ดาวน์โหลดแอป
57.69% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 15: Kisah tunggu durian (true story)

บท 15: Kisah tunggu durian (true story)

Ramee tarik selimut. Dia tenung muka cikgu Salleh dalam-dalam. Bersedia untuk mendengar. Kakaknya Nomee ikut menyempit di situ. Mereka berkumpul di ruang tamu sambil duduk atas tikar mengkuang. Malam itu macam malam-malam minggu yang lain Cikgu Salleh datang bertandang ke rumahnya. Bercerita tentang kisah lama. Kisah semasa mereka muda –mudi. Kisah yang pernah dilalui ayah dengan kawan rapatnya- cikgu Salleh.

" Jas.. kau ingat cerita pasal kita menunggu buah durian?" Ayah tertawa mendengar pertayaan Cikgu Salleh . Mana mungkin dia lupa. Pengalaman itu masih jelas dalam ingatan biarpun sudah lama berlaku. Masa tu mereka masih bujang lagi. Ramee dan adik beradiknya yang lain tertanya-tanya. Mereka belum pernah mendengar kisah itu. Masing-masing menumpukan perhatian kepada Cikgu salleh dan ayah mereka..

*****

"AAuuuuuuuu.." Bunyi anjing melaung sayup. Salleh dan Jasmin tidak peduli sangat dengan bunyi laungan anjing itu. Benar bunyinya agak menyeramkan. Tapi mereka adalah anak muda. Anak lelaki mana boleh takut.

" Jas.. cepatlah!" Kata Salleh yang dibonceng. Jasmin mengayuh basikal lebih laju. Mereka akhirnya sampai.

" Kau suluh baik-baik jalan tu" Kata Jasmin pada Salleh yang memegang lampu picit. Basikal mereka parking di tepi pondok.

"Harap-harap banyak durian yang jatuh malam ni" Kata Salleh sambil menyuluh ke atas pokon durian yang berbuah lebat. Jasmin mengangguk angguk berharap hal yang sama. Sambil menghalau nyamuk dengan asap rokok mereka berbual-bual menunggu cik durian jatuh ke bumi. Mereka mencari-cari di bawah kalau-kalau sudah ada yang jatuh sebelum mereka sampai, tapi malangnya tiada.. 

" Aku tak sedap hati la dengar bunyi lolongan anjing tu.. kejap macam jauh.. kejap macam dekat" Kata Salleh menyuarakan rasa seramnya. Malam itu malam jumaat. Mulanya dia berkeras tidak mahu menunggu durian malam itu. Tapi setelah dipujuk Jasmin dia mengalah.

" Alah.. anjing saja. Apa mau takut!" Kata Jasmin menyakinkan Salleh meskipun bulu romanya sendiri turut menegak. Sebenarnya dia pun rasa lain macam tapi dia sengaja buat-buat berani.

"Buk!" terdengar bunyi durian jatuh.

" nah! dah pun jatuh sebijik! Jom cari.." mereka berdua berkeliaran mencari durian itu. Jasmin jumpa. Dia tersengih suka. Dia bersihkan daun kering yang melekat di celah-celah duri buah durian tu. 

" Baru sekejap kan sudah ada sebiji" Katanya puas hati. Durian itu agak besar dan baunya sungguh mengiurkan. Tapi lolongan sang anjing masih menganggu ketenteraman mereka berdua. Sekejap bunyi di kiri sekejap bunyi di kanan.

" Kau dengar tu.. tadi macam dekat je bunyi anjing tu. Sekarang macam dah jauh.. pelik kan?" Kata Salleh masih tak sedap hati. Dia menyuluh-yuluh semak dan pokok-pokok sekeliling ingin melihat kalau ada kelibat anjing. Tapi tidak kelihatan.

" Apa yang pelik. Anjing tu merayau sana sini sebab tu la bunyi dia kejap dekat kejap jauh.. lagipun adakala bunyi anjing tu dibawa angin tulah dengar macam dekat.. " Jasmin cuba mententeramkan perasaan kawannya. Hatinya turut gundah sebenarnya. Dia ingat cerita arwah Atoknya. Kalau 'benda' tu dekat bunyinya akan kedengaran jauh. Kalau 'benda' tu jauh.. bunyinya kedengaran dekat. Jasmin tak mahu menambahkan rasa kecut di hati Salleh. Jadi dia tak mahu cerita pasal cakap-cakap arwah Atoknya itu.

" Jas.. aku rasa kita balik sajalah. Dah jam 11 lebih ni. Lagi pun malam ni malam jumaat. Aku rasa tak senang hati.." Kata Salleh sambil menyuluh lagi ke atas pokok durian. Dia tiba-tiba tersuluh sesuatu berwarna putih.

"Eh.. apa tu?" Katanya lantas terus menyuluh. Tapi benda itu melayang pergi. Hilang sebelum sempat Jasmin melihat kelibatnya.

" Mana?" Tanya Jasmin. Tapi suluhan Salleh hanya tertangkap buah-buah durian yang ranum.

" Aku macam tersuluh benda warna putih tadi.. eh! Jas.. jomlah kita balik! Aku takutlah!" Akhirnya Salleh mengakui rasa takutnya. Dia terbayang-bayang benda putih yang melayang secepat kilat itu tadi. Rasanya dia tidak salah lihat!

