ดาวน์โหลดแอป
90.9% Selisih waktu / Chapter 10: Chapter 8

บท 10: Chapter 8

YUSOF menyilangkan kaki, bersandar di pohon besar di kawasan riadah. Zulaikha selalu datang berjoging pagi, kecuali jika dia betul-betul sibuk. Baru sahabatnya itu berada di rumah.
"Hah, apa hal nak jumpa aku?!" soal Zulaikha tatkala dia melihat kelibat Yusof yang sedang menunggu kelibatnya, di bawah pokok. Tahu sangat, tabiat sahabatnya itu jika ada masalah, pasti bersilang kaki sambil bersandar pada pokok. Punyalah, banyak tempat rehat yang disediakan.
Yusof tak jawab.
"Apa?!!" dengan nafas mengah, badan berpeluh. Tiba-tiba kena layan orang yang merajuk. Memang rasa nak baran. "Kau dah kenapa?!" marah Zulaikha.
Yusof berdiri tegak. Dia kemudian bergerak ke kerusi rehat. "Kau tak cakap, kau suka along aku." marah Yusof.
Zulaikha mengeleng, pelik dengan perwatakkan Yusof yang hangin tak tentu pasal."So, kau nak buat apa?"
"Tak adalah. Kau tak cakap, yang kau suka along."
"Weh, perlu ke aku nak cakap dengan kau. Lagipun, aku malaslah nak kecoh-kecoh. Senyap, sudahlah." rengus Zulaikha. Dia masih menegangkan kakinya, agar kakinya nanti tidak kejang sebelum dia duduk. "Kita sahabatkan." nada Yusof masih tinggi.
"Ya..tapi, kau tunang orang. Weh, asal kau menyibuk nak jawab soalan aku semalam. Itu, aku hangin!" Dia hampir lupa, tentang semalam. Nasib dia teringat. Memang dia berhajat nak cepuk kepala sahabatnya itu.
"Alah, tunang je pun. Bukan kawin." marahnya. "Biarlah pasal semalam. Apa, aku tak boleh jawab?" sambungnya.
Zulaikha bengang. "Weh, jagalah hati Ra'il. Kau jngat, dia suka ke kau lebih care pasal aku dari dia."
"Alah, nanti nak kawin juga." balasnya, acuh tak acuh.
Zulaikha berdiri, kini dia betul-betul memandang Yusof yang sedang duduk di bangku kayu. "Nasib aku bukan tunang kau. Kau bukan faham, perasaan perempuan pun." utara Zulaikha. Dia malas nak mengambil kisah pasal Yusof atau pasal Ra'il. Lagipun, dia pun sudah terima along dan minggu depan dah bertunang. Along, pandai jaga hati. Tak macam Yusof.
Yusof bengang. "Maksud kau?!"
"Kalau aku, aku tak akan terima orang yang aku suka. Care orang lain, lebih dari aku. Except family dia, it's okay. Tapi, kalau kawan ke. Kawan baik ke. Aku tak terima." jawab Zulaikha, panjang. "Kau bayangkan, Ra'il buat macam mana kau buat semalam. Kau boleh huha, huha and cakap it's okay. Tak ada masalah, punya.. Kau tak jeles." cebek Zulaikha dengan memek mukanya sekali.
"Tapi, aku tak suka Ra'il." balas Yusof laju.
Terbeliak mata Zulaikha. "Asal kau terima pinangan dia?" Terkejut dengan jawapan Yusof. "Why?? kau.." Bicara Zulaikha terhenti tatkala telefonnya berdering.
"Kau tunggu, nanti aku nak penjelasan dari kau!" panggilan yang tertera nama majikannya, membuatkan dia beredar seketika.
Yusof meraup wajahnya. Entah, kenapa dia seperti ini. Adakah sebab darah manis yang orang dulu-dulu pesan. Kata mereka, darah manis ni, selalu jadi tarikkan orang ramai. Tetapi, masalahnya...dia lebih tertarik dengan kawan baiknya sendiri.
"Weh, aku balik dulu. Ada urgent dekat office." Zulaikha bergegas pergi. Panggilan dari bosnya, membuatkan dia tergesa-gesa pulang.
Yusof hanya mengangguk, dan angkat tangan pada sahabatnya.

