"Tekanan darah rendah.. mungkin sebab keletihan ataupun tak cukup rehat.. Sekarang demamnya tinggi.. biar Puan Aara berehat dulu.. nanti saya update lagi.."
Doktor itu menerangkan , Raffa mengangguk angguk.. Doktor tadi beredar pergi..
"Aku boleh jaga Aara.. kau balik lah tidur , kau banyak kerja lagi esok kan.."
Raffa memandang Karl Aidyn yang menyandar lesu pada kerusi itu.. Karl Aidyn tidak berganjak..
"Kenapa ? Kau nak Aara tahu , bila dia sedar nanti , kau yang berjaga untuk dia ? Biar dia terhutang budi dekat kau ? Terima kasih dekat kau ?"
Raffa mengejek dalam.. menarik kemarahan lelaki itu , Karl Aidyn menatap tajam mata Raffa..
"Come on lah Karl , aku tahu Aara tak penting untuk kau kan ? So tak payah kau susahkan diri duduk sini.. Aku adaa.. tak payah lah buat Aara serba salah bila dia sedar nanti.. dia pun mesti tak nak kau ada kat sini.. kau pun tak penting untuk dia.."
Karl Aidyn bangun dari kerusi itu , boleh berapi kepanasan mendengar perlian Raffa , dia melangkah pergi sebelum menjeling tajam ke arah Raffa.. Raffa melepaskan kelegaan melihat kepergian Karl , hanya ada dia untuk Aara di saat ini..
*******
Aara membuka perlahan matanya , terasa kepalanya sedikit berat untuk saat ini.. Sosok itu tersenyum manis untuknya , wajah Karl Aidyn muncul di depannya.. Pipi Aara terasa di sentuh lembut dengan tangan itu.. Aara membalas senyuman.. tangannya singgah lembut pada tangan yang membelai pipinya.
"Hi.. I miss you.. feeling better ?"
Soal lelaki itu , suara yang keluar itu seolah olah menolak wajah Karl Aidyn pergi jauh darinya , suara itu bukan milik Karl Aidyn, wajah Karl Aidyn serta merta hilang , kini yang muncul wajah Raffa tepat di depan matanya , tersentap Aara sendiri , tangan di pipinya di tepis , terkejut. Sedikit terkesima Raffa dengan sikap Aara..
"What wrong ?"
Soal Raffa panik.. Aara memaniskan wajahnya , kenapa wajah Karl Aidyn yang muncul ? Demam kau makin teruk Aara , bentak hatinya sendiri..
"Nothing , I ingatkan..."
Aara menggeleng kan kepalanya.. memikirkan kata kata yang sesuai untuk Raffa.. Wajah Raffa menantikan jawapan dari Aara.
"I kat hospital ?"
Cepat Aara menukar topik , ruangan itu di perhatikannya , Raffa senyum sambil mengangguk angguk..
"Iyaa , you kena rest dulu , kerja kuat sangat , sampai sakit demam macam ni.. Nasib baik I ada.. boleh jaga kan you.."
Raffa berbicara manis , Aara buat buat senyum , kadang kadang kata itu menusuk sedikit ke dalam hatinya , boleh jagakan Aara ? Suaminya sendiri ? Ke mana ? Menghilangkan diri ? Berseronok dengan perempuan lain.. ? Melihat kebisuan Aara , Raffa merasa bersalah..
"You tak payah risau , I kat sini , selalu dengan you bila you perlu.. I tak akan pergi mana mana.."
Berusaha Raffa menyakinkan Aara..
"Thanks sebab berjaga teman I kat sini.. I tahu you selalu ada dengan I.."
Senyum Raffa tak mati mati dari tadi , bahagia melihat Aara di depannya.. Sudah sekian lama dia menaruh hati pada Aara , Aara mengetahuinya , tapi untuk mencintai Raffa kembali ? Sulit untuknya , pasal perasaan bukan bahan mainan..
"Benda kecil saja , selalu dengan you buat I gembira tau.. I jaga you 24 jam pun tak apa.. I tak kesah.."
Raffa menyentuh lembut dahi Aara.. suhu badan Aara semakin membaik..
"Tak sejuk macam semalam.. Semalam badan you sejuk macam ais batu.. Sekarang dah tahan sikit.. You makan yaa.. I suapkan.."