" Alah.. kau salah lihat tu. Baik.. kita tunggu sebiji lagi jatuh. Baru ngam. Satu untuk kau satu untuk aku.." Pujuk Jasmin sambil menunjuk buah durian nan sebiji itu. Mahu tak mahu Salleh mengalah. Bunyi lolongan anjing semakin sayup-sayup kedengaran. Sebenarnya Jasmin lebih suka kalau bunyi lolongan itu dekat. Dia risau juga kalau bunyi lolongan itu kedengaran jauh. Itu maknanya benda tu dah semakin dekat dengan mereka. Teori Atoknya.

" Gedebuk!" 

Satu bunyi jatuh yang sungguh kuat. Benar-benar kuat bunyinya seolah-olah yang jatuh itu adalah sebiji durian bersaiz tong gas.

"Nah! Mesti durian besar yang jatuh.." Kata Salleh gembira. Dia gembira sebab lepas dapat durian kedua mereka dah berjanji akan balik segera. Ingat pasal balik dia rasa jadi lega. Mereka menyuluh di bawah pokok durian itu. Tidak berjumpa.

"Eh.. mana durian tu.." Tanya Jasmin.

"Bunyinya bukan main besar lagi jatuh gedebuk!"

"Ha'ah.. terlampau besar bunyi jatuhnya. Tak macam bunyi durian pun.." Keluh Salleh dengan bulu roma yang sudah merinding.

"Aduh.. " Jasmin tersandung. Salleh segera menyuluh.

" Jas.. Jas.. cepat! Cepat balik.." Kata Salleh ketakutan.

" Kenapa?" Salleh menyuluh ke arah batu yang Jasmin tersandung itu.

" Batu tu yang jatuh dari atas pokok agaknya.. patutlah besar bunyinya" Melihat batu itu mereka berdua lari lintang pukang.

" Jas Tunggu.. selipar aku!"

"Ah.. peduli selipar kau.. cepat!" Bunyi lolongan anjing bergema. Mereka berdua ketakutan. Mempercepatkan langkah. Habis calar-calar kaki mereka berdua melanggar tunggul.

" ah.. durian aku. Tertinggal.." Dalam kelam kabut sempat juga Jasmin merembat cik Durian. Sayup-sayup Jasmin dan Salleh terdengar derkahan ketawa perempuan di belakang. Menghilai-hilai. Jasmine cepat kayuh basikal.

" Berat sungguh kau ni Salleh.." Kata Jasmin. Dia mengayuh basikalnya bersungguh-sungguh. Tapi basikalnya bergerak sangat perlahan.

" Jas tunggu.." Suara Salleh kedengaran jauh. Jasmin berpaling dan melihat Salleh berlari-lari mengejarnya. Dia toleh lagi dan di belakang lembaga putih terkekek membonceng basikalnya. Tanpa membuang masa Jasmin melompat dari basikalnya, membuangnya ke tepi dan berlari ke arah Salleh.

" Kenapa kau tak naik.. benda tu ikut aku tahu!" Marah Jasmin.

" Aku terjatuh tadi.. Mana basikal kau?" Kata Salleh termengah-mengah.

"Entah.. aku sudah buang ke tepi dan lari ke sini tadi.. Jom balik! Kita lari pegang tangan jangan sampai terlepas ya!" Salleh mengangguk. Bunyi lolongan anjing dan bunyi hilaian ketawa benda it terus menerus mengejar mereka berdua hinggalah akhirnya bunyi itu lenyap dan mereka sampai di rumah Salleh.

" Eh.. kau masih bawa durian tu?" tanya Salleh. Jasmin terkejut. Tak sedar yang durian itu masih ditangannya. Dalam kelam kabut tadi durian yang di pegangnya tidak terlepas. Habis calar-calar lengannya terkena duri raja buah itu.

"Ah.. aku tak sedar pun!"

" Patutlah benda tu tak nak lepaskan kita tadi rupanya kau masih bawa durian tu. Agaknya dia kejar kita sebab buah durian tu?" Tanya Salleh. Jasmin mengangguk. Macam masuk akal tapi macam tidak. Patutkah puntianak kejar mereka hanya sebab buah durian nan sebiji tu?

" Cis! Malam ni gila betul.. boleh-boleh pokok durian jatuhkan batu nisan!" Kata Jasmin mengingatkan batu Nisan yang dia tersandung tadi. Batu itu seolah-olah jatuh dari pokok durian itu.

" Lain kali jangan pergi tunggu durian malam jumaat tahu.." Kata Salleh tersengih.

" Haha.. jadi masih ada lain kali?" Tanya Jasmin dan mereka berdua ketawa serentak. Bunyi lolongan anjing mendekat dan mereka berdua cepat-cepat naik ke dalam rumah.

****

" Ayah.. besar ke batu nisan tu?" tanya Ramee dengan muka takut. Ayah tersenyum. Cikgu Salleh ketawa.

" Besar.. macam tiang rumah! Gedebuk.. bergegar bumi masa dia jatuh" Kata Cikgu Salleh.

" Bergegar? Wah.. jelas bukan durian yang jatuh tapi pakcik dan ayah mau juga cari durian tu.." Kata Nomee pula.

"Yalah.. ayah ingat itu durian besar. Mana tahu batu nisan hahaha.." jawab ayah ketawa.

" Nak dengar cerita yang lain lagi tak?" tanya Cikgu Salleh. Mereka semua mengangguk serentak. Tapi cerita yang lainnya kita sambung lain kali okey :)

Habis!

Nota jejari: ini kisah benar. di ceritakan dan diolah semula dalam bentuk cerpen.. 


Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C15
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
  • คุณภาพงานเขียน
  • ความเสถียรของการอัปเดต
  • การดำเนินเรื่อง
  • กาสร้างตัวละคร
  • พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