"Ika, maafkan umi ya. Salah anggap haritu." bisik Farahin, di tepi telinga Zulaikha. Zulaikha, mengeleng pantas.
Jari-jemarinya, sudah habis di inaikan oleh Farahin. Penuh semua jarinya. Bergitu juga dengan Ra'il yang duduk tidak jauh dari mereka. Hampir selesai.
Pertunangannya yang ringkas sudah sebulan tiga minggu berlalu. Dan disebabkan, along mahu majlis dijalankan serentak. Maka, tarikh perkawinannya dibuat sekali sama dengan tarikh Yusof.
'Memang jimat, bajet.'
"Hei, apa jantan mengintai ni. Tak manis!!" marah mak saudara belah Bunyamin apabila melihat anak saudaanya sedang mengintai dari balik langsir.
"Alah..esok, jadi juga bakal isteri along." jawab Bunyamin, mengundang tawa pada tamu dan kerabat keluarga. Zulaikha menunduk malu. Walaupun, along matang. Tapi, tabiat mengusik dan bergurau makin menjadi-jadi.
"Hish kamu!!! pergi sana. Umi bawa lari pengantin kamu. Haaa, bersanding seorang." ugut Farahin. Senyumnya masih menghias di wajahnya.
"Jangan....."jerit Bunyamin, mendekahkan lagi tawa yang ada.
"Along, nak ayah sebat kamu ke." Kini, Syafiq yang bersuara. Terus menghilang kelibat anak terunanya. Riuh rendah suasana di kawasan dapur yang menempatkan pengantin perempuan. Senyum manis, menghias bibir Zulaikha.
Usai adat memasang inai. Zulaikha bergerak ke jambatan yang pernah dia termenungkan. Seperti imbasan kilat, dia kini sudah berstatus tunangan orang. Esoknya, akan di akad menjadi isteri orang. Terlalu pantas waktu berlalu.
Mungkin dulu, dia ada menaruh perasaan pada orang lain. Di mana, dia melepaskan orang itu dengan sepenuh keredaan. Namun, tak disangkanya takdirnya bukan pada adik. Tetapi pada abang.
"Hi, awak. Termenung lagi ke tu" Bunyamin menegur.
Zulaikha tersenyum. "Ye, awak. Termenunglah...sebab, macam manalah pakcik tua boleh terpikat."
Bunyamin ketawa. "Hamboi, pak cik tua ya, awak gelar saya. Tak apalah, asal dapat mak cik muda. Kenapa mak cik duduk seorang-seorang."
" Saja nak bagi kena culik dengan bunian." seloroh Zulaikha. Sengaja mengusik.
"Eee...janganlah. Esok kita nak kawin macam mana, awak. Sunyilah saya sorang-sorang." Bunyamin bersuara manja.
"Ye..biarkan. Padan muka. Suka sangat buat kecoh. Esok majlis akad dan sambut dekat rumah Ra'il, awak sambut seorang diri." balas Zulaikha mencebik.
"Tak mahulah..." rengek Bunyamin, mengalahkan anak kecil.
"Biarkan.." Zulaikha terus berlalu apabila melihat umi dan mak saudaranya sudah bercekak pingang, di depan balkoni.
Zulaikha menjelir lidah, dengan gaya manja sebelum berlari ke dalam rumah. Farahin, menunjukkan jari telunjuknya pada anak sulungnya. Bunyamin menyegih.
Ramai tamu, pulang untuk bertandang awal pada kenduri esok hari. Yang tinggal, beberapa kerat sahaja. Ra'il sudah pulang ke rumah keluarga sebelum majlis esok.

Bersambung...

Load failed, please RETRY

สถานะพลังงานรายสัปดาห์

Rank -- การจัดอันดับด้วยพลัง
Stone -- หินพลัง

ป้ายปลดล็อกตอน

สารบัญ

ตัวเลือกแสดง

พื้นหลัง

แบบอักษร

ขนาด

ความคิดเห็นต่อตอน

เขียนรีวิว สถานะการอ่าน: C10
ไม่สามารถโพสต์ได้ กรุณาลองใหม่อีกครั้ง
• คุณภาพงานเขียน
• ความเสถียรของการอัปเดต
• การดำเนินเรื่อง
• กาสร้างตัวละคร
• พื้นหลังโลก

คะแนนรวม 0.0

รีวิวโพสต์สําเร็จ! อ่านรีวิวเพิ่มเติม
โหวตด้วย Power Stone
Rank NO.-- การจัดอันดับพลัง
Stone -- หินพลัง
รายงานเนื้อหาที่ไม่เหมาะสม
เคล็ดลับข้อผิดพลาด

รายงานการล่วงละเมิด

ความคิดเห็นย่อหน้า

เข้า สู่ ระบบ