Raffa cuba membetulkan baring Aara , mengangkat bantal di sandarkan ke kepala katil , memudahkan Aara bersandar.. Aara hanya menurut..
"Harini you kena makan banyak.. biar cepat sihat.. I tak nak you sakit sakit.. I tahu you akan sedar cepat , sebabtu I suruh dorang siapkan breakfast untuk you awal.. tepat masa.."
Raffa senyum lagi.. Pinggan itu di ambil di bawa dekat Aara , Raffa duduk kembali di atas kerusi itu.. Bubur itu di kacau Raffa.. kemudiannya menyuap ke arah Aara.. Aara membuka mulut..
"Lepas ni you makan ubat.."
Aara hanya tersenyum nipis mendengarkan Raffa.. Pintu di ketuk dari luar sebelum di buka. Aara bersama Raffa menoleh pandang.. Wajah Uncle Abbas muncul..
"How you feel Aara ?"
Uncle Abbas mendekat , duduk di kerusi sebelah kanan..
"Okay.."
Sepatah dari Aara.. Raffa meneruskan suapannya untuk Aara..
"Aaa , Karl mesti busy.. Kejap lagi mesti dia datang.."
Uncle Abbas cuba menyedapkan hati Aara..
"You means busy dengan perempuan dia ?"
Soal Raffa tanpa memandang wajah Uncle Abbas.. Wajah Raffa di tenung tajam Uncle Abbas , tak suka dengan pertanyaan Raffa.. saja mahu memburukkan keadaan..
"Karl ada kerja nak settle.. Uncle Abbas yang arahkan.."
Raffa senyum sinis mendengar kata kata Uncle Abbas.. Terlalu minat papa angkatnya membela Karl Aidyn.. Sedari dulu dia mengetahui itu.. Aara mendiamkan diri.. Uncle Abbas berdiri dari duduknya..
"Raffa ada jaga Aara.. Diego dan dua orang Uncle ada kat luar.. Aara berehat cukup cukup.. Kalau perlukan apa apa call Uncle.. Uncle pergi dulu.."
Uncle Abbas berlalu pergi , dia tahu selama mana pun dia di situ , Aara tetap melayannya begitu , acuh tidak acuh sahaja..
"I dah kenyang.. ambilkan I ubat.."
Aara bersuara kembali.. Raffa senyum , bangun dari kerusi meletakkan pinggan dan kembali bersama ubat.. Raffa cuba menyuap tapi di halang Aara.. Ubat di telan Aara.. Raffa mengeluarkan handphone miliknya , menghulurkan kepada Aara.. Aara memandang pelik sebelum mengambil handphone dari tangan Raffa.
Aara menatap lama gambar gambar di handphone itu.. di gesel satu persatu , gambar gambar Karl Aidyn bersama perempuan bermesra , bergelak ketawa , makan bersama.. pada hari dia di hospital ? Aara mengawal riaknya , di kembalikan handphone itu kepada Raffa..
"Kenapa you tunjuk kat I ? You pun tahu I dah lama kenal dia.. I tahu dia ramai perempuan.. You tak tunjuk pun I dah tahu perangai dia macam mana.."
Kekecewaan di hati Aara di sorok dalam.. Dia bencikan perasaan yang muncul secara tiba tiba ini , perasaan marah , kecewa , sakit hati , semua bercampur baur ketika ini , lebih lebih perasaan itu untuk Karl Aidyn.. Aara memaniskan wajah..
"I nak you tahu , semua yang papa cakap tadi tak betul , dia menipu.. saja nak backup Karl.. I tahu dia pergi berseronok dengan perempuan , bukan buat kerja macam yang papa cakap.. I just tak nak you kena tipu."
Raffa membela diri.. Dia hanya mahu Aara mengetahui hal sebenar.. Aara mengangguk..
"Iyaa , it's okay.. I kenal siapa Karl Aidyn.. Waktu dia tak akan pernah cukup untuk perempuan.. so lepas ni , I tak nak you suruh orang intip dia.. You pun tahu dia macam mana.."
Aara menasihati , tak mahu Raffa meletakkan diri dalam bahaya.. bila bila masa sahaja Raffa boleh berjumpa dengan sifat gila Karl Aidyn.. Raffa mengangguk faham..