setia mencintai abang kerana hati kakak tidak seperti perempuan lain." Kata Mickey dengan pelbagai pertanyaan kepada Ryunosuke secara bertalu-talu.
Ryunosuke hanya menggelengkan kepalanya perlahan bila menghadapi sikap Mickey yang banyak mulut. Sikap adik angkatnya itu seakan sikap rakan masa kecilnya.
Tetapi bicara yang diucapkan oleh Mickey tidak seteruk Akira yang kerap menceritakan perjuangannya dalam merebut hati banyak wanita, miskipun gagal.
"Abang tak mampu nak jawap pertanyaan kamu satu-persatu. Marilah ke suatu tempat yang sesuai untuk kita berbicara. Sambil tu boleh minum kopi." Ajak Ryunosuke kepada Mickey yang kini terlihat cukup bersemangat.
"YEAHH!!! lama tak lepak dengan abang. Saya rasa tersanjung!" Ucap Mickey dengan penuh perasaan teruja. Dia jugak ingin melompat kerana kegeringan. Tetapi dia tidak mampu kerana berada di tempat terbuka dan terdapat beberapa bangsawan di sini.
Tertawa Ryunosuke dibuatnya melihat gelagat Mickey yang sering terlihat ceria bila dia memberi sesuatu ataupun mengajak pemuda itu untuk bersantai bersama.
"Tidak perlu terlalu bersemangat! Hanya minum kopi dan makan beberapa manisan. Tidak mewah sama sekali.
Marilah ikut abang. Kita ke bilik kerja abang di sini." Ucap Ryunosuke kepada Mickey yang patuh mengikut setiap langkah yang dia ambil.
Kini dia telah tiba di pintu masuk ke biliknya yang memang disediakan oleh pihak menara sihir. Tetapi bukan dia sahaja yang diberikan kemudahan seperti ini, tetapi para wakil dari setiap kerajaan turut diberikan hak keistimewaan oleh menara sihir.
"Selamat kembali Abang Ryu" kata suatu suara lembut dan manja yang datang dari dalam bilik setelah dia menarik pintu itu.
Ryunosuke hanya tersenyum kecil bersama Mickey yang berada di belakangnya. Melihat kewujudan Aiko di biliknya, sudah membantunya dengan menjawab segala pertanyaan dari adik angkatnya tentang hubungan percintaan diantaranya dan Aiko.
"Ah Mickey pun ada! Selamat sejahtera dan semoga anda diberkati Yang mulia Mickey Fuyuki " ucap Aiko lalu memberi salam hormat kepada Mickey yang kini sedang menatapnya dan Ryunosuke sering mengganti.
"As you see!That is the answer to one of the questions you asked to me" kata Ryunosuke dan Mickey hanya menganggukkan kepalanya dengan patuh.
"Err ada apa ni? Yang mulia Mickey, Ryu!" Soal Aiko yang hairan dengan sikap kedua pemuda yang berbeza umur tersebut.
"Tidak ada pape kakak. Oh ya! Tidak perlu bicara formal dengan Mickey kalau tidak berdepan dengan para bangsawan yang sangat menyusahkan itu!" Kata Mickey dengan begitu santai masuk kedalam tanpa meminta kebenaran dari Ryunosuke yang hanya tersenyum kecil sambil mengusap manja ubun-ubun rambut di atas kepala Aiko.
"Tolong mintak pelayan hidangkan minumam bersama beberapa jenis makanan manis ke sini." Ucap Ryunosuke sambil merangkul bahu Aiko dengan penuh mesra.
"Baiklah. Sila tunggu sebentar. Kalian bersembang lah dulu nanti saya menyusur. Saya pergi keluar dulu." Kata Aiko lalu keluar dari tempat itu setelah mencium pipi Ryunosuke secara sekilas.
Tat! Kedengaran pintu yang ditutup secara perlahan oleh Aiko dan kini hanya terdapat dua sosok sahaja yang berada di bilik tersebut.
"Bilik ni agak lain! Abang tukar deko bilik ke?" Kata Mickey yang matanya tidak lepas dari meneliti setiap sudut di bilik tersebut yang dihiasi dengan peralatan moden bertemakan royal blue.
"Yep! Tapi ada je yang masih kekal. Deko pun sikit-sikit je." Kata Ryunosuke yang kini sedang mengambil tempat depan di hadapan Mickey.
"Simple tapi nice!" Puji Mickey dambil menupuk sofa yang sedang didudukinya.
"Ya! Simple lagi better dari sarat barat buat kepala serabut. Cukup lah kerja yang buat abang serabut jangan benda lain! Tak fokus nanti." Kata Ryunosuke sambil tertawa kecil.
"Kamu apa khabar! Tahniah diatas ketabalan kamu sebagai seorang pemerintah. Kamu merupakan Raja yang paling muda bagi semua kekaisaran yang ada." Puji Ryunosuke dengan ikhlas. Dia turut bangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh pemuda yang berada dihadapannya.
Mungkin di luar sana, mengganggap remeh seorang Mickey Fuyuki. Tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu akan segala perjuangan pemuda itu dalam mencapai tempatnya yang sekarang. Salah orang tersebut adalah dirinya, seorang guru muda yang ikhlas menjadikan Mickey sebagai anak didik.
Setiap hari dia melatih Mickey dengan latihan yang cukup kerasa tapi kini segala usaha mereka telahpun mendapat hasil yang cukup membanggakan.
"Itu semua diatas bantuan abang yang sanggup menerima saya yang merupakan seorang pencudang di keluarga Fuyuki." Kata Mickey dengan rendah hati.
"Tapi sekarang kamu bukan lagi seorang pencudang!
Kamu telah berjaya membuktikan usaha kamu sendiri pada mereka tanpa campur tangan dari kuasa ayah kamu.
Hal seperti itu haruslah kamu banggakan Mickey dan kamu tidak boleh sentiasa merendah diri." Ujar Ryunosuke kepada Mickey yang tersenyum kearahnya.
"Tanpa abang! Mungkin saya tidak akan ada di tempat saya sekarang. Mungkin masa tu saya dah tinggal nama sahaja. Itu pun kalau orang masih mengingati saya." Balas Mickey yang masih merendah di hadapan Ryunosuke.
Mungkin dihadapan orang lain, sikap sopan dan merendahkan diri seperti sekarang tidak akan berlaku. Kerana sikap seperti itu hanya akan ditunjukkan kepada orang tertentu sahaja dan Ryunosuke merupakan orang sangat berharga padanya.
"Tak perlu perkata macam tu! Abang hanya menghulurkan bantuan, tetapi azam kamu yang telah berjaya mencapai semua yang kamu miliki sekarang.
Jadi tidak perlu bersikap seperti itu Mickey. Kamu dah seperti keluarga pada abang." Ucap Ryunosuke dengan senyuman tulusnya.
Mickey tersenyum sumbing, sungguh hatinya kini kian berbunga bila sosok yang sangat dibanggakan menganggap dirinya sebagai ahli keluarga. Berita itu sangat mengembirakan hatinya.
"Hehehehe! Jadi tidak salah kalau saya mintak di ulus macam zaman saya kecil dulu kan abang?" Pinta Mickey dengan memasang puppy eyes kepada Ryunosuke.
"HAHAHAHAHAHAH! Sudah tentu asalkan kamu tidak segan." Kata Ryunosuke dengan begitu senang. Dia membawa tangan kanannya keatas kepala Mickey.
Setelah itu dia mengusap gemas di kepala tersebut sehingga rambut mickey sedikit berantakan tidak kemas seperti tadi. Tetapi itu tidak menjadi masalah, sebaliknya Mickey menikmati usapan itu dengan sepenuh hati.
3 minggu kemudian, Ryunosuke mempercepatkan langkah kakinya ke bilik Sasuke. Kerana lelaki itu ingin berjumpa dengannya setelah tamat waktu pelajaran.
Hatinya tertanya-tanya akan ajakan dari Sasuke yang secara mengejut tidak seperti sebelumnya. Lelaki tua itu akan membuat janji terlebih dahulu tapi untuk hari ini dia mendapat perintah last minit setelah dia tamat pengajiannya tadi.
"Maaf kerana membuat atuk menunggu! Ryu kene selesaikan urusan kerja dengan kumpulan pelajar. Sebab itu Ryu lewat." Sape Ryunosuke setelah tiba di bilik tersebut.
Dia mengambil tempat di hadapan Sasuke yang sedang meneliti dokumen yang berselerak di atas meja.
"Tidak mengapa Ryu. Atuk sudah dimaklumkan oleh guru kamu Sakura." Ucap Sasuke yang telah menutup document yang sedang di periksanya tadi sebelum kedatangan Ryunosuke.
"Baiklah kerana kamu disini. Atuk ingin memberi tahu kamu sesuatu dan ini sangat penting!" Kata Sasuke kepada Ryunosuke yang kini menatapnya dengan oenuh tanda tanya.
"Apa itu!" Kata Ryunosuke yang penuh minat. Dia turut membetulkan kedudukannya.
"Tentang organisasi yang sedang kita hadapi." Kata Sasuke dengan penuh serius.
"Bukam ke organisasi itu sedang sedang senyap! Dalam dua ke tiga minggu tidak ada sebarang pergerakan dari mereka.
Ya walaupun begitu kita tetap tak boleh tarik nafas tenang! Cuma... dapatlah berehat dalam masa yang singkat sebelum mereka kembali buat onar." Tutur Ryunosuke lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi. Apa yang dikatakan itu adalah informasi yang dia perolehi dari hasil melakukan misi di guild sihirnya.
"Ya! Tetapi mereka turut mencari keberadaan kamu dan adik bongsu kamu. Jadi saya harap kamu berhati-hati dengan setiap langkah yamg kamu ambil Ryu." Ucap Sasuke kepada Ryunosuke.
Dia berkata seperti itu kerana mengetahui dengan keterlibatan Ryunosuke secara langsung di sebuah guild sihir yang cukup terkenal di kerajaan WhiteFairy.
Segala misi ynag dilakukan pemuda itu sangat berisiko apatahlagi pihak musuh sedang memburu wnak muda tersebut. Jadi jati tuanya sedikit risau dan ingin pemuda itu untuk berhenti mencari informasi melalui ketelitiannya secara langsung.
"Kalau kamu masih mahu teruskan kerja ini, kamu boleh menggunakan perkhidmatan mata-mata atau sebagainya.
Kamu tidak perlu turun tangan secara langsung seperti ini. Terlalu banyak risiko yang akan kamu hadapi." Kata Sasuke dengan penuh leteran kepada Ryunosuke.
"Saya akan jujur depan publik bahawa saya masih hidup!" Putus Ryunosuke yang membuatkan kedua biji mata Sasuke membesar.
Kalau dulu dia sangat menantikan saat kemunculan anak muda itu tetapi kerana ramalan yang dia dapat. Keinginannya menjadi sinar.
"Te..tetapi itu akan ada masalah besar yang muncul! Malah bahaya akan semakin dekat pada kamu anak muda! Malah pihak musuh akan tahu keberadaan kamu yang masih hidup!" Kata Sasuke yang terlihat tidak menyetujui keinginan anak muda dihadapannya itu.
"Dan itu yang saya inginkan atuk!
Kalau kita mahu jerat mangsa kita perlukan umpan yang sangat mereka sukai.
Maka dengan sendirinya diaorang akan keluar dari sarang mereka untuk menangkap umpan yang tanpa mereka sedar menjerat mereka kembali!" Kata Ryunosuke dengan penuh penegasan dan dia telah membuat keputusan untuk bangkit melawan musuhnya.
Bangkit untuk melawan agar keadilan orang-orang yang sanggup bergadai nyawa untuknya. Dia harus mewujudkan impian mereka.
Jadi dia akan bersiap sedia untuk menerima segala resiko yang akan dia hadapi termasuk mengadaikan nyawanya. Asalkan kematian mereka semua dapat dituntut bela.
"Kamu yakin dengan jalan yang telah kamu pilih ni Ryu!" Kata Sasuke dengan merenung kedalam kedua maya merah kepunyaan cucu angkatnya itu.
Cukup jelas di matanya, api menuntut bela serta semangat juang yang sangat kuat terpancar di kedua mata berkilau tersebut.
Sasuke hanya mampu tersenyum hambar, dia seakan tidak mampu lagi menghalang pemuda itu untuk meneruskan keinginan itu.
Dia tidak tahu lagi untuk menghalang ramalan itu berlaku hanya mampu berdoa agar akan muncul keajaiban kelak.
"Baiklah kalau itu menjadi pilihan kamu. Tetapi bermula di Kerajaan WhiteFairy dan jugak Academy disana.
Bersihkan nama kamu dengan penuh pencapaian lalu lebarkan sayap kamu nak! Saya kan memantau kamu dari jauh. Semangatlah dan jangan mudah jatuh kembali." Pesan Sasuke sebelum memutuskan perjumpaan mereka.
Di Academy WhiteFairy, dia ruangan naik pengurusi pelajar terlihat kelibat Aiko yang sedang leka dia meja kerjanya.
Terdapat beberapa dokumen yang terpaksa diperiksa secara satu-persatu dan tidak lupa beberapa plastik jernih yang terdapat Roti yang perbagai jenis di samping dokumennya.
Aiko meregangkan kedua tangannya untuk menghilangkan lenguh-lenguh yang dirasakan. Setelah itu, tangan kanannya mencapai sebungkus roti coklat.
Klak! Aiko meluruskan pandangan matanya bila telinganya dapat mendengar suara pintu yang dibuat dari luar.
Aiko mengenyit geram bila melihat kehadiran seorang lelaki yang kini sedang tersenyum lebar melihatnya. Mood baiknya terus hilang, bila melihat kelibat itu yang tanpa adap memasuki ke biliknya tanpa meminta kebenarannya.
" Hayashi -Sama! Maaf. Saya sudah bagi tahu pada Nakamura-San bahawa anda tidak menerima sebarang tamu. Tapi.." kata satu suara lembut milik junior perempuannya Yang pengganti posisi Mieko yang kini sedang bercuti.
"Tidak mengapa Lina. Kamu boleh pergi. Biarkan dia masuk, mungkin ada sesuatu yang penting untuk dilaporkan pada saya." Potong Aiko dengan nada yang tegas dan dingin. Tetapi dia tidak melepaskan amarah pada insan yang salah.
Dia akan cuba berlagak biasa walaupun kini amarahnya telah hampir menguasai seluruh mindanya terhadap sosok lelaki yang kerap mengganggu serta melakukan sesuatu hati tanpa memikirkan perasaannya serta imej yang dia bawa sebagai seorang calon ratu di kerajaan Rull Magic.
"Selamat tengaharinya Shinichi Nakamura! Apakah ada sesuatu yang ingin kamu lapor kan pada saya.
Sehingga tidak sempat untuk meminta kebenaran, main masuk sahaja ke ruangan kerja saya.
Awak tahu bukan sikap seperti itu sangat menjatuhkan imej baik awak sebagai pewaris utama keluarga bangsawan. Jadi saya harap awak tidak mengecewakan saya dengan alasan yang akan awak berikan!" Kata Aiko sambil memeluk tubuh. Tubuh ramping di sandaran di kerusi kebesarannya.
Nadanya serta pandangan matanya cukup dingin. Sikapnya seperti memberi tahu pada pemuda dihadapannya bahawa dia sedang menahan emosi.
Jangan salah langkah! Maka sedialah menerima risiko amukannya yang mungkin tidak dapat dibendungnya. Malah kekasihnya sendiri akan mundur bila melihat sikap Aiko yang sedang mengamuk.
"I miss you baby! That's why I came here. It's been a long time since we were together like before." Kata Shinichi dengan lemah lembut. Mukanya begitu tebal. Langsung tiada perasaan malu.
"what did you say? Miss me! you are not kidding are you!" Ucap Aiko dengan nada sinis. Tahukah pemuda itu bahawa dia loya mendengar kata-kata sampah yang diucapkan oleh mulut busut milik pemuda itu.
Lain lah kalau orang itu adakalah kekasihnya, Ryunosuke Nishimura. Mungkin dia sudah melompat kearah kekasihnya dengan penuh teruja.
Apatahlagi lagi mereka kini sudah jarang bertemu kerana memiliki kesebokkan masing-masing. Kemunculan pemuda itu sangat dinantikan olehnya namun bukan dengan kemunculan Shinichi Nakamura.
"I'm serious! I'm not joking. I really mean what I say to you. I really miss you so much." Balas Shinichi dengan penuh perasaan.
Tetapi perasaan itu masih tidak dibalas oleh sosok yang sangat dipuja nya. Malah sosok tersebut telah pun mengikat tali pertunangan dengan orang lain.
Tetapi itu dulu. Kini pertunangan itu telah oun putus kerana takdir mereka yang tidak direstui oleh dunia. Bakal suami Aiko telah pun kembali ke maha pencinta bersama anggota keluarganya lain.
Jadi fikirnya bahawa perasaan cintanya akan disambut oleh Aiko kerana kekaish hati milik pujaan hatinya telah pergi buat selamanya.
Dia yang akan menyulam kembali perasaan sayang di dalam hati kecil milik seorang Aiko Hayashi. Sosok yang sangat dibanggakan oleh semua golongan peria.
Apatahlagi sosok tersebut kini sedang berduka, jadi agak mudah untuk memujuk hati tersebut dengan segala perhatian yang dia beri.
"Jangan buang masa kamu terlebih lama Nakamura - san!
Pergilah. Kali ini saya lepas kan kamu. Andai di hari kemudian, kamu masih bersikap biadap seperti ini. Maka hukuman akan menanti kamu." Kata Aiko yang ingin Shinichi beredar dari ruangannya.
Sangat jelas keberadaan lelaki itu sangat tidak di sambut baik oleh Aiko. Malah gadis itu mengganggap kewujudan Shinichi seakan tidak ada.
Tetapi lelaki itu tetap degil dan mula berani. Tanpa merasa malu ataupun takut, dia membawa langkah kaki kearah Aiko.
Segala ancaman yang dilontarkan oleh Aiko langsung tidak di anggap. Dia sedar bahawa gadis manis itu tidak akan berani melapor segala perlakuannya kepada yang berwajib.
Tanpa sedar dia telah pun menyalahkan erti bagi niat baik seorang Aiko Hayashi. Bukan Kerana memiliki perasaan padanya tetapi Aiko tidak suka membesar sesuatu perkara yang baginya masih boleh di selesaikan tanpa sebarang bantuan.
Apatahlagi lagi ada seseorang yang sentiasa melindunginya di belakangnya dan tidak lupa mempunyai sikap yang cukup mengerikan. Jikalau sesuatu benda buruk yang berlaku padanya.
Sudah pasti tindakan itu akan dibalas secara kenjam oleh kekasihnya, Ryunosuke Nishimura. Prinsip pemuda itu simple, dia tidak akan kacau orang kalau orang itu tidak mengganggunya.
Tidak suka keluarganya di ganggu dan paling utama andai orang itu telah diberi tanda bahawa orang itu miliknya.
Maka tiada seorang pun yang boleh menyentuh miliknya selain dirinya sendiri. Kalau ingkar, bersedia untuk tinggal di hospital.
Aiko leka meneliti setiap dokumen tanpa menyedari bahawa yang telah hampir dengannya.
Sehinggalah satu suara garau milik Shinichi terdengar di sebelah telinga. Seketika tubuh Aiko tersentak kaget. Tubuhnya lantas berdiri.
Dia memusingkan tubuhnya menghadap kearah Shinichi yang kini tepat berada di belakang tubuhnya.
Dia turut merasakan tubuhnya memberat dan sukar untuk digerakkan. Dia kini sedar bahawa dia telah pun cuai sehingga memudahkan pemuda gila itu melaku sihir diatas dirinya tanpa disedari.
Renungan tajam dia berikan kepada Shinichi yang hanya tersenyum sinis. Takut! Sape je tak takut bila dihadapkan dengan situasi yang cukup membahayakan. Tapi dia tidak boleh menunjukkan ketakutannya di depan musuh, dia tetap mengekalkan riak dingin dan berdoa agar ada keajaiban yang menolongnya.
"LANCANG! BERANI KAU BERSIKAP TIDAK SOPAN PADA ANGGOTA KERAJAAN SHINICHI NAKAMURA!" Jerit Aiko sepenuh hati tetapi jeritan itu tidak dapat didengar oleh orang luar. Kerana biliknya di bina dengan kedap suara.
Dan bertapa bodohnya dia meminta Lina untuk tidak menemaninya di satu ruangan yang sama. Sudah pasti dia tidak menghadapi posisi yang sangat ditakutinya.
"Kau jerit sekuat apapun! Tak akan ada sesiapa yang masuk kedalam bilik ni Sayang.
Kau tahu! Batas kesabaran aku dah sampai pada limitnya. Aku tak boleh tunggu lagi. Nak tunggu kau balas perasaan aku. Mungkin makan masa yang cukup lama.
Jadi aku rasa tak salah kalau aku ambik sesuatu yang berharga pada kau bukan! Sudah pasti kau akan jadi milik aku selamanya.
Aku tak faham! Macam mana pasangan kau yang dah mati tu boleh tahan dengan badan kau yang sangat menyelerakan.
Kalau aku ada di tempat dia! Sudah pasti setiap saat kita bersama akan aku gunakan sebaik mungkin. Pasti indah dengar suara rintihan kau dibawah aku Aiko.
Mungkin saat ini kita dah dikurniakan anak bersama! Tapi mungkin tak lama, semua yang aku impikan akan jadi kenyataan." Kata Shinichi dengan penuh hasrat memandang kearah tubuh badan Aiko yang kini mula terlihat bergigil.
"GI..GILA! LANCANG!!! BIADADAP!! KAU AKAN TERIMA HUKUMAN YANG BERAT KALAU KAU BERANI SENTUH AKU!." jerit Aiko dengan sepenuh hatinya. Perasaan takutnya tidak dapat di turupi lagi.
Seluruh tubuhnya kini terketar-ketar ketakutan. Dia ingin malawam tetapi tubuhnya tidak memberi riak tanda balas yang diinginkan. Sebaliknya tubuhnya di letak diatas meja dan dikunci.
Entah kenapa dia tidak mampu menggunakan tenaga sihirnya. Fisiknya sangat lemah tudak seperti sebelumnya. Seakan ada sesuatu yang membuatkan tubuhnya melemah.
"Aku tak sangkat perfume yang aku beli sangat berkesan!
Akhirnya saat yang aku tunggu datang! Jangan panit sayang. Rileks.
Aku akan melakukannya secara perlahan. Sakit pun hanya sebentar. Setelah itu kau akan merasakan kenikmatan yang tidak pernah diberikan oleh lelaki yang dah mati tu!" Kata Shinichi dengan penuh hasrat.
Tidak dihiraukan jeritan serta tangisan dari Aiko yang sedang ketakutan di bawahnya. Dia dengan lancangnya mencium telinga dan seluruh wajah Aiko.
Aiko sedaya upaya mengelakkan wajahnya dari menjadi mangsa nafsu dari seorang yang berhati binatang. Malah kekasihnya sendiri tidak berani mengambil ciuman pertamanya, andai bukan dia yang memulakan langkah terlebih.
Shinichi memegang dagu Aiko dengan kuat, lalu dia mendekatkan wajahnya ke wajah Aiko. Bibir merah kepunyaan Aiko sentiasa mengida di matanya. Kini dia dapat menikmati kelembapan bibir tersebut, malah dia turut akan menikmati setiap keindahan yang ada di tubuh Aiko.
Tetaoi niatnya terhenti bila pintu masuk Aiko di buka secara tiba-tiba oleh seseorang dengan sangat kuat.
Shinichi kesar bila kegiatannya diganggu. Apatahlagi tinggal seinci sahaja untuk dia menikmati bibir merah milik Aiko Hayashi.
Dia ingin marah kepada sosok yang sangat berani mengacau rencananya. Tetapi matanya membulat sepenuhnya bila melihat gelanggang yang cukup dikenalinya.
Seketika perasaan takut melanda dirinya bila melihat senyuman jahat yang sedang diberikan oleh sosok tersebut. Lantas dia melepaskan tubuh Aiko yang kini sedang menangis kecang di atas meja.
"Wah! wah! Adakah saya mengganggu waktu kamu SHINICHI NAKAMURA.
Saya tidak tahu bahawa kamu ingin MEMPERKOSA SALAH SEORANG DARI ADIK PEREMPUAN SAYA!
Jadi bagi tahu saya! Apakah saya perlu melakukan sesuatu pada kamu atau sebaliknya!" Kata sosok itu dengan penuh beribawah tetapi setiap langkah dan nada bicaranya mampu melumpuhkan seseorang itu.
Apatahlagi dengan Aura membunuh yang cukup mengcemkam disekitar si mangsa yang telah menjadi targetnya.
"Tetapi, saya perlu puji kamu kerana berani tunjuk sikap yang tidak sopan pada anggota kerajaan.
Jadi human seperti apa yang patut saya berikan! Tidak mungkin saya lepaskan kamu semudah itu.
Diri saya yang mungkin mengalami masalah dari amukan di Moster tu! Itu sangat menakutkan." Kata sosok itu sambil tersenyum senis kearah Shinichi yang kini hanya menunduk kebawah.
Seluruh tubuh bergetar. Dia tidak menyangka sosok tersebut akan kembali ke academy. Sungguh tidak di sangka. Akira Hayashi telah kembali ke academy WhiteFairy